Tembak alat sulit tanpanya mereka tidak berguna – Duterte



ADA persamaan ketara antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump. Kerap keluarkan kenyataan  kontroversi dan gemar menjadikan wanita bahan perlecehan.

Terbaharu pemimpin berusia 72 tahun itu dilaporkan mengarahkan tentera yang ditugaskan memerangi pemberontak agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Memetik laporan portal akhbar Metro UK, Duterte mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Beritahu askar. Ini arahan baharu daripada datuk bandar. Kami tidak akan bunuh kamu. Kami hanya akan tembak alat sulit kamu kerana tanpanya kamu tidak berguna,” kata Duterte disambut gelak tawa hadirin.

Dalam ucapannya Duterte turut mengkritik penglibatan wanita dalam kumpulan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA). Katanya kepada tentera jangan ambil peduli lelaki atau wanita, tembak sahaja mereka.

“Kita ada pil percuma. Kenapa kamu lahirkan sehingga enam ke tujuh orang anak sedangkan kamu anggota NPA? Kemudian kamu pergi berperang dan meninggalkan keluarga,” kecam Duterte.

Duterte sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina kaum hawa masuk membuat lawak berunsur lucah mengenai Miss Universe.

Paling kontroversi bekas Datuk Bandar Davao City itu juga pernah memberi kebenaran kepada tentera Filipina untuk memperkosa sehingga tiga orang wanita ketika di zon konflik tanpa dikenakan sebarang hukuman.



Source link

read more

Alat Kawalan Dual Shock 4 Untuk PS4 Kini Ditawarkan Serendah RM159 – Amanz



RM159 RM209 -24%

Bagi anda yang mempunyai konsol PlayStation 4, mungkin anda tercari-cari alat kawalan tambahan untuk konsol. Menariknya, untuk tempoh terhad, Lazada menawarkan Dual Shock 4 versi terbaru pada harga hanya RM159.

DualShock 4

Harga RM159 ditawarkan untuk alat kawalan berwarna hitam, sementara pilihan warna lain ditawarkan pada harga RM179 – yang mana masih murah jikalau dibandingkan dengan harga jualan biasa.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran promosi ini yang terhad hanya untuk hari ini sahaja.

Beli : DualShock 4



Source link

read more

Peminat lelaki pernah hantar gambar alat sulit kepada Dr. Say Shazril



PEGAWAI perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosialnya.

Terkejut dengan tindakan melampau segelintir pengguna media sosial berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual  itu.

“Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

“Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.

“Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.

“Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah media sosial,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.

“Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

“Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,” tambahnya.

Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang, Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
 

My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.



Source link

read more

KPDNKK bongkar kegiatan peraih barangan lusuh ubahsuai alat penimbang


KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu membongkor kegiatan penipuan timbangan yang di jalankan peraih barangan lusuh.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata kegiatan penipuan yang di jalankan peniaga etnik Rohingya itu mula di tular di laman sosial sejak Rabu.

Menurut Saharuddin, peniaga berkenaan juga bertindak licik dengan mengubah suai alat penimbang dalam urus niaga.

Susulan itu, menurut beliau, dua serbuan berasingan telah di lakukan di Kampung Jeram, Manir kira-kira jam 11.30 pagi Khamis bersama syarikat Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd.

“KPDNKK Terengganu mohon kerjasama daripada semua, mana-mana pihak berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan ini jika hendak jual barang-barang besi buruk dan sebagainya. Sila berhati-hati dalam ini.

“Dan kalau sekiranya kita perhatikan ada sebarang keraguan, kemusykilan atau pun kita nampak macam berlaku penipuan, sila maklumkan kepada KPDNKK Terengganu.

“Jadi kita minta supaya perkara ini tidak berlarutan sebab mereka ini secara mobile (bergerak) dan ini satu perkara yang agak sukar juga untuk kita,” jelasnya.

Saharuddin berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya menemui satu alat timbang yang diubah suai peniaga warga Rohingya yang menjalankan perniagaan secara bergerak.

Manakala pemeriksaan lanjut di sebuah lagi premis mendapati, seorang peniaga menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan.

Jelasnya, kedua-dua alat penimbang itu juga telah disita dan pihaknya akan membuat laporan polis terhadap dua peniaga berkenaan.



Source link

read more

Guna alat penimbang durian tidak sah lima peniaga disiasat


PETALING JAYA: Tindakan sesetengah peniaga licik menipu berat jualan durian sebelum tular sejak beberapa hari lepas terus mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK.

Di Petaling Jaya misalnya, KPDNK daerah itu melancarkan beberapa serbuan  secara mengejut ke atas premis jualan yang dikenal pasti cuba menipu pengguna dengan menggunakan alat timbang  tidak sah.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Daerah Petaling Jaya, Ramli Nayan berkata, operasi sejak Isnin hingga semalam melakukan pemeriksaan ke atas 38 buah premis jualan.

“Antaranya, serbuan dijalankan di Jalan Tanduk dan SS2. Daripada 38 premis jualan yang diserbu, lima kes peniaga dikesan menggunakan alat penimbang yang tidak disahkan oleh KPDNKK,’’ kata beliau semasa ditemui media selepas operasi selesai.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harta dan Anti Pencatutan 2011.

Turut disita dalam serbuan, barangan jualan dan durian bernilai lebih RM6,000.

Sementara itu, Ramli berkata, hasil serbuan KPDNKK itu mendapati tiada kesalahan dilakukan peniaga membabitkan penipuan berat durian sebagaimana tular di media sosial.

Bagaimanapun tegas beliau, pemeriksaan bagi kesalahan itu akan terus dipantau pihak berkuasa.

Orang awam yang memiliki maklumat mengenainya diminta menyalurkan kepada KPDNKK bagi membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut.



Source link

read more

Rebus makan alat kelamin majikan gara-gara rebut ladang sawit



JAKARTA: Seorang lelaki bertindak kejam membunuh dan memakan alat kelamin majikannya dalam kejadian di Batanghari, Indonesia pada Selasa.

Suspek, Terosman @ Mansur, 54 tahun, melakukan tindakan keji itu terhadap M Dasrullah dalam usaha merampas ladang sawit milik majikannya itu.

Mansur dalam pengakuannya berkata dia memotong alat kelamin majikannya lalu direbus sebelum dimakan.

“Selepas saya bunuh dia, saya potong alat kelaminnya dan saya makan dengan nasi,” kata Mansur kepada polis seperti yang dilaporkan media tempatan.

Sementara itu, portal Jawapos melaporkan Mansur bekerja sebagai buruh di ladang sawit Dasrullah sejak beberapa tahun dan mendapat kepercayaan penuh majikannya itu.

Namun Mansur dipercayai menyeleweng wang kutipan tuaian sawit sekitar Rp 7 juta (kira-kira RM2,080) sebulan selama bertahun-tahun.

Menurut portal itu lagi, tindakan Mansur makan alat kelamin majikannya ada kaitan dengan ritual ilmu hitam yang kononnya dapat menghindarkan dia daripada dihantui roh mangsa.



Source link

read more

Awas Jangan salah pilih alat solek kanak-kanak


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.

Atas alasan ini juga, ibu bapa diminta berhati-hati ketika mengenakan produk kosmetik kepada anak-anak mereka, kata doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar.

Beliau menegaskan produk kosmetik untuk orang dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan.

“Apabila kulit itu terlalu sensitif dan terdedah dengan bahan-bahan kimia seperti logam berat, ia memberikan risiko tinggi dan komplikasi seperti radang kulit, kulit membengkak mahupun jangkitan berbanding oprang dewasa.

“Tambahan pula, daya imunisasi tubuh orang dewasa lebih tinggi berbanding kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, ibu bapa perlu mengambil tahu kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka.

“Alat solek perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau setaraf dengannya.

“Kalau ada sijil kelulusan badan-badan ini, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak,” ujarnya.



Source link

read more

DAP jadikan Mahathir alat pecahkan undi Melayu!


Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘alat’ untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung serta melemahkan pengaruh parti dominan di Sabah dan Sarawak bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata DAP menerusi Pakatan Harapan menggunakan strategi itu dengan harapan dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan merampas sehingga 50 kerusi Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang.

“Semuanya ini strategi yang diatur DAP. DAP menggunakan Dr Mahathir dan parti Melayu untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung dan berusaha memecahkan parti dominan di Sabah dan Sarawak.

“Ia dilakukan dengan tujuan supaya DAP dapat menguasai (kerajaan) walau pun tidak dapat memerintah,” katanya dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini, yang dikendalikan Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh selaku moderator.

Bagaimanapun, Annuar berkata, DAP harus sedar strategi parti itu tidak mudah diterima pengundi terutama orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Saya hendak tegaskan DAP jangan mimpi orang Melayu akan menerima begitu saja taktik mereka. Jika mereka anggap mereka boleh lakukan di Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya silap.

“Apa yang DAP lakukan ini hanya akan mendorong rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih bersatu. Di Semenanjung pula, orang Islam dan Melayu akan lebih bersatu,” katanya.

Malah, Annuar berkata, gabungan orang Islam dan Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian dan kemakmuran akan membantu BN untuk mendapat keputusan lebih daripada majoriti mudah dalam PRU akan datang.



Source link

read more

Elfira Loy belanja RM10000 beli alat solekan dalam satu jam



KUALA LUMPUR : Pasti banyak yang anda ingin lakukan sekiranya memiliki sejumlah wang yang banyak bukan?

Bagi Elfira Loy, dia berbelanja barangan solekan sehingga mencecah RM10,000 di sebuah kedai kosmetik, Sephora ketika di Los Angeles.

Menurut Elfira menerusi video terbaharunya yang telah dimuat naik melalui akaun Youtube miliknya,Twink3l TV, dia menghabiskan masa selama satu jam sahaja untuk berbelanja sehingga mencecah jumlah tersebut.

Pelakon yang baharu saja mengikat tali pertunangan bersama pasangannya, Sufian Suhaimi itu turut berkongsi barangan solekan yang telah dibelinya menerusi video tersebut.

Kebanyakan barangan solekan tersebut adalah jenama terkemuka. Antaranya adalah Natasha Denona, Anastasia Beverly Hills dan Kevyn Aucoin.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan dia membazir kerana berbelanja ‘besar’, namun ada juga yang beranggapan dia telah bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan.



Source link

read more

Dua cedera alat pemampat penghawa dingin meletup



LIMBANG: Dua pekerja cedera parah selepas pemampat gas alat pendingin hawa dalam sebuah bot ekspres yang sedang dalam penyelenggaraan meletup di Limbungan Shin Matu, Jalan Buangsiol, di sini pada Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa, Wong Ching Sieng, 61, patah kaki kanan serta melecur manakala Saifudin Serap, 33, melecur di muka dan bahagian badan.

Kedua-dua pekerja pelenggaraan itu dipercayai sedang membaiki alat penghawa dingin tersebut ketika kejadian berlaku.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapat rawatan.

Kenyataan itu menyebut, Balai Bomba dan Penyelamat Limbang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 malam dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian sebelum melakukan operasi mengeluarkan mangsa daripada bot berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons