UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik


KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PKR ALU – ALUKAN PEMIMPIN PAS KELUAR PARTI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya kepincangan kepimpinan diantara PAS dan PKR semakin meruncing di Selangor walaupun cuba dinafikan. Keadaan itu sudah pasti akan merencatkan Politik di negeri berkenaan.

Jika sebelum ini, PAS Selangor tampil membuat penafian terhadap khabar angin yang mendakwa kononnya ada pemimpin serta ahlinya akan keluar dari parti dan menyertai PKR.

Namun penafian yang dibuat kepimpinan PAS itu seolah – olah disindir oleh pemimpin PKR yang mendakwa jika perkara itu berlaku, ianya akan mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor berkata, parti itu tidak ada halangan untuk menerima 10 orang ADUN PAS sekiranya mereka bersedia untuk menyertai PKR seperti yang dikhabarkan.

Terdahulu, khabar angin berlegar mengatakan akan terdapat 10 orang ADUN Pas bakal menyertai PKR. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS menafikan khabar angin tersebut.

“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Iskandar memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber. Itu pendapat beliau saja, terserah. Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” ujar Daroyah lagi.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PKR Selangor itu seolah – olah memperlekehkan penafian serta pendirian yang telah dibuat PAS sejak parti itu keluar dari Pakatan sebelum ini.

Malah, pemimpin PKR itu juga memberikan gambaran bahawa PKR bersedia untuk menerima dan mengalu – alukan ahli serta pemimpin PAS yang keluar dari parti hanya semata – mata untuk menjaga kepentingan agenda Politik Peribadi mereka sendiri!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons