Nilai Saham Snap Inc Menjunam Sebanyak $1.3 Bilion Gara-Gara Satu Kicauan Di Twitter – Amanz


Snap Inc., syarikat yang bertanggungjawab untuk aplikasi media sosial video Snapchat baru-baru ini hadir dengan kemaskini antaramuka baru yang tidak berapa digemari oleh ramai penggunanya.

Salah satu pengguna paling popular aplikasi Snapchat ialah Kylie Jenner yang mempunyai 24.5 juta pengikut di Twitter dan 104 juta pengikut di Instagram baru-baru ini mengeluarkan satu kicauan di Twitter yang diajukan kepada pengikut-pengikut beliau, yang bertanyakan jika mereka masih lagi menggunakan aplikasi tersebut.

Kicauan tersebut menerima sebanyak 300,000 retweet. dan tidak lama selepas ia menjadi viral, stok saham Snap Inc. dilihat menjunam sebanyak  7.2 peratus pada nilai $1.3 bilion (RM5.2 bilion) dalam masa sehari sahaja.

Walaupun begitu, Kylie juga mengatakan bahawa Snapchat masih lagi salah sebuah platform media sosial kegemarannya, walaupun beliau tidak begitu menyukai rekaan antaramuka yang baru.

Walaupun begitu, CEO Snap Inc., Evan Spiegel menerima geran saham bernilai $636 juta (RM2.4 bilion) selepas tawaran awal permulaan pada bulan Mac tahun lepas yang boleh dibayar sehingga tahun 2020.



Source link

read more

Rekaan Serta Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Tertiris – Amanz


Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact ialah dua peranti yang akan dilancarkan di MWC hujung minggu ini. Berbeza dengan peranti-peranti Xperia sebelum ini, kedua-dua model XZ2 akan mempunyai skrin dengan nisbah 18:9 buat pertama kali. Rekaan serta sebahagian spesifikasi peranti ini telah tertiris lebih awal.

Dimulakan dengan Sony Xperia XZ2 yang dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 3180 mAh. Panel belakang peranti ini diperbuat daripada kaca bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa dagu dan dahi XZ2 masih agak besar, ini adalah kerana peranti ini menyokong sistem pembesar suara stereo S Force. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang dan butang khas kamera masih disertakan pada sisi kanan.

Tiada gambar untuk Sony Xperia XZ2 Compact tetapi ia dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 2870 mAh. Panel belakang peranti ini walaubagaimanapun diperbuat daripada polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan mula dijual pada bulan Mac. Apa yang kami sedari sejak kebelakangan ini ialah Malaysia akan menjadi negara terawal menerima peranti keluaran Sony. Nantikan pandang pertama kami untuk kedua-dua peranti dalam masa terdekat.



Source link

read more

Samsung Menyelamatkan Aplikasi Opera Max Dan Melancarkannya Sebagai Samsung Max – Amanz


Opera mempunyai aplikasi penjimatan data mereka tersendiri dinamakan sebagai Opera Max. Namun, sebelum ini syarikat Opera telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembangunan untuk aplikasi Opera Max berkenaan.

Perkara berkenaan kini berubah apabila Samsung dilihat telah menyelamatkan aplikasi berkenaan dan melancarkannya semula sebagai Samsung Max.

Samsung Max

Seperti ramai sedia maklum, melalui Samsung Max, ia menawarkan perkhidmatan penjimatan data untuk penggunaan data oleh aplikasi internet, dan pada masa yang sama menawarkan perlindungan privasi tambahan.

Samsung turut mengatakan mereka akan menyertakan Samsung Max pada peranti berspesifikasi pertengahan dan menawarkannya secara terbina di beberapa buah negara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda turut boleh memuat-turun Samsung Max daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Samsung Max untuk Android



Source link

read more

Apple Dilaporkan Akan Memasarkan Pengecas Tanpa-Wayar, Apple AirPower Pada Bulan Mac – Amanz


Apple ketika melancarkan iPhone X pada tahun lepas, mereka turut telah memperlihatkan pengecas tanpa-wayar mereka tersendiri dinamakan sebagai AirPower. Walaupun dipertontonkan ketika itu, namun, Apple tidak memberikan sebarang tarikh pelancarannya.

Kini, laporan awal hadir daripada Macotakara, mengatakan yang mana Apple mungkin memasarkannya kepada umum bermula bulan Mac akan datang.

Apple AirPower

Buat masa ini, info mengenai harga dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Melalui AirPower ini, pengguna boleh mengecas peranti seperti iPhone X, dan Apple Watch.

Sekiranya benar ia akan dipasarkan pada bulan Mac kelak, maka kita mungkin melihat ia turut diperkenalkan bersama-sama iPad baru yang dilaporkan sebelum ini.



Source link

read more

Bagaimana Memasang Tema Pada Telefon Android Menggunakan Substratum X Andromeda – Amanz


Kebanyakan pengguna Android yang menggunakan telefon pintar Android adalah kerana kebolehan ubahsuai daripada perkara asas sehingga kepada menukar sistem. Banyak telefon pintar Android yang popular di pasaran sekarang menggunakan pelancar mereka tersendiri seperti Samsung dengan Samsung Experience 9.0, Xiaomi dengan MIUI dan Huawei dengan EMUI.

Peranti dengan antara muka seperti ini membenarkan pengguna menukar tema, menggunakan beberapa ciri tambahan dan juga memberi pengalaman penggunaan yang berbeza. Tetapi bagaimana pula dengan telefon pintar Android yang menggunakan Android yang tidak mempunyai sokongan tema?

Peringatan: Artikel ini fokus pada telefon pintar dengan Android Oreo Asli

Di sini akan kami ajarkan cara memasang tema pada telefon pintar yang menggunakan Android Oreo asli menggunakan Substratum Theme.

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Substratum Theme di Play Store.

Muat Turun: Substratum Theme 

Cara menggunakan aplikasi ini biasanya memerlukan pengguna mempunyai telefon pintar yang sudah diroot. Tetapi fokus kami adalah cara memasang tema Substratum Theme ini tanpa menjalani proses root.

Langkah 2 : Beli aplikasi andromeda ★ substratum stock rootless backend 8.0+  melalui Play Store.

Beli: Andromeda Untuk Android 

Langkah 3 : Muat turun pelayan desktop Andromeda

Selesai muat turun buka fail .zip dan buka fail “start_andromeda.bat” dan sambungkan telefon pintar anda ke PC.

Muat Turun: Pelayan Desktop Andromeda

Peringatan: Kami anggap pembaca sudahpun mempunyai driver ADB dalam PC dan juga telah mengaktifkan mod USB Debungging dalam peranti

Selasar buka fail tadi, tekan mana-mana kunci untuk teruskan. Program tersebut akan menjalankan operasinya dan jika berjaya aplikasi Substratum Theme yang anda pasang tadi akan dilancarkan secara automatik.

Langkah 4: Muat turun atau beli mana-mana tema Substratum dalam Play Store.

Muat Turun/Beli: Tema Substratum

Buka semula aplikasi Substratum dan tekan pada tema pilihan anda. Tekan Next dan tekan pilih versi Android anda serta peranti anda dan tekan butang untuk pilih semua pilihan. Tatal ke bawah dan semak, kerana ada beberapa versi aplikasi tidak menyokong aplikasi tema ini. Cari aplikasi yang mempunyai tanda amaran, dan pilih versi aplikasi. Jika versi aplikasi anda tidak tersenarai padamkan tick pada kotak pilihan.

Langkah 5 : Langkah akhir

Selepas selesai, tekan ikon di hujung bawah dan pilih Build  & Enable. Selesai proses, mati dan hidupkan semula telefon pintar anda. Hidup sahaja telefon pintar, anda akan lihat antaramuka telefon anda berbeza dan berubah.

Kami memfokuskan pada Android Oreo asli kerana ia jarang mempunyai masalah ketika memasang tema melalui Substratum ini. Itu sahaja tutorial memasang tema Substratum pada telefon pintar Android Oreo asli. Mudah bukan?



Source link

read more

Google Akan Melancarkan Telefon Pintar Android Go Di MWC 2018 – Amanz


Tahun lepas Google telah memperkenalkan Android Go, iaitu sistem operasi Android Oreo yang dikhususkan untuk telefon pintar berspesifikasi rendah.

Menurut Hiroshi Lockheimer, iaitu Naib Presiden Kanan Google bahagian platform dan ekosistem, telefon pintar Android Go akan dilancarkan di acara MWC 2018 pada harga serendah $50 (~RM195).

Android Go ialah sistem operasi yang dibangunkan untuk kegunaan telefon pintar dengan RAM serendah 1GB. Aplikasi-aplikasi Google seperti Gmail, Chrome, Assistant dan Maps untuk Android Go juga mempunyai versi Go, di mana aplikasi-aplikasi ini lebih ringan. Ini ialah strategi Google untuk bukan sahaja memberikan akses kepada golongan berpendapatan rendah tetapi memastikan sistem operasi mereka terus mendominasi pasaran peranti pintar.



Source link

read more

Redmi 5 2GB Berharga RM499, Redmi 5 Plus 4GB Berharga RM899 – Boleh Dibeli Hari Ini – Amanz


Xiaomi Malaysia hari ini telah menambah dua lagi variasi model di bawah keluarga Redmi 5 untuk pasaran Malaysia, iaitu Redmi 5 dengan 2GB RAM, serta pilihan Redmi 5 Plus dengan 4GB RAM untuk pasaran tempatan.

XiaomI Redmi 5

Menjadi fokus utama pada keluarga peranti Redmi 5 ini adalah rekaan skrinnya yang menggunakan nisbah 18:9. Dari segi spesifikasi, Redmi 5 hadir dengan skrin 5.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon 450, kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri sebesar 3300 mAh.

Redmi 5 dengan 2GB RAM dan 16GB storan ini ditawarkan pada harga RM499 manakala versi 3GB RAM dan 32GB storan pula pada harga RM679.

XiaomI Redmi 5

Redmi 5 Plus pula hadir dengan skrin 5.99-inci, cip Snapdragon 625, memori sebesar 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB, kamera belakang 12-megapixel, amera hadapan 5-megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh.

Redmi 5 Plus dengan 3GB RAM dan 32GB storan ini ditawarkan pada harga RM749 di Malaysia manakala versi 4GB RAM dan storan 64GB pula dijual pada harga RM899.

Beli : Xiaomi Redmi 5 2GB RAM

Beli : Xiaomi Redmi 5 Plus 4GB RAM



Source link

read more

Harga Jualan Samsung Galaxy S9 Tertiris – Lebih Mahal Berbanding Galaxy S8 – Amanz


Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah dua peranti yang amat dinantikan kemunculannya. Berbanding tahun lalu, kedua-dua model ini dilancarkan dua bulan lebih awal berbanding Galaxy S8. Siapa biasa apabila peranti baru dilancarkan, harganya ingin diketahui. Hari ini harga jualan Galaxy S9 tertiris menerusi akaun @evleaks.

Menurut @evleaks, harga jualan untuk Galaxy S9 ialah €841 (~RM 4042) manakala untuk Galaxy S9+ pula ialah €997 (~RM 4791). Sebagai perbandingan harga jualan Galaxy S8 di Eropah ialah €799 (~RM 3840) dan untuk Galaxy S8+ pula ialah €899 (~RM 4320) tahun lalu.

Ini hanyalah harga jualan di benua Eropah. Tahun demi tahun harga jualan peranti di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Eropah. Ketika dilancarkan di Malaysia, harga jualan Galaxy S8 adalah RM3299 dan Galaxy S8+ pula berharga RM3699.



Source link

read more

Gartner – Jualan Telefon Pintar Sepanjang 2017 Menjunam Buat Kali Pertama – Amanz


Pelbagai telefon pintar yang telah dijual di pasaran pada tahun 2017, tetapi tahun 2017 adalah tahun di mana jualan telefon pintar menjunam jika dibandingkan dengan jualan tahun 2016.

Menurut laporan yang dikeluarkan Gartner, peratusan jualan menurun sebanyak 5.6%. Jualan tertinggi setakat ini masih dipegang oleh Samsung dengan 321 juta peranti dan juga Apple dengan 215 juta peranti. Tetapi kedua-dua jualan mereka pada suku ke-empat 2017 menurun.

Berbeza dengan syarikat-syarikat daripada Cina seperti Huawei dan Oppo, jualan mereka menunjukkan peningkatan. Jualan Huawei melonjak sebanyak 17 Juta unit manakala Oppo pula melonjak sebanyak 26 Juta unit. Bagi kategori pengeluar-pengeluar lain pula, jualan menurun daripada 682 Juta kepada 638 Juta. Dengan pelancaran pelbagai telefon pintar baru pada tahun ini, kita mungkin akan lihat statistik yang berbeza bagi jualan 2018.



Source link

read more

Komputer Riba Dan Desktop LEVEL51 Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Kedai Fizikal Dibuka Di Sunway Geo Avenue – Amanz


Rakyat Malaysia kini mempunyai pelbagai pilihan jika mereka ingin membeli laptop ataupun desktop, tidak kira untuk apa jenis kegunaan sekalipun. Jenama-jenama terkemuka seperti ASUS, MSI, Lenovo dan sebagainya.

Kita nampaknya bakal melihat kehadiran sebuah lagi pemain di dalam arena ini yang akan memasuki pasaran tempatan, dan ia adalah AFTERSHOCK, sebuah pembina laptop dan desktop dari Singapore yang hadir dengan jenama peranti mereka sendiri yang dinamakan LEVEL51.

 

Kedai LEVEL51 ini, yang dibuka pada hari ini hadir dengan laptop-laptop yang diubahsuai daripada jenama CLEVO, termasuklah laptop-laptop dari siri MX, W dan P yang hadir dengan spesifikasi yang berbaloi dengan kehendak pengguna, dari spesifikasi yang cukup baik untuk bermain permainan pada resolusi Full HD hinggalah 4K.

Diantara model-model laptop yang ditunjukkan di kedai LEVEL51 ini termasuklah LEVEL51 MX-15, W-17S, dan PRIME-15, dan bagi mereka yang lebih inginkan sebuah desktop gaming yang berkuasa, LEVEL51 juga hadir dengan model-model desktop seperti LEVEL51 ZEAL, Impulse dan juga komputer all-in-one The NEXT.

Para pelawat kedai LEVEL51 ini bukan sahaja dapat melihat dan menguji laptop-laptop ini, malah, jika mereka ingin membeli sebuah laptop ataupun desktop ini, mereka boleh mengubahsuai spesifikasi peranti-peranti tersebut mengikut kehendak mereka, dan laptop-laptop dan desktop tersebut akan dibina di Malaysia.

Kedai LEVEL51 ini, yang dibuka di Sunway Geo Avenue di Bandar Sunway, dan selain daripada laptop dan desktop LEVEL51, AFTERSHOCK juga merupakan pengedar kerusi gaming Secretlab yang juga berasal dari Singapura.

Bagi yang berminat untuk melawat kedai LEVEL51 ini, lokasi mereka ialah B-03-01, Sunway Geo Avenue di Bandar Sunway.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons