Benarkah Amerika Syarikat mampu stabilkan ekonomi Asia



AUSTRALIA menggesa Amerika Syarikat agar membina jalinan lebih kuat di Asia bagi mengekang pengaruh China di rantau itu.

Demikian menurut laporan dasar luar negara baharu Australia yang dikeluarkan pada Khamis.

Laporan itu menyatakan, Australia percaya bahawa cabaran antarabangsa hanya dapat ditangani dengan berkesan jika wujud campur tangan negara kuasa dunia dan terkaya seperti Amerika Syarikat.

Keputusan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dilihat memberi kesan langsung kepada ekonomi rantau itu dan memberi peluang lebih luas kepada ekonomi China untuk berkembang.

Bagi Australia, penglibatan berterusan Amerika Syarikat dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran di rantau itu.

Australia merupakan salah satu daripada sekutu Amerika Syarikat yang paling kuat dan sering menjalin kerjasama erat dalam konflik global.

Walaupun Australia dan China mempunyai hubungan ekonomi yang rapat, China didakwa mencurigai hubungan ketenteraan Australia dengan Amerika Syarikat.

Hubungan antara Australia dan China juga dilihat melemah tahun ini selepas Australia menolak pelaburan berprofil tinggi oleh China

Selari hasrat Australia itu, Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya baru-baru ini telah membincangkan visi terbaru iaitu tidak lagi menggunakan perkataan Asia pasifik sebaliknya menggunakan ‘Indo-Pasifik’ dan ia bertujuan untuk melemahkan pengaruh China di rantau itu.



Source link

read more

Palestin bekukan pertemuan dengan Amerika – Nasional


RAMALLAH 22 Nov. – Palestin membekukan semua pertemuan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas pihak berkuasa itu memutuskan untuk menutup pejabat perwakilan mereka di Washington.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki mempersoalkan kepentingan untuk mengadakan pertemuan dengan Amerika ketika negara itu menutup pejabat mereka di Washington.

“Secara praktikalnya dengan menutup pejabat itu, mereka membekukan kesemua mesyuarat dan kami menjadikan perkara itu sebagai rasmi,” katanya, semalam.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dianggap masyarakat antarabangsa mewakili Palestin perlu mendapatkan kebenaran untuk beroperasi di Washington dan permit itu diperbaharui setiap enam bulan oleh Jabatan Negara AS.

Namun minggu lalu, jabatan itu enggan memperbaharui permit berkenaan. – AFP



Source link

read more

Biodiesel Indonesia mungkin akan saman Amerika Syarikat



JAKARTA: Indonesia menggesa Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusannya mengenai penguatkuasaan duti timbal balas terhadap produk biodiesel Indonesia.

Menteri Perdagangan, Enggartiasto Lukita berkata Washington telah meluluskan pelaksanaan baharu untuk produk tersebut dengan mengenakan tarif antara 34.45 hingga 64.73 peratus.

“Kerajaan Indonesia menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk mempertimbangkan semula keputusannya dan menghormati hubungan baik antara kedua negara,” katanya.

Beliau berkata Indonesia ketika ini sedang mempertimbang untuk memfailkan aduan kepada mahkamah Amerika Syraikat dan badan penyelesaian pertikaian WTO mengenai langkah anti-penetapan harga yang dibuat oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (USDOC) pada 9 November.

Selain Indonesia USDOC juga mengenakan langkah serupa terhadap Argentina dengan mengenakan tarif yang lebih tinggi antara 71.45 hingga 72.28 peratus.

Enggartiasto berkata Amerika Syarikat perlu menunjukkan bukti terlebih dahulu berhubung penetapan harga melampau yang dibuat Indonesia bagi produk itu.

Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat kini sedang menyiasat dakwaan itu.

Suruhanjaya itu akan mengumumkan keputusannya pada 21 Disember depan.

“Sekiranya metodologi dan pengiraan yang digunakan oleh AS tidak selaras dengan Perjanjian Subsidi WTO dan langkah-langkah lain,

“Kami akan mempertimbangkan untuk menilai semula import Indonesia dari Amerika Syarikat,” ujarnya.

Pada 2016, eksport biodiesel Indonesia ke Amerika Syarikat telah mencapai US$255.56 juta atau 89.19 peratus daripada jumlah eksport biodiesel Indonesia.

Tetapi pada 2017, eksport dihentikan kerana langkah anti-lambakan dilaksana.



Source link

read more

Isu Rohingya: Setiausaha Luar Amerika Syarikat lawat Myanmar esok – Nasional


MANILA 14 Nov. – Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa-kuasa besar apabila Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak berkata Tillerson memberitahu beliau semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di sini bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan terhadap orang awam oleh tentera Myanmar dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Najib juga berkata beliau telah menekankan kepada para pemimpin ASEAN dan rakan dialognya bahawa isu Rohingya bukan sahaja melibatkan soal kemanusiaan, tetapi juga keselamatan kerana ia bakal menjadi satu kawasan untuk kumpulan pengganas IS dan Daesh bertapak jika ia tidak ditangani dengan baik.

Awal bulan ini, satu rombongan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah melawat Myanmar untuk melihat sendiri krisis penduduk Rohingya dan mengenai kaedah penyampaian bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang memerlukan, serta melawat melawat Cox’s Bazar Bangladesh, tempat tumpuan pelarian.

Semalam, Najib menyatakan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Manila, telah menyatakan bahawa negara itu sedang berunding dengan Bangladesh bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

Najib juga berkata Suu Kyi turut menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan Malaysia menyambut baik usaha Myanmar itu, tetapi mahu melihat butiran MoU serta syarat yang dikenakan bagi membolehkan pelarian itu pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, mereka difahamkan MoU itu akan dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu. – BERNAMA





Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons