Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017



SINGLE “Wanita Terakhir” bukan sahaja mencatat sejarah memperkenalkan Fattah Amin sebagai penyanyi, tetapi juga dinobatkan sebagai debut single paling berjaya di negara ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memaklumkan, ia dikira berdasarkan kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu tersebut dalam carta domestik dan antarabangsa pada minggu pertama dilancarkan.

Bukan itu sahaja, lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga unggul sebagai lagu tempatan dengan kedudukan terbaik dalam carta lagu di negara ini untuk tahun 2017.

Lagu “Jampi” nyanyian Hael Husaini pula menjadi lagu tempatan dengan penstriman paling banyak tahun lalu, dengan sejumlah 3.2 juta penstriman.

Bagi kategori lagu antarabangsa pula, lagu Ed Sheeran, “Shape of You” unggul dengan 13.8 juta penstriman.

Single pertama dari album terbaharu Taylor Swift, “Look What You Made Me Do” pula merupakan debut antarabangsa terbaik bagi 2017.

Lagu dendangan Haqiem Rusli, “Segalanya” pula merupakan lagu tempatan paling lama dalam carta, iaitu selama 52 minggu.



Source link

read more

Fattah Amin Fazura memadu asmara di Eropah



KUALA LUMPUR : Cerita pasangan serasi yang mendirikan rumah tangga dalam satu acara tertutup nampaknya masih belum reda di kalangan peminat mereka. 

Gerak-geri pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun masih diikuti ramai oleh peminat dan pengikut mereka terutamanya di laman media sosial. 

Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah.

Selepas Fazura memuat naik ‘story’ di Instagramnya, netizen turut mengucapkan selamat jalan buat pasangan tersebut menikmati musim-musim bahagia mereka. 

BACA: Fattah peristerikan Fazura dengan sekali lafaz

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.

BACA: Fattah-Fazura kongsi video detik manis majlis pernikahan di Instagram

BACA: Jangan terlalu obses dengan ‘FattZura’ – Fazura

BACA: Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura!

Mereka mendirikan rumah tangga beberapa hari selepas mengumumkan talian pertunangan mereka setelah mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing. 

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Sementara itu, pasangan tersebut dikatakan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka sekitar Mac atau April tahun hadapan. 



Source link

read more

Roslan Shah pilih bertemu Norshila Amin – Hiburan


SHAH ALAM 13 Dis.- Pengacara Roslan Shah tidak melihat perlu untuk dia melayani permintaan penyanyi era 80-an, Norshila Amin untuk mengangkat sumpah laknat dalam menyelesaikan perbalahan yang timbul antara mereka.

Jelas Roslan, sama seperti Norshila dia juga mahu menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Namun untuk menuruti permintaan mengangkat sumpah laknat itu tidak sama sekali akan dilakukannya.

Tambah Roslan dia juga bersedia untuk bertemu dengan Norshila sendiri untuk berbincang hal tersebut.

“Tidak, saya tidak akan mengangkat sumpah laknat. Dia juga sudah membuat laporan polis. Jujurnya saya seorang yang pemaaf dan sedia meminta maaf dalam menyelesaikan hal ini.

“Lana khabarnya mahu membuat sidang akhbar, tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa buat masa ini. Selain ada permintaan untuk bertemu sendiri dengan Norshila,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan yang kononnya terdapat khabar angin yang tersebar mengenai Norshila sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak puas hati, kata Roslan dia tidak tahu apa-apa mengenai khabar angin tersebut.

Malah jelasnya ketika menjadi pengacara di sebuah tapak perniagaan bazaar baru-baru ini, dia turut membantu mempromosikan perniagaan Norshila.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan khabar angin itu. Cuma mungkin kami boleh bertemu dan berbincang,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Rambu Ramba itu bersama anaknya, Nurrul Admiena Norrizan mengangkat sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak mengambil wang daripada lapan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cinta Pertama Pekin Ibrahim dan Fatah Amin


SINTOK: Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya amat indah dan sentiasa menjadi ingatan buat ramai dalam kalangan kita.

‘Cinta Pertama The Musical’ memaparkan kisah berdasarkan pengalaman sebenar menarik perhatian penonton dengan kehadiran pelajar Semester 5 Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton, persembahan 38 pelajar yang terdiri daripada artis dan selebriti yang kini bergelar sebagai mahasiswa UUM amat mengujakan.

Kisah 'Cinta Pertama' membabitkan Pekin Ibrahim dan Fattah Amin dikongsikan menerusi sebuah persembahan teater muzikal

Mana taknya, kisah kehadiran Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Maulana, Zahid, Haziq, Akma, Aril dan Amir Syazwan yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti itu amat mencuit hati.

Kisah yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu diselitkan dengan konflik antara pelajar muzik dan filem, bagaimanapun proses adaptasi, rasa kebersamaan dan cinta yang mendalam terhadap UUM berjaya menyatukan mereka.

Ia dipersembahkan di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok malam Selasa turut dihadiri Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Persembahan ini turut dihadiri Naib Canselor UUM

______________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

read more

Memang nak nampak macam Gong Yoo untuk Coffee Prince – Fattah Amin



PELAKON Fattah Amin akui mengubah penampilannya untuk kelihatan seperti aktor Korea, Gong Yoo demi menjayakan wataknya dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia (MY Coffee Prince).
 
Kata Fattah, dia membuat rujukan mengenai watak utama drama tersebut sebelum menjalani penggambaran MY Coffee Prince.
 
“Apabila ditawarkan untuk membintangi drama ini saya terus membuat rujukan tentang watak yang dibawakan oleh Gong Yoo iaitu Choi Han Kyul.
 
“Saya melihat kepada gaya penampilannya dan saya belajar sedikit demi sedikit cara bagaimana untuk menghidupkan watak Choi Han Kyul versi Malaysia.
 
“Ini inisiatif saya dan memang saya sendiri yang mahukan ‘look‘ seperti Gong Yoo dalam drama tersebut.
 
“Selain itu saya juga menonton episod pertama hingga akhir Coffee Prince sebagai rujukan untuk mendalami karakter itu.
 
“Ada juga peminat yang tertanya-tanya mengapa saya kelihatan kurus dan berambut panjang dan mereka kata tidak sesuai dengan imej saya tetapi itu semua saya lakukan demi watak,” jelasnya.
 
Fattah ditemui Astro Gempak di lokasi penggambaran MY Coffee Prince bertempat di Bros Cafe, Seremban.
 
Selain Fattah, Coffee Prince turut dibintangi oleh Janna Nick, Fahrin Ahmad dan Diana Danielle.
 
Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Lee Sun Kyun dan Chae Jung An.

BACA: Fahrin Ahmad tonton Coffee Prince kerana Han Sung
 
Jangan lupa saksikan MY Coffee Prince arahan Michael Ang yang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Isnin-Khamis bermula jam 10 malam.
 
Terlepas menonton episod pertama MY Coffee Prince? Jangan risau, anda boleh saksikan drama tersebut menerusi On Demand. Hanya sambungkan PVR ke wifi rumah anda sekarang.



Source link

read more

Fattah Amin Tomok dan Pekin Ibrahim bergelar mahasiswa



KUALA LUMPUR: Tahukah anda, selebriti kesayangan ramai seperti Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM)?

Mereka dan beberapa rakan artis yang lain seperti Aril, Zahid, Ammar Habir (Drama Band) dan Acap (Pretty Ugly) bakal menjayakan pementasan muzikal Cinta Pertama The Musical di UUM Sintok, Kedah pada 11 Disember ini.

Pementasan muzikal yang diarahkan Raja Mukhriz ini merupakan projek khas melibatkan 38 orang pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur bagi semester kelima sempena majlis penyampaian Anugerah Dekan yang dianugerahkan kepada mereka yang layak.

Selain itu, Cinta Pandang Pertama The Muscial mengisakan cerita mencuti hati pelajar BBIM/UUM yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti dan melihat rakan seperjuangan sama yang sudah lama dikenali dalam industri seni turut menuntut jurusan ijazah yang sama.

Kisah mencuit hati ini diselangi dengan beberapa konflik yang melibatkan  perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku di antara pelajar muzik dan filem.

Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM.



Source link

read more

Bukan senang jadi pelakon – Riz Amin cedera di set Polis Evo 2



Pelakon Riz Amin mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika melakukan babak aksi untuk filem Polis Evo 2 malam tadi.

Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah di Kelang, Selangor sambil ditemani teraju utama filem itu, Zizan Razak.

“Bukan senang jadi pelakon, risiko tinggi kadang-kadang.

“Ini merupakan satu proses pembelajaran apabila saya tiba-tiba jatuh tersungkur ketika sedang melakukan penggambaran Polis Evo 2.

“Benda nak jadi, tetapi, alhamdulillah semuanya ok,” tulisnya di kapsyen entri terbaharu Instagram awal pagi tadi.

Baca: Cedera Ketika Jayakan Babak Aksi Polis Evo 2, Zizan Razak Mohon Doa Peminat

Riz juga menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada Zizan dan beberapa orang kru penggambaran
ang menemaninya ke hospital hingga menghantarnya pulang ke rumah.

“Saya berterima kasih kepada rakan baik saya Zizan Razak, Nuar dan Nano yang menghantar saya ke hospital, tolak kerusi roda ke X-ray, tunggu sampai siap dan hantar ke rumah pula. Memang sempoi,” tambah Riz.
 



Source link

read more

Noorshila Amin tuntut sumpah laknat dalam tempoh 44 hari



PENYANYI era 1980-an, Noorshila Amin telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap Lana Nodin dan Roslan Shah berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.

Malah, kata Noorshila pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan kemelut antara mereka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Noorshila juga tidak meminta ganti rugi atau permohonan maaf daripada individu terbabit sebaliknya meminta agar melakukan perkara yang sama dengan mengangkat sumpah laknat jika yakin berada di pihak yang benar.

“Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana dan Roslan, rakan peniaga dan artis yang telah menyebarkan fitnah terhadap saya sekeluarga.

“Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat selama tempoh 44 hari supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak, laknat Allah akan jatuh pada mereka.

“Saya juga merayu kepada Roslan agar berhenti menyebarkan dan menyentuh isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi sebagai penyanyi dan peniaga.

“Namun, saya masih terbuka untuk berbincang dan bermaaf-maafan bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik,” katanya dalam sidang media khas di Hartamas, Kuala Lumpur petang semalam.

Noorshila dan anaknya, Nurrul Admeina Norrizan telah mengangkat sumpah laknat bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan selebriti yang terlibat dalam festival di Brunei pada bulan April lalu.

BACA: “Saya kuis je…” – Noorshila Amin nafi tendang meja, angkat sumpah laknat

Kemelut antara Noorshila dan Lana tercetus apabila kedua-dua selebriti itu dilaporkan bertengkar ketika berada di festival beli-belah di Singapura pada hujung bulan lalu.

Perkara menjadi lebih rumit apabila Roslan Shah bertindak campur tangan dalam perbalahan antara Noorshila dan Lana menerusi siri siaran langsung di Facebook peribadinya.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Saya kuis je… – Noorshila Amin nafi tendang meja angkat sumpah laknat



PENYANYI popular era 1980-an, Noorshila Amin menafikan tuduhan Lana Nodin yang telah mendakwa dirinya bertindak agresif dengan menengking dan menendang meja di gerai jualan pelakon itu ketika di Singapura hujung bulan lalu.

Noorshila juga mengangkat sumpah laknat menafikan dirinya menggelapkan wang lapan orang artis ketika di Brunei International Grand Festival 2017 pada April lalu.

“Saya bersumpah saya tidak pernah membuat penipuan wang lapan orang artis iaitu Sheila Mambo, Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Rozie Othman, Zul Yahya, Ainina Ahmad B, Liza Abdullah dan Aiman Tino pada bulan April lalu ketika di Brunei.

“Saya juga menafikan dakwaan Lana Nordin bahawa saya telah menendang meja gerai jualannya hingga menyebabkan barangan berterabur ketika di Halal International 2017 di Singapura pada 24 November lalu.

“Saya mengaku memang ada menegur penjaga gerai jualan Lana Nordin dan hanya menguis troli miliknya yang berada di kawasan gerai jualan saya.

“Memang pada malam kejadian saya dan Lana ada bertengkar di hadapan suami saya dan suaminya namun pertengkaran itu tidak menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Perkara lebih rumit apabila Roslan Shah merakamkan video live di media sosialnya hingga ramai yang mengaitkan nama saya sekali gus menjejaskan imej dan perniagaan saya,” jelas penyanyi lagu Rambu Ramba itu.

Noorshila ditemui pada majlis sidang media khas bersama dua anaknya, Nurrul Admiena Norrizan dan Nurrul Nadia Norrizan di Hartamas, Kuala Lumpur hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku antara Noorshila dan Lana ketika di Singapura serta tuduhannya menipu wang lapan orang selebriti ketika di Brunei.

Noorshila mengangkat sumpah laknat sebanyak sembilan kali manakala anaknya, Nurrul Admiena mengangkat sumpah laknat lima kali.

Sumpah laknat Noorshila dibuat atas dua tuduhan iaitu menipu duit rakan selebriti dan fitnah yang disebarkan oleh Roslan Shah.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Perjanjian Malaysia Abang Johari enggan layan jemputan Pandikar Amin untuk berdebat


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau tidak gentar dengan cabaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk berdebat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sarawak, tetapi menegaskan bahawa kerajaan negeri akan berunding mengikut undang-undang dan perlembagaan.

“Pendirian saya tegas dan saya tidak takut walaupun hilang jawatan, daripada saya melayan perdebatan yang tidak berfaedah,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 1 Kuching di Penview Convention Centre (PCC) di sini hari ini.

BACA: Najib jelaskan pendirian kerajaan persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak sambil beberapa pemimpin negeri menyifatkan Pandikar Amin sebagai angkuh.

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak . - Foto Astro AWANI

Abang Johari berkata kerajaan negeri Sarawak akan tetap meneruskan rundingan peringkat tertinggi dengan kerajaan Persekutuan mengenai pengembalian kuasa dan hak-hak negeri Sarawak serta rakyat negeri ini seperti yang termaktub dalam MA63.

Menurut ketua menteri, dua minggu lepas ketika melakukan lawatan ke Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pada pertemuan itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengembalikan hak negeri Sarawak.

“Kita ada hak untuk berunding. Kita Sarawak ada maruah, kita ada cara kita untuk berunding. Kita hendak mempertahan hak kita,” tegas beliau dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Abang Johari sekali mengulangi janji beliau untuk meneruskan dasar bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk menuntuk kembali hak negeri ini.

Sebagai buktinya, katanya, kerajaan negeri telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

“Apabila kita semak, didapati banyak hak diberi kerajaan British kepada orang Sarawak. Kita mendapat bukti mengenai hak kita mengenai minyak kerana kita masih ada Ordinan Perlombongan Minyak.

“Gabenor orang putih beri hak kepada Sarawak untuk Sarawak Oil Limited menerokai minyak dan hasil bumi ini,” tambah beliau.

Beliau berkata Barisan Nasional Sarawak yang bertunjangkan PBB mempunyai asas perjuangan untuk berunding bagi mendapatkan kembali hak negeri ini, namun beliau memberi jaminan Sarawak akan terus berada di dalam Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons