4 anak angkat dikurung dibiar kelaparan



ARIZONA: Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera empat anak angkat mereka dengan mengunci dan tidak memberi makan dan minum kepada mereka.

Benito Gutierrez, 69 tahun, dan Carol Gutierrez, 64 tahun, ditahan selepas salah seorang kanak-kanak itu berjaya meloloskan diri dengan memecahkan tingkap kediaman mereka di Tucson, Arizona.

Kesemua mangsa berusia di antara enam hingga 12 tahun.

Memetik laporan The Sun, pihak polis tiba di kediaman tersebut mendapati kesemua mangsa dikunci di dalam bilik tidur berasingan.

Mereka juga tidak mempunyai akses kepada makanan, minuman serta lampu dan hanya dibekalkan dengan baldi kecil sebagai tandas.

Benito dan Carol ditahan atas tiga pertuduhan penderaan terhadap kanak-kanak.

Kes penderaan kanak-kanak semakin mendapat perhatian di Amerika Syarikat selepas penahanan pasangan Turpin yang melakukan penderaan secara mental dan fizikal terhadap 13 orang anak mereka.

BACA: Pasangan kejam dera, rantai dan kurung 13 anak sambil dibiarkan kelaparan

BACA: Pasangan suami isteri rantai dan dera anak bertahun

BACA: Diharamkan berjumpa anak-anak, balasan seksa, kurung, dera 13 anak



Source link

read more

Anak saya tiada akaun IG – Nedim Nazri dedah akaun palsu


SUAMI aktres Nora Danish, Nedim Nazri mendedahkan akaun palsu Instagram (IG) yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk anaknya, Mohamed Neqayl Nedim yang baru dilahirkan semalam.

Menurut Nedim menerusi InstaStory miliknya, anaknya bersama Nora Danish itu tiada sebarang akaun IG atau laman sosial.

“Salam semua, terima kasih untuk doa kalian.

“Alhamdulilah Ney Ney (Neqayl) sihat dan sempurna.

“Cuma nak beritahu anak saya tiada akaun IG atau laman sosial.

“Terima kasih dan kami sayang kamu semua,” tulisnya.

Menerusi IG story berikutnya Nedim mendedahkan akaun palsu yang diwujudkan.

Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.05 pagi semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9 tahun.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram @boss_ned



Source link

read more

Gadis Trivago Dahlia Shazwan dapat anak perempuan


PENGACARA televisyen (TV) dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
 
Bayi comel seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 3.15 pagi.
 
Berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen:
 
“Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F,” tulisnya. Kapsyen itu juga disertakan dengan foto merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping anak pertamanya.
 
Bagaimanapun, wajah anaknya tidak didedahkan dan ditutup dengan emoticon berbentuk ‘love’.
 
Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
 
Foto: Instagram @adilaramly
 



Source link

read more

NURUL IZZAH BERCAKAP KALAH ANAK KUTTY!!! ~ SEMUT HITAM


Sekejap kata nak kekal di Lembah Pantai. Sekejap kata nak pindah ke Permatang Pauh. Sekarang Si Nurul Izzah tu memberikan bayangan kononnya dia bersedia untuk berpindah ke Johor pulak.



Dah mengalahkan Si Anak Kutty pulak bila Si Nurul Izzah ni bukak mulut. Cakap tak serupa bikin. Pendirian tak pernah tetap. Perangai sebijik macam orang MUNAFIK yang suka bercakap berbelit – belit.

Kali ni, Si Nurul Izzah tu memberikan alasan, dia tiada sebarang masalah diletakkan di mana-mana kerusi kerana sebagai pejuang parti, beliau akur kehendak dan keputusan kepimpinan.

“Begitulah lumrah hidup berjuang dalam PKR dan saya harus yakin, dan usaha sedaya mungkin demi berjuang mempertahankan agenda ekonomi rakyat. PRU adalah penentu hala tuju masa depan ekonomi rakyat. Jangan ambil mudah pilihan rakyat,” katanya, semalam.

Si Nurul Izzah tu buat kenyataan demikian sebagai sindiran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangkan dia bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru.

Kerusi itu pada ketika ini disandang oleh Tan Sri Shahrir Samad selama tujuh penggal sejak tahun 1978. Pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, Tan Sri Shahrir menang dengan majoriti 10,495.

Nurul Izzah, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR, sebelum ini disifatkan sebagai ‘Pembunuh Raksasa’ apabila menewaskan Tan Sri Shahrizat Jalil yang ketika itu, menjadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada PRU12.

Pada PRU13 pula, Nurul Izzah menewaskan Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan kaedah menabur fitnah.

Selain Johor Bahru, dalam laporan sebuah portal berita, nama Nurul Izzah juga disebut menggantikan Mohd Rafizi Ramli yang hilang kelayakan bertanding apabila dijatuhi penjara 30 bulan selepas didapati bersalah di bawah BAFIA.




Source link

read more

Kenapa kejam sangat Budak tergamak campak anak anjing untuk habuan buaya



ANAK anjing ini ditangkap, disumbat ke dalam beg, dikeluarkan semula bukan untuk bebas tapi dicampak ke dalam air sebagai makanan buaya.

Tiada istilah yang mampu menggambarkan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Sebaik dicampak ke air, anak anjing itu dilihat terkapai kapai sebelum di sambar ‘sang bedal’.

Memetik laman Metro.co.uk  kejadian itu dikatakan berlaku di Indonesia. Video yang dimuatnaik laman perkongsian LiveLeak berkenaan telah mencatat 72,000 tontonan dalam tempoh semalaman.

Ini bukan kali pertama video kekejaman terhadap anjing di Indonesia didedahkan.Sebelum ini beberapa lagi video memaparkan haiwan itu dipukul dengan belantan hingga mati dan ada yang dibakar hidup-hidup semata-mata bagi memenuhi selera pelanggan.

Aktivis hak asasi haiwan mendedahkan sembilan daripada 10 anjing yang dibunuh bagi memenuhi permintaan di seluruh Asia Tenggara adalah haiwan peliharaan yang dicuri daripada tuannya.

Malah  petubuhan  Bebas Daging Anjing Indonesia (DMFI) telah mengeluarkan  video kekejaman terhadap haiwan itu beserta pendedahan terdapat  lebih 200 pasar yang menjual anjing hidup untuk tujuan dimakan beroperasi di  Sulawesi utara.

Peningkatan permintaan terhadap daging anjing bukan hanya isu mengenai penganiayaan terhadap haiwan namun ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai penularan wabak rabies.



Source link

read more

Ini anak saya Mohamed Neqayl Nedim – Nedim Aziz



KUALA LUMPUR: Nora Danish mendedahkan nama anak lelakinya yang baru sahaja dilahirkan pada pagi tadi melalui foto yang dimuatnaik dalam akaun Instagram.

Nama bayi lelaki yang digelar ‘Ney Ney’ itu ialah Mohamed Neqayl Nedim.

Mohamed Neqayl selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara awal pagi tadi.

BACA: Nora Danish lepas bersalin ‘still comel’, senyum memanjang – Netizen

BACA: Inilah ‘Ney Ney’ wajah putera Nora Danish yang baru sahaja dilahirkan!

BACA: Nora Danish selamat melahirkan anak lelaki’



Source link

read more

Nora Danish selamat melahirkan anak lelaki


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish selamat melahirkan cahaya mata kedua pada awal pagi tadi.

Menurut sumber, pelakon yang popular dengan filem Polis Evo itu, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Menurut sumber, Nora melahirkan anak lelaki melalui pembedahan.

Nora pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018.

Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram Nedim, pelakon filem Polis Evo itu disahkan akan bersalin sekitar minggu ini.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal, 9 tahun.

Pelakon yang popular dengan filem Polis Evo itu, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara. - Foto Instagram



Source link

read more

Asyik nak makan cheese – Ozlynn dedah pengalaman hamil anak kelima



PELAKON Ozlynn mendedahkan dia berdepan pengalaman lebih sukar sepanjang lima bulan pertama kandungan kelimanya.

Kata Ozlynn, dia putus selera makan dan mengalami alahan lebih teruk berbanding ketika mengandungkan empat cahaya matanya terdahulu.

“Pada mula-mula kandungan sejak menyertai Super Spontan Superstar (SSS) tahun lepas lagi saya mual dan muntah-muntah.

“Badan saya lemah dan saya tiada selera makan. 

“Namun, selepas masuk bulan kelima saya asyik suka makan keju. Sampaikan Johan terpaksa mencari keju pukul 3 pagi.

“Saya tak kata mengidam sebab sebelum ini saya tidak suka makan keju. Tiba-tiba kandungan kelima saya jadi hantu keju pula!” katanya kepada Astro Gempak.

Isteri kepada pelawak popular dan penyampai radio Era, Johan itu mendedahkan dirinya berbadan dua selepas selesai rancangan Super Spontan Superstar.

Ozlynn dijangka bersalin pada hujung bulan Mei nanti.

Dalam perkembangan lain, Ozlynn sedang dalam proses pra produksi beberapa buah program televisyen yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.

Johan pula dilantik sebagai juri tetap rancangan Ceria Megastar yang akan bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam mulai 2 Mac depan di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Maya HD.

Ceria Megastar turut melantik Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap dan Nabil Ahmad selaku pengacara.



Source link

read more

Gila Cerai isteri demi kahwini anak perempuan sendiri



NORTH CAROLINA: Sekiranya seorang lelaki berlaku curang terhadap isteri dengan wanita lain, itu mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi curang terhadap isteri dan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan sendiri? Ini tidak masuk akal!

Namun itulah yang berlaku kepada Alyysa Pladl yang dilanda kekecewaan selepas suaminya Steven Pladl, 42 tahun, sanggup menceraikannya untuk mengahwini anak perempuan mereka, Katie, 20 tahun.

Alyysa menyifatkan perbuatan itu satu pengkhianatan besar, lapor portal Daily Mail.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan saya ini; saya berasa geli dan dikhianati,” ujar Alyysa.

Hubungan intim Steven dan Katie terbongkar selepas Alyysa menjumpai diari seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang menceritakan apa yang berlaku.

Diari itu menyatakan bahawa Katie ketika itu hamil dan bapa kepada bayi dalam kandungan itu adalah suami Allysa iaitu Steven.

Alyysa yang naik berang terus bersemuka dengan Steven dan meminta penjelasan berhubung dakwaan di dalam diari tersebut.

Steven walau bagaimanapun bertindak menceraikan Alyysa dan ‘mengahwini’ Katie walaupun salah di sisi undang-undang.

Pasangan ‘suami isteri’ itu juga memuat naik gambar bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada September lalu juga gambar ‘perkahwinan’ mereka.

Kedua-dua Steven dan Katie walau bagaimanapun didakwa pada Januari atas tuduhan, antara lain, melakukan sumbang mahram.

Jika sabit kesalahan, mereka mungkin dipenjara hingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Menurut laporan media, Steven dibebaskan dengan bon jaminan AS$1 juta (kira-kira RM4 juta), walau bagaimanapun Katie kekal dipenjarakan di Pusat Tahanan Wake County sementara menunggu perbicaraan ekstradisi pada 28 Februari.



Source link

read more

Bangkai pesawat Iran ditemui kesemua penumpang dan anak kapal maut



LONDON: Kesemua penumpang dan anak kapal pesawat Iran yang terhempas di kawasan pergunungan Zagros, selatan Isfahan pada 18 Februari disahkan terkorban susulan penemuan bangkai pesawat pada Selasa.

65 penumpang dan anak kapal ditemui tertimbus di bawah sajli tebal oleh pasukan penyelamat.

“Hanya sebahagian pesawat itu kelihatan dan sebahagian lagi tertimbus di bawah sajli yang tebal.

“Pasukan penyelamat melaporkan 30 mayat bergelimpangan tidak jauh daripada bangkai pesawat,” kata pegawai Bulan Sabit Merah Iran.

Pesawat ATR-72 berkenaan yang dijadual menuju ke Yasuj, hilang dari radar ketika baru 20 minit berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran.

Namun usaha pencarian pesawat Iran, Aseman Airlines yang terhempas itu terpaksa ditangguhkan akibat salji tebal dan rebut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons