Resipi Step By Step Kari Ayam Untuk Anak-Anak Dara Yang Baru Nak Belajar Masak.


Bagi sesetengah dari kita, resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA-CARA MEMASAK KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

 

CARA MEMASAK:

1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

6. Gaul rata kesemua bahan.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.  

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar

Komen anda



Source link

read more

Suami belum hubungi saya atau anak-anak – Ziana Zain



BIARPUN tidak pernah melarikan diri daripada pihak media kala berdepan kontroversi dan kemelut yang sedang melanda rumah tangganya, penyanyi terkenal Ziana Zain memilih untuk tidak menjelaskan secara terperinci tentang apa berlaku dalam kehidupan peribadinya itu. Sentiasa memberikan kerjasama terbaik dengan pihak media, penyanyi Kemelut Di Muara Kasih ini memohon agar semua pihak termasuk peminat memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara personal.

Menurut Ziana, tindakan itu dilakukan kerana tidak mahu mengaibkan keluarga kedua belah pihak termasuk saudara mara terdekat.

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak kini boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” kata Ziana jujur.

Dalam pada itu, Ziana menjelaskan tidak berlaku kewujudan  orang ketiga dalam hubungannya dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad. Malah kata Ziana, penceraiannya adalah ketentuan Ilahi.

“Firman ALLAH dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya. Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” katanya kepada sebuah akhbar.

Bagimanapun Ziana memberitahu, selepas bebas daripada tahanan polis, suaminya sehingga kini masih belum menghubunginya atau anak-anak.

Ditanya bagaimana dia begitu kuat berdepan dugaan, malah mampu meneruskan rutin kerjaya seni sekali gus berdepan dengan orang ramai, kata Ziana, hidup perlu diteruskan.

“Hidup mesti diteruskan. Kalau kita nak bawa rasa sedih tu, sampai bila pun takkan hilang. Belum habis itu, yang lain pula datang.

“Jadi lalui sahaja apa yang ada di depan kita dan hargai apa yang boleh menggembirakan kita.

“Saya juga bertuah kerana mempunyai peminat yang sering meyokong dan mendoakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya,” luah Ziana.

 

 



Source link

read more

Impian anak-anak OKU bercuti ke Korea Selatan musnah akibat ditipu syarikat pelancongan – Nasional


Kuala Lumpur 17 April- Impian anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Program Pendidikan Khas Integrasi, Pulau Pinang untuk melancong ke Jeju Island Korea Selatan musnah apabila ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian murah.

Perkara yang sama turut dirasai oleh 38 kumpulan pengadu yang rata-rata telah menanggung kerugian hampir RM400 ribu ringgit kerana teruja dengan pakej murah serendah RM999 selama 3 hari 2 malam yang ditawarkan oleh MS JOM TRAVEL yang tular di media sosial.

Lebih menyedihkan ejen pelancongan yang dikendalikan oleh seorang lelaki beperwatakan warak bernama Mohd Sallehuddin Ismail yang berpusat di Shah Alam itu turut memperdaya mangsa agar membayar deposit sebanyak RM500 dan melangsaikan baki keseluruhan pada dua minggu sebelum tarikh berangkat. 

Menurut mangsa semua urusan pembayaran dibuat secara atas talian, namun keadaan mula bertukar pelik apabila dua hari sebelum tarikh berangkat pihak syarikat menghubungi mangsa dengan mengatakan percutian tersebut terpaksa ditunda dengan alasan tidak masuk akal seperti tukaran mata wang yang tinggi, serta pihak syarikat tidak boleh menempah hotel dan tiket penerbangan atas sebab-sebab tertentu.

Salah seorang mangsa, Mona Dollah memberitahu dia ada meminta syarikat tersebut untuk memulangkan wangnya namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah dia mengugut untuk membuat laporan polis.

“Dia pujuk saya dengan memberikan sekeping cek, namun bila saya tunaikan di bank ternyata ianya cek tendang. Saya hubunginya sekali lagi dan sekali lagi dia memberikan saya cek, namun dia suruh saya tunaikan cek tersebut selepas tiga bulan. Waktu tu memang saya pelik. Takkanlah duit saya pun dia tak mampu pulangkan balik, rupa-rupanya memang ramai dah kena tipu.”

Perkara yang sama turut dikongsi oleh guru Pendidikan Khas Pulau Pinang, Nurain Abdul Halim yang mendakwa perbuatan syarikat tersebut amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

“Kasihan pada anak-anak OKU yang tak berdosa ini. Tergamak mereka buat macam ni. Takkanlah mereka tak fikir langsung pasal halal haram. Saya dan beberapa orang guru lain terpaksa pula terangkan pada ibu bapa mereka tentang keadaan sebenar. Kalau nak tipu pun janganlah libatkan wang ringgit dan ragut keseronakan anak- anak yang tak berdosa ini. Simpatilah pada mereka.”

Menurut kesemua mangsa pihak syarikat MS JOM TRAVEL ada menghubungi mereka dan bersetuju untuk membayar balik kesemua wang milik mangsa, namun setelah menunggu hampir setahun bayaran yang dijanjikan masih belum ditunaikan. Laman rasmi dan iklan promosinya di media sosial juga telah ditutup dan tidak boleh dilayari.  Kesemua mangsa akhirnya bersepakat untuk membuat laporan polis. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

10 Idea Menu Bekal Yang Mudah Dan Sihat Untuk Anak-Anak


Kurang idea dan masa untuk sediakan bekal anak ke sekolah? Usah bimbang kerana anda boleh sajikan menu ringkas tetapi berkhasiat. Nak masak pun senang sangat. Jom lihat selesi menu yang boleh dihasilkan.

 

1. AYAM GORENG SAYUR CAMPUR


BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul drumet ayam | bersihkan dan tos
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN SAYUR CAMPUR:

  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan brokoli
  • 2 sudu makan biji jagung muda
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam

BAHAN SAMPINGAN:

  • 1 mangkuk kecil nasi
  • 1 biji muffin bunga kubis
  • Sos cili | jika perlu

 

CARA MEMASAK:
1. Untuk ayam goreng, gaulkan ayam dengan semua bahan sos dan serbuk perasa ayam.
2. Kemudian taburkan tepung gandum dan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing, angkat dan ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan air, setelah mendidih tambahkan serbuk perasa ayam dan sedikit garam jika perlu.
5. Celur semua sayur lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan toskan.
6. Masukkan setelah sejuk masukan sayur dalam bekas bekal bersama ayam goreng dan nasi.
7. Sebagai tambahan boleh masukkan sos pencicah sekali sebelum siap dibawa sebagai bekal oleh anak-anak.

INFO CHEF: Anda boleh perap ayam sebelah malam, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk, ia menjimatkan masa.

 

2. BEBOLA NASI & AYAM TARIYAKI

BAHAN BEBOLA NASI:

  • 1 cawan nasi putih | masak bersama 1/4 beras pulut
  • 1/4 cawan beras pulut
  • Sedikit hirisan seaweed
  • 1 batang sosej | rebus dan cincang halus
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh minyak bijan

BAHAN AYAM TARIYAKI:

  • 6 ketul drumet ayam
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh halia muda
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 ula bawang merah | cincang halus
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh cuka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TAMBAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bebola nasi, sosej dan semua bahan hirisan.
2. Perasakan dengan minyak bijan.
3. Gaul rata dan kepalkan seperti bebola (lebih kurang sebesar bola pingpong). Ketepikan.
4. Seterusnya sediakan ayam Teriyaki, Gaulkan ayam kicap cair dan halia, Perap sekejap.
5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
6. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
7. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
8. Setelah wangi masukkan sos cili, serbuk cili, cuka, gula perang dan sedikit air.
9. Biarkan sos mereneh atas api sederhana lebih kurang dua minit.
10. Masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan minyak bijan dan sedikit garam.
11. Setelah siap bolehlah sediakan bekal.
12. Masukkan nasi, ayam, sedikit salad dan jagung jika suka.

INFO CHEF: Bebola nasi boleh sediakan awal, kemudian warap kemas dan simpan dalam peti sejuk. Bila bangun pagi anda hanya perlu kukus seketika. Ayam juga boleh perap malam.

 

3. TORTILLA GULUNG BERTELUR & BEBOLA DAGING LADA HITAM

BAHAN TORTILA GULUNG:

  • 2 keping tortilla
  • 2-3 biji telur
  • 2 sudu makan mayones
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

BEBOLA DAGING LADA HITAM:

  • 6-8 biji bebola daging
  • 2 sudu makan sos lada hitam kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan tortilla gulung, panaskan kuali non-stick.
2. Panaskan tortilla seketika dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, pecahkan telur di dalamnya.
4. Kacau dan jadikan telur hancur. Angkata dan masukkan dalam mangkuk.
5. Campurkan mayones bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam.
6. Gaul rata dan ketepikan.
7. Untuk menyediakan bebola daging. Panaskan mentega dalam kuali, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
8. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan sos dan air.
9. Kacau rata hingga kuah pekat, perasa dengan sedikit garam.
10. Akhir sekali, masukkan bebola daging dan serbuk lada hitam.
11. Gaul rata kemudian tutup api.
12. Susun tortilla gulung dalam bekas bekal diikuti dengan bebola daging serta bahan sampingan seperti jagung rebus, salad dan tomato.
13. Siap untuk bekal.

INFO CHEF: Anda boleh tukar inti telur dengan tuna mayones jika suka.

 

4. NASI GORENG TELUR & SOSEJ


BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato | buang biji dan potong dadu
  • Sedikit jagung
  • 1 sudu makan perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makana minyak masak

BAHAN SAMPINGAN:

  • 3 batang sosej goreng | potong dua
  • Buah anggur
  • Tomato Ceri

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dalam kuali, pecahkan telur di dalamnya, kemudian kacau hingga menjadi hancur.
2. Masukkan nasi, sos tiram, kacau rata.
3. Tambahkan di dalamnya jagung dan tomato, gaul lagi.
4. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Setelah masak, tutup api dan masukkan nasi dalam bekas bekal.
6. Kemudian masukkan salad, sosej dan tuangkan sedikit sos di dalam sosej.
7. Tambah dengan buang anggur dan buah ceri.
8. Bekal siap.

INFO CHEF: Anda boleh juga hidangkan nasi goreng ini dengan nugget atau filet ikan.

 

5. MAKARONI BAKAR BERKEJU


BAHAN-BAHAN:

  • 250gm makaroni | rebus dan tos
  • 100gm daging kisar
  • 1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
  • 150gm parutan keju mozarella
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 4 sudu makan sos balognes
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
  • 3 sudu mentega
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • Buah Epal
  • Tomato ceri
  • Salad

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
3. Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
4. Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
8. Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
9. Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
10. Bakar lebih kurang 15 minit.
11. Setelah siap, hidangkan bersama Epal, salad dan tomato ceri.
12. Bekal siap.

INFO CHEF: Jika ada makaroni lebih untuk makan malam, jangan buang kerana anda boleh gunakannya untuk sediakan menu ini. Ia tidak membazir.

 

6. MINI PAU INTI DAGING

BAHAN DOH PAU:

  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh yis serbuk
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu makan susu tepung | bancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Air ikut keperluan

UNTUK INTI:

  • 250gm daging kisar
  • 1 biji bawang Holland | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan doh. Bancuh serbuk yis dengan air susu, kacau rata dan biarkan ia kembang lebih kurang 10 minit
2. Sementara itu, gaulkan tepung bersama garam halus dan minyak dalam mangkuk adunan.
3. Tuangkan bancuhan yis dalam mangkuk adunan, gaul rata.
4. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sambil adun hingga kelembutan doh yang anda inginkan.
5. Bulat-bulatkan doh kemudian susun dalam dulang dan rehatkan seketika.
6. Sambil menunggu doh kembang, sediakan inti.
7. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
8. Masukkan sos cili, kacau rata hingga pecah minyak.
9. Kemudian masukkan daging kisar, kacau rata dan tambahkan air asam Jawa.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Kecilkan api, terus kacau hingga kering dan pecah minyak.
12. Tutup api dan tapis minyak tumisan daging kisar.
13. Setelah sejuk, leperkan doh kemudian masukkan inti dan bulatkan semula.Lakukan hingga selesai.
14. Panaskan pengukus, kukus pau lebih kurang 15 minit.
15. Pau boleh dipadankan dengan buah pisang, anggur dan tomato ceri sebagai bekal.

INFO CHEF: Pau boleh dibuat awal, misalnya sebelah malam atau hujung minggu. Kemudian frozenkan, kukus semula bila perlu dibawa sebagai bekal.

 

7. CUCUR NASI BERKENTANG


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air 
  • 2 biji kentang | rebus dan lenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SAMPINGAN:

  • Ayam goreng
  • Sos Cili Thai
  • Salad
  • Tomato Ceri

CARA MEMASAK:
1. Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
2. Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
3. Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
5. Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.

INFO CHEF: Anda boleh gunakan lebihan nasi untuk sediaka cucur dan boleh dibancuh awal, kemudian masuk dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk. Goreng keesokan hari.

 

8. MUFFIN PASTA TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk pasta | rebus dan tos
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 biji cili Benggala merah | dadu halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
2. Tambahkan susu cair, garam, serbuk perasa ayam dan lada sulah, terus kacau lagi.
3. Kemudian masukkan pula hirisan cili Benggala dan daun bawang. Kacau seketika dan ketepikan.
4. Oleskan mangkuk aluminium foil dengan sedikit minyak, kemudian masukkan pasta di dalamnya (isi separuh sahaja).
5. Kemudian tuangkan bancuhan telur di dalam sehingga meliputi pasta.
6. Panaskan pengukus, kukus mufin lebih kurang 15-20 minit.
7. Setelah siap boleh dimasukkan dalam bekas bekal bersama kentang goreng dan buah Epal sebagai bekal ke sekolah.

INFO CHEF: Mufin ini boleh disediakan sebelah malam, pagi, anda hanya perlu goreng kentang sahaja.

 

9. ROTI PRATA & AYAM TANDURI SOS PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping roti prata segera
  • Sebelah paha ayam atas bawah | bersih dan tos
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu the serbuk jintan putih
  • 1/2 seudu teh serbuk ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1/2 biji lemon
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu makn mentega
  • Sedikit yogurt
  • Sedikit pewarna merah
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS PUDINA:

  • 1/2 ikat daun pudina
  • 1/2 biji lemon
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan susu cair

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan rempah ratus di dalam mangkuk.
2.Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya, diikuti dengan yogurt, sos tiram, garam dan pewarna merah. Kacau rata.
3.Gaulkam bahan perapan ini pada paha ayam, perapkan 15 minit.
4.Sediakan pemanggang, panggang ayam hingga masak.
5.Setelah masak bolehlah potong kecil untuk dimasukkan dalam bekas bekal.
6.Seterusnya panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan roti prata. Angkat dan ketepikan.
7.Kemudian sediakan pula sos campurkan semua bahan dalam pengisar, kemudian kisar.
8.Akhir sekali, masukkan roti prata dalam bekas bekal bersama Ayam Tanduri dan sos pudina. Boleh juga tambah buah pisang dan anggur.
9.Bekas siap untuk di bawa ke sekolah.

INFO CHEF: Sebenarnya Ayam Tandori perlu diperap sekurang-kurangnya lima jam sebelum dibakar. Oleh itu anda disarankan perap ayam sebelah malam, kemudian simpan dalam peti sejuk, bangun pagi terus bakar.

 

10. KOKTEL SOSEJ LADA HITAM & TELUR HANCUR

BAHAN KOKTEL LADA HITAM:

  • 10 biji koktel sosej
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TELUR HANCUR:

  • 2 biji telur
  • 1/2 biji tomato | buang biji dan potong dadu halus
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Secubit garam
  • 1 sudu mentega

BAHAN SAMPINGAN:

  • Jagung rebus
  • Buah pear
  • Nasi goreng

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng sosej seketik, angkat dan toskan minyak.
2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam, kacau rata.
4. Tambahkan sedikit air, kacau dan masukkan koktel.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan taburkan serbuk lada hitam.
6. Gaul rata, tutup api.
7. Untuk menyediakan telur hancur, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Tambahkan susu, tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
9. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian tuang bancuhan telur.
10. Kacau rata hingga telur berketul-ketul.
11. Masukkan dalam bekal bersama koktel sosej.
12. Kalau ada boleh tambahkan jagung rebus, nasi goreng dan buah.
13. Bekal siap.

INFO CHEF: Koktail sosej lada hitam boleh juga dipadankan dengan lain seperti roti bakar ataupun bihun goreng.

 

Komen anda



Source link

read more

Tahap pendidikan anak-anak Orang Asli semakin positif – Nasional


HULU TERENGGANU 2 April – Usaha berterusan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli di negara ini melalui pelbagai pendekatan makin mencatatkan perkembangan yang mengga-lakkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dengan kemudahan dan suasana pengajaran dan pem-belajaran yang makin baik telah berjaya menarik minat lebih ramai anak-anak mereka untuk ke sekolah dan belajar di peringkat lebih tinggi.

“Kini terdapat 99 buah sekolah bagi komuniti itu di seluruh negara termasuk sebuah sekolah menengah dengan jumlah pelajarnya seramai 37,934 orang manakala tenaga pengajar seramai 329 orang.

“Daripada jumlah itu terdapat lima buah sekolah kategori K9 yang menempatkan sekolah rendah dan sekolah menengah (tingkatan satu hingga tiga) dalam satu kawasan iaitu dua di Perak, dua di Pahang dan satu di Selangor, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bangunan Baharu Sekolah Rendah Sungai Berua di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Dr. Ghazali Taib;

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dan Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad, Tan Sri Tan Kean Soon.

Mahdzir turut berkata, pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada pihak swasta bagi bersama membantu pembangunan pendidikan di kalangan komuniti Orang Asli.

Sementara itu, Tan Kean Soon berkata bangunan tambahan yang bernilai RM200,000 berkenaan disumbangkan oleh T7 Global Berhad bagi memberikan keselesaan dan kemudahan pembelajaran kepada murid-murid Orang Asli.

“Selain itu, diharap dapat merangsang mereka untuk meneruskan pembelajaran dan sentiasa hadir ke sekolah. Pihak kami juga berbesar hati untuk menjadikan 104 murid-murid di sekolah ini sebagai anak angkat T7 Global Berhad, “ ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Anak-anak mati dibunuh pengasuh bapa dengar raungan isteri dalam mel suara



NEW YORK: Seorang bapa memberitahu mahkamah hari ini  dia mendapat berita dua anaknya mati dibunuh oleh pengasuh mereka selepas mendengar jeritan isterinya menerusi rakaman mel suara sejurus sejurus mendarat di lapangan terbang.

Kevin Krim yang mendarat di Lapangan Terbang John F Kennedy di New York selepas pulang dari urusan perniagaan terkejut apabila melihat telefonnya penuh dengan mesej dan panggilan dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut risau dengan kejadian tersebut.

Sejurus tiba, dia didekati dua pegawai polis yang tidak memakai baju seragam yang kemudian membuka mel suara yang ditinggalkan isterinya, Marina.

Terkejut, Krim hampir rebah kerana tidak percaya bahawa dua anaknya, Leo, dua tahun, dan Lulu, enam tahun, telah ditikam oleh penjaga mereka Yoselyn Ortega di kediaman mereka.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan berdarah oleh ibu mereka, Marina, setelah dia pulang ke apartmen mereka di Manhantan.

Polis menemui sebilah pisau yang ditinggalkan di sebelah sinki oleh suspek, Ortega, yang turut cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya namun gagal.

Krim menceritakan semula detik paling mengharukan dalam hidupnya itu sewaktu dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuh anak-anaknya di mahkamah baru-baru ini.

Sementara itu Ortega telah mengaku menyebabkan kematian dua kanak-kanak tersebut pada Oktober 2012 dengan tikaman tetapi tidak menerima tuduhan membunuh dan telah merayu atas alasan tidak waras.

Peguam-peguamnya turut tidak menidakkan bahawa dia bertanggungjawab menyebabkan kematian mereka namun berkata Ortega mempunyai masalah mental dan tidak memahami beban tanggungjawab perbuatannya.

Tambah mereka pembunuhan tersebut adalah suatu perbuatan tidak waras.

Mr Krim, sewaktu menceritakan detik-detik dia mendapat tahu berita tersebut, memberitahu mahkamah bahawa dia hampir pitam dan meraung di lapangan terbang pada hari itu.

“Saya menagis teresak-esak. Saya meracau ke sana sini kerana saya tidak mahu sesiapa menyentuh saya. Tiada siapa yang tahu lebih lanjut mengenai apa yang berlaku pada saat itu tetapi mereka beritahu saya bahawa penjaga mereka telah membunuh anak-anak saya,” katanya.

Kehadiran Krim ke mahkamah pada Selasa lalu menyebabkan ramai dalam kalangan ahli juri mengalirkan air mata.

Perbicaraan bersambung.



Source link

read more

Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak – Ziana Zain



KUALA LUMPUR: ‘Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak.”

Ini respon ringkas penyanyi Ziana Zain ketika dihubungi Astro AWANI selepas suaminya Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mahu pun sebarang temu ramah memandangkan masih dalam kes mahkamah,” katanya lagi.

Jika sabit kesalahan, Armin yang merupan bekas pramugara kanan syarikat penerbangan nasional itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Armin, 53 tahun, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.



Source link

read more

Demi kebahagiaan anak-anak Jay Z dan Beyonce pertahan rumah tangga



Pasangan popular Jay Z dan Beyonce mengambil keputusan untuk memulihkan masalah rumah tangga yang terjadi demi kebahagiaan anak-anak mereka. 

Menurut laporan Daily Mail, Jay Z dan Beyonce dilaporkan masih berusaha untuk mempertahankan rumah tangga itu meskipun sering dilanda masalah.

“Kami juga sama sahaja seperti semua orang yang sering mempunyai masalah dalam kehidupan.

“Kami memilih untuk memandang kehadapan daripada memikirkan masalah yang berlaku dan cuba untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

“Demi anak kami memilih untuk mempertahankan cinta untuk keluarga kami yang telah dibina,” katanya.

Jay Z dan Beyonce telah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Blue Ivy dan anak kembar Sir dan Rumi.

Sumber: Daily Mail



Source link

read more

Hubungan saya Diana dan anak-anak baik sahaja – Farid Kamil



Pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil, 37 tahun, mengaku sudah bertemu anak-anaknya Muhammad, 5 tahun dan Aurora, 3 tahun.

“Alhamdulillah saya bersyukur ada isteri dan anak-anak yang tak henti mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Saya juga sudah bertemu anak-anak,” katanya.

Tambah Farid lagi, hubungannya dengan isteri, Datin Diana Danielle juga masih baik dan tidak mempunyai masalah.

“Saya dengan isteri dan anak-anak masih baik dan tiada masalah antara kami,” ujarnya.

Farid ketika berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada petang Khamis.

Mengenai laporan yang dibuat di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu untuk mengambil barang di rumahnya (di Damansara), Farid enggan mengulas lanjut.

“Maaf saya masih dalam prosiding mahkamah. Saya tidak boleh mengulas lanjut. Kita sambung kemudian,” katanya.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan rumah tangga mereka bermasalah apabila Farid membuat laporan pada 18 Januari lalu untuk mengambil barang di rumahnya.



Source link

read more

Diharamkan berjumpa anak-anak balasan seksa kurung dera 13 anak


RIVERSIDE: Akibat menyiksa dan mengurung anak dalam bilik tidur selama berbulan, sepasang suami isteri diharamkan daripada berjumpa anak-anaknya.

Hakim Mahkamah Riverside County memutuskan perkara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada Rabu.

David dan Louise Turpin dilarang berjumpa dengan 13 anak mereka yang berusia antara 2 dan 29 tahun selepas mereka didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak-anak itu.

Bagaimanapun, pasangan Turpin itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan telah menyeksa, mendera dan melakukan beberapa tuduhan lain terhadap anak-anak mereka.

David dan  Louise Turpin hadir di Mahkamah Riverside County untuk perbicaraan - Foto: Reuters

BACA: Pasangan kejam dera, rantai dan kurung 13 anak sambil dibiarkan kelaparan

BACA JUGA: Pasangan suami isteri rantai dan dera anak bertahun

Kesemua 13 beradik itu diselamatkan dari rumah mereka pada 14 Januari lalu.

Kisah sebenar keluarga itu terbongkar setelah salah seorang daripada mereka berjaya melarikan diri.

Anak yang berusia 17 tahun itu pergi ke balai polis dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai pengalaman mereka diseksa ibu bapa sendiri.

Polis yang menyerbu kediaman pasangan suspek tersebut menemui sebahagian dari mangsa dirantai dengan rantai besi dan dimangga.

Rumah keluarga itu pula dalam keadaan menyedihkan dan terlalu kotor.

Kediaman Keluarga Turpin di mana dirumah inilah 13 adik-beradik dikurumg, diseksa dan didera ibu bapa mereka sendiri. Foto: Reuters

Sementara itu, kakak kepada Louise Turpin memaklumkan, dia pernah memohon untuk berjumpa anak-anak saudaranya meskipun melalui Skype, namun pasangan kejam itu tidak membenarkannya.

Ibu saudara yang mengambil berat mengenai anak-anak itu turut menggambarkan keluarga itu sebagai bahagia dan tidak menyangka apa yang berlaku ialah sebaliknya.

“Dengan gambar-gambar yang mereka muat naik  di Facebook, anda akan menganggap mereka satu keluarga yang bahagia,“ katanya.

Bagi ibu bapa David Turpin pula, mereka amat terkejut dengan apa yang berlaku.

Berita mengenai kekejaman pasangan Turpin mendapat liputan luas media. Media berada di perkarangan kediaman keluarga itu untuk membuat liputan, Foto: AP



Source link

read more