Nigeria sabitkan 205 suspek anggota Boko Haram



ABUJA: Lebih 200 individu di Nigeria telah disabitkan dengan pertuduhan terlibat dalam kumpulan militan Boko Haram, kata Kementerian Keadilan pada Isnin.

Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram, yang telah memulakan pemberontakan pada 2009 bagi mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut Nigeria.

“Kebanyakan mereka telah disabitkan bagi kesalahan mengaku menganggotai kumpulan pengganas itu, (atau) menyembunyikan maklumat mengenai kumpulan tersebut, yang mereka tahu atau percaya boleh membantu membawa kepada penahanan, pendakwaan atau sabitan terhadap anggota Boko Haram,” menurut kenyataan kementerian itu.

Hukuman penjara yang dijatuhkan adalah antara tiga hingga 60 tahun.

Kenyataan itu juga menyebut sejumlah 526 individu yang didakwa bersekutu dengan Boko Haram dibebaskan untuk pemulihan manakala 73 kes lagi telah ditangguh.

Lebih 20,000 orang terbunuh manakala dua juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak pemberontakan itu meletus.

Menurut kementerian itu, sesetengah individu yang kes mereka didengar minggu lepas di sebuah pusat tahanan di pusat bandar Nigeria telah ditahan tanpa perbicaraan sejak 2010, manakala beberapa orang lagi dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Pada Oktober, kementerian itu berkata sejumlah 45 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan Boko Haram telah disabit dan dihukum penjara.

Sejumlah 468 suspek lain telah dibebaskan manakala 28 lagi ditahan reman untuk perbicaraan di Abuja atau Minna.

— BERNAMA-NNN-AGENCIES



Source link

read more

Anggota tentera diarah minum darah ular tedung


CHON BURI: Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dan Thailand diarahkan minum darah ular dan makan kala jengking dalam hutan sebagai latihan ikhtiar hidup, pada Isnin.

Ia sebahagian daripada aktiviti menarik dalam permaianan perang Cobra Gold antara kedua-dua negara itu.

Memasuki tahun ke-37 penganjuran, Cobra Gold adalah salah satu daripada pengisian latihan ketenteraan terbesar di Asia, yang menghimpunkan ribuan anggota tentera dari AS, Thailand dan beberapa negara lain dalam program luar selama 10 hari.

Pada Isnin, ratusan tentera laut AS dan Thai mengambil bahagian dalam latihan ikhtiar hidup dalam hutan di pangkalan tentera marin Thailand di daerah Chon Buri.

Seorang anggota tentera AS cuba menelan darah ular tedung yang diperah ke dalam mulutnya. - Reuters

Di situ mereka bergilir-gilir minum darah ular tedung sebelum seterusnya memakan ular tersebut yang sudah dipotong dan dipanggang.

Askar Thai juga mengajar kumpulan itu kaedah membuang bisa pada kala jengking dan labah-labah tarantula sebelum memakan haiwan berkenaan.

Turut diajar adalah cara mencari air dari akar pokok dan mengenal pasti tumbuhan yang boleh dimakan.

“Kunci ikhtiar hidup adalah untuk mengetahui apa yang bioleh dimakan,” ujar Sarjan Mejar Chaiwat Ladsin, yang mengetuai latihan tersebut.

Dalam latihan itu juga, peserta latihan dilihat mencuba makan cicak hutan yang masih mentah.

“Ini pastinya kali pertama saya minum darah ular. Ia bukan sesuatu yang biasa di Amerika.

“Saya rasa saya boleh lakukan sendiri di dalam hutan. Paling berharga adalah cara mendapatkan air dan mengenal tumbuhan yang boleh dimakan,” kata Sarjan Christopher Fiffie kepada AFP.

Latihan Cobra Gold tahun ini disertai sejumlah 6,800 anggota tentera AS ke permainan perang tersebut. Jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding penyertaan tahun lalu.

“Objektif latihan ini adalah tentang mengeratkan kerjasama dalam hal-hal bantuan kemanusiaan dan bencana, selain projek kemasyarakatan,” ujar jurucakap kedutaan AS, Stephane Castonguay.

Pasukan tentera dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Korea Selatan dan Singapura juga menyertai latihan ketenteraan tahun ini.



Source link

read more

60 anggota polis Thailand disiasat terima ang pow



BANGKOK: Polis Thailand telah memulakan siasatan ke atas 60 anggota polis dari empat balai polis di Bangkok kerana menerima ‘ang pow’ daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pemilik premis perjudian.

Komander Divisyen 7 Polis Metropolitan, Mej Jen Boonyarit Rodma mengarahkan siasatan dijalankan selepas satu klip video menunjukkan anggota polis berkenaan menunggu dan berbaris panjang untuk menerima ‘ang pow’ menjadi tular di laman sosial negara itu.

Menurut media tempatan di sini pada Sabtu, klip video itu telah ditonton lebih 159,000 kali dan dikongsikan lebih 2,200 kali dalam masa hanya 15 jam sejak ia mula tular dalam laman Facebook Jumaat lepas.

Boonyarit berkata kesemua anggota polis terbabit ialah dari balai polis Taling Chan, Thamma Sala, Bang Yikhan dan Bang Saothong dan beliau juga mengarahkan kesemua ketua balai disoal berikutan insiden yang memalukan itu.

Keempat-empat balai polis terbabit juga telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kepada Biro Polis Metropolitan dalam masa satu minggu, kata beliau.

Insiden tersebut berlaku hanya seminggu selepas Timbalan Ketua Polis Nasional negara itu, Jen Chalermkiat Sriworakhan mengeluarkan arahan kepada semua ketua balai polis untuk memastikan anggota bawahan mereka tidak menerima ‘ang pow’ daripada mana-mana ahli perniagaan Cina.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tatatertib akan diambil jika mereka mengingkari arahan itu. — Bernama



Source link

read more

Anggota TLDM maut, rakan parah – Nasional


PARIT 10 Feb. – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala rakan sejawatannya parah setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 28, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.

Nahas pada pukul 6.10 petang itu mengorbankan Laskar Muda Mohd. Naqib Mohd. Nasir, 24, yang menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Rakannya, Laskar Muda Mohd. Firdaus Zackariah, 24, parah manakala pemandu kereta jenis Nissan Almera berusia 65 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki anggota tentera itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Sitiawan manakala pemandu Nissan Almera pula dalam perjalanan dari Sitiawan untuk pulang ke rumahnya di Hutan Melintang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Almera.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Myvi cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala rakannya pula parah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Anggota tentera banyak jasa kepada negara, rakyat – Ku Nan


KUALA LUMPUR – Anggota tentera banyak berjasa kepada negara sehingga meletakkan rakyat berada dalam aman sejahtera dan selamat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa anggota tentera ini, melainkan mendekati mereka melalui program kenduri dan gotong royong.

“Kami di luar sini, tidak tahu macam mana hendak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera. Kita tahu mereka sentiasa bersama dengan kerajaan, dan saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka.

“Sebab itu saya anjurkan program kenduri. Ia untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

“Saya bangga lihat masyarakat (ahli keluarga tentera) bergotong royong, berganding bahu memasak masakan untuk dihidangkan pada kenduri tengah hari ini,” katanya berucap pada majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, di sini, hari ini.

Menurut Tengku Adnan, beliau tidak tahu macam mana hendak membalas jasa anggota tentera yang sama ada bertugas di kem, di luar membuat rondaan bersama pasukan penguatkuasaan lain sehinggakan timbul rasa kesian.

Tapi katanya, inilah hakikatnya bidang tugas tentera, yang membuatkan beliau tidak tahu untuk membalas jasanya.

“Sebab itu, saya minta Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berhubung dengan pegawai atasan tentera di Kem Sungai Besi untuk menyatakan hasrat kementerian untuk menganjurkan program kenduri, dengan tujuan dan niat merapatkan silaturahim.

“Selain itu, program ini kita bertujuan untuk kita nak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang berkhidmat menjaga negara dan memberi perkhidmatan khususnya kepada warha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Terima kasih banyak-banyak..saya tak tahu apa yang boleh saya beri…saya tak tau apa yang boleh saya nak laksanakan atas jasa anda selama 60 tahun menjaga keamanan negara ini. Menang tidak boleh kita buat perbandingan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan memberitahu, beliau bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan program mengecat bangunan flat yang diduduki warga Wilayah Persekutuan termasuk anggota tentera, polis dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan adakan program mengecat dan membaiki flat perumahan rakyat (PPR), kediaman penjawat DBKL, polis, tentera, balai polis dan kuarters kakitangan KDN,” katanya. – therakyat



Source link

read more

82 anggota Daesh ditahan di Turki – Luar Negara


ISTANBUL 3 Feb. – Polis Turki menahan 82 orang disyaki menjadi anggota kumpulan pengganas Daesh, 77 daripadanya adalah warga asing dalam operasi serbuan besar-besaran di sekitar ibu kota negara ini.

Menurut agensi berita tempatan, Anadolu, skuad polis antikeganasan menyasarkan suspek yang bertindak bagi pihak Daesh, pergi ke zon konflik di Syria dan Iraq serta merancang serangan di Turki.

Tambah Anadolu, serbuan polis tersebut dijalankan serentak di 16 alamat di 10 daerah ibu kota.

Bahan bukti berbentuk digital dan dokumen turut dirampas dalam serbuan berkenaan. – REUTERS



Source link

read more

Kereta api bawa anggota Kongres AS terlibat kemalangan – Luar Negara


NEW YORK 1 Feb. – Sebuah kereta api penumpang yang membawa anggota kongres Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan merempuh sebuah trak sampah di pedalaman Virginia, semalam mengakibatkan pemandunya terbunuh.

Jabatan Pengangkutan AS bagaimanapun berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku ke atas anggota penggubal undang-undang itu atau kakitangan mereka.

Ketika kejadian, anggota Kongres berkenaan dalam perjalanan untuk menyertai retreat di West Virginia. – REUTERS



Source link

read more

Anggota polis bantuan maut dirempuh – Terengganu


DUNGUN 28 Jan – Seorang anggota polis bantuan maut dirempuh sebuah kereta setelah terjatuh dari motosikal ketika cuba mengelak seekor kucing yang melintas di Jalan Balai Besar – Dungun pagi tadi.



ROS SHAARI ABDULLAH

ROS SHAARI ABDULLAH

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, Ros Shaari Abdullah yang bertugas di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Cawangan Dungun, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah ketika mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu memberitahu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari kediamannya di Kampung Gong Pasir. 

“Mangsa dikatakan cuba mengelak seekor kucing yang secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkannya tidak dapat mengawal kenderaan

sebelum terjatuh,”ujarnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pada masa yang sama, sebuah kereta  yang  dipandu oleh seorang wanita  yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bandar Ketengah Jaya tidak sempat mengelak daripada merempuh mangsa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TUDM perkasa anggota hadapi dunia siber


ALOR SETAR, 27 Jan -- Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara di Kepala Batas hari ini. Pada majlis tersebut, seramai 36 pelatih terdiri daripada 20 orang dari Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16, dan 16 orang dari Kursus Asas Penerbangan Helikopter siri 58/16 menerima Sayap Penerbangan.?-- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 27/1/2018, KEPALA BATAS: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bekerjasama dengan negara luar dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan peperangan udara dalam era dunia siber bagi menjaga keselamatan dan mengekang ancaman.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata perkongsian ini sejajar dengan peredaran masa yang kini beralih kepada teknologi moden ketenteraan yang semakin berkembang.

Katanya, zaman kini sudah memasuki evolusi dunia ketenteraan di mana dari sudut peperangan udara ia semakin canggih.

“Atas faktor perkembangan yang pesat, TUDM kini menambah baik dan memperkasakan anggotanya dengan menitikberatkan ilmu pengetahuan dan psikologi dunia siber.

“Persekitaran sekarang bukan hanya dengan dunia mata kasar tetapi dunia siber iaitu satu persekitaran yang memberi pengaruh besar kepada negara ini yang perlu diberi perhatian.

“Malah pembelian aset pun banyak melihat kepada teknologi ini dalam usaha memantapkan pertahanan negara,” katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini, hari ini.

Affendi berkata, TUDM juga bekerjasama dengan syarikat berasaskan teknologi dunia siber untuk bertukar kepakaran dan ilmu termasuk menghantar pelatih ke Indonesia untuk menjalani latihan.

“Kita juga berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran dengan Australia serta Pakistan selain membuka ruang kepada negara maju dan negara ketiga dibawa masuk ke sini untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan dunia siber,” katanya.

Terdahulu, seramai 36 pelatih yang terdiri daripada 20 pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan bakinya adalah pelatih Kursus Asas Penerbangan Helikopter siri 58/16, menerima sayap penerbangan masing-masing.

Sementara itu, penerima anugerah Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku), Leftenan Mohamad Farhan Ismail berkata, beliau amat bangga dan berterima kasih kepada keluarganya yang menyokong minatnya sehingga memperoleh anugerah itu.

“Tidak lupa kepada tenaga pengajar yang banyak membantu dan memberi semangat serta rakan-rakan yang membantu ketika susah selain berusaha bersama-sama sehingga berjaya.

“Cabaran ketika menjalani latihan ini perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana masa padat,” katanya yang bercita-cita menjadi juruterbang jet pejuang sejak kecil.



Source link

read more

Anak mungkin saksi bapa cekik bunuh dan masak anggota badan ibu



MISTERI kehilangan seorang pakar pemakanan akhirnya terungkai apabila dia dibunuh dengan kejam selain bahagian badannya dipercayai dimasak oleh bekas suaminya.

Selain dibunuh, wanita yang dikenali sebagai Magdalena Aguilar Romero, 25 tahun itu dikatakan turut dicekik sebelum dibunuh di rumah bekas suaminya di Taxco, Mexico, lapor pihak berkuasa.

Magdalena dikatakan hilang selepas pergi ke rumah bekas suaminya untuk mengambil dua anak mereka.

Peguam Negara Guerrero, Xavier Olea berkata pada Rabu bahawa kaki dan lengan wanita itu ditemui pada periuk di atas dapur rumah terbabit manakala tulang pelvis yang dipercayai juga telah ‘dimasak’ dimasukkan di dalam beg.

Bahagian badan lain wanita itu ditemui di peti sejuk, kata pendakwa raya.

Lebih mengejutkan apabila anak pasangan itu dipercayai menjadi saksi kepada kejadian terbabit.

Olea berkata, bekas suami mangsa kini masih bebas manakala ibu lelaki itu yang tinggal bersamanya telah ditahan.

Polis berkata, jenayah itu dilakukan kerana mangsa adalah perempuan.

Kerajaan Taxco berkata dalam satu kenyataan mengutuk keras pembunuhan Magdalena Aguilar kerana menimbulkan rasa tidak senang masyarakat.

“Dari hari pertama Magdelena hilang kita seperti sudah membuat jangkaan dan kita sentiasa berada di belakang keluarganya sebagai tanda sokongan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons