Isu tanah Jalan Semarak Jangan hanya panggil Isa – Anuar



KUALA LUMPUR: Siasatan kes penipuan dalam isu tanah milik Felda di Jalan Semarak perlu diperluaskan kepada pelbagai pihak selain menumpukan hanya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semata-mata.

Bekas Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd Manap berkata, ia termasuk barisan pengarah Felda, eksekutif tertinggi syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd serta pegawai Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

“Polis perlu siasat semua pihak. Bukan hanya Isa tetapi pihak lain yang berkenaan.

“Felda wajib diberikan hak memiliki semula tanah di Jalan Semarak tersebut oleh kerana ada kecuaian melampau dalam isu membabitkan transaksi pemindahan nama tersebut

“Tindakan tegas perlu diambil oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenal pasti dalang di sebalik pertukaran nama tanah ini,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad

BACA: Isu tanah Jalan Semarak: ‘Ada gerakan mahu menyeleweng Felda’

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas berhubung kes penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tegasnya, pasukan itu sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu tegas Anuar, maruah Felda dan persepsi berkaitan isu itu perlu dipertahan dan diperbetulkan.

“Kita menyokong usaha Transformasi 2.0 Felda termasuk memperkemas urus tadbir dalam pengurusannya,” tegasnya.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyatakan keyakinan Felda dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.

Jelasnya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman juga menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah Felda di Jalan Semarak.

Katanya, ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.



Source link

read more

BiKUM beri akaun SSPN-i percuma kepada mangsa banjir – Shamsul Anuar



BUKIT MERTAJAM: Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata BiKUM telah memberikan sumbangan kepada kira-kira 7,000 keluarga di 11 kawasan di Pulau Pinang yang terlibat dengan bencana itu terutama di Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

“Kami juga memberi pelbagai sumbangan dan rawatan perubatan percuma melalui BiKUM Medic Team. BiKUM juga menyumbang kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 akaun SSPN-i percuma dengan jumlah sumbangan bernilai RM320,000 secara keseluruhannya,” katanya pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata peminjam PTPTN yang terlibat dalam bencana banjir juga akan diberi kelonggaran dalam soal bayaran balik dan mereka perlu mengemukakan bukti bahawa mereka terlibat dengan bencana itu.

“Apa pun BiKUM memahami apa yang kita sumbangkan ini tidak sebesar mana, namun ia adalah tanda rasa simpati kita kepada mereka yang mengalami musibah dalam bencana itu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Anuar nafi unsur mistik punca suaranya ‘hilang’ – Hiburan


SHAH ALAM 2 Nov. – Penyanyi ternama tanah air, Anuar Zain menolak dakwaan bahawa unsur mistik menjadi punca dia kehilangan suaranya sehari sebelum konsert ‘Yonder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You’ yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Januari lalu.

Sebaliknya, penghibur yang terkenal dengan lagu Lelaki Ini menegaskan, suara beliau yang hampir ‘hilang’ selama dua bulan itu disebabkan oleh penyakit Laringitis yang disahkan oleh dua doktor pakar yang merawatnya.

“Bukan unsur mistik sebab kalau saya lihat sendiri keadaan kerongkong saya memang bengkak disebabkan penyakit ini. Lagipun saya tidak merasakan sebarang elemen mistik pada diri saya.

“Saya bertemu dengan dua doktor pakar untuk mengenal pasti keadaan sebenar penyakit ini. Mengikut doktor saya mengalami Laringitis yang menyebabkan suara saya hilang,” kata Anuar kepada wartawan ketika ditemui dalam sidang akhbar konsert Emoji Rai 20 Tahun Penubuhan Fita (Falkulti Filem, Teater dan Animasi) di sini semalam.

Ditanya bagaimana beliau boleh dijangkiti penyakit Laringitis itu, Anuar menjelaskan, jangkitan itu berpunca daripada udara.

“Selalunya kalau hilang suara dalam masa dua ke tiga minggu akan pulih, tetapi penyakit yang dialami saya ini sangat serius sehingga menyebabkan suara saya hilang hampir dua bulan,” jelas Anuar lagi.

Sementara itu, Anuar bersama rakan-rakan artis lain seperti Faizal Tahir, KRU, dan Akim & The Majestret bakal menjayakan konsert Emoji pada 16 dan 17 Disember ini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons