Tiada keperluan tubuh pasukan rawatan khas Anwar Ibrahim – Subramaniam



PAGOH: Tiada keperluan untuk menubuhkan pasukan rawatan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun bentuk perubatan yang terbaik akan terus diberikan kepada pemimpin pembangkang itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pembentukan pasukan perubatan khas itu adalah tidak perlu kerana rawatan dan perhatian yang sewajarnya telah diberikan kepada Anwar sejak dahulu lagi sama seperti pesakit lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan selepas pembedahan kepada Anwar sehingga sembuh.

Jelas Subramaniam, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) KKM, mereka sentiasa menerima apa jua cadangan dan akan menilai keperluannya.

Katanya, pihak KKM sejak awal lagi telah memberi perhatian penuh sebagai perawat yang bertanggungjawab.

Malah, golongan pakar juga merawat mengikut keperluan perubatan dan segala keputusan mereka adalah mengikut keperluan perubatan yang dibuat atas dasar profesional.

“Kami di kementerian memberi rawatan terbaik kepada semua tanpa melihat latar belakang politik.

“Sejak dahulu kami telah berunding dan memberikan rawatan terbaik untuk Datuk Seri Anwar, dan tanggungjawab itu akan digalas selaras dengan keperluan kesihatan beliau,” kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara meletak batu asas pembinaan Dewan Rekreasi Tertutup Taman Sri Pagoh, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Ismail Mohamed dan Pengerusi MIC negeri Johor, Datuk M. Asojan.

Terdahulu, keluarga Anwar memohon agar layanan terbaik diberikan kepadanya termasuk tempoh masa yang panjang untuk beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan bahu baru-baru ini.



Source link

read more

Ahmad Zahid isteri ziarah Anwar di HKL



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Ahmad Zahid memuat naik gambar dan turut mendoakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cepat sembuh.

“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” ujar Ahmad Zahid.

BACA: Najib, Rosmah lawat Anwar di HKL

Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.

HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.



Source link

read more

Rawatan pasca pembedahan terbaik buat Anwar – TPM Zahid



PUCHONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi rawatan pasca pembedahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau akan berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan pasca pembedahan sehingga Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, sembuh sepenuhnya.

“Kerajaan bersetuju agar (beliau) memilih doktor dan peralatan serta rawatan pasca pembedahan yang terbaik. Ini adalah permintaan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Actyvate di iM4U Sentral di sini, malam ini.

Petang tadi, Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis melawat Anwar yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Anwar menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari HKL ke Penjara Sungai Buloh pada 22 Sept lepas.

Anwar menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya itu di HKL pada Ahad lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar di HKL.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Anwar telah mengalami kesakitan di bahu kanannya susulan kemalangan itu.

Berikutan itu, Jabatan Penjara memutuskan supaya Anwar diberi rawatan segera, katanya.

Ditanya reaksi Anwar ketika menerima kunjungannya di HKL petang tadi, Ahmad Zahid berkata “beliau menerima (kunjungan) kami dengan baik”.

“…perdana menteri dan isteri mengetepikan perbezaan politik untuk menziarahi beliau,” katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyaran kepada generasi muda supaya sentiasa melontarkan idea-idea baharu yang inovatif dan kreatif untuk melaksanakan program bagi merancakkan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menyokong Actyvate, satu pergerakan belia kebangsaan bagi menzahirkan daya kreatif dan inovasi selaras dengan transformasi negara, akan mengamit idea baharu daripada generasi muda.

Beliau berkata Actyvate, menerusi paltform ‘crowd pledging’ atas talian,  golongan belia digalakkan untuk mencadangkan projek kreatif, mendapat sokongan dan menjana dana bagi merealisasikan projek tersebut

Beliau berkata projek yang berjaya mencapai sasaran dana boleh merebut peluang untuk menerima dana yang dipadankan. 

“Actyvate merupakan inisiatif belia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang disokong Najib dan dipacu iM4U dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC). 

Projek yang diiktiraf pihak Actyvate berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat boleh menerima dana padanan sehingga had maksima RM50,000. 

— BERNAMA 



Source link

read more

Najib Rosmah lawat Anwar di HKL



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.

HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.



Source link

read more

‘Terima kasih PM’ – Keluarga Anwar – Nasional


KUALA LUMPUR 17 Nov. – Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kunjungan beliau, hari ini.

Anwar kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahu kanan, beberapa hari lalu.

Anak Anwar, Ihsan dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial berkata, beliau turut memohon jasa baik kerajaan bagi mempertimbangkan permohonan keluarganya supaya bapanya dibenarkan menjalani rawatan di luar penjara sepenuhnya.

“Saya berharap budi bicara yang ditunjukkan setakat ini turut dipanjangkan kepada permohonan untuk membenarkan ayah kami mendapat rawatan di kemudahan perubatan luar penjara untuk tempoh selama yang mungkin,” kata Ihsan.

Kenyataan itu turut merakamkan ucapan terima kasih pihak keluarga Anwar kepada pasukan perubatan HKL dan kakitangan penjara di atas perkhidmatan dan bantuan mereka. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najib ziarah Anwar keluarga rakam penghargaan



KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Muhamad Ihsan Anwar dalam satu kenyataan turut memohon agar Anwar dibenarkan mendapatkan rawatan di luar penjara selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.

“Perdana Menteri dan isteri sempat menziarahi ayah kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan bahu, yang kecederaannya menjadi semakin parah akibat pemenjaraan dan kemalangan bulan lepas semasa dalam jagaan Kerajaan Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan agar ayah kami dibenarkan berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan, selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh panel doktor yang merawat beliau,” katanya.

Muhamad Ihsan juga merakamkan penghargaan kepada pasukan pakar perubatan serta kakitangan HKL dan kakitangan penjara atas rawatan dan pemulihan terhadap Anwar.

Petang Jumaat, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah melawat Anwar yang kini sedang mendapatkan rawatan di HKL.

Menerusi akaun facebooknya, Perdana Menteri turut mendoakan Anwar agar cepat sembuh.



Source link

read more

MUDAHNYA NURUL IZZAH BERI ALASAN NAK BEBASKAN ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang – undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka – suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.

“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.

“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.

Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang – undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata – mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!




Source link

read more

AMK BENGKAK BILA ANWAR DITUDUH PELIWAT!!! ~ SEMUT HITAM


Angkatan Muda Kecoh (AMK) Negeri Perak mencabar Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk mengulangi kenyataan berhubung kes liwat melibatkan anak buahnya dengan Si Ketua Penipu tu di luar Parlimen.

Pengerusi Biro Guaman AMK, Khairul Anuar Musa mendakwa, cabaran itu dibuat kerana kenyataan yang dikeluarkan itu hanya merupakan satu tuduhan yang berbaur fitnah semata – mata.

“Tindakan yang dibuat oleh Ahmad Husni ini adalah tidak berasas dan dia telah merujuk kepada kes di mana Anwar telah didapati tidak bersalah dan tidak pernah wujud kejadian liwat tersebut.

“Ahmad Husni sendiri pernah dituduh dan difitnah mempunyai hubungan dengan wanita lain dan gangguan seksual dan dia telah membalas bahawa tuduhan itu adalah mainan cybertrooper yang jahat, tiada asas, palsu dan bertujuan menjatuhkan maruah.

“Tetapi sekarang berlaku sebaliknya apabila dia sendiri melemparkan tuduhan palsu dan hasutan jahat terhadap pemimpin pembangkang. Oleh itu, kita cabar dia ulang di luar Parlimen supaya mudah untuk kita saman dia,” katanya.

Khairul Anuar berkata demikian setelah mengemukakan laporan polis berhubung kenyataan fitnah Ahli Parlimen Tambun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, petang tadi.

Sebelum ini, pihak media mendedahkan bahawa Ahmad Husni telah membuat tuduhan berkenaan di Parlimen pada 1 November lalu ketika sesi perbahasan Bajet 2018 sedang berlansung.

Sebagai rekod, Si Ketua Penipu kesayangan AMK itu kini sedang meringkuk dalam penjara selama 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas Pembantu Peribadinya, Saiful Bukhari. Itu pun budak – budak AMK tu masih tak percaya yang Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat???




Source link

read more

Anwar Ibrahim akan jalani pembedahan bahu



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok untuk menjalani penilaian pra-pembedahan bagi merawat kecederaan di bahu kanannya berikutan kemalangan pada September lalu.

Sehubungan itu, ahli keluarganya iaitu Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman menggesa agar pihak kerajaan tidak campur tangan selain beri ruang sepenuhnya pada HKL untuk melakukan pembedahan tersebut.

“Kami menggesa agar kerajaan memberi jaminan bahawa semua rawatan perubatan yang diperlukan Anwar diberikan, tanpa campur tangan serta mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan pemulihan di hospital.

“Ini berikutan akses kepada kemudahan pemulihan itu cukup terhad untuk pencegahan selepas pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

“Kami juga menggesa agar badan hak asasi manusia dibenarkan bertemu beliau untuk memantau keadaan sepanjang pembedahan dan pemulihan selepas pembedahan,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Pada September lalu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya.

Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

Sementara itu, Anwar dijangka akan menjalani pembedahan pada 12 November ini.

“Pembedahan ini amatlah rumit dan penjagaan selepas pembedahan yang rapi sangat diperlukan.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap para doktor HKL untuk menjalankan pembedahan ini dengan penuh profesionalisme,” katanya lagi.

SUMBER SINAR HARIAN



Source link

read more

Rayuan Anwar cabar pelaksanaan Akta MKN ditolak



PUTRAJAYA: Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Rohana Yusuf menolak rayuan yang difailkan Anwar.

Panel itu juga sebulat suara bersetuju bahawa saman Anwar itu mengemukakan isu yang sama iaitu mempersoalkan mengenai kompetensi legislatif Parlimen.

Sehubungan itu, mahkamah mengekalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Okt 2016, berhubung isu yang sama.

Panel hakim Mahkamah Rayuan itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Dr Badariah Sahamid.

Anwar diwakili peguam Gopal Sri Ram manakala peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili kerajaan Malaysia dan MKN selaku responden.

Pada 14 Okt 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan Anwar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan responden atas alasan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia membabitkan kompetensi legislatif oleh Parlimen untuk menggubal undang- undang.

Pada 2 Ogos 2016, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa pelaksanaan Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembagaan, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah selain turut memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada mengambil sebarang tindakan mengikut akta itu.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons