Apa nak malu dengan haid Katrina Kaif sertai kempen PadManChallenge



FILEM  Pad Man beri kesan besar kepada dunia perfileman Bollywood.

Diinspirasi dari kisah benar usahawan India Arunachalam Murugunantham, kempen #PadmanChallenge diperkenalkan bagi memberitahu rakyat negara itu haid bukan sesuatu yang menjijikkan.

Bermula minggu lepas, kempen ini mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah selebriti popular Bollywood antaranya Aamir Khan, Katrina Kaif dan Jacqueline Fernandez.

Mereka yang menyahut cabaran ini perlu mengambil gambar sambil memegang tuala wanita dan memuatnaiknya ke laman sosial.

#PadmanChallenge dimulakan Arunachalam yang menghantar tag kepada Akshay Kumar pelakon utama filem ini dan isterinya Twinkle Khanna yang bertindak selaku penerbit.

Cabaran itu kemudiannya dipanjangkan kepada Aamir Khan dan Shabana Azmi dan kini menjadi sambutan hangat bukan hanya oleh personaliti hiburan malah juga bintang sukan.

Bukan hanya untuk mempromosi filem itu, #PadmanChallenge bertujuan mengubah stigma mengenai haid.

Diarahkan oleh R Balki filem ini memaparkan kisah Arunachalam yang mencipta mesin membuat tuala wanita kos murah di kampungnya bagi memastikan darah haid dibuang dengan cara bersih dan sewajarnya.

Dia mendapat ilham itu selepas mendapati wanita di kampungnya tidak mampu membeli tuala wanita yang mahalk sehingga terpaksa menggunakan kain biasa dan daun.

Meskipun terpaksa membayar harga mahal kerana ditingalkan isterinya usaha  Arunachalam dikitiraf pada 2014 apabila dinamakan sebagai salah seorang individu paling berpengaruh oleh majalah Time.



Source link

read more

BUAT APA NAK KESIAN KAT SI KAKI FITNAH NI!!! ~ SEMUT HITAM


Pada asasnya, Rafizi telah melanggar Akta BAFIA dengan mendedahkan penyata bank persendirian syarikat NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan di mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, maka anda telah melanggar undang-undang. Rafizi sendiri tahu mengenai perkara ini.

Mengapakah dia harus dikasihankan apabila dia secara sukarela dan sengaja melanggar undang – undang hanya semata – mata untuk menabur fitnah terhadap orang lain?

Rafizi membuat tuduhan secara umum bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk membiak lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah – kes yang dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian terpaksa membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Disebabkan ini, Rafizi menjadi popular dan sebutan orang ramai. Dia kemudian diberikan kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang dia menang dan telah meraih gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.

Malangnya, fitnah Si Rafizi itu tidak hanya berakhir disitu sahaja. Malah tabiat suka menabur fitnah itu mula berkembang biak dan diamalkan secara harian sejak dia menjadi Ahli Parlimen.

Pelbagai pihak dan agensi mula menjadi sasaran amalan fitnah Si Rafizi sejak dari itu. Termasuk Tabung Haji yang didakwa menghadapi kesulitan kewangan dan bakal bankrap.

Tindakan Si Rafizi itu membawa kepada ramai jemaah dikalangan pengikut Pakatan mengeluarkan simpanan mereka dan kehilangan tempat dalam giliran mengerjakan ibadah haji.

Tambah memburukkan keadaan, amalan fitnah Si Rafizi ini juga melibatkan pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Dia pernah menabur fitnah terhadap Khalid Ibrahim.

Malah, Rafizi juga pernah menuduh pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali terlibat dalam skandal penyalah-gunaan kuasa yang turut melibatkan Rasuah Betina sebelum ini.

Maka persoalannya tetap sama. Kenapa perlu kita kasihankan seorang Kaki Fitnah seperti Si Rafizi ni dengan memberikan sumbangan kewangan kepadanya? Adakah rakyat Malaysia hari ini menyokong kerja – kerja fitnah yang dilakukan???




Source link

read more

Sistem pilihan raya Malaysia… apa yang tak adilnya? – Najib


Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak wajar mempersoalkan ketelusan sistem pilihan raya negara ini memandangkan sistem sama digunakan mengangkatnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menyifatkan desakan Mahathir yang dibuat semasa pertemuan dengan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini sebagai suatu yang aneh.

“Malah sistem ini diangkat menjadi lebih telus berbanding dahulu,” kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini.

Najib juga membuat perbandingan sistem pilihan raya semasa zaman Mahathir dimana beberapa pembaharuan dilakukan seperti  adanya ejen mengundi, ejen pengiraan undi dan dakwat kekal.

“Jadi, peluang nak menipu tidak ada langsung, jadi macam mana boleh kata pilihan raya tidak adil?

“Kenapa 22 tahun (Mahathir) tidak komplen sistem itu, sistem sama yang kita gunakan,” ujarnya lagi.

Pada minggu lalu, Mahathir bersama pemimpin blok Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil duta Kesatuan EU, langkah yang sebelum ini tidak pernah dibenarkan oleh beliau sendiri semasa menjadi perdana menteri.

Dalam pertemuan itu, Mahathir yang juga Pengerusi PH mendesak Kesatuan EU supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 dijalankan secara bersih dan adil.

Pelbagai pihak mengecam dan membidas Mahathir dan PH yang mengadakan pertemuan tersebut pada ketika Kesatuan EU sudah membuat keputusan untuk memboikot kepala sawit negara yang merupakan sumber pendapatan utama kepada ekonomi negara. – MalaysiaGazette



Source link

read more

Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei



TAHUN 2018 bermula dengan sangat baik buat pengarah dan pelakon Sabri Yunus apabila drama Pok Ya Cong Codei trending dan tular selepas ditayangkan di Astro CITRA pada 20 Januari lalu.

Semuanya kerana satu watak yang dibawakan oleh Sabri, Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki.

Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan ‘Cong Codei’ pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.

Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar ‘gedebe’ yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya. Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.

Dalam drama yang disiarkan di Astro CITRA itu pun, watak Pok Ya Cong Codei bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya Cong Codei menyelesaikan masalah Datuk Sahak dengan caranya dan membantu Rashdan (lakonan Fikry Ibrahim) menyelesaikan masalah mendapatkan wang untuk merawat ibunya serta mendamaikan Halim Kampung Pasir (Saidi Sabri) dan Nasir Badak atau Nasir Chow Kit (Ku Hanafi Ku Harun).

Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gangster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya. Pok Ya Cong Codei sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.

Pok Ya Cong Codei juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada Rashdan supaya mengubati ibunya yang berdepan masalah jantung.

Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara, contohnya Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.

Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.

Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan  sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.

Drama Pok Ya Cong Codei juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata. Malah dua pelakon yang mempunyai wajah ‘boleh jual’, Uqasha Senrose yang memegang watak Aina dan Fikri Ibrahim tenggelam dek penangan Pok Ya Cong Codei.

Biarpun ditenggelamkan oleh Pok Ya Cong Codei, Uqasha dan Fikri memberikan lakonan yang hebat, begitu juga Mustapha Kamal dan pelakon-pelakon lain termasuk Zee Khan Hussein yang memegang watak Siti, isteri yang baru sebulan dinikahi Pok Ya.

Pok Ya Cong Codei kini trending dan tular. Pok Ya Cong Codei juga memberikan pengajaran tersendiri kepada penonton dalam komedi dan santainya.



Source link

read more

Apa Lagi Pengguna Telekomunikasi Mahu ? – Amanz


Terdapat banyak pertanyaan yang terbuku di hati apabila kita melepasi sesetengah umur. Mungkin selepas tamat mengambil SPM anda akan bertanya: kemanakah hala tuju selepas ini? Bilakah mahu mengambil lesen memandu? Komputer jenis apakah yang perlu dimiliki? Dan juga peranti apakah yang sesuai digunakan?

Dan satu lagi soalan yang selalu menghambat anda adalah: Pelan telekomunikasi yang manakah anda ingin langgani ?

Prabayar Atau Pascabayar ?

Jika dahulu, soalan paling popular adalah baik dari pilihan prabayar atau pascabayar. Kedua-dua pelan ini mempunyai baik buruknya tersendiri, malah terdapat perbezaan keistimewaan serta faedah seolah-olah wujud dua darjat berbeza dalam menggunakan pelan telekomunikasi.

Prabayar GST

Pelan prabayar biasanya amat sesuai dengan pengguna yang baru mengenali pelan telekomunikasi, dan memerlukan penggunaan spesifik. Namun sesuai namanya, ia hanya boleh digunakan selagi mana pengguna mempunyai baki atau masih dalam tempoh penggunaan yang sah.

Bagi pelan pascabayar, biasanya ia dikaitkan dengan komitmen bulanan yang menjamin perkhidmatan yang konsisten, namun harganya boleh dikatakan berada di paras yang sedikit tinggi. Ia juga dilihat menjadi pilihan bagi syarikat atau keluarga yang selalu menggunakan talian bersama, sekaligus dapat memudahkan urusan bil. Namun anda akan terikat dengan kontrak penggunaan, yang sekaligus mengikat anda sekiranya anda tersalah pilih.

Duit

Akan tetapi persamaan antara kedua-dua pelan prabayar dan pascabayar adalah, kadangkala ia ditawarkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin langsung tidak diperlukan oleh pelanggan, sekaligus menyumbang kepada perbelanjaan berlebihan sedangkan ia mungkin dapat dijimatkan sekiranya pelanggan mempunyai pilihan untuk mencipta sendiri pelan telekomunikasi yang ideal.

Apakah pelan yang ideal?

Pelan telekomunikasi yang ideal dan berpotensi memuaskan hati segenap pengguna adalah apa sahaja tawaran yang membebaskan pengguna dari belenggu pilihan prabayar dan pascabayar yang tidak dapat diubah, dan membolehkan mereka memilih perkhidmatan berdasarkan apa yang mereka sukai,

Apple iPhone 8

Ada yang menyukai lebih data, ada yang menyukai lebih panggilan, dan mungkin masih ada yang menyukai SMS tanpa had. Alangkah baiknya sekiranya terdapat perkhidmatan yang menjanjikan pengguna bebas memilih perkhidmatan mengikut citarasa tersendiri.

Revolusi Pelan Telekomunikasi

Selain dari kebebasan pilihan diatas, terdapat banyak lagi perkhidmatan masakini yang menjadi keperluan semasa. Ada pengguna yang suka untuk menonton video, ada yang gemar melayari rangkaian sosial, atau mungkin ada yang kerap mengembara dan memerlukan lebih data untuk tujuan perayauan antarabangsa.

Instagram Stories

Dan bagi memenuhi corak penggunaan sebegini, pengguna tidak seharusnya dibelenggu masalah kontrak penggunaan, tidak seharusnya dirisaukan dengan tarikh luput pelan mereka, dan tidak perlu diganggu dengan mesej peringatan bil penggunaan, malah bebas menggunakan pelan tersebut atau sebaliknya.

Itulah baru yang dipanggil sesuatu yang baharu dalam pelan telekomunikasi.


Bagi generasi digital masakini, istilah prabayar dan pascabayar hampir menjadi kurang relevan, kerana ia tidak menjamin kebebasan dan fleksibiliti pengguna. Dan nampaknya tahun 2018 bakal menjanjikan sesuatu yang baru untuk pengguna tempatan, iaitu fleksibiliti dalam pemilihan pelan telekomunikasi.

Dan pada akhir bulan ini, satu syarikat telekomunikasi tempatan bakal membawakan perubahan, dan membebaskan pengguna dari belenggu ikatan perkhidmatan yang tidak memberikan kebebasan. Sama-sama kita nantikan perasmiannya 29 Januari ini.

Penafian: Ini adalah advertorial.



Source link

read more

Cakaplah apa pun saya tak boleh halang – Fadzil Zahari



KUALA LUMPUR: Pelakon Fadzil Zahari akui tidak ambil peduli komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap abangnya, Datuk Farid Kamil.
 
Fadzil berkata, dia tidak boleh menghalang masyakat untuk terus bercakap mengenai isu penahanan Farid baru-baru ini.
 
“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing.
 
“Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif,” ujarnya.
 
Tambah Fadzil, apa yang penting adalah sokongan daripada keluarga terhadap Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.
 
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun.
 
“Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar,” katanya.
 
Menurut Fadzil lagi, isteri Farid, pelakon, Datin Diana Danielle ada bercakap mengenai isu melanda suaminya, namun tidak boleh berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.
 
Terdahulu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.
 
Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.



Source link

read more

APA MASALAH NEGARA SEBENARNYA? | Merdeka Online


AMN copyMO, 19/1/2018 : SEBENARNYA kita tidak ada masalah besar pun. Apa yang digambarkan sebagai masalah adalah persepsi yang diciptakan oleh ahli-ahli politik pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan.

Anda tentu pelik dengan kenyataan ini kerana ia bertentangan dengan apa yang anda percayai bahawa kerajaan hari ini bermasalah sebagaimana dakwaan pembangkang.

Tidak perlu hairan sebenarnya jika anda mahu berfikir secara rasional dan berpijak di alam realiti.

Apakah masalah negara dan pemimpin-pemimpinnya?

Negara ini bermasalah jika anda tidak dapat makan, kehidupan anda tidak selamat, harta benda anda dirompak atau anda tiada pekerjaan. Ini tentulah tidak tepat untuk menggambarkan sebuah negara yang tidak bermasalah, tetapi ia mungkin tepat jika ia dilihat mengikut ukuran semasa dan dibandingkan dengan majoriti negara-negara lain.

Maksudnya, negara ini bukanlah negara yang bermasalah apabila dibandingkan dengan negara lain.

Tentu anda mempersoalkan saya dengan bermacam-macam persoalan sebagaimana yang dibawa oleh pembangkang.

Apa yang dapat saya jawab, hiduplah dalam realiti dan bandingkanlah negara anda dengan negara-negara lain. Jika negara ini teruk, negara-negara lain lebih teruk lagi. Ini bukanlah bermakna saya mahu membenarkan penyelewengan atau salahlaku jika ia benar-benar berlaku. Tetapi, anda tidak berpijak di bumi yang nyata jika mengharapkan sebuah kerajaan yang sempurna dan baik dengan hanya menukar kerajaan.

Tentu pula anda mentertawakan saya jika itu yang saya maksudkan dengan sebuah negara yang tidak bermasalah.

Tetapi, cubalah berfikir secara realiti, tidak terpengaruh dengan utopia dan khayalan pembangkang.

Misalnya, isu GST atau kenaikan harga barang-barang, semua isu itu tidak masuk akal untuk menyatakan kerajaan teruk. Bagaimana kerajaan mahu mentadbir tanpa cukai, dan kenaikan harga barang-barang pula berlaku di mana-mana negara.

Di mana-mana negara di dunia ini, isu-isu yang sering disebutkan pembangkang akan wujud sekalipun mereka sendiri yang memerintah. Ia tidak dapat dielakkan dengan menukar kerajaan. Bahkan, di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang sendiri hari ini pun wujud isu-isu sebegini. Sama ada ia betul atau tidak, isu ini memang wujud.

Saya katakan itu bukan masalah kerana saya berfikiran realistik. Isu-isu ini tetap akan kedengaran sekalipun parti kerajaan bertukar. Ia perkara biasa. Malah di negara-negara lain pun akan kedengaran tuduhan-tuduhan seperti ini.

Jika ia benar-benar masalah pun, ia tidak dapat diselesaikan dengan menukar kerajaan.

Memanglah kerajaan hari ini bukanlah yang terbaik dan sempurna. Tetapi, hiduplah dalam realiti.  Ketidaksempurnaan kerajaan haruslah dilihat dalam konteks yang luas.

Kerajaan baru yang dibayangkan oleh pembangkang adalah suatu keadaan yang tidak akan dapat dicapai.

Malah, satu kerja bodoh jika anda menukar Dato’ Sri Najib dengan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Bukankah, jika diikutkan tuduhan pembangkang, Tun Dr Mahathir juga lebih teruk salahlakunya. Jadi, apa faedahnya berlaku perkara ini?

Sepatutnya anda sedar semua ini hanyalah ilusi, persepsi, propaganda dan perang saraf pembangkang. Mereka mahu meletakkan orang ramai dalam keadaan beremosi, marah, panik dan tegang. Mereka mencetuskan suasana bahawa kerajaan terlalu teruk dan menunggu kemusnahan jika ia tidak diselamatkan. Semua ini semata-mata bertujuan menumbangkan kerajaan dan mengangkat kelompok mereka ke takhta kekuasaan.

Pakatan pembangkang menjadi pengadu-domba, penghasut, penyebar berita buruk dan pengacau kestabilan negara.

Mereka mencipta pelbagai “hantu-hantu” untuk menakut-nakutkan rakyat. Kononnya negara akan bankrap, negara akan tergadai, generasi akan datang bakal menanggung hutang negara.

Realitinya, semua ini telah kedengaran sejak dahulu lagi. Tetapi, seperti yang kita tahu, ia tidak terjadi. Ambil contoh tuduhan bahawa negara ini akan bankrap. Sehingga hari ini negara masih tidak bankrap. Pelbagai skandal yang didakwa pembangkang hari ini lebih kurang sama seperti mereka mendakwa pemimpin-pemimpin terdahulu.

Saya katakan semua ini sebagai satu himpunan persepsi kerana tindakan pembangkang telah berubah-ubah mengikut kepentingan mereka, dan bukan kepentingan rakyat.

Dahulu Tun Dr Mahathir adalah “hantu” kepada rakyat Malaysia. Hari ini Dato’ Sri Najib pula dijadikan sebagai hantu.

Jadi, semua ini hanyalah “hantu-hantu” ciptaan mereka untuk menakut-nakutkan rakyat. Keadaan negara tidak seteruk yang digambarkan oleh pembangkang.

Lalu kemudian mereka meletakkan diri mereka sebagai penyelamat kepada negara.

Hiduplah dalam realiti.

Bukan tidak ada salahlaku, penyelewengan atau rasuah, tetapi untuk mengatasinya dengan menukar kerajaan adalah suatu tindakan yang tidak rasional. Ia adalah perkara biasa yang pasti berlaku dan menggantikannya tidak akan mengubah keadaan.

Jadi, apa masalah anda sebenarnya sehingga anda kelihatan panik dan ketakutan? Apa yang negara telah berlaku zalim kepada anda? Penindasan bagaimana yang sedang anda alami?

Hari ini , apa tindakan kerajaan yang telah menyebabkan kehidupan anda menjadi susah?

Sebagai contoh, apa kesan 1MDB kepada anda secara langsung?

Tanyalah diri anda dengan jujur, adakah jika kerajaan bertukar anda yakin keadaan anda juga akan berubah menjadi baik?

Masalah anda adalah anda cepat panik, mudah dihasut, mudah dikhayalkan dan terpengaruh dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang.

Jika anda duduk dan merenung semula keadaan negara, semua ketakutan-ketakutan itu tidak berasas. Ia hanyalah rekaan dan tokok-tambah oleh pakatan pembangkang. Dan tanpa anda menyelidik semua itu, anda mempercayainya. Ia kemudian menjadi suatu persepsi bahawa kerajaan hari ini teruk dan perlu ditumbangkan, sedangkan anda tidak memahami realiti sebenarnya.

Keadaan hanya akan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal jika anda terus termakan dengan hasutan pembangkang ini. Kerosakan akan terjadi bukan kerana kegagalan kerajaan mentadbir, tetapi keadaan politik yang tidak stabil yang dicetuskan oleh pembangkang.

Dalam ayat penerangan yang mudah, pakatan pembangkang sebenarnya mencipta isu-isu yang dekat dengan rakyat untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Jika isu itu benar sekalipun, ia telah ditokok-tambah secara berlebih-lebihan untuk mencapai matlamatnya, iaitu kemarahan rakyat. Apabila rakyat marah, mereka tidak lagi dapat berfikir rasional.

Matlamat semua ini adalah untuk menaikkan kelompok mereka sebagai kerajaan baru.

Walau bagaimanapun, bertentangan dengan apa yang dilihat sinis oleh pembangkang, kita sepatutnya bersyukur kerana negara ini masih lagi aman.

Masalah besar yang wujud adalah suatu persepsi yang cuba dicipta oleh pakatan pembangkang, walhal sebenarnya kerajaan hari ini tidaklah seteruk yang digambarkan oleh mereka sehingga ia perlu ditukar.

 

Oleh: AZMAN HUSSIN

 



Source link

read more

Tak tahu apa akan jadi kalau mak tak ada – Janna Nick hadiahkan ibu kereta



“Tak ada benda dalam dunia buat Angah happy selain tengok Mak happy. Sebab Angah tak tahu apa akan jadi kalau Mak tak ada,” itu antara ucapan pelakon muda Janna Nick sempena ulang tahun kelahiran ibunya baru-baru ini.

Ucapan yang didedikasikan dalam sepotong rakaman video itu bagaimanapun telah mengundang sebak kepada netizen.

Lebih mengharukan, pada majlis sama Janna menghadiahkan sebuah kereta sebagai kejutan hari jadi ibunya.

“Semoga Mak happy selalu, apa yang Angah buat dalam dunia ni hanya untuk Mak. Bukan untuk orang lain,” tambah Janna.
 



Source link

read more

Apa guna pakai tudung tapi tak sembahyang – Adik Neelofa sound netizen biadap



PERKONGSIAN sejadah pemberian kakak sendiri, Neelofa, di Insta Story Nur Ameera Khan baru-baru ini mengundang reaksi sinis netizen.

Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya telah meninggalkan komen melampau menerusi Insta Story itu.

“Tak pakai tudung pun nak sembahyang,” tulis individu berkenaan.

Ameera bagaimanapun membalas komen yang dilemparkan oleh netizen terbabit menerusi akaun Twitternya, @nurameerakhan menjelaskan tohmahan individu itu tidak berasas.

“Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Naelofa, kemudiannya ada seseorang komen ‘tak pakai tudung pun nak sembahyang’.

“Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam.

“Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang.

“Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya,” tulisnya.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons