Pengalaman bersih periuk api di Kemboja – Luar Negara


BATTAMBANG 13 Dis. – Kerana pernah merasai pengalaman Perang Saudara di negara ini, seorang lelaki tekad untuk menyertai Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC) selepas tamatnya peristiwa itu.

Lelaki berkenaan, Eng-Savy, yang kini menjawat jawatan sebagai ketua pasukan di tapak pembersihan periuk api Traeng Commune berkata, dia melihat pelbagai tragedi menyayat hati sewaktu itu seperti pembunuhan dan sebagainya.

Sejurus selepas perang tersebut tamat pada 1998, dia bekerja di CMAC pada tahun sama dan sehingga kini masih lagi kuat menabur bakti membersihkan tapak periuk api.

“Saya takut melihat peperangan ketika itu.Malah waktu itu, saya masih di alam persekolahan.

Pembunuhan, senjata dan kereta kebal merata-rata. Namun kini segalanya mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, hidupnya mulai berubah selepas menyertai CMAC sejak 19 tahun lalu.

“Kini, saya mampu membeli tanah sendiri untuk tujuan pertanian dan menyara pendapatan keluarga,” jelasnya.

Menurutnya lagi, banyak periuk api di kebanyakan kawasan di Battambang berjaya dibersihkan atas hasil usahanya selama ini.



Source link

read more

Api marak terus mamah California



SANTA BARBARA: Debu dan asap tebal terus menyelubungi sebahagian besar kawasan Santa Barbara California pada Isnin mengakibatkan kebakaran besar yang berlaku.

Kebakaran setakat ini telah merebak ke kawasan pekan daerah itu yang menyebabkan penduduk sekitar terpaksa berpindah.

Menurut pihak berkuasa setakat ini kebakaran itu telah memusnahkan lebih daripada 750 kediaman dan membakar kawasan hampir 930 kilometer persegi.

Perkhidmatan kereta api Amtrak merentasi bandar Santa Barbara turut dibatalkan sementara pihak berkuasa mengeluarkan amaran berulang mengenai udara yang tidak sihat.

Ramalan angin kering pula tidak memihak kepada pasukan memadam kebakaran kerana dijangka akan berterusan selama seminggu.

Setakat ini tiupan angin Santa Ana adalah musuh utama pasukan pemadaman yang memarakkan lagi api ketika keadaan kering di kebanyakkan kawasan di California.



Source link

read more

Salji tebal batalkan perkhidmatan kereta api, penerbangan Britain – Nasional


LONDON 10 Dis. – Beberapa perkhidmatan kereta api, penerbangan pesawat dan sebuah perlawanan ragbi dibatalkan, hari ini selepas Britain dilanda salji tebal di beberapa kawasan.

Pejabat Meteorologi Britain berkata, cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh kawasan tengah England dengan memberi amaran kepada orang ramai bahawa perjalanan melibatkan jalan raya, landasan kereta api dan udara mungkin terjejas termasuk pengangkutan awam.

Terdapat salji setebal 28 sentimeter (cm) di Sennybridge, Wales dan 12 cm salji di High Wycombe, di luar London.

Penerbangan ditunda di Birmingham di tengah England ketika lebih 10 aliran pengangkutan kereta api dilaporkan tertunda. – REUTERS



Source link

read more

Legasi perang 6 juta periuk api di Kemboja


KUALA LUMPUR: Sudah 26 tahun Kemboja berhenti mengangkat senjata. Namun, logiknya, negara anggota ASEAN yang agak mundur itu sebenarnya masih terus berperang sehingga kini. Ini kerana negara itu “menanam” hampir enam juta periuk api di dalam perut buminya. Ia bukan sahaja tertanam begitu dalam, malah gagal dikesan di kebanyakan kawasan di seluruh Kemboja.

Derita Kemboja dan legasi periuk api tidak terhenti di situ. Kemboja, antara negara bekas perang paling mencatat kematian atau kecacatan tertinggi kesan daripada periuk api. 

“Situasi itu menambah penderitaan rakyat Kemboja yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan. Kebanyakan mangsa terbunuh apabila terpijak periuk api, namun mangsa terselamat mengalami kecacatan kekal terutama kudung.

“Apabila kudung, mereka sukar untuk bergerak apalagi bekerja untuk menyara keluarga. Tidak terbatas di situ sahaja, jika bergantung kepada pertanian sebagai punca pendapatan, tetapi sawah mereka didapati tertanam periuk api, tanah menjadi kontang, sekali gus tidak boleh dikerjakan. Inilah perang yang lebih membawa maut berbanding perang konvensional,’’ kata Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Fiona Antonnette Barnaby kepada Astro Awani semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Kebanyakan mangsa terbunuh apabila terpijak periuk api, namun mangsa terselamat mengalami kecacatan kekal terutama kudung. - Foto Astro AWANI

Kata Fiona, periuk api mula ditempatkan di seluruh Kemboja sejak perang saudara pada lewat 1960-an dan awal 1970-an. Kini walaupun perang sudah tiada lagi, kerajaannya kekal bergelut untuk menghapus dan membersihkan pelbagai jenis senjata tidak meletup di buminya, tanpa terkecuali periuk api.

Menurut laporan, ratusan ribu periuk api ditanam di seluruh Kemboja ketika tentera Vietnam menjajah negara itu pada 1980-an.

Tentera Kemboja sendiri dikatakan menambah jumlah periuk api berkenaan ketika kejatuhan kerajaan komunis pada 1990-an.

“Soal periuk api yang tertanam itu satu hal, tetapi masalah yang lain pula ialah mahu membersihkan senjata itu. Dengan keadaan di mana tidak banyak teknologi direka untuk hapuskan periuk api secara pintar, usaha ini memakan masa yang lama untuk selesai.

“Seperkara lagi, kesan yang ditinggalkan akibat perangi senjata ini adalah kekal. Sebagai contoh, kudung kaki dan trauma, itu sukar diatasi,’’ kata Fiona sambil merujuk kepada peranan ICRC yang terbatas membantu atasi hambatan psikologi mangsa-mangsa periuk api.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, Kemboja merupakan negara paling banyak orang kudung per kapita di dunia.

Manakala data oleh Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC), sebuah badan yang diberi tanggungjawab untuk membersihkan sejumlah besar periuk api di Kemboja pula menganggarkan terdapat 1,249 korban baharu dicatatkan pada 1998. Matematiknya, untuk angka itu, hampir 40 orang terkorban setiap minggu untuk sepanjang tempoh 20 tahun. 

Daripada jumlah 1,249 orang itu berdasarkan data CMAC, 80 peratus mangsa yang terpijak periuk api ialah lelaki.

Statistik turut mendedahkan bahawa, seramai 6,000 kanak-kanak lelaki cedera atau maut, manakala 4,750 wanita dan 1,367 kanak-kanak perempuan turut menjadi mangsa.

Begitu ramai yang maut kerana periuk api, tetapi ramai juga yang terselamat tetapi kudung kakinya atau anggota badan lain. Ini bermakna ada pihak perlu membantu mereka menangani kesan daripada “parut” tinggalan periuk api.

“Itu sebabnya, ICRC turut bekerjasama dengan Palang Merah Kemboja untuk menyediakan bantuan sewajarnya kepada ribuan mangsa periuk api yang terselamat. Antara bentuk bantuan ialah tidak membiarkan mereka sendirian tetapi membimbing daripada aspek penjagaan hospital dan kecemasan.

“Bantuan lain termasuk pemulihan semula fizikal dan langkah pencegahan seperti membantu memberikan akses makanan selamat, air dan keperluan hidup lain,’’ ujar Fiona.

Mengetahui lebih dalam bahaya periuk api dan menyelami derita mangsa periuk api antara agenda lawatan media terpilih ke Phnom Penh dan Siem Reap selama empat hari sehingga 14 Disember.

Pada akhirnya, laporan disiarkan diharap boleh memberi kesedaran tentang keperluan untuk terus membantu menaikkan semangat mangsa-mangsa terselamat “perang berpanjangan” ini  sekali gus menjadi manusiawi terhadap orang-orang seperti mereka.

Angka oleh PBB meletakkan bahawa berdasarkan kemajuan sekarang dalam menghapuskan periuk api, sekurang-kurangnya 100 tahun diperlukan untuk memberishkan kesemua periuk api yang ada di Kemboja. Sungguh sukar, tetapi tidak mustahil juga.

Jika angka mereka yang menjadi mangsa periuk api boleh dikurangkan tahun demi tahun, bukan salah juga kalau mengharapkan legasi perang ini segera berakhir, setidak-tidaknya, kurang daripada 100 tahun seperti jangkaan badan dunia seperti PBB.



Source link

read more

Trump cuba buat baik selepas cetuskan api kemarahan umat Islam



SELEPAS beberapa jam membuat pengisytiharan yang penuh kontroversi tentang Baitulmaqdis, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump cuba mengalih pandangan dunia.

Dari bersifat tidak berperikemanusiaan, Trump seakan bertukar menjadi insan paling suci di muka bumi apabila menzahirkan rasa ihsannya terhadap hampir 8 juta penduduk Yaman.

Menurut Trump, beliau telah berhubung dengan rakan pakatannya Arab Saudi agar membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Yaman.

“Saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk berhubung dengan kepimpinan Arab Saudi agar membenarkan sepenuhnya kemasukan bantuan seperti makanan, air dan ubat-ubatan ke Yaman.

“Ini perlu dilakukan Arab Saudi demi kemanusiaan,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

BACA: Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat ini, bincang isu Baitulmaqdis

BACA: Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

BACA: Baitulmaqdis bukan milik Israel, isytihar Perjanjian Damai Oslo gagal – Hamas

BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal

Penganalisis antarabangsa melihat langkah Trump terbabit sebagai ‘gula-gula’ buat Arab Saudi selepas Riyadh mengecam tindakannya berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Arab Saudi membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman, bagi memberi laluan kepada saluran bantuan kemanusiaan.

Dua perkara digariskan buat Riyadh iaitu membuka pintu pelabuhan di Hodeidah dan kebenaran mendarat di lapangan terbang Sanaa bagi kemasukan barangan bantuan kepada hampir 8 juta penduduk Yaman.



Source link

read more

50 cedera kereta api bertembung di Jerman



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera, manakala enam lagi dilaporkan parah apabila dua kereta api bertembung di Dusseldorf, Jerman. 

Dalam insiden kira-kira jam 8 malam Selasa itu, sebuah kereta api yang membawa 150 penumpang, bertembung dengan sebuah lagi kereta api yang sarat dengan muatan kargo.

Pihak bomba dan penyelamat sedang giat mengeluarkan penumpang yang dilaporkan masih terperangkap dekat stesen Meerbusch-Osterath.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Punca kejadian masih disiasat.



Source link

read more

Lebih daripada 100 rusa kutub mati dilanggar kereta api



KVALSUND: Berita sedih untuk pencinta haiwan, dan juga mereka yang menganggap makhluk ini sebagai pencetus semangat dan keceriaan Hari Krismas.

Lebih daripada 100 rusa kutub di Norway yang melintas trek mati dilanggar kereta api muatan dalam masa tiga hari, dedah seorang penggembala haiwan itu.

Torstein Appfjell,  yang selama ini menggembala haiwan ikonik negara itu di mukim Helgeland, pada Ahad meluahkan kesedihannya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu sahaja, 65 ekor haiwan itu dirempuh mati.

Appfjell memberitahu The Associated Press melalui telefon betapa insiden itu ‘sangat tragis’ dan ‘tidak pernah dialami sebelum ini’ memandangkan belum pernah berlaku begitu banyak rusa kutub mati dalam situasi sebegitu.

Sejumlah 106 rusa kutub terbunuh sejak Khamis lalu.

Appfjell mewakili empat keluarga yang menggembala di sebuah kawasan dengan kira-kira 2,000 rusa kutub.

Tambahnya, dalam tempoh 12 bulan lalu, sejumlah 250 haiwan mati akibat kemalangan kereta api.

Dalam perkembangan lain, syarikat Bane NOR yang mengendalikan kereta api tersebut, telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kelajuan di kawasan tersebut.



Source link

read more

Muka seiras bekas isteri bapa cucuh anak dengan api rokok


KOTA BHARU: Tidak berperikemanusian!!

Demikian perumpamaan yang wajar diberikan kepada seorang bapa apabila sanggup mencucuh api rokok ke beberapa bahagian badan anak kandung perempuannya di rumah mereka di Kampung Terap, Bukit Marak di sini.

Bukan setakat itu, lelaki yang berusia 31 tahun itu turut memukul serta menoreh anggota badan kanak-kanak malang berkenaan dengan pisau hingga meninggalkan parut.

Perbuatan kejam tersebut dipercayai dilakukan lelaki terbabit hanya disebabkan dendam ekoran muka mangsa yang berusia lapan tahun itu menyerupai muka bekas isteri suspek.

Tangan kanak-kanak malang itu turut cedera dipercayai selepas dicucuh dengan api rokok atau ditoreh oleh bapanya.

Akibat penderaan itu, mangsa mengalami kecederaan di kaki, badan dan kepala selain trauma.

Ibu kandung mangsa, Nurul Hazwani Shahferi, 27 berkata dia mengetahui anaknya itu didera selepas menerima mesej dan sekeping gambar keadaan anaknya menerusi aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas adik iparnya.

Bekas adik iparnya turut meminta Nurul Hazwani segera mengambil anaknya kerana kanak-kanak itu hidup dalam kesakitan selain ketakutan.

“Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak diperbuat seperti itu. Saya terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian untuk mengambil anak dengan bantuan anggota polis di rumah bekas suami.

“Dia (bekas suami) bertindak demikian kerana berdendam dengan saya akibat perceraian tiga bulan lalu serta muka anak perempuan kami serupa wajah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Tangan kanak-kanak malang itu turut cedera dipercayai selepas dicucuh dengan api rokok, dipukul atau ditoreh oleh bapanya.

Tambah Nurul Hazwani, lebih menyakitkan hati bekas suaminya itu apabila dia enggan menerima lelaki itu kembali selepas diceraikan dengan talak tiga.

“Saya tidak mahu rujuk dengan dia semula kerana dia (bekas suami) kerap memukul selain tidak tahan dengan sikap panas barannya,” kata wanita itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, suspek yang positif dadah ditahan Ahad lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Source link

read more

Ibu sanggup redah api selamatkan bayi 14 bulan dalam kebakaran di Labuan



LABUAN: Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar, dengan memeluk dan membawanya keluar menerusi pintu dapur dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini.

Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka di Taman Guan Huat, Pulau Buah di sini , terbakar.

Siew Lee dan bapa mertuanya, Lim Sing Sung, 70, menghadapi kesukaran bernafas setelah terhidu asap tebal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan menggegaskan dua jentera bersama 17 anggota ke lokasi.

“Kami berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian, tetapi sebahagian daripada rumah itu sudah pun musnah,” katanya.

Suami Siew Lee tiada di rumah ketika kejadian.

— BERNAMA



Source link

read more

Kenaikan harga bahan api susulan pergolakan di Asia Barat



SELAMA: Harga minyak di pasaran tempatan akan diturunkan apabila harga bahan bakar itu di pasaran dunia stabil, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kenaikan harga minyak di pasaran sekarang berikutan pergolakan di Asia Barat sehingga menjadikan harga minyak dunia meningkat.

“InsyaAllah kita akan turunkan harga dan kita tidak simpan, ikut pasaran dunia kalau minyak naik kita akan naik,” katanya kepada pemberita selepas program Kenduri Sekampung Warga Felda di Felda Ijok dekat sini, hari ini.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata kenaikan harga runcit petrol sejak dua minggu lalu yang menjadikan harga semasa RON95 sebanyak RM2.38 seliter misalnya, masih terendah dalam kalangan negara ASEAN dan meletakkan Malaysia di kedudukan ke-20 negara yang menjual minyak pada harga rendah.

“Apa yang kita berikan (harga minyak) adalah tidak membebankan rakyat dan semua yang berlaku itu mengikut pasaran dunia dan kerajaan turut mengambil pelbagai usaha termasuk pemberian subsidi.

“Mekanisme harga minyak sekarang masih rendah sejak kerajaan melaksanakan penetapan harga bahan bakar itu secara mingguan sejak Mac lepas,” katanya.

Hamzah berkata beliau akan membawa isu kenaikan harga minyak ke mesyuarat Kabinet bagi mencari jalan terbaik untuk meringankan beban rakyat.

Selain itu, beliau berkata prestasi ekonomi negara yang kukuh pada kadar 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, menunjukkan perlunya kerjasama semua kementerian dalam merancakkan ekonomi domestik.

“Ini membuktikan ekonomi domestik menjadi salah satu rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara terutama dalam sektor pembinaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons