Samsung Menyelamatkan Aplikasi Opera Max Dan Melancarkannya Sebagai Samsung Max – Amanz


Opera mempunyai aplikasi penjimatan data mereka tersendiri dinamakan sebagai Opera Max. Namun, sebelum ini syarikat Opera telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembangunan untuk aplikasi Opera Max berkenaan.

Perkara berkenaan kini berubah apabila Samsung dilihat telah menyelamatkan aplikasi berkenaan dan melancarkannya semula sebagai Samsung Max.

Samsung Max

Seperti ramai sedia maklum, melalui Samsung Max, ia menawarkan perkhidmatan penjimatan data untuk penggunaan data oleh aplikasi internet, dan pada masa yang sama menawarkan perlindungan privasi tambahan.

Samsung turut mengatakan mereka akan menyertakan Samsung Max pada peranti berspesifikasi pertengahan dan menawarkannya secara terbina di beberapa buah negara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda turut boleh memuat-turun Samsung Max daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Samsung Max untuk Android



Source link

read more

Android P Menghalang Aplikasi Mengakses Kepada Kamera Dan Mikrofon Apabila Tidak Digunakan – Amanz


Apabila memuat turun aplikasi, ramai tidak mengambil endah kepada akses yang diberikan kepadanya. Ramai hanya menekan “ya” kebenaran akses terpapar pada skrin peranti. Oleh sebab itu terdapat banyak aplikasi hasad yang mengaktifkan kamera dan mikrofon apabila aplikasi tidak digunakan. Ini kemudian digunakan untuk mengintip pengguna bagi tujuan pengiklanan.

Menurut laporkan XDA, perkara ini tidak akan berlaku di dalam Android P. Sistem operasi akan menghalang akses kepada kamera dan mikrofon apabila aplikasi memasuki fasa idle. Kepada insan yang risau pergerakan mereka dirakam dan dijejak oleh insan yang tidak diketahui, fungsi terbaru Android P ini pasti membolehkan anda tidur lebih lena.



Source link

read more

Samsung Akan Membenarkan Galaxy S9 Dipegang Menerusi Aplikasi AR – Amanz


Kami bernasib baik setiap kali peranti baru diimumkan, kami akan dapat memegangnya terus pada acara pelancaran. Bagi pengguna mereka perlu menantikan peranti dijual sebelum dapat melihatnya sendiri di depan mata. Untuk Samsung Galaxy S9, Samsung mempunyai cara unik membolehkan pengguna “memegang” peranti ini lebih awal.

Fungsi memegang Galaxy S9 di dalam aplikasi Samsung Unpacked 2018 ditemui oleh seorang pengguna Reddit. Apabila tag acara Unpacked diimbas, model 3D Galaxy S9 boleh dilihat menerusi aplikasi ini. Ia mengesahkan peranti akan ditawarkan dalam empat warna Midnight Black, Purple Purple, Coral Blue dan Titanium Gray.

Turut disahkan ialah kewujudan bicu audio 3.5 mm, kekisi audio dengan rekaan baru dan butang Bixby pada sisi kiri. Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum Galaxy S9 dilancarkan. Apakah pendapat anda tentang rekaannya yang telah tertiris.



Source link

read more

Google Kini Hadir Dengan Ciri Menyunting Dan Berkongsi Screenshot Terbina Di Dalam Aplikasi Google – Amanz


Mengambil screenshot  dengan peranti Android merupakan sesuatu yang biasa sahaja. Tidak seperti iOS, ciri pengambilan screenshot Android tidak membenarkan para pengguna mengedit ataupun berkongsi imej tersebut dengan mudah.

Semua itu bakal berubah tidak lama lagi kerana Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menambahkan ciri mengedit dan berkongsi screenshot di dalam aplikasi Google seperti Google Feed, Google Search dan Chrome Custom Tabs.

 

Apabila diaktifkan melalui menu tetapan Google, setiap kali anda mengambil screenshot pada aplikasi-aplikasi Google yang dinyatakan sebelum ini, sebuah menu akan keluar dari bawah, memberikan anda pilihan untuk samada mengedit screenshot tersebut ataupun kongsikannya melalui emel ataupun media sosial.

Ciri edit ini membenarkan anda memotong screenshot yang diambil, disamping menconteng dan menyorokkan butiran yang hadir pada gambar tersebut. Gambar yang sudahpun diedit ini kemudiannya boleh dilihat pada folder Screenshot didalam peranti anda.

Ciri ini baru sahaja hadir melalui aplikasi Google versi 7.21 yang kini berada di dalam beta, dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba ciri ini boleh ke laman web penguji beta Google untuk mendaftar sebagai seorang penguji beta Google.



Source link

read more

Samsung Dijangka Hadir Dengan Aplikasi Sosial Berasaskan Lokasi Bersama Galaxy S9 – Amanz


Samsung akan memperkenalkan Samsung Galaxy S9 secara rasminya pada awal minggu hadapan. Bersempena dengannya, sejumlah informasi berkenaan spesifikasi dan gambar berkenaan telah pun tertiris. Kini, laporan baru hadir daripada HeraldCorp, memperlihatkan salah satu ciri baru yang turut akan disertakan oleh Samsung.

Ia dikatakan Samsung kini sedang dalam proses menyiapkan sebuah perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada perkongsian lokasi dan permesejan melaluinya.

Samsung buat masa ini telah mendaftarkan beberapa tanda dagang untuk tujuan berkenaan, termasuk antaranya adalah “Uhssup” dan juga “Samsung Social”. Daripada pendaftaran tanda dagang “Uhssup”, ia dikatakan menawarkan perkhidmatan perkongsian masa-nyata bersama rakan-rakan, dan pada masa yang sama berkomunikasi bersama rakan-rakan lain.

Bercakap mengenai Samsung sendiri, ini bukan kali pertama mereka bereksperimen dengan ciri seumpamanya. Sebelum ini, mereka pernah menawarkan aplikasi dinamakan ChatOn untuk permesejan, namun dihentikan selepas beberapa tahun.

Tetapi dengan beberapa aplikasi seperti Samsung Pay, Samsung Cloud dan sebagainya yang mempunyai peminatnya tersendiri – tidak mustahil untuk Samsung mencuba nasib mereka sekali lagi dalam arena sosial ini.



Source link

read more

DBKL Ingin Memudahkan Pembayaran Kompaun Trafik Melalui Aplikasi Khusus – Amanz


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini sedia menawarkan kemudahan membuat pembayaran kompaun trafik melalui kaunter dan juga semakan melalui laman web. Bergerak kehadapan, DBKL ingin memudahkan lagi proses pembayaran kompaun trafik – dimana mereka bercadang untuk memperkenalkan aplikasi khusus untuknya.

Untuk mengalakkan orang ramai menggunakan aplikasi berkenaan, DBKL dikatakan turut mempertimbangkan potongan harga sekiranya membuat bayaran segera untuk sesuatu kompaun.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal kajian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan dan ditwarkan kepada umum. Penawaran aplikasi khusus ini dilihat selari dengan angka pengguna telefon pintar yang semakin meningkat dari hari ke hari, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembayaran serta merta dengan lebih pantas.



Source link

read more

Sokongan Aplikasi Uber Untuk Windows 10 Dihentikan – Amanz


Sistem operasi mudah alih Windows Phone dilancarkan tujuh tahun yang lalu dengan harapan memusnahkan duopoli Android dan iOS. Kerana ia disokong oleh Microsoft, ramai melaporkan WP akan menjadi sistem operasi yang mendominasi pasaran. Beberapa iterasi kemudian, sistem operasi Windows 10 Mobile kini bukan lagi menjadi fokus Microsoft.

UberX KL

Satu demi satu aplikasi rasmi mula tumbang. Ketiadaan sokongan untuk versi peranti mudah alih membawa kepada penghentian sokongan untuk aplikasi desktop. Bagi mereka yang menggunakan aplikasi Uber untuk Windows 10, sokongan untuknya telah secara rasmi dihentikan. Ini disahkan sendiri oleh pihak Uber menerusi emel yang dikongsi dengan laman MSPowerUser. Sejak dari awal lagi aplikasi ini mempunyai pelbagai masalah seperti gagal mencari lokasi dan tidak boleh memesan kenderaan.

Dengan penggunaan komputer yang semakin berkurangan, tidak mengejutkan tumpuan diberikan kepada pembangunan aplikasi telefon pintar.



Source link

read more

Aplikasi Teksi-Helikopter Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Tiga Bulan Lagi – Amanz


Pada hari ini, kita sedia melihat aplikasi tempahan pengangkutan ke destinasi menggunakan kereta digunakan ramai – iaitu Grab dan Uber. Kini, selain daripadanya, sebuah perkhidmatan baru dalam persiapan untuk pelancaran, iaitu untuk tempahan helikopter ke destinasi.

Dibangunkan oleh syarikat Heli Outpost Sdn Bhd, aplikasi untuk tempahan berkenaan dijangka diperkenalkan dalam tempoh sekitar tiga bulan lagi.

Melalui aplikasi teksi-helikopter ini, ia akan membolehkan pengguna memilih dua penawaran perkhidmatan. Yang pertama adalah “Helicopter Tour” yang membolehkan pengguna menempahnya untuk mengelilingi Pulau Langkawi.

Satu lagi perkhidmatan adalah “Helicopter Taxi” yang membolehkan pengguna diterbangkan ke destinasi – sebagai contoh dari Alor Setar ke Ipoh, dan sebagainya.

Heli Outpost Sdn Bhd pada masa kini mempunyai 11 helikopter dibawah mereka, iaitu 6 model Robinson 44, dan 5 model Robinson 66. Perkhidmatan syarikat berkenaan telah ditawarkan sejak 2009 lepas, tetapi tidak melalui aplikasi.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai perkhidmatan teksi-helikopter ini dalam bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

Twitter Menamatkan Sokongan Untuk Aplikasi Mac – Amanz


Twitter mempunyai beberapa penawaran aplikasi untuk platform berbeza, dan salah satunya adalah untuk Mac. Namun, bergerak kehadapan, Twitter tidak lagi akan menyokong Twitter untuk Mac.

Twitter untuk Mac

Berkongsi mengenainya, Twitter mengatakan ia tidak lagi akan ditawarkan untuk muat-turun bermula hari, dan aplikasi berkenaan tidak lagi akan disokong selepas 30 hari.

Sebagai ganti untuknya, pengguna digalakkan menggunakan Twitter di web untuk pengalaman perkhidmatan tersebut sepenuhnya.

Bagi anda yang inginkan aplikasi untuk desktop, anda juga boleh mencuba aplikasi yang dibangunkan pihak ketiga seperti Tweetbot.



Source link

read more

Semua Aplikasi Baru Di AppStore Bermula April Perlu Menyokong Paparan iPhone X – Amanz


Apple hari ini telah membuat pengumuman khusus untuk para pembangun, dimana para pembangun perlu mengoptimasikan aplikasi iOS mereka menggunakan iOS 11 SDK, dan pada masa yang sama perlu menyokong paparan Super Retina pada iPhone X.

Ini sekaligus akan memerlukan para pembangun untuk mengoptimasikan paparan aplikasi mereka selari dengan rekaan skrin takuk pada iPhone X.

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang digunakan pada iPhone X yang hanya memaparkan ruangan berwarna hitam – sekaligus menawarkan pengalaman yang kurang baik. Dengan perubahan yang ditetapkan oleh Apple ini, lebih banyak aplikasi dijangka akan dioptimasikan untuk iPhone X dan paparan Super Retina yang mungkin digunakan pada peranti-peranti akan datang keluaran Apple.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons