Apple Mungkin Memperkenalkan Dua Model iPad Baru Tidak Lama Lagi – Amanz


Apple kini dilihat telah membuat pendaftaran produk di Eropah untuk dua model iPad baru yang menjalankan iOS11 – sekaligus memperlihatkan gergasi perkomputeran berkenaan mungkin memperkenalkan tablet baru dalam masa terdekat ini.

Melalui 9To5Mac, ia dijangka yang mana tablet ini mungkin lebih kepada kemaskini dari segi spesifikasi untuk iPad sedia ada dipasaran.

Desas-desus sebelum ini mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPad yang mengintegrasikan Face ID – tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan secara rasminya.

Bagi anda yang merancang untuk membeli iPad baru, mungkin boleh nantikan beberapa minggu ini sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli tablet keluaran Apple berkenaan.



Source link

read more

Apple Dilaporkan Akan Membeli Bekalan Kobalt Terus Dari Lombong Bagi Mengawal Kos Menghasilkan Peranti – Amanz


Logam Kobalt ialah bahan mentah yang penting dalam penghasilan bateri untuk peranti mudah alih. Sejak setahun setengah yang lalu, harga jualan Kobalt telang meningkat tiga kali ganda. Ini adalah kerana permintaan tinggi dari pengeluar peranti dan juga kini dari pengeluar kerana elektrik. Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Menurut laporan Bloomberg, Apple kini sedang dalam proses perbincangan untuk membeli terus bekalan kobalt dari pelombong. Dengan pembelian secara terus ini, mereka berharap dapat mengawal kos menghasilkan bateri untuk peranti-peranti keluaran mereka.

Pembelian secara terus ini juga dapat memastikan kobalt diperoleh dari sumber yang mesra alam dan tidak mengeksploitasikan buruh kanak-kanak, Pada tahun 2016,Apple, Samsung dan Sony adalah antara syarikat yang didapati mendapatkan sumber bahan mentah dari lombong yang menggunakan buruh kanak-kanak oleh Amnesty International.



Source link

read more

Kakitangan Di Apple Park Dilaporkan Tercedera Kerana Kerap Terlanggar Dinding Kaca – Amanz


Apple Park ialah bangunan markas baru Apple dengan rekaan seakan sebuah piring terbang. Bangunan yang direka oleh Sir Norman Foster ini unik kerana penggunaan dinding kaca pada keseluruhan dinding luaran dan dalaman. Ini adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kakitangan dan memudahkan cahaya semula jadi menerangi ruang pejabat.

Namun menurut laporan Time, ramai kakitangan mengalami kecederaan kerana kerap terhantuk pada dinding kaca yang digunakan. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menampal nota Post It tetapi ia kemudian dicabut kerana mencacatkan pemandangan. Ini adalah satu lagi bukti bahawa rekaan yang cantik tidak semestinya akan menjadi sesuatu yang pratikal dalam kehidupan seharian.



Source link

read more

Samsung Dilaporkan Mempunyai Lambakan Skrin OLED Selepas Apple Mengurangkan Pesanan – Amanz


Samsung dan Apple kerap kali menyaman antara satu sama lain di dalam mahkamah. Tetapi dua gergasi terbesar dunia peranti mudah alih ini sebenarnya memerlukan satu salam lain seakan simbiosis. Apabila Apple mula menjual iPhone X, Samsung dipercayai akan mencatatkan keuntungan $89 bilion kerana pengguna skrin OLED keluaran mereka.

Tetapi kini Samsung berhadapan pula dengan masalah lambakan skrin OLED. Menurut laporan Nikkei Asian Review, lambakan berlaku kerana Apple mengurangkan pesanan untuk skrin sehingga 50% selepas jualan iPhone X lebih rendah dari yang disasarkan. Samsung menghadapi masalah mengurangkan lambakan kerana wujud persaingan dari pengeluar OLED China yang turut meningkatkan produksi skrin untuk syarikat tempatan.



Source link

read more

Mingguan Amanz – Redmi Note 5 Pro, Apple Music Pelajar, Android Oreo – Amanz


Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang menarik perhatian ramai, iaitu Redmi Note 5 Pro. Dilengkapi dwi-kamera belakang, memori sehingga 6GB RAM, dan rekaan skrin 18:9, ia ditawarkan pada harga kurang RM1100 di India.

Beberapa telefon pintar turut telah mula menerima kemaskini Android Oreo, termasuk Samsung Galaxy S8 di Malaysia. Google pula minggu ini memperkenalkan ciri paparan seumpama Instagram Stories, melalui AMP Story.

Minggu ini turut menyaksikan Foxconn mengumumkan kerjasama dengan RED untuk menghasilkan kamera 8K pada harga lebih mampu milik.

Dan akhir sekali, para pelajar di Malaysia kini boleh mendaftar akaun Apple Music pada harga langganan hanya RM6.90 sebulan.



Source link

read more

Apple Mengambil 51% Pendapatan Jualan Telefon Pintar Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Apple terus maju tanpa sebarang petanda mereka akan mengalami kemerosotan keuntungan dalam masa terdekat. Mereka di jalan yang betul menuju sasaran menjadi syarikat pertama dengan penilaian $1 trilion. Jualan iPhone X mungkin lebih rendah dari disasarkan, namun mengikut Starategy Analytics Apple masih di hadapan dari segi pendapatan jualan pada suka ke-empat 2017.

Menurut mereka Apple mencatatkan pendapatan jualan sebanyak $61.4 bilion diikuti oleh Samsung (18.9 bilion) dan Huawei ($8,4 bilion). Ini bersamaan dengan Apple mengaut 51% pendapatan jualan pada suku tersebut. Ketiga-tiga Apple, Samsung dan Huawei mencatatkan peningkatan jualan.

Pada waktu yang sama harga jualan purata peranti meningkat dari $255 (~RM 993) pada suku ke-empat 2016 ke $300 (~RM 1168) pada suku ke-empat 2017. Dengan pelbagai teknologi dan fungsi baru, tidak mengejutkan sekiranya harga jualan peranti akan terus meningkat dalam masa terdekat.



Source link

read more

Pemilik Apple HomePod Melaporkan Masalah Sambungan Dan Mengotorkan Permukaan Kayu – Amanz


Apple HomePod ialah percubaan sulung Cupertino untuk menghasilkan speaker pintar. Setakat ini banyak ulasan memuji kualiti audio yang padu walaupun saiznya yang kecil. Tetapi beberapa masalah mula dilaporkan oleh pengguna.

Menurut laporan MacRumor, pengguna mengadu mengalami masalah ia gagal disambungkan kepada peranti. Peranti akan memaparkan “Setup Error (-6722)” apabila ini berlaku.  Ini menyebabkan ia langsung tidak boleh digunakan. Tidak seperti pembesar suara biasa, HomePod hanya menyokong sambungan AirPlay dan tiada sokongan tambatan Bluetooth serta input analog menerusi bicu audio.

Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah menetapkan semula HomeKit, melakukan tetapan beberapa kali serta akhir sekali mematikan  dan menghidupkan semula WiFi rumah. Kesemua penyelesaian ini menyukarkan pengguna yang mengharapkan sambungan berlaku dengan pantas seperti AirPods yang dijanjikan oleh Apple.

Pada waktu yang sama pengguna yang meletakkan HomePod pada permukaan kayu turut melaporkan masalah kotoran. Kotoran berminyak berbentuk bulat terbentuk di permukaan kayu di mana HomePod diletakkan. Menurut Apple ini adalah kerana kaki silikon pada bahagian bawah speaker merembeskan minyak yang diserap permukaan kayu.

Kotoran ini akan hilang dalam masa beberapa hari dan mereka mengesyorkan pengguna meletakkan pelapik di bawah HomePod bagi mengelakkan kotoran dari berulang.



Source link

read more

Apple Music Kini Ditawarkan Untuk Pelajar Pada Harga Langganan RM6.90 Sebulan – Amanz


Apple hari ini telah menawarkan pelan Apple Music khusus untuk pelajar, dimana ia kini ditawarkan pada harga RM6.90 sebulan – sekaligus menawarkan penjimatan lebih berbanding dengan harga bulanan biasa iaitu RM14.90.

Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik daripada Apple, ditawarkan bukan sahaja untuk pengguna peranti iOS, tetapi juga untuk pengguna Android. Untuk mendapatkan langganan dibawah pakej pelajar ini, anda perlu memasukkan alamat emel universiti anda, dan ia akan disemak melalui UNiDAYS untuk pengesahan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman iTunes Student hari ini, dan mendaftar akaun anda melaluinya.



Source link

read more

Apple iPhone X Dengan Silicone Case Percuma Ditawarkan Pada Harga RM4599 – Amanz


Lazada hari ini hadir dengan sebuah lagi promosi khusus untuk iPhone X, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan iPhone X dengan storna 64GB pada harga RM4599. Menariknya, pembelian ini akan turut disertakan bersama iPhone X Silicone Case yang berharga RM189 secara percuma.

Apple iPhone X

Ini bukan kali pertama Lazada membuat penawaran diskaun untuk iPhone X ini. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan beberapa penawaran menarik untuk telefon pintar terbaru daripada Apple ini.

iPhone X membawakan tanda harga jualan rasmi RM5149, dan dengan diskaun mencapai RM550 ini, ia semestinya salah satu penawaran yang berbaloi bagi anda yang mencari iPhone X. Lazada menawarkan promosi ini untuk waktu terhad selama 6 jam akan datang sahaja bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Beli : Apple iPhone X 64GB



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons