3,737 borang pencalonan PRU-14 telah dijual setakat 20 April – SPR – Politik


PUTRAJAYA 21 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjual 3,737 borang pencalonan bagi pilihanraya umum ke-14 (PRU14) setakat semalam.

Menurut SPR dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1,220 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 2,517 adalah bagi dewan undangan negeri (DUN). Bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebanyak 43 borang pencalonan telah dijual, manakala di Sarawak 125 borang.

Antara negeri yang mencatatkan jualan borang pencalonan tertinggi ialah Sabah dan Labuan (288 Parlimen, 605 DUN; Pulau Pinang (120 Parlimen, 390 DUN); Selangor (112 Parlimen, 269 DUN); Kedah (100 Parlimen, 241 DUN); dan Johor (101 Parlimen, 120 DUN).

Di Perak, sebanyak 86 borang pencalonan Parlimen dan 189 DUN telah dijual; Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN); Pahang (57 Parlimen, 172 DUN); Terengganu (42 Parlimen, 128 DUN); Melaka (21 parlimen, 93 DUN); Negeri Sembilan (6 Parlimen, 58 DUN); dan Perlis (5 Parlimen, 13 DUN).

Selain itu, menurut SPR, sebanyak 45 borang pencalonan Parlimen dan 45 borang pencalonan DUN turut dijual di ibu pejabatnya di sini.

SPR menetapkan hari mengundi PRU14 ialah pada 9 Mei, dengan penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei. Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU13 lepas iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. – BERNAMA



Source link

read more

TuneTalk Menawarkan 2GB Percuma Untuk Semua Pengguna Esok, 21 April – Amanz


Hari ini, rangkaian Tune Talk mengalami sedikit gangguan – melibatkan sambungan data. Ia telah pun diatasi selepas beberapa jam, dan kini sebagai permintaan maaf untuk gangguan berkenaan, TuneTalk mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan data percuma sebanyak 2GB untuk semua pengguna TuneTalk esok.

Ini sekaligus akan membolehkan semua pengguna Tune Talk boleh menikmati data sebanyak 2GB secara percuma untuk tempoh 24 jam pada 21 April 2018 ini. Tiada sebarang langkah pengaktifan dinyatakan buat masa ini – sekaligus memberikan petanda yang mana penawaran data ini mungkin ditawarkan secara automatik kepada semua pelanggan yang menggunakan rangkaian Tune Talk.



Source link

read more

Hitung Detik Bahagia, Rody Kristal Nikah 27 April Ini – MYNEWSHUB


TANDA tanya status hubungan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody dan tunangnya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman terjawab apabila pasangan ini menetapkan 27 April depan sebagai majlis pernikahan mereka.

Dipetik daripada laporan Sinar Online, Rody memberitahu majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

“Untuk majlis resepsi pihak saya, insya-ALLAH akan diadakan juga tapi lambat lagi. Yang penting, kami dahulukan nikah dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Yang lain-lain kemudian pun tak apa,” kata Rody.

Dalam pada itu, Rody mengakui perasaannya bercampur-baur selain turut diburu perasaan berdebar menanti hari bahagia.

“Gementar tapi happy (ketawa),” ujarnya ringkas.

Saat ditanya mengenai bakal isteri, Rody memberitahu sikap wanita itu yang pandai mengambil dan menjaga hati dia serta keluarga membuatkan hatinya terpikat sekaligus merasakan ada keserasian antara mereka.

“Niena juga seorang yang happy go lucky dan mudah mesra dengan keluarga,” tambah Rody.

Rody dan Niena saling berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat. Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM



Source link

read more

UMNO kekal pertubuhan sah hingga April 2019


PUTRAJAYA 15 APRIL 2018. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa sidang media selepas majlis Hari Anugerag Kualiti Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya di Kementerian Wilayah Persekutuan. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

MO, 19/4/2018, KUALA LUMPUR: UMNO masih sah sebagai sebuah parti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana diberi penangguhan pemilihan sehingga 19 April 2019.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata justeru parti itu layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Beliau berkata, penangguhan pemilihan itu termaktub kepada kelulusan ROS, mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual power) mengikut Seksyen 3A akta sama yang berkuat kuasa dari 10 Jun 1988.

“Surat Pendaftar Pertubuhan bertarikh 31 Oktober 2017 (Rujukan: PPM/WKL251/88 Jld 5(2)) yang dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Perlanjutan masa yang diberikan ROS kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi UMNO bagi 2017 itu adalah kuasa tambahan ROS yang dilaksanakan mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, keresahan peringkat akar umbi yang ragu terhadap status UMNO sebagai sebuah parti yang sah tidak sewajarnya berlaku.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan UMNO menghormati dan sentiasa mematuhi ketetapan yang diberikan ROS.

“Ahli UMNO diminta kekal komited, fokus dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRU kali ini,” katanya.



Source link

read more

Gangguan Sambungan Internet Untuk Melayari Laman Antarabangsa, Sehingga 25 April – Amanz


Pengguna tempatan dilihat menghadapi masalah untuk melayari pelbagai laman web antarabangsa. Bercakap mengenainya, pihak Telekom Malaysia melalui akaun @Unifi mengesahkan yang mana gangguan internet dialami oleh pengguna tempatan untuk melayari laman antarabangsa.

Pihak TM turut mengatakan proses baik-pulih kini sedang dilakukan, dan ia dijangka selesai menjelang 25 April 2018 kelak.

Buat masa ini, sebab disebalik gangguan ini masih tidak diketahui lagi. Kami telah menghubungi pihak Telekom Malaysia, dan akan berkongsi info lanjut sebaik sahaja menerima maklumat tambahan.

Unifi Slow



Source link

read more

Penyanyi Nita Hamzah nikah 29 April



PENYANYI Nita Hamzah telah menghubungi meja Hiburan Sinar Harian bagi mengundang ke majlis pernikahannya bersama pasangannya Mohd Fareez Shamsul Bahari pada 29 April depan. Nita atau nama lengkapnya Norhanita Hamzah kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis bersejarahnya yang bakal diadakan di Selayang Height, Batu Caves.

“Majlis nikah ini jemputan tak ramai hanya dalam 500 orang sahaja.  Ada mini pelamin sahaja untuk sesi bergambar.  Kami bernikah pagi dalam jam 11 dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada bulan Ogos manakala di pihak saya, akan difikirkan tarikh selepas itu,” kata Nita yang telah empat tahun berkenalan dengan tunangnya itu.

Nita dan Fareez telah mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos tahun lalu.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka memang nak kami cepat-cepat bernikah,” katanya kepada Sinar Harian.

“Alhamdulillah dah alang-alang ada rezeki untuk kami bernikah, kami akan langsungkan saja. Bersanding tu nanti boleh buat kemudian,”katanya.

Nita merupakan pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan kini aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertutup.



Source link

read more

Xiaomi Mi 6X / Mi A2 Diperlihatkan Melalui Poster Promosi – Bakal Dilancarkan 25 April – Amanz


Xiaomi sebelum ini telah sedia menjadualkan acara pelancaran Xiaomi Mi 6X pada 25 April ini. Kini, lanjutan daripadanya, Xiaomi turut telah mengeluarkan gambar poster promosi untuk telefon pintar berkenaan, sekaligus memperlihatkan rekaan belakang peranti berkenaan.

Xiaomi mi 6X

Mengikut desas-desus sebelum ini, Mi 6X ini dijangka hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana Snapdragon 660, dan dilengkapi kamera 20-megapixel pada bahagian hadapan dan serta dwi-kamera belakang. Xiaomi turut dijangka menyertakan ciri rakaman berasaskan kecerdasan buatan pada telefon pintar ini untuk hasil rakaman yang lebih baik.

Xiaomi Mi 6X ini juga dijangka ditawarkan sebagai Xiaomi Mi A2 dibawah inisiatif Android One untuk pasaran global.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 25 April ini untuk melihat apakah penawaran penuh telefon pintar ini.



Source link

read more

Nokia X Dijangka Dilancarkan Di China Pada 27 April – Amanz


HMD Global telah mula mempopularkan kembali jenama Nokia sejak setahun dua ini melalui pelbagai penawaran peranti menarik dan yang mengembalikan nostalgia ramai pengguna. Kini, selain penawaran yang telah diumumkan pada MWC 2018 lepas, HMD Global turut dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru dinamakan Nokia X.

Untuk makluman, jenama Nokia X pernah digunakan pada 2014 yang lepas oleh “Nokia lama” untuk penawaran telefon pintar Android mereka. Ketika itu, jenama Nokia hanya memfokuskan kepada penawaran peranti Windows Phone sahaja, dan pengenalan Nokia X memecah tradisi berkenaan.

Nokia X

Ia tidak diketahui apakah perancangan HMD Global dengan Nokia X. Adakah ia akan menandakan penggunaan angka sepuluh seumpama iPhone, ataupun mungkinkah ia merupakan sebuah peranti dengan pelbagai teknologi terkini, ataupun sebaliknya.

Beberapa gambar acah dilihat telah mula kelihatan di China, termasuk penyertaan tarikh 27 April. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh HMD Global untuk para peminat Nokia.



Source link

read more

Xiaomi Redmi Note 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 April – Amanz


Xiaomi kini melalui kedai atas-talian mereka di Lazada telah mula memaparkan gambar acah, memperlihatkan yang mana telefon pintar Redmi Note 5 baru akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April 2018 ini.

Xiaomi Redmi Note 5

Untuk makluman, Redmi Note 5 ini adalah peranti variasi yang dikenali dengan nama Redmi Note 5 Pro untuk pasaran India. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci dengan nisbah 18:9, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 13-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Xiaomi sendiri menekankan kepada ciri-ciri kamera pada telefon pintar ini, dimana ia dikatakan menawarkan sokongan rakaman gambar yang sangat baik melaluinya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan variasi memori yang ditawarkan untuk pasaran tempatan menjelang 24 April ini.



Source link

read more

Pra-tempahan Oppo F7 Akan Dibuka Pada 16 April – Turut Menyertakan Aksesori Bernilai RM 299 – Amanz


Oppo F7 merupakan model terkini dalam siri F yang memfokuskan selfie dan ia bakal dilancarkan pada 19 April ini untuk pasaran Malaysia. Khusus untuk peminat siri ini yang ingin mendapatkannya lebih awal dari pengguna yang lain, pihak Oppo Malaysia akan mengadakan pra-tempah Oppo F7 bermula 16 April sehingga 20 April 2018 dan turut menawarkan aksesori bernilai RM 299.

Menerusi pra-tempah ini, pengguna hanya perlu ke laman web yang disediakan Oppo untuk mendaftar minat mereka bagi membeli Oppo F7, dan melakukan pembayaran deposit RM 100. Berdasarkan dari gambar promosi, pengguna yang melakukan pra-tempahan Oppo F7 bakal menerima fon kepala bluetooth, cangkerang telefon Oppo F7, dan juga cincin pemegang telefon yang popular digunakan pada masa kini.

Malah satu perkara yang menarik lagi adalah Oppo bakal melakukan cabutan bertuah yang mana sekiranya pengguna berpeluang mendapatkan telefon tersebtu secara percuma apabila melakukan pembayaran deposit untuk pra-tempahan tersebut.

Buat masa ini, harga sebenar Oppo F7 masih tidak diumumkan namun jika anda mencari peranti selfie dengan kamera 25MP, kemasan yang menarik, RAM sebesar 6GB malah storan sehingga 128GB, tawaran pra-tempah ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Pra-tempah: Oppo F7



Source link

read more