Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah



KUALA LUMPUR: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Azizan Manap, atau lebih dikenali Cikgu Azizan hari ini memaklumkan beliau akan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama ada akan kekal bertugas di sekolah yang sama atau sebaliknya.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan beliau memaklumkan portal Sinar Harian, buat masa ini tiada sebarang surat yang dikeluarkan dan diserahkan kepadanya sebelum musim persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

“Saya serahkan semuanya kepada JPN,” katanya kepada portal berita itu.

BACA: Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan

BACA: Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul

Sementara itu, portal itu turut melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon memberi jaminan akan menghulurkan bantuan terbaik bagi kedua-dua pihak.

Katanya, kes tersebut memberi impak besar kepada profesion perguruan dan ia perlu dilihat melalui pelbagai sudut.



Source link

read more

Patuhi arahan penggunaan buku kerja di sekolah rendah – NUTP – Nasional


KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pihak pentadbir sekolah rendah di seluruh negara dinasihati agar mematuhi Pekeliling Iktisas Bil 1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah Rendah bagi memastikan guru, ibu bapa dan murid tidak dibebankan dengan perkara itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Tan Huat Hock berkata minat murid adalah untuk belajar dan bukan setakat mengejar kecemerlangan peperiksaan semata-mata.

“Guru-guru juga jangan dibebankan kerana terkejar-kejar menghabiskan buku kerja sehingga mengganggu kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan dan ada kalanya kualiti buku kerja juga boleh dipertikaikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, sebagai menyokong kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berhubung perkara itu.

Chong sebelum ini berkata kementerian berkenaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap guru besar mahupun guru yang gagal mematuhi pekeliling berkenaan selain menegaskan mereka tidak mempunyai hak untuk memaksa ibu bapa mahupun penjaga membeli buku kerja.

Berdasarkan pekeliling itu, murid-murid Tahap I (tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti (BLA) telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.


Bagi murid-murid Tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) hanya satu judul buku kerja sahaja dibenarkan untuk setiap murid bagi setiap mata pelajaran KBSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


Selain itu, guru juga tidak boleh menggunakan sepenuhnya buku kerja sewaktu mengajar di dalam kelas di sekolah.

Tan berkata NUTP akan membantu kementerian dalam memastikan pekeliling itu dipatuhi dan ibu bapa serta murid tidak dibebankan dengan pembelian buku kerja di sekolah rendah. – BERNAMA

 





Source link

read more

Duterte akur arahan Trump nyanyi lagu cinta



MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Source link

read more

1MDB Peguam Negara sahkan ada arahan untuk siasatan lanjut



KUALA LUMPUR: Siasatan lanjut yang sedang dibuat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jabatan Peguam Negara adalah kerana masih ada aspek dalam kes terbabit yang ingin dilihat secara lebih mendalam.

Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak dapat mendedahkan butirannya memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada kami dan selepas diteliti, sekiranya ada yang kami rasakan tidak cukup di bahagian tertentu, kami akan arahkan untuk siasatan lanjut.

“Namun, aspek tersebut saya tidak boleh kongsikan kerana ianya sulit memandangkan siasatan masih berjalan,” kata beliau pada  majlis menyerah sumbangan Tabung Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dalam satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan Peguam Negara pada 24 Oktober lalu.

Kenyataan itu dibuat dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Gobind sebelum itu  bertanyakan status siasatan 1MDB dan mengapa terdapat kelewatan dalam melengkapkan siasatan tersebut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons