Pergi dalam usia yang cantik amal ilmu yang cantik- Rakan artis doakan Azmil Mustapha



BUKAN sahaja keluarga, rakan artis turut terkesan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Azmil Mustapha.

Hasil di tinjauan di Instagram (IG), rata-ratanya turut merakamkan ucapan takziah buat bintang filem Ali Setan ini.

Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari Rabu.

BACA: Selamat tinggal, Taufik… 

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Sheila Mambo

“Assalamualaikum.. Pergi dalam usia yang cantik, amal ilmu yang cantik, difahamkan meninggal ketika sedang tidur. SubhanALLAH. Ya ALLAH, ampunkan dia ya ALLAH… Pandang la segala kebaikan dia ya ALLAH… Lenyapkanlah segala keburukan dia ya ALLAH… terimalah segala amalannya ya ALLAH… tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh… Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Erra Fazira

Abby Fana

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun…moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…Alfatihah.

Fedtri Yahya

“Alfatihah… semoga pengakhiran yang terindah… Kehebatan hijrah dan istiqamah.

Yasin Sulaiman

Suffian Amrin

“Bila ada iman dan taqwa, ALLAH akan aturkan rezeki, keselamatan dan semuanya untuk kita. Jangan risaulah..” pesan berguna dan gelak tawa yang pasti akan dirindui. Semoga ALLAH tempatkan Allahyarham Haji Azmil Mustapha bersama para Anbiya Syuhada dan Solehin di Syurga. #Alfatihah #azmilmustapha

Diana Rafar

“Al fatihah…. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…Arwah Uncle Azmil sangat baik.. selalu terserempak di Shah Alam sentiasa senyum sangat peramah… Salam takziah untuk seluruh ahli keluarganya.

Fizo Omar



Source link

read more

Tiada jelmaan Prince di Super Bowl anggap tindakan hidupkan artis yang dah mati perbuatan syaitan



JUSTIN Timberlake terpaksa melupakan hasrat untuk berduet bersama penyanyi pujaannya Prince pada acara Super Bowl Ahad ini.

Ia selepas impiannya itu mendapat bantahan daripada rakan karib penghibur legenda itu Shiela E.

Portal hiburan terkenal TMZ sebelum ini melaporkan Timberlake akan berduet bersama Prince yang ‘dihidupkan’ kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) itu.

Hasrat bekas penyanyi NSYNC itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Shiela E menerusi posting di twitternya.

 

Shiela E kemudian mengesahkan Timberlake ada menghubunginya selepas itu bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Dalam temubual bersama agensi berita The Associated Press, Shiela E mendedahkan Prince pernah berkata sekiranya dia sudah tiada, dia tidak mahu dijelmakan dalam bentuk hologram atas faktor agama.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu purple Rain itu pernah memberitahu majalah Guitar World pada 1998, dia tidak akan sekali-kali berduet dengan penyanyi dari masa lampau kerana menganggap ia sebagai perbuatan syaitan.

Prince, pemenang lapan Anugerah Grammy, meninggal dunia pada 21 April 2016 ketika berusia 57 tahun akibat pengambilan ubat secara berlebihan.

Antara artis yang pernah dijelmakan kembali dalam bentuk hologram untuk persembahan khas sebelum ini adalah Tupac Shakur dan Roy Orbison.



Source link

read more

Berkelakuan ganas Farid Kamil dakwa 3 rakan artis masukkan dadah dalam minuman



PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018, Farid juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak polis semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. 

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.



Source link

read more

Kuat cemburu punca Amira Othman elak bercinta dengan rakan artis



PENYANYI Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, 25, sikap cemburu yang ada pada dirinya membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

“Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri.

“Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni  dan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,” katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mimpi Indah merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.



Source link

read more

China haramkan artis bertatu hip-hop disekat



BEIJING: Lembaga Penapisan China kini menjadikan budaya popular yang mewakili aspirasi orang muda sebagai sasaran terbaharu, termasuk menyekat muzik hip-hop dan mengharamkan penampilan selebriti yang bercacah tatu.

Ketika pengaruh program televisyen ‘Rap of China’ sedang meningkat di negara itu, artis hip-hop Wang Hao, atau dikenali sebagai ‘PG One’ dan Zhou Yan, yang terkenal dengan nama ‘GAI’ – telah disekat kemunculan mereka.

Mereka didakwa mempamerkan sikap dan cita rasa buruk serta mempromosi kandungan yang bertentangan dengan nilai tradisi dan prinsip Parti Komunis.

Sasaran penapisan ke atas hip-hop adalah bukti kongkongan yang lebih kuat terhadap budaya popular, pada ketika kepimpinan negara itu cuba mencari platform yang berpotensi untuk memenangi hati golongan muda.

Badan pemantau media republik itu, SAPPRFT, kini menggariskan bahawa setiap program yang disiarkan tidak boleh mempamerkan individu bertatu atau menunjukkan budaya hip-hop serta budaya jalanan lain yang ‘tidak wajar’.

Pengarah publisiti jabatan itu, Gao Changli, antara lain menegaskan tentang beberapa perkara yang ditegah – antaranya mengharamkan selebriti yang memiliki sifat yang tidak selari dengan nilai Parti Komunis, berperangai buruk, bermulut celupar, berideologi rendah, tiada kelas, terlibat dengan skandal dan mempunyai masalah moral.

Dalam tindakan terbaru, penyanyi rap PG One dipaksa membuat permohonan maaf kerana lagu yang dinyanyikannya dikatakan mempunyai lirik melampau.

Penyanyi GAI pula dilarang muncul dalam sebuah program hiburan yang sedang mendapat sambutan, namun tidak jelas sebab dan punca pihak atasan mengenakan hukuman itu.

Aktiviti penstriman muzik penyanyi terebut juga telah disekat dan dihapuskan dari dalam talian.

Agensi berita Xinhua turut melaporkan tentang perkara itu dan melabelkan budaya tersebut sebagai tidak sesuai dengan China.

Menurut laporan itu, budaya popular seumpamanya tidak boleh dijadikan ‘alat untuk seseorang melepaskan kemarahan, penderitaan dan mengadu domba’.

Penggiat industri seni dan muzik negara itu menganggap perkembangan terbaru itu sebagai tindakan mengarut oleh pemerintah, dan mencabul hak mereka untuk berkarya.



Source link

read more

UNIC terpaksa terima kecaman selepas buang imej artis nasyid



KUMPULAN nasyid, UNIC terpaksa terima kecaman daripada peminat yang mendakwa imej mereka kini tidak melambangkan artis nasyid.

Salah seorang anggota UNIC, Fakhrul berkata ada sebab mengapa mereka mengubah imej dan tidak menghiraukan segala kecaman tersebut.

“Sejak menyertai Gema Gegar Vaganza (GGV) lagi kami sudah mula mengubah imej kami dengan hanya bertopi atau berambut pacak tanpa kopiah atau jubah seperti kebiasaannya.

“Namun nampaknya ada sesetengah peminat yang tidak dapat menerima perubahan ini dan terus mengecam kami sehingga kini.

“Sebenarnya UNIC sudah 15 tahun duduk dalam kelompok yang sama iaitu orang-orang di surau, masjid dan insititut pengajian Islam sahaja.

“Kini sudah tiba masanya kami cari peminat baru dan kelompok yang lebih besar seperti menyanyi di atas kapal cruise, di majlis-majlis korporat mahupun menarik minat golongan mat rempit.

“Kami tahu orang muda ni suka berfesyen dan berlawak, jadi kita cuba untuk mengikuti peredaran semasa selagi ia tidak melanggar syarak,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Fakrul, UNIC turut dianggotai oleh Bazli dan Wan Najdi.

Sementara itu, Bazli memberitahu untuk single terbaharu berjudul Sedar, mereka cuba kelainan untuk berkolaborasi dengan rapper Caprice.

“Kami cuba kelainan kali ini dengan mengubah sedikit genre lagu kami yang tidak kedengaran seperti lagu nasyid tetapi mempunyai mesej yang baik untuk disampaikan.

“Pertama kali berkolaborasi dengan Caprice, kami rasa ia satu langkah yang baik untuk kami kumpul peminat muzik hip hop pula,” katanya.

Single Sedar yang merupakan lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatana itu sudah mula diperkenalkan di laman Youtube.



Source link

read more

Rakan artis beri sokongan buat Farid dan Diana – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Selepas beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial, pelakon Datin Diana Danielle kini mula berkongsi rasa hati di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun tidak tahu makna sebenar perkongsian itu memandangkan tiada kapsyen yang ditulis.

“Balance” dan “Growth” adalah dua gambar yang dimuat naik Diana sejak 13 jam lalu.

Sebelum itu Diana terus diburu media selepas suaminya Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan Fadzil Zahari yang juga adik Farid, dia memberitahu, kemungkinan abangnya itu berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat berjumpa dengan dua orang anaknya.

Diana bagaimanapun menyangkal kenyataan tersebut dan memberitahu kenyataan adik iparnya itu sama sekali tidak benar.

Sementara itu ketika netizen terus ‘membelasah’ Farid nampaknya rakan artis lain memberi sokongan buat pasangan tersebut.

Menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Instagram selebriti seperti Fizo Omar, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain memuat naik gambar Farid dan Diana, mereka juga turut meminta peminat agar mendoakan semoga keluarga ini kuat dalam mengharungi dugaan yang sedang dihadapi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Artis meriahkan pembukaan Pak John Steamboat & BBQ – Hiburan


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Sempena pembukaan cawangan baharu di IOI City Mall, Putrajaya, Pak John Steamboat & BBQ menjemput beberapa orang selebriti bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung semalam.

Majlis perasmian pembukaan serta sambutan ulang tahun keenam restoran tersebut telah disempurnakan oleh pelakon dan penerbit tersohor negara, Datuk Rosyam Nor manakala penyanyi Salma (3 Juara), Ayu Damit dan Mac Rahayu menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu popular mereka.

Majlis yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri turut diserikan dengan kehadiran pelakon Dazrin Kamarudin dan isterinya.

Pak John Steamboat & BBQ menyajikan hampir 160 bahan-bahan yang boleh direbus atau panggang serta beberapa masakan panas yang siap dihidang dengan harga bermula RM42.90 seorang. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Meratapi kematian artis perbuatan taksub melampau – Mufti Perlis – Nasional


KANGAR 24 Dis. – Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur segelintir remaja Islam yang berhimpun dan meratapi kematian selebriti Korea, Kim Jongh-hyuun, 27, baru-baru ini yang dianggap terlalu taksub dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan meratapi atau Niyahah bagi memperingati kematian ahli keluarga adalah dilarang apatah lagi yang tiada kaitan dengan kekeluargaan seperti dilakukan golongan itu.

Kata beliau, menurut pandangan sesetengah ulama, orang Islam dibenarkan mendengar lagu daripada artis-artis berkenaan tetapi hendaklah dengan syarat-syarat tertentu.

“Namun, walau bagaimanapun ini tidak bererti muslim boleh menjadikan mereka (artis Korea) sebagai idola seterusnya membawa kepada ketaksuban yang melampau.

“Berkabung tidak diizinkan melainkan untuk isteri dan wanita dengan syarat syaratnya. Berkabung kerana artis seperti itu adalah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apatah lagi kerana disebabkan membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Asri mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan Shinee itu yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang, tidak mengira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir.

Kata Mohd. Asri, dalam hal ini, golongan agama dan ibu bapa haruslah sedar bahawa kejadian meratapi itu merupakan fenomena semasa tentang kegilaan remaja terhadap artis.

“Perkara ini kita perlu tangani dengan pendekatan yang berkesan dan alternatif,” katanya lagi

Kim Jongh-hyuun disahkan mati di kediamannya di Cheongdam-dong, Korea Selatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aliff Syukri jadi artis rakaman KRU Music – Hiburan


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menambah satu lagi profil peribadinya sebagai penyanyi.

Pengasas produk kecantikan D’Herbs itu serius dalam perancangannya untuk bergelar selebriti dan kini memilih bergelar penyanyi yang bernaung di bawah KRU Music.

Kata Aliff, 30, peluang yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim itu satu impian yang dia idamkan sejak sekian lama lagi.

“Saya teruja dapat tawaran dari pihak KRU kerana dari kecil lagi saya suka untuk dikenali sebab saya sudah biasa hidup susah. Malah, KRU adalah satu nama besar yang tak mungkin saya tolak begitu sahaja.

“Saya menyanyi sekadar nak penuhi impian bukan mahu meraih gelaran vokal terbaik. Ya, saya sedar saya tidak memiliki suara sehebat penyanyi profesional.

“Diharap pendengar memberi sokongan kepada lagu saya sebagai satu hiburan. Ia adalah karakter semulajadi saya,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff turut mengulas dia tidak mengeluarkan bajet sendiri untuk muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol.

Sebaliknya, kata Aliff segala kos perbelanjaan bagi menyiapkan klip video itu dikeluarkan sendiri oleh pihak KRU.

“Orang salah faham cakap saya keluarkan duit sendiri untuk buat muzik video di Sepanyol. Jujurnya, saya tak keluar walau sesen pun duit.

“Saya adalah artis rakaman KRU selama dua tahun. Jadi, saya bekerja di bawah mereka. Semua itu adalah perancangan pihak mereka termasuklah bajet yang dikeluarkan,” katanya.

Muzik video Abang Nak Tegur hasil ciptaan Edry Abdul Halim itu dijangka siap pada Januari tahun hadapan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons