Johan Asari mengaji netizen bergaduh



PENGIKUT Johan As’ari berbalah sesama sendiri di ruangan komen Instagram (IG) pelakon tersebut dan mempertikai cara aktor itu mengaji Al-Quran.

Ada di antara pengikut yang terang-terangan menghentam Johan kerana mendakwa bacaannya tidak betul, dan sengaja memuat naik video atas tujuan riak.

Namun ada juga yang menegur dengan cara baik dan memperbetulkan kekhilafan bacaan Johan selain meminta pelakon itu memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Mereka turut menasihati pengikut lain yang ada prasangka buruk dengan memberitahu, sekurang-kurangnya Johan berusaha menunjukkan sesuatu yang baik apabila memuat naik videonya membaca Al-Quran.
 



Source link

read more

Hazwan As’ari, Adiba Yunus bernikah dalam diam – Hiburan


KUALA PILAH 26 Nov. – Pasangan pelakon Hazwan As’ari, 28 dan Adiba Yunus, 29, selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di rumah keluarga aktres berkenaan di Jempol, Negeri Sembilan dekat sini pada Jumaat lalu.

Heroin filem Nasi Tangas itu ketika dihubungi Utusan Online berkata, majlis tersebut diadakan berlangsung dalam keadaan serba ringkas dan sederhana hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja.


“Insya-Allah, pada awal tahun hadapan majlis resepsi akan diadakan. Masa itu kami akan mengundang semua. Bukan niat nak sorok, cuma keluarga kedua-dua pihak mahu mengadakannya secara kecil-kecilan.


“Kami dahulukan yang wajib dahulu iaitu akad nikah. Selepas ini, barulah akan dibuat majlis persandingan,” jawabnya.


Menurut Adiba, perkenalannya dengan pelakon utama filem Puaka Balai Gombak yang juga adik kepada Johan As’ari itu bermula beberapa tahun lalu dalam sebuah acara hiburan.


Kata Adiba, majlis pernikahannya diadakan selang beberapa hari sebelum hari perkahwinan adiknya.


“Jadi, kesempatan itu kami gunakan untuk buat sekali harung. Mas kahwin sebanyak RM200 dan majlis nikah kira-kira jam 5.30 petang,” katanya yang mengikat tali pertunangan lima minit sebelum bernikah.


Adiba juga tidak menafikan keputusannya bertudung baru-baru ini adalah demi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan selesa dengan imej tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons