Asmaradana di atas ais cetus sensasi internet


GELAGAT pasangan luncur ais berbunga (figure skating), Tessa Virtue dan Scott Moir, yang umpama berasmaradana di gelanggang ais Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang kelmarin, mencetuskan sensasi internet.

Malah, kalau ada yang harus paling diingati daripada temasya kali ini, ia tidak lain daripada apa yang berlaku di Gangneung Ice Arena itu, tempat berlangsungnya acara tarian ais ‘short dance’ dan ‘free dance’ yang terus menjadi tular hingga ke hari ini.

Mula-mula ia menimbulkan gempar apabila Gabriella Papadakis, yang berpasangan dengan Guillaume Cizeron selaku wakil Perancis, terlucut blausnya ketika beraksi hingga menampakkan sebelah payudaranya. Papadakis meneruskan persembahannya hingga tamat seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Namun, harus tiada yang dapat mengatasi persembahan pasangan Virtue dan Moir yang diiringi lagu Roaxanne” dan “Come What May” daripada runut bunyi filem Moulin Rouge itu, sehingga seorang penulis blog deadspin.com, Barry Petchesky, bersumpah bahawa ia hampir kepada simulasi perlakuan seks di atas permukaan ais yang menjadi tontonan berjuta-juta di seluruh dunia.

Dua hari selepas persembahan memukau mereka dalam acara final tarian bebas  itu, keintiman pasangan dari Kanada itu terus menjadi tular di seluruh dunia hingga menarik jutaan untuk menonton rakaman acara berkenaan buat kali pertama.

Virtue dan Moir memenangi pingat emas dengan catatan rekod dunia 206.07 mata – mengatasi rekod dunia 205.28 yang dilakukan pasangan Papadakis-Cizeron hanya beberapa minit sebelum persembahan mereka.

Virtue dan Moir telah mencairkan hati ramai penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dengan rutin mereka yang romantis dan mengghairahkan. REUTERS

Tontonan klip video persembahan mereka menerusi Youtube mencatat angka ratusan ribu, dengan ramai yang berbuat demikian selepas ia menjadi heboh – barangkali sebahagian besar mereka bukan pun peminat luncur ais berbunga!

Apa yang menjadi tular di media sosial boleh dirumuskan sebagaimana berikut:

•    Virtue dan Moir telah mencairkan hati ramai penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dengan rutin mereka yang romantis dan mengghairahkan;
•    Bersama-sama, mereka telah menonjolkan diri selaku atlet paling diraikan dalam sejarah temasya berkenaan dengan keintiman yang terserlah;
•    Virtue dan Moir telah berganding selaku pasangan luncur ais berbunga sejak kanak-kanak lagi yang mendorong pengguna Twitter mencadangkan agar kedua-duanya berpacaran atau berkongsi sebagai teman hidup;
•    Kedua-duanya bertegas bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai atlet, namun ramai yang enggan mempercayai mereka;
•    Virtue, 28, dan Moir, 30, memiliki lebih keintiman dalam satu persembahan sekitar empat minit daripada keseluruhan filem trilogi ‘50 Shades’ yang didasarkan kepada novel erotik oleh E. L. James.

Peminat Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelumnya digemparkan oleh permusuhan dua peserta luncur ais berbunga Amerika Syarikat, Tonya Harding dan Nancy Kerrigan, menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Lillehammer 1994.

Gabriella Papadakis, yang berpasangan dengan Guillaume Cizeron selaku wakil Perancis, terlucut blausnya ketika beraksi. REUTERS

Bekas suami Harding telah mengupah seseorang untuk mencederakan Kerrigan dengan niat menghalangnya bertanding. Namun, Kerrigan sempat pulih untuk memenangi pingat perak dalam temasya itu sambil Harding hanya mendapat tempat kelapan.

Di sebalik permusuhan Harding-Kerrigan itu diabadikan dalam filem bertajuk “I, Tonya” tahun lalu, ia tidak akan dapat mengatasi kisah ‘asmara’ Virtue-Moir ini.

Salah satu rutin mereka dalam acara akhir itu yang menyaksikan Virtue duduk di atas bahu Moir dengan menghadapinya, hampir digugurkan tetapi kedua-duanya memilih untuk mengekalkannya.

“Ia satu penghargaan bahawa anda berasakannya apabila menonton kami beraksi,” kata Virtue. “Kami sangat gembira untuk beraksi bersama dan pastinya kami suka melakukan satu pengkisahan.”

Moir pula merumuskan reaksi ramai adalah satu petanda satu tugas yang mereka sempurnakan.

“Itu adalah satu cerita yang kami cuba kisahkan, jadi saya benar-benar amat gembira yang anda sukakannya,” katanya.

Seks, atau bayangannya sekalipun, tetap laris di gelanggang sukan.



Source link

read more

Tun M, Mukhriz tanding atas tiket DAP?


21mukhriz.transformedMO, 21/2/2018, KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, didakwa bakal bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tindakan itu dikatakan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan hendak ditandingi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa hasrat Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu mewujudkan satu usaha dalaman oleh kelompok ‘proMahathir’ untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftaran PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.

“Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu, baru-baru ini, sah ataupun tidak.

“Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembagaannya sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Puad mendakwa, Dr Mahathir menggunakan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina.

Sehubungan itu, beliau meminta Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan ramai.



Source link

read more

PROF JAYUM: KERETA TANPA PENUMPANG MASIH BANYAK DI ATAS JALAN RAYA


jayum

KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar dilihat bukan cabaran besar untuk Barisan Nasional (BN) menjelaskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun ia mungkin menjadi senjata pembangkang dalam kempen mereka.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, berkata beliau tidak melihat cabaran baharu yang perlu dihadapi BN pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya.

Katanya, pengundi luar bandar lebih tertarik kepada isu asas walaupun ramai yang berpendapat ia tidak mencerminkan proses matang dalam demokrasi berbanding pengundi bandar yang lebih cenderung ke arah isu tadbir urus, ketelusan, integriti dalam kepimpinan dan kerajaan.

“Sesetengah ahli ekonomi berhujah mengenai kenaikan kos sara hidup dengan mengaitkannya dengan harga minyak dan kos yang tinggi untuk membeli rumah.

“Namun jika dilihat, semua isu itu sudah pun lama. Walaupun penting, ia adalah isu ekonomi yang biasa dihadapi sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, walaupun dikatakan kos hidup semakin meningkat oleh segelintir ahli ekonomi, belum terdengar kes rakyat Malaysia yang menderita kelaparan atau jatuh sakit akibat tidak makan.

“Harga bahan api adalah tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, tetapi kesesakan lalu lintas tidak berkurang malah pengangkutan awam juga masih bukan pilihan ramai untuk mengurangkan kos pengangkutan.

“Kereta tanpa penumpang masih banyak dilihat di jalan raya malah bilangannya tidak berkurang sehingga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama,” katanya.

Mengikut Jayum, ada juga ahli ekonomi mengatakan ekonomi negara tidak berkembang baik, tetapi rakyat masih melihat pembinaan bangunan komersial dan hartanah kediaman yang semakin meningkat di mana-mana dengan kos jualan juga semakin meningkat.

“Kita lihat pula pekerja warga asing, mereka masih berduyun-duyun datang ke Malaysia dan rakyat kita pula masih ramai yang bercuti di luar negara sekalipun ringgit dikatakan lemah.

“Jadi secara tidak langsung, semua keadaan yang berlaku ini menunjukkan bahawa ekonomi negara masih bersemangat dan ini bertentangan dengan analisis beberapa ahli ekonomi.

“Sebab itu saya kata, isu kos sara hidup ini bukan perkara baru menjadi mainan pembangkang kerana BN sudah terbukti menjadikan ekonomi Malaysia mapan.

Pelbagai program melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dirangka dengan baik untuk terus merangsang aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat rakyat pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara.

SUMBER: BERITA HARIAN 17/3/2018

http://www.al-azharrisiddiq.com



Source link

read more

13 maut helikopter terhempas atas van di Mexico – Luar Negara


SANTIAGO JAMILTEPEC, MEXICO 18 Feb. – Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga kanak-kanak yang berada dalam dua van terkorban selepas sebuah helikopter tentera Mexico yang membawa Menteri Dalam Negara terhempas di atas kenderaan tersebut di sini, di wilayah Oaxaca, selatan negara ini.

Helikopter berkenaan yang turut membawa gabenor wilayah terbabit cuba mendarat di bandar berkenaan selepas meninjau kawasan yang dilanda gempa bumi.

Menteri dan gabenor berkenaan terselamat namun 12 mangsa yang berada di kawasan berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di sebuah hospital.

Menurut kenyataan dari pejabat Peguam Negara, seramai 15 lagi mangsa cedera akibat kejadian tersebut.

Gempa bumi 7.2 magnitud yang melanda negara ini menyebabkan hampir sejuta kediaman dan kawasan perniagaan terputus bekalan elektrik di Mexico City dan kawasan selatan manakala 50 rumah rosak di Oaxaca. – Reuters

habis.



Source link

read more

Bekas Presiden Guatemala ditahan atas skandal rasuah



GUATEMALA CITY: Bekas Presiden Guatemala Alvaro Colom dan hampir seluruh bekas menteri kabinetnya ditahan, termasuk pengerusi Oxfam International, atas tuduhan berkaitan skandal rasuah melibatkan konsesi bas.

Perkara itu disahkan pendakwa raya pada Selasa.

Colom yang memegang tampuk pemerintahan dari 2008 hingga 2012 merupakan bekas presiden terbaharu yang terlibat dengan masalah undang-undang.

Pendakwa raya khas Juan Francisco Sandoval berkata, pihaknya kini sedang mempersoal dan meneliti pembelian bas awam yang diguna untuk Guatemala City.

Sandoval berkata, mereka yang ditahan berdepan dengan tuduhan penipuan dan penyelewengan.

Turut ditahan ialah bekas menteri dalam negeri dan bekas menteri kewangan, pertahanan, ekonomi, pendidikan, buruh, persekitaran, kesihatan dan sukan dan kebudayaan.

Kes kini tertumpu kepada sebuah syarikat bas awam yang dikenali sebagai Transurbano.

Kerajaan telah melelong konsesi selama 25 tahun untuk laluan bas Guatemala City dan syarikat swasta yang memenangi kontrak tersebut kemudiannya dikecualikan daripada pembayaran cukai.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wujud keraguan dan ketirisan dalam proses tersebut.

Pendakwaan kes ini turut disertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terlibat dengan misi anti rasuah di Guatemala.



Source link

read more

Rumah rakyat dibatal, pasukan bola disuruh main atas padang pasir


Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak “Red Giants” disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018



Source link

read more

Netherlands bantah larangan EU ke atas minyak sawit



KUALA LUMPUR: Netherlands menyertai beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain yang membantah cadangan Parlimen blok itu mengenakan sekatan ke atas minyak sawit.

Malah, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Kerjasama Netherlands, Sigrid Kaag, negara itu tidak menyokong sebarang langkah diskriminasi atau perbezaan produk.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu dialog membabitkan isu minyak sawit itu diadakan.

“Tiada siapa pun yang harus dihukum dan alternatifnya perlu ada. Kita perlu membincangkan perkara ini secara teratur supaya semua pihak dapat memahami sepenuhnya keadaan di peringkat tempatan dan apa yang boleh dilaksanakan oleh pembangunan pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Seminar Pendekatan Belanda Terhadap Inovasi dan Pembangunan Berteknologi Tinggi di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Usul Parlimen EU pada 17 Januari lepas menggesa supaya minyak sawit dikeluarkan daripada program biobahan EU menjelang 2020 atas alasan ia menyebabkan pembasmian hutan.

Setakat ini, Perancis, Sweden dan United Kingdom (Ahli Parlimen Konservatif, sebahagian daripada parti pemerintah Perdana Menteri, Theresa May) telah menyatakan bantahan terhadap usul berkenaan.

Mengulas selanjutnya, Kaag berkata Netherlands turut memuji usaha Malaysia melaksanakan peralihan minyak sawit ke arah lestari tanpa menjejaskan kepentingan para pekebun kecil.

“Pembangunan lestari adalah antara (perkara) yang menguntungkan semua pihak. Tidak boleh wujud pihak yang menang atau kalah dan perlu memutuskannya secara bersama,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata beliau, Kaag dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong akan bertemu esok bagi membincangkan isu itu dengan lebih lanjut.

“Ini merupakan industri penting kepada kita dan tidak mahu sebarang diskriminasi ke atas minyak sawit.

“(Soal) lestari sememangnya amat penting bagi kita,” katanya.

Sejak setahun lepas, Parlimen Eropah yang menuduh pengeluar minyak sawit sebagai punca pembasmian hutan, telah mengundi sebanyak dua kali bagi menyokong usul itu yang jika dilaksanakan akan mengekang import minyak sawit ke blok ekonomi itu.

Pada bulan lepas, anggota Parlimen Eropah itu mengundi untuk mengharamkan sepenuhnya minyak sawit dalam biobahan api menjelang 2021 manakala pada April, 2017, mereka menggesa EU untuk melarang penggunaan minyak sayuran yang menyebabkan pembasmian hutang menjelang 2020.

Selain itu, Mustapa berkata pertemuannya dengan Kaag juga menyentuh mengenai kemungkinan memulakan semula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU pada tahun ini selain perkembangan baharu pelbagai hala.

Beliau berkata, usaha menghidupkan semula rundingan itu yang terbantut pada 2012, tercetus sewaktu kunjungannya ke Netherlands pada Oktober lepas.

Tanpa menyatakan tarikh atau tempoh bagi memulakan semula rundingan itu, Mustapa berkata dua faktor utama penyebab usaha itu – pemuktamadan FTA antara EU dengan negara-negara lain di rantau ini serta kehadiran banyak syarikat Eropah di Malaysia.

“Ini memberi alasan untuk memulakan semula FTA Malaysia-EU,” katanya.

Mengulas perkara sama, Kaag pula berkata Netherlands menyokong penuh usaha itu bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

“Dalam dunia yang menyaksikan dasar perlindungan menjejaskan dagangan secara terbuka dan bebas, adalah penting untuk kita terus membincangkan pejanjian perdagangan bebas demi kepentingan EU dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian itu perlu menghasilkan situasi yang menguntungkan semua pihak selain kemampanan untuk negara terbabit.

“Usaha bersama bagi mencapai agenda lebih besar juga sama pentingnya dan kita hanya dapat melakukannya secara bersama atas dasar berkongsi agenda dan hasil yang dipersetujui bersama,” katanya.

Pada 2017, perdagangan Malaysia dengan Netherlands mencecah RM34.8 bilion dengan 77.4 peratus disumbangkan oleh eksport.

Eksport Malaysia ke Netherlands juga meningkat sebanyak 22.7 peratus manakala imports menokok 11.7 peratus.

Dari perspektif pelaburan, Malaysia telah meluluskan sejumlah 337 projek bernilai RM27.3 bilion yang turut disertai syarikat Belanda setakat September 2017, sekali gus menjadikan Netherlands sebagai pelabur kedua terbesar EU selepas Jerman.

Pelaburan itu membabitkan sektor utama seperti elektrikal dan elektronik, produk petroleum, pengeluaran makanan, bahan kimia dan produk berasaskannya.

Selain Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global bernilai RM3.18 bilion yang diwujudkan oleh Shell di ibu negara, beberapa syarikat Belanda turut memilih Malaysia sebagai pejabat peringkat rantau mereka termasuk Benchmark Electronics, Mylaps BV dan Kraton Polymers BV.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia lengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Filipina – Badminton


ALOR SETAR 7 Feb. – Malaysia melengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Filipina dalam saingan peringkat Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi.


Selepas Soniia Cheah dan Goh Jin Wei masing-masing menyumbang mata dalam dua permainan pertama, perseorangan ketiga, Lim Yin Fun turut meraih mata penting dengan mengetepikan cabaran Thea Marie Pomar 21-5, 21-8.


Pasangan beregu Vivian Hoo-Tee Jing Yi kemudian menyumbang mata keempat negara selepas menewaskan Aira Mae Nicole Albo-Alyssa Yasbel Leonardo 21-12, 21-8 sebelum Chow Mei Kuan-Goh Yea Ching melengkapkan kemenangan 5-0 negara dengan menundukkan Sarah Joy Baredo-Marie Pomar 21-13, 21-14.


Jing Yi berkata, dia merasakan kelainan ketika bergandingan bersama Vivian kerana kedua-dua mereka adalah pemain menyerang berbeza dengan pasangan asalnya, Soong Fie Cho.


“Saya harap gandingan kami akan menjadi lebih baik untuk perlawanan menentang Thailand esok kerana ia merupakan perlawanan yang sangat penting,” katanya.


Mengulas mengenai aksi menentang Thailand, Vivian berkata, keseluruhan pasukan sudah bersedia untuk beraksi dan akan menampilkan aksi terbaik untuk pertemuan esok.


Ketiadaan Woon Khe Wei yang mengalami kecederaan lutut kanan sewaktu aksi menentang Vietnam juga memberi kesan kepada pasukan namun Vivian menegaskan bahawa mereka semua perlu kembali fokus kepada matlamat asal mereka iaitu mencari kemenangan.


“Berdepan Thailand memang sukar, kalau saya bergandingan bersama Khe Wei sekali pun, tidak bermakna permainan akan menjadi lebih mudah.


“Saya harap gandingan saya bersama Jing Yi akan memberi kejutan besar buat pasangan Thailand kerana mereka tidak tahu cara permainan kami memandangkan Jing Yi bukan gandingan asal saya,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Duti Setem Ke Atas Saham Permodalan Sederhana Dan Kecil Dikecualikan Bagi 3 Tahun – PM


KUALA LUMPUR, 6 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 hari ini.  WCMS 2018 bertemakan 'Renaissance of Capitalism: Markets for Growth', merupakan anjuran Suruhanjaya Sekuriti dan diadakan selama dua hari berakhir esok. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR – Duti setem ke atas saham syarikat permodalan sederhana dan kecil yang didagangkan di Bursa Malaysia akan dikecualikan bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa Mac 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengiktirafan nilai dengan lebih baik lagi dan kedinamikan segmen ini dalam pasaran saham.

“Syarikat permodalan sederhana dan kecil menyumbang lebih satu pertiga daripada syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan permodalan pasaran berjumlah sebanyak RM217 bilion.”

“Ini merupakan segmen paling penting dalam pasaran saham kita yang akan membuka laluan bagi syarikat besar, lebih banyak aktiviti korporat dan nilai pelaburan yang lebih besar bagi pelabur,” katanya dalam ucap tama beliau pada majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 yang berlangsung selama dua hari.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiga maut helikopter terhempas atas rumah



NEWPORT BEACH: Tiga maut selepas sebuah helikopter terhempas ke atas sebuah rumah berhampiran Lapangan Terbang Southern California. 

Dua lagi dilaporkan cedera apabila helikopter jenis Robinson R44 itu jatuh ke atas sebuah rumah di Newport Beach kira-kira jam 1.45 pagi Selasa.

Ketua Unit Bomba Newport Beach, Chip Duncan berkata belum dapat dipastikan sama ada mereka yang maut adalah penumpang helikopter berkenaan.

Seorang saksi memberitahu bahawa dia melihat juruterbang yang cedera parah tercampak ke atas rumput dan terdapat tiga yang lain di dalam bangkai helikopter.

Tiada kebakaran dan tidak jelas sama ada rumah berkenaan berpenghuni.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengatakan bahawa helikopter berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang John Wayne.

Lapangan terbang itu berada kira-kira 1.6 kilometer dari tapak kemalangan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons