Polis selamat tiga wanita Indonesia mangsa Atipsom – Jenayah


BUKIT MERTAJAM 13 Nov. – Polis Seberang Perai Tengah (SPT) berjaya menyelamatkan tiga wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan di sebuah kilang membuat sartung bantal di Machang Bubok di sini hari ini.



NIK ROS AZHAN NIK ABDUL HAMID

NIK ROS AZHAN NIK ABDUL HAMID

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang mengesyaki ada orang dikurung di dalam premis tiga tingkat itu.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota kemudian menyerbu premis itu dan membuat pemeriksaan sebelum bertemu dengan suspek yang dipercayai penyelia kilang itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan tiga wanita Indonesia bersembunyi di dalam tandas di tingkat dua premis itu.

“ Polis turut menemukan secebis kertas yang tertulis “Ibu, tolong saya. Saya mau lari” daripada salah seorang mangsa itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambahnya, polis kemudiannya menahan empat suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita untyuk disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 kerana memperdagangkan manusia untuk eksploitasi kerja.

Jelas Nik Ros Azhan, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons