Agenda AWANI, #MalaysiaMemilih: 5 perkara asas yang berlaku pada setiap PRU semenjak 1974



Berikut merupakan pandangan yang diberikan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenai analisis yang dibuat olehnya sepanjang perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia semenjak tahun 1974 sehingga kini.



Source link

read more

Analisis AWANI, #MalaysiaMemilih: “Kalau tak undi kerajaan, nanti kontrak projek tak dapat sambung,” – Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin



Setiap pengundi sedang giat membuat perbandingan serta timbang tara sebelum membuang undi pada 9 Mei 2018 ini demi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Namun begitu, pilihan yang bakal dibuat akan memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan atau untuk kepentingan seseorang individu semata-mata.



Source link

read more

Vida kahwin senyap-senyap | Astro Awani



USAHAWAN kosmetik popular Datuk Seri Vida menafikan khabar angin dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum.

Kata Vida, 45 tahun, dia masih berstatus solo dan terkejut apabila mengetahui khabar angin berkenaan.

“Saya tak tahu bagaimana cerita saya nak kahwin timbul. Sedangkan jiwa saya yang sedang kacau pun tiada siapa mahu pujuk.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin buat masa sekarang, nanti ramai yang kata saya yang terhegeh-hegeh.

“Tetapi harus saya akui, walau umur saya sebegini, masih ada yang cuba mendekati. Cuma saya tak pasti niat mereka untuk duit atau populariti,” katanya kepada Astro Gempak.

Vida yang ditemui pada pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam memberitahu anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B enggan melihat ibunya bersama lelaki lain.

“Cik B luluskan baru saya terima. Tapi buat masa sekarang dia tak mahu sebarang lelaki mendekati saya.

Mama, don’t you dare katanya,” tambah Vida.

Dalam perkembangan lain, Vida bakal muncul dengan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti.



Source link

read more

AWANI Xpress: 8 perkara anda perlu tahu tentang Azwan Ali & Avengers: Infinity War – Epik



Azwan Ali akan bertanding pada PRU14 sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo Gajah di DUN Bukit Antarabangsa.
Penonton juga berpeluang melihat sisi lain setiap adiwira yang ada dalam filem ini termasuk dapat mengenali personaliti Thanos itu sendiri.



Source link

read more

Avicii bersara buat selama-lamanya | Astro Awani



MUSCAT: Para peminat muzik rancak atau EDM (electronic dance music) dikejutkan dengan berita pemergian seorang disc jockey (DJ) atau produser muzik terkenal, Avicii, pada petang Jumaat.

Menurut kenyataan daripada wakil publisiti Avicii, Ebba Lindqvist, dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 28 tahun di Oman.

“Dengan rasa dukacita kami mengumumkan pemergian Tim Bergling yang juga dikenali sebagai Avicii.

“Seluruh keluarganya berkabung dengan berita sedih ini dan kami memohon kepada semua untuk menghormati dengan memberi ruang kepada mereka yang berada dalam detik sukar ini,” jelasnya.

Tiada sebab kematian dinyatakan dan tiada kenyataan lanjut dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beberapa bintang besar EDM dan artis terkemuka turut meluahkan rasa sedih selepas mendengar berita kehilangan artis muzik rancak terkenal itu dan memberikan penghormatan terakhir melalui akaun Twitter masing-masing.

Sebelum ini, produser muzik EDM kelahiran Sweden itu mengumumkan persaraan daripada membuat jelajah muzik atas alasan kesihatan, lapor The Billboard.

“Saya tahu yang saya berpeluang untuk membuat persembahan jelajah muzik ke seluruh dunia, namun saya hanya mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati kehidupan saya sebagai orang biasa, iaitu di luar jiwa saya sebagai artis.

“Secara amnya, saya adalah seorang yang berperwatakan introvert, jadi bagi saya ia sangat sukar untuk dilakukan dan berasa terlalu banyak aura negatif yang saya dapat daripadanya,” katanya pada waktu itu.

Menurut The Billboard juga, isu kesihatan Avicii diketahui umum sejak beberapa tahun lepas setelah dia mengalami pankreatitis, yang sebahagiannya dipercayai berpunca daripada tabiat mengambil minuman keras secara tidak terkawal.

Pada 2014, Avicii membatalkan kesemua jelajah persembahannya bagi menjalani proses pemulihan selepas pembedahan mengeluarkan pundi hempedu dan apendiksnya.

Dia kemudiannya mengumumkan untuk kembali ke studio dan melancarkan extend play atau EP untuk enam lagu berjudul Avīci (01) pada Ogos 2017, iaitu projek muzik terakhirnya sebelum meninggal dunia.

Bintang EDM Eropah yang terkenal dengan hits seperti Wake Me Up dan Hey Brother itu pernah merangkul beberapa anugerah seperti American Music Awards, Billboard Music Awards and MTV Europe Music Awards sepanjang kariernya dalam menghasilkan musik rancak.



Source link

read more