Teringat cerita Sembilu peminat tak sabar nak tengok Awie dan Erra



BUAT pertama kalinya primadona negara, Erra Fazira dan penyanyi Datuk Awie bakal muncul sebagai pengacara MeleTOP Selasa ini. Kemunculan Awie dan Erra di program MeleTOP adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang sedang bercuti.
 
Bagaimanapun, peminat sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan interaksi antara Awie dan Erra sejak berita ini mula dihebahkan pada Isnin.
 
Mana mungkin peminat dapat melupakan kisah antara Awie dan Erra yang pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang.
 
Yang lebih membuatkan peminat begitu respek dengan kedua-dua bintang popular ini adalah kerana sikap mereka yang cukup sporting dengan mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan persahabatan mereka sehingga ke hari ini.
 



Source link

read more

Jangan sampai kita mati sudah masuk kubur pun orang mengata – Awie



VOKALIS kumpulan Wings, Awie mengakui sebagai seorang selebriti dia harus menunjukkan sikap yang baik kepada generasi muda.

Awie atau Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, berkata, dia risau jika kesilapan yang dilakukan sekarang akan mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai kelak.

“Sebagai seorang selebriti yang sudah berusia ini saya harus menunjukkan sikap yang baik kepada generasi muda supaya dapat menjadi ikutan di kemudian hari.

“Dulu mungkin saya banyak melakukan pelbagai kesilapan namun daripada apa yang terjadi dahulu banyak memberi kesedaran kepada saya.

“Bagi saya biarlah suatu hari nanti saya pergi dengan cerita yang elok untuk diceritakan kepada orang ramai.

“Jangan sampai nanti apabila kita mati dalam kubur orang akan mengata,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun hadapan hasil usahasama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.
 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Muka saya garang tapi dalam hati ada taman – Awie



VOKALIS kumpulan Wings, Awie mengakui ramai artis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.

Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, berkata dia  tidak memandang perkara itu sebagai masalah sebaliknya bersikap terbuka untuk mula menegur mereka dahulu.

“Ramai juga yang memberitahu bahawa mereka takut untuk menegur saya kerana raut wajah saya nampak garang dan tegas.

“Namun apabila sudah berbual dan kenal baru mereka tahu bahawa saya merupakan seorang yang kelakar serta tidak seperti yang mereka jangkakan.

“Jadi disebabkan itu saya mengambil langkah untuk mula menegur mereka dahulu kerana saya faham mungkin ada yang malu dan takut nak tegur.

“Jangan risau untuk menegur saya kerana muka sahaja nampak garang tetapi dalam hati ini sebenarnya ada taman,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.
 
Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usaha sama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons