Resipi Step By Step Kari Ayam Untuk Anak-Anak Dara Yang Baru Nak Belajar Masak.


Bagi sesetengah dari kita, resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA-CARA MEMASAK KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

 

CARA MEMASAK:

1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

6. Gaul rata kesemua bahan.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.  

8. Masukkan ubi kentang.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar

Komen anda



Source link

read more

10 Petua Melembutkan Isi Ayam Pencen Yang Paling Mudah


Bagi penggemar sajian ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung, pasti dah faham mengenai proses penyediaan hidangannya yang agak memakan masa. Maklumlah, dagingnya sedikit liat. Walaupun begitu, isi ayam ni masih boleh dilembutkan dan memang sedap jika dimasak rendang, masak lemak cili api dan sebagainya.

Cara nak melembutkan isi, salah satunya ialah dengan cara merebus dengan beberapa bahan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses ini. Antara yang boleh dicuba ialah:

 

PETUA 1
Tumbuk 1/2  sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air. Rebus hingga lembut.

 

PETUA 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

 

PETUA 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Ia akan membantu isi ayam cepat lembut.

 

PETUA 4
Bungkus satu sudu makan biji selasih menggunakan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Hasilnya ayam akan cepat empuk.

 

PETUA 5
Ketika merebus ayam tua, masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk.

 

PETUA 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. Ayam bukan sahaja cepat empuk malah lebih sedap.

 

PETUA 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

 

PETUA 8
Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

PETUA 9

Masukkan daun nangka ke dalam masakan ayam. Masak bersama ayam sehingga ayam empuk .

 

PETUA 10

Masukkan beberapa batang sudu logam ke dalam masakan ayam. Ayam akan empuk lebih cepat. Malah cara ini juga sesuai digunakan untuk mengempukkan daging.

Komen anda



Source link

read more

Coach Belanja 9 Resipi Berasaskan Ayam Untuk Yang Nak Diet! Tetap Sedap Dan Berselera…


Bosan dengan menu sihat yang sama? Tetapi nak masak makanan sihat bila google resipi semua banyak minyak garam dan serbuk perasa?
Coach Yatie Nadzli kongsikan 9 resipi sihat dan eat clean untuk kamu yang nak turunkan berat badan. Jom masak gaya sihat!

Tips Masak secara sihat:

  • Kurang garam dan gula
  • Tanpa serbuk perasa kiub atau ajinomoto
  • Tanpa minyak ( kukus & bakar )
  • Menggunakan bahan fresh dan bukan di proses
  • Dada ayam adalah bahagian yg paling tinggi protein dan kurang lemak. so selalu pilih dada ayam berbanding bahagian lain
  • Elakkan menggunakan sos cili, sos tiram gantikan dengan natural herbs dan fresh food seperti bawang, halia, cili
  • Masak makanan sihat itu mudah dan menjimatkan wang. Bonus badan pun kurus secara sihat.

 

AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
  • Bawang Putih yang dihiris halus
  • Bawang Merah dihiris nipis
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Cendawan dan Kulat Hitam
  • Serai yang dihiris halus
  • Kacang Peas
  • Capsicum dihiris
  • Gajus
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
  2. Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas , bunga kubis , cendawan dan kulat , serai , capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
  3. Kukus 15-20 minit

 

KERABU AYAM TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
  • Bawang Besar Dihiris Nipis
  • Tomato Dihiris Nipis
  • Cili Padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan Gula secukup Rasa
  • Air perahan limau kasturi

CARA-CARA:

  1. Gaul kesemua bahan.
  2. Perah limau kasturi.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

 

SUP AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar
  • Lobak Merah dan Kentang dipotong dadu
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Lada Hitam
  • Daun ketumbar ( hiasan )
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Blend Bawang Putih , Bawang Merah dan halia.
  2. Rebus isi ayam.
  3. Masukkan bahan bahan yang telah diblend bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
  4. Biarkan beberapa minit kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
  5. Letak daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup anda !

 

AYAM PANGGANG REMPAH KARI

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kunyit dan garam
  • Sedikit cili kering yang telah dikisar
  • Rempah kari
  • Daun kari
  • Halia

CARA-CARA:

  1. Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
  3. Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
  4. Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
  5. Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.

 

AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  2. Balut ayam dengan daun pandan.
  3. Kukus sekama 7-10 Minit.

 

TOMYAM PUTIH THAILAND

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Batang Serai dipotong serong
  • Seinci Halia dihiris nipis
  • Sedikit Lengkuas dihiris nipis
  • Daun Limau Purut
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bunga Kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/ Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Rebus isi ayam.
  2. Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
  4. Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
  5. Jangan lupa garam secukup rasa !

 

ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 biji bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Satu sudu cili kering yang telah diblend
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Kisar Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah diblend.
  2. Renehkan bahan bahan yang telah diblend bersama isi ayam ( Tambah air mengikut citarasa. Ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair).
  3. Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
  4. Masukkan garam secukup rasa.

 

TAUHU AYAM SUMBAT

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
  • Taugeh
  • Carrot yang dihiris halus
  • Garam
  • Lada sulah
  • Tauhu
  • Daun bawang yang dihiris halus

CARA-CARA:

  1. Gaulkan isi ayam , carrot , taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
  2. Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
  3. Kukus selama 5-8 minit

 

SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kacang peas
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cili padi/cili besar
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putih jagung yang telah dipotong.
  2. Potong cili padi untuk lebih pedas.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kukus 5-7 Minit.

Kongsi resipi: Coach Yatie Nadzli

Komen anda



Source link

read more

CALON DAPigs RAUB DIUGUT DENGAN BANGKAI AYAM!!! ~ SEMUT HITAM


Bakal calon DAPigs Raub ni boleh tawar apa sahaja kepada rakyat. Dia boleh buat segala macam jenis janji hanya semata – mata untuk mengaburi mata pengundi di kawasan Parlimen Raub.

Tapi realitinya, orang Raub lebih mengenali bekas ADUN Mentakab itu yang pernah menghina Jabatan Mufti serta mempertikaikan khutbah secara terang – terangan mengikut telunjuk DAPigs.

Bukan setakat rakyat di DUN Mentakab sahaja yang menyesal menjadikan dia sebagai wakil rakyat mereka sebelum ini. Malah ahli DAPigs sendiri pun turut menyampah dengan calon Parlimen Raub tu.

Jika tidak, kenapa pulak dia pernah diugut secara terbuka dengan ‘Ayam Mati’ yang diikat didepan pintu pejabatnya sebelum ini hanya semata – mata kerana tak nak dia bertanding jawatan Pengerusi DAPigs Pahang?

Apa yang pasti, mesej yang cuba disampaikan oleh ahli DAPigs itu memang sudah cukup jelas. Mereka tidak sendiri tidak mahu mengiktiraf bekas ADUN DAPigs itu secara terang – terangan.

Maka sebab itu ahli DAPigs tu sanggup mengambil tindakan sedemikian. Malah tindakan itu juga membuktikan bahawa ahli DAPigs tidak mahu orang Melayu menjadi pemimpin mereka.

Tengok saja nasib malang yang menimpa bekas Ahli Parlimen DAPigs Raub tu sebelum ini. Walaupun dia mengidap penyakit kronik, kepimpinan parti tu lansung tidak mempedulikan dia. Jadi, takkan la DAPigs ingat rakyat di Raub bodoh macam pengikut – pengikut Pakatan!!!




Source link

read more

 Ayam Sos Lemon, Menu Ringkas Gerenti Anak Suka


Susah nak duga selera anak-anak ? Cer cuba masak Ayam Goreng Sos Lemon. Menu paling simple dan sedap, dengan rasa masam manis dan tak pedas gerenti anak-anak tak tolak punya.  Jangan bimbang tentang resipi,   di bawah ini RASA kongsikan:-

AYAM SOS LEMON 

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK AYAM:

  • 2 keping dada ayam | bersihkan dan potong
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan  tepung kastard
  • Lada sulah secukupnya
  • 1 biji telur | pecahkan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK SOS:

  • 2 sudu makan perahan jus lemon
  • 2 sudu makan cuka
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu makan teh tepung jagung
  • 1 sudu teh lemon emulco
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketuk sedikit ayam dengan lesung batu untuk jadikan ia leper.
  2. Panaskan minyak.
  3. Campur semua tepung, garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
  4. Celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi, kemudian celup pula ke dalam telur. Akhir sekali, celupkan dengan tepung kastard.
  5. Gorengkan ayam dengan menggunakan minyak yang panas. Angkat, tos dan ketepikan.
  6. Untuk membuat sos, campur semua bahan untuk sos dan masak hingga mendidih dan pekat.
  7. Angkat dan siram ke atas ayam. Sedia dinikmati.

Komen anda



Source link

read more

Ayam, Kucing Habis Dimandi Jadi Lebih Sihat – MYNEWSHUB


KUALA TERENGGANU – “Tidak kisah pandangan orang, paling penting aktiviti memandikan haiwan ini memberi kepuasan dan kegembiraan,” kata Mohd Ridzuan Mohammad.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Baruh di sini, semalam, Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia menjadikan aktiviti memandikan haiwan ternakan sebagai terapi diri sejak dua tahun lalu.

“Saya sangat sayangkan haiwan justeru semua haiwan peliharaan termasuk ayam dan kucing akan dimandikan pada setiap hari.

“Tidak kisah apa anggapan orang sekeliling terhadap aktiviti ini, paling penting ia memberi kepuasan kepada diri.

“Saya berasa tenang apabila dapat menggosok dan memandikan haiwan peliharaan itu. Biasanya saya akan memandikan haiwan menggunakan syampu,” katanya.

Tambahnya, orang sekeliling memang berasa pelik dengan aktiviti yang dijalankan itu namun ia sudah sebati dengan hidupnya.

“Bagi saya, tidak cukup sekadar kita memberi makan dan menyediakan reban atau sangkar untuk haiwan peliharaan kesayangan itu.

“Aspek lain seperti kesihatan haiwan juga perlu dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, haiwan yang dimandikan akan lebih segar dan sihat berbanding haiwan lain,” katanya.

Dia berkata, memandangkan ayam peliharaannya berharga RM1,000 dan ke atas, maka dia berasa wajar memberikan tumpuan istimewa terhadap haiwan peliharaannya itu. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..



Source link

read more

Rahsia Ayam Gunting Tersedap! Hanya Guna Serbuk Jajan Popular Ni..


Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.

AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam-potong nipis-nipis
  • 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • Telur

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dengan serbuk roti.
  2. Masukkan ayam dan gaul sekata.
  3. Celup ayam dalam telur.
  4. Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
  5. Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.

INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut.
SERBUK AYAM GUNTING

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
  2. Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are Peace

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Syok Aktiviti Bakar Ayam Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3 Resipi Terbaik Yang Patut Anda Cuba

Ada Manis, Masin, Masam & Pedas. 5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Komen anda



Source link

read more

Resipi Ayam Golek Mudah & Masak Guna Oven Je.


Resipi Ayam Golek mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Hanya bakar menggunakan ketuhar sahaja. Di hujung minggu macam ni, sesuai sangatlah mak-mak cuba.

 

AYAM GOLEK OVEN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 senduk minyak zaiton
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos chicken marinade – senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap abc
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan oregano
  • Seekor ayam (saiz besar)
  • 3 sudu makan serbuk cili babas
  • Garam,ajinamoto secukupnya
  • 5 sudu makan madu
  • 1 sudu makan mentega
  • Kentang
  • 1 ulas bawang besar – belah dua
  • 1 labu bawang putih – belah dua jangan buang kulit

*campur kesemua bahan-bahan diatas.

 

CARA MEMASAK:

  1.  Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.
  2.  Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)
  3.  Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.
  4.  Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
  5.  Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar. Biarkan ayam dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.

INFO:

*setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.

*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.

* Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.

 

 

Kredit Resepi & gambar: Nana Sabrina Sarsan

Komen anda



Source link

read more

Cara-Cara Masak Nasi Mandy Lengkap Bersama Ayam & Sos. Resipi Mudah & Sedap!


Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!

 

NASI MANDY AYAM

 

BAHAN AYAM:

  • 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat
  • Sedikit pewarna kuning/saffron
  • Aluminium foil.

 

CARA MEMASAK:

  1.  Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

 

BAHAN NASI:

  • 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi)
  • 4 ½  cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih –  hiris halus
  • 2.5cm  halia – hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
  6. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  8. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

 

BAHAN SOS:

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau – hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar – halus
  • Garam, gula
  • Jus perahan lemon secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

 

INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia  akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut.  Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.

 

 

Komen anda



Source link

read more

Koleksi Resipi Masakan Ayam Gaya Thai Yang Popular & Wajib Cuba.


Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.

 

1. AYAM SOS THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 8 sudu makan sos Thai
  • 2 batang serai | titik
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
  • 1/2 biji cili Benggala merah | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris
  • 3 biji cili padi hijau |hiris halus
  • 1 tangkai cili merah | hiris halus
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 60ml air
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun ketumbar untuk hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.  Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
  3. Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
  4. Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
  5. Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api.  Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.

Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.

 

2. GULAI AYAM SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 250ml santan pekat
  • 250ml air
  • 6 biji terung kampung | belah dua
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 biji bawang putih | kisar
  • 3cm lengkuas | hiris dan kisar
  • 3cm kunyit | hiris dan kisar
  • 6 tangkai cili padi hijau | kisar
  • 2 batang serai | hiris halus dan kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 helai daun limau purut | carik
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
  3. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.  Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.  Siap untuk dihidangkan.

Info Chef –  Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.

 

3. SALAD AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh sos Thai
  • 300gm daun kubis | hiris halus
  • 2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 batang timun | hiris halus
  • 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
  • 250gm kacang tanah goreng
  • 1 biji cili merah | potong halus
  • 4 biji cili padi |potong halus
  • 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
  • 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN UNTUK SOS SALAD:

  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 3 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh gula pasir
  • 4 biji bawang putih | cincang
  • 2 sudu makan air masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.  Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis.  Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  3. Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.  Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

Info Chef –  Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.

 

4. COCONUT LIME CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam | potong kecil
  • 125ml santan pekat
  • 125ml air
  • 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
  • 6 tangkai cili padi hijau | hiris
  • 2 helai daun limau purut | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu teh gula tau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 batang daun ketumbar | hiris kasar
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 tangkai cili merah | hiasan
  • 1 batang daun bawang | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
  2. Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar.  Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
  3. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.

Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.

 

5. AYAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong  6-8 ketul
  • 4 biji bawang putih | kisar halus
  • 1 biji bawang besar | kisar halus
  • 3cm halia | kisar halus
  • 3cm lengkuas | kisar halus
  • 6 tangkai cili padi | kisar halus
  • 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak masak  untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula. Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
  2. Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.  Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata. Ayam pandan siap untuk dihidangkan.

Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.

 

6. AYAM GAJUS

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping dada ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 8 tangkai cili kering | potong 3cm panjang
  • 3cm halia | cincang halus
  • 1biji bawang besar | hiris
  • 6 biji bawang putih | cincang
  • 2 sudu teh sos tiram atau secukup rasa
  • 2 sudu teh kicap pekat manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 80gm kacang gajus
  • Daun bawang secukupnya
  • Lobak merah | Hiris bulat
  • Minyak masak  secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama minyak bijan, tepung jagung dan lada sulah. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan isi ayam yang telah diperapkan tadi sehingga warna keemasan angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis,   anggaran tiga sudu makan. Kemudian gorengkan cili kering sehingga garing dan angkat.
  4. Selepas itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.  Setelah itu masukkan  lobak merah, sos tiram, kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan kacau sebentar.  Akhir sekali masukkan isi ayam, daun bawang dan gajus, kacau serta tutupkan api.
  5. Ayam gajus sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Untuk lebih menarik, lobak merah boleh dibentukkan seperti bunga.

 

Komen anda



Source link

read more