Aziz Bari Contoh DAP Pesong Pemikiran Melayu? – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC



Source link

read more

Blogger buat laporan polis terhadap Rafidah Aziz – Politik


PULAU PINANG 21 April – Seorang penulis blog, Ragvinder Singh Jessy membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz kerana memuat naik satu artikel yang disifatkannya palsu dalam laman Facebook milik pemimpin itu, semalam.

Ragvinder, 44, yang lebih dikenali sebagai Raggie Jessy berkata, sebagai seorang bekas pemimpin yang disegani, Rafidah seharusnya merujuk artikel itu kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum memuat naik artikel tersebut ke dalam laman sosial berkenaan.

“Sebagai ahli UMNO yang telah lama berkhidmat untuk parti juga, niat beliau (memuat naik artikel tersebut) itu sebenarnya adalah tidak bagus.

“Justeru, saya terpaksa membuat laporan polis bagi membolehkan Rafidah disiasat di bawah Akta Berita Palsu 2018 atau Akta Hasutan kerana tindakannya ini boleh mempengaruhi pihak lain,” katanya ketika ditemui di pekarangan balai polis Bayan Baru, di sini hari ini.

Artikel tersebut mendakwa, UMNO secara automatiknya telah terbatal dan tidak sah sejak Khamis lalu selepas parti itu gagal membuat pemilihan sebelum ini.

Pembatalan secara automatik itu secara tidak langsung juga menyebabkan parti tersebut tidak layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam pada itu, Ragvinder yang juga pemilik blog, The Third Force memberitahu, laporan polis itu dibuatnya atas kapasiti selaku orang awam yang tidak mahu melihat berita tidak betul seperti itu terus menular dalam kalangan masyarakat hingga menimbulkan persepsi negatif.

“Sebagai contoh, rakyat pasti marah dan salah sangka kepada kerajaan, UMNO dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) apabila membaca artikel yang tidak disertakan dengan bukti yang sahih ini.

“Saya telah memberi tempoh 24 jam kepada beliau (Rafidah) untuk menarik balik artikel itu sebelum laporan polis dibuat,” ujarnya.

Namun begitu jelasnya, laporan ini terpaksa dibuat selepas dia tidak menerima sebarang maklum balas daripada Rafidah atau wakilnya sehingga pagi tadi. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

NGO tolak Aziz Bari bertanding di Perak – Nasional


IPOH 20 April – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat) menolak kehadiran calon Melayu tunggal dari DAP, Dr. Abdul Aziz Bari bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertingginya, Mohd. Ishraqi Sulaiman berkata, Abdul Aziz pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja. 

Menurutnya, tindakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan Rukun Negara.

“Tindakan beliau bukan sahaja menghina institusi raja-raja Melayu tetapi juga menghina Perlembagaan Negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Semalam, Abdul Aziz, 59, diumumkan bertanding di DUN Tebing Tinggi di bawah Parlimen Ipoh Timur dalam majlis pengumuman calon DAP yang akan bertanding dalam Pru-14 di Perak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Petanda DAP semakin ‘diva’- Tunku Aziz – Politik


KUALA LUMPUR 20 April – Cubaan DAP untuk menyorok agenda sebenar mereka bagaikan tidak dapat disembunyikan lagi apabila pemimpinnya tanpa segan-silu mendahului Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mengumumkan anggota Kabinet sekiranya gabungan pembangkang PKR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pengumuman tersebut membuktikan apa yang telah diperkatakannya sejak sekian lama bahawa DAP satu-satunya parti yang berkuasa dalam gabungan pembangkang PKR.

Katanya, apa yang berlaku di Teluk Intan itu sebenarnya mencerminkan keyakinan DAP memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi ketika mana parti lain dalam gabungan pembangkang PKR masih ‘terkial-kial’ mencongak nasib kerusi yang diterima.

“DAP sudah tahu mereka dalam keadaan amat selesa sebaik sahaja pembahagian kawasan diputuskan dengan berpotensi besar untuk menambah bilangan kerusi yang dimenangi berbanding PRU-13.

“Ini menyebabkan DAP merasakan semua parti dalam gabungan pembangkang PKR perlu ikut mereka. Sedangkan kita tahu, calon Perdana Menteri sementara, Dr. Mahathir, timbalannya pula daripada PKR. Jadi mana datang Guan Eng, apa kuasa beliau nak umum anggota Kabinet?

“Pada pandangan saya, pengumuman Guan Eng yang dua pemimpin mereka akan dilantik sebagai menteri itu telah membuktikan DAP yang mengawal semua parti dalam gabungan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tindakan Guan Eng mengumumkan dua pemimpin parti itu sebagai anggota Kabinet gabungan pembangkang PKR jika berjaya menawan Putrajaya di Teluk Intan Isnin lalu mendapat perhatian ramai kerana dilihat mendahului Dr. Mahathir.

Ini kerana hal berkaitan pelantikan menteri biasanya diumumkan oleh individu yang diangkat sebagai calon Perdana Menteri disebabkan melibatkan kuasa budi bicara beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aziz Bari calon Melayu tunggal DAP Perak – Politik


IPOH 19 April – DAP menyerlahkan cita-cita parti itu untuk mendapatkan kedudukan Menteri Besar Perak apabila mengumumkan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai calon Melayu tunggalnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu akan bertanding di DUN Tebing Tinggi, kerusi yang dimenangi calon DAP, Ong Boon Piow pada PRU-13.

Dalam majlis pengumuman calon oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini hari ini, DAP bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.

Pengumuman tersebut menyaksikan Penasihat DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham melepaskan kerusi DUN dan hanya bertanding kerusi Parlimen Beruas yang dimenanginya pada PRU-13.

Beliau merupakan penyandang kerusi DUN Sitiawan di bawah Parlimen Lumut pada PRU-13 namun ditukar nama kepada DUN Astaka selepas persempadanan semula.

Koo Ham memberi laluan kepada muka baharu, Teoh Yee Chow berusia 28 tahun bertanding di DUN Astaka yang kini di bawah Parlimen Beruas.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula bertukar kawasan di kedua-dua kerusi yang dimenanginya dalam PRU-13 iaitu dari Parlimen Taiping ke Teluk Intan dan dari DUN Kepayang ke DUN Aulong

Lain-lain kerusi Parlimen yang ditanding oleh DAP ialah Taiping (Teh Kok Lim), Ipoh Timur ( (Wong Kah Woh), Ipoh Barat (M. Kulasegaran, Batu Gajah (V. Sivakumar) dan Kampar (Thomas Su).

Lain-lain kerusi DUN yang ditandingi ialah Pokok Assam (Leow Thai Yih), Jalong (Loh Sze Yee), Canning (Jenny Choy), Pasir Pinji (Howard Lee), Bercham (Ong Boon Piow), Kepayang (Dr. Ko Chung Sen), Buntong ( A. Sivasubramaniam), Jelapang (Cheah Poh Hian), Menglembu (Steven Chaw), Tronoh (Paul Yong), Pantai Remis (Wong May Ing), Malim Nawar (Leong Cheok Keng), Keranji (Chang Zhemin), Pasir Berdamar (Terence Naidu) dan Sungkai (A. Sivanesan). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Memang pun DAP parti Cina – Tunku Aziz – Politik


KUALA LUMPUR 17 April – DAP sememangnya sejak dahulu adalah parti didominasi kaum Cina dan sekiranya Datuk Zaid Ibrahim hanya baru sedar perkara tersebut selepas 14 bulan menyertainya, maka itu cukup malang bagi beliau.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau sendiri sudah bangkitkan perkara ini lama dahulu walaupun pemimpinnya cuba berselindung di sebalik gelaran parti pelbagai kaum.

“Jika mahu bertanding pun mereka seboleh-bolehnya akan bertanding di kerusi yang majoriti Cina.

“Hanya dalam beberapa kawasan yang bukan kawasan majoriti Cina, mereka akan menggunakan calon Melayu untuk memperoleh undi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz turut berpandangan DAP merupakan parti yang paling dominan dalam gabungan pembangkang PKR memandangkan parti tersebut telah dan dijangka terus mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang paling tinggi dalam gabungan tersebut.

Malah, pengumuman bahawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai calon menteri turut mengesahkan perkara ini.

“Jelas sekarang ini DAP adalah parti yang paling berkuasa dalam gabungan pembangkang PKR. Ketika parti lain masih mendiamkan diri soal calon menteri, mereka lebih terkehadapan,” ujarnya.

Melalui sebuah kenyataan di laman Twitter, Zaid melabel DAP sebagai ‘parti Cina’ ketika mengulas tentang pengumuman Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa DAP sudah mempunyai dua orang calon menteri untuk kabinet bayangan gabungan pembangkang PKR.

“Sebuah parti Cina dalam pakatan itu telah mengumumkan mereka mempunyai dua orang calon Menteri. Mungkin akan menyusul lagi. Parti Melayu masih senyap tentang perkara ini. Begitulah sikap orang Melayu secara umumnya, malu dan tidak mahu menyatakan pandangan. Tiada yang berubah,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Twitter miliknya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakyat Johor berbangga dengan akujanji lengkap BN – Aziz Kaprawi   


JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menerima sebuah akujanji lengkap daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelbagai perancangan masa dekat dan panjang.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, rakyat Johor pasti akan berbangga dengan akujanji BN itu kerana kandungannya sangat memperkasakan kehidupan rakyat.

Menurut beliau, janji BN negeri yang akan melaksanakan pembangunan hingga bertaraf antarabangsa benar-benar memakau hati rakyat untuk terus menyokong parti yang telah banyak berjasa kepada keseluruhan kaum di negara ini.

“Saya yakin rakyat Johor akan teruja dengan program-program baharu yang melibatkan projek pembinaan 100,000 rumah mampu milik serta modal insan dengan peluang pekerjaan yang bertambah.

“Macam ditempat saya di Batu Pahat pembangunan industri tempatan mahu diperkasakan dan ini dapat saya rasakan rakyat akan lebih yakin dengan khidmat BN yang semakin cemerlang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Manifesto BN negeri di di sini hari ini .

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan BN negeri mempunyai manifestasi untuk melangkaui Singapura khusus terhadap anak-anak muda.

Ujarnya, anak-anak muda di Johor diberi perhatian apabila banyak lagi peluang pekerjaan baharu disediakan di negeri ini agar tidak ada lagi penghijarahan generasi itu bagi mencari nafkah di Singapura.

“Ini memberi mesej bahawa kerajaan BN benar-benar memberi peluang kepada generasi akan datang.

“Pembangunan di Johor tidak pernah berhenti dan saya pasti anak-anak muda akan teruja dengannya,” ujarnya.

Aziz menambah, berbeza dengan Pakatan Harapan, BN di Johor telah membuktikan banyak kejayaan untuk rakyat dan kehebatan yang lebih jelas akan dapat dinikmati sekiranya BN terus menakluki pemerintahan di negeri ini – theRakyat



Source link

read more

Aziz M Osman pantau anak yang popular



MENYEDARI kehidupan anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra semakin popular di media sosial, Aziz M Osman mengakui memantau penggunaan alat komunikasi tersebut.

Malah, selebriti berusia 55 tahun ini mengakui memberi kebebasan namun semuanya masih terkawal.

“Memang kita bagi dia sedikit kebebasan, tapi dalam masa sama kita juga bertindak sebagai penapis.

“Selain buat tapisan, kita juga bagi bimbingan kenapa kita perlu buat macam itu. Kita mahu dia faham apa yang ‘do’ and ‘don’t’.

“Kalau kita larang, dia akan memberontak dan cari alternatif lain. Ia lebih membahayakan, jadi lebih baik kita beri saja apa dia mahu tapi dengan cara yang betul,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran program realiti, Oh My Family.

Bukan itu sahaja, pelakon filem XX Ray ini juga meletakkan had tertentu dalam penggunaan telefon bimbit.

“Untuk setiap aktiviti dia, ada mula dan akhirnya supaya dia tahu menghormati dan menghargai masa.

“Kita juga jangan amalkan budaya ‘merampas’ kerana secara tak langsung kita bersetuju dengan tindakan tersebut.

“Contohnya, katalah kita bagi dia tengok YouTube, dan tiba-tiba kita mahu ambil telefon tersebut. Kita jangan rampas sebaliknya bagi dia masa dan dia sendiri akan memulangkannya,” katanya.

Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz semakin mendapat perhatian apabila popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram (IG).

Kini, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu memiliki lebih 123,000 pengikut mengalahkan bapanya, Aziz yang hanya mempunyai lebih 43,000 pengikut di laman sosial itu.

Malah, Ara juga mempunyai peminatnya tersendiri.

Ara merupakan anak hasil perkongsian hidup Aziz dengan Puteri Lily Lokman yang dikahwininya pada 2010.

Selain itu, Aziz turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Aziz dan Ara juga bakal menjayakan program terbaharu, Oh My Family!

Selain keluarganya, program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Azad Jazmin dan Rita Rudaini.

Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 April depan.



Source link

read more

Rezeki berganda Aidil Aziz selepas keluar penjara – Hiburan


KUALA LUMPUR 28 Mac – Dua bulan meringkuk di dalam penjara ternyata meninggalkan kesan mendalam terhadap aktor kacak Aidil Aziz, 31, sehingga dia pernah terfikir untuk terus bersara dari lapangan seni memandangkan perasaan malu yang membelenggu diri.

Terpalit dengan kesalahan jenayah yang hampir menyebabkannya dihukum gantung sampai mati, Aidil bagaimanapun bersyukur kerana hayatnya selaku anak wayang masih berpanjangan.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan berserta kata-kata semangat selepas insiden yang terjadi ke atas diri saya.

“Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan menjadikan saya lebih kuat untuk kembali bertatih membina nama sebagai pelakon.

“Malah saya akan tampil menerusi lima buah drama yang menyaksikan saya selaku peneraju utama produksi tersebut,” ujarnya kepada Utusan Online.

Menurut Aidil, antara drama lakonannya yang akan bersiaran tidak lama lagi ialah Vila Ghazara dan Cinta Lemon Madu untuk siaran TV3, Mimpi Yang Sempurna dan Mamu Mami Gosip (TV1) dan Bulan Bintang & Sayang (ntv7).

Terdahulu, gara-gara terdesak untuk meneruskan hidup, Aidil bersama seorang rakannya memilih untuk mengusahakan perniagaan buah-buahan secara kecil-kecilan.

“Sebulan selepas keluar penjara, saya ingatkan sudah tiada tawaran berlakon. Jadi, saya cari alternatif lain untuk peroleh pendapatan dengan berniaga secara dalam talian.

“Selepas berbincang dengan kawan, kami bersetuju untuk menjual potongan buah mangga yang diletakkan di dalam botol agar pembungkusan nampak menarik.

“Tak sangka pula dapat sambutan hangat sehingga terpaksa menggandakan keluaran produk,” jelas Aidil yang menamakan produknya itu sebagai King Mangifera.

Meskipun kini sibuk berlakon, perniagaan Aidil masih berjalan seperti biasa kerana sudah mempunyai kakitangan untuk menguruskannya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more