WAN AZIZAH KECEWA PENGIKUT ENGGAN “MOVE ON”!!! ~ SEMUT HITAM


Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR, Wan Azizah terhadap pengikut – pengikut parti itu yang enggan berganjak dari pendirian mereka untuk meneruskan kempen #UndiRosak.

Antara lain, Wan Azizah mendakwa, dia lebih banyak terkesan serta terguris dari kezaliman dan kekejaman yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebelum ini.

“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk. Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018.

Kenyataan Wan Azizah itu dibuat bagi mengulas kempen #UndiRosak yang dilancarkan sebaik sahaja Pakatan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri secara terbuka sebelum ini.

Dari satu sudut, kenyataan Wan Azizah itu membuktikan bahawa kempen #UndiRosak yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini berpunca dari pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu sendiri.

Bagi sesetengah pihak, kempen tersebut merupakan manifestasi pengikut PKR yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang telah mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ianya jelas bertentangan dengan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir yang sebelum ini menyatakan bahawa kempen #UndiRosak itu merupakan propaganda Barisan Nasional semata – mata.

Hakikatnya, kempen #UndiRosak itu adalah luahan rasa kecewa pengikut – pengikut PKR yang tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak.

Sebaliknya, mereka membuat tuntutan agar pencalonan itu ditarik balik dan nama pemimpin dari kalangan PKR sendiri dipilih untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang!!!




Source link

read more

SURAT TERBUKA OTAI REFORMASI BUAT WAN AZIZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.

Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation – Gandingan DS Azmin – DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM. 

Kebimbangan Saudara Razak Ismail – Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.

Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.

*Hj Najib Hamid*

Marshall Reformasi 98

Bandar Baru Bangi.

11/01/2018




Source link

read more

Dr. Mahathir PM, Dr. Wan Azizah sebagai TPM – Politik


SHAH ALAM 7 Jan. – Teka-teki serta kemelut calon Perdana Menteri bagi blok pembangkang terjawab hari ini apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan bakal dilantik menduduki jawatan itu jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keputusan itu diumumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Datuk Saifuddin Abdullah dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Selain Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, turut diumumkan Presiden gabungan pembangkang itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

CALON PM PAKATAN, WAN AZIZAH DAH MULA PANAS BONTOT!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin bengang dengan soalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak membuatkan Si Wan Azizah ni mula ‘Panas Bontot’ apabila isu berkaitan dengan jawatan PM Pakatan dipersoalkan.

Sebaliknya, Si Tunggul Kayu dalam Pakatan itu enggan mengulas khabar angin kononnya suaminya tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara.

“Kami tidak mahu bercakap mengenai perkara itu sebab kita akan ada PH punya esok, jadi tunggu dulu dan sabar,” katanya ringkas kepada media selepas merasmikan Konvensyen Wanita PH di sini hari ini.

Menerusi pemukiman PH yang berlangsung selama dua hari dalam bulan Disember yang lalu, Pakatan mencapai sokongan majoriti untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai PM Pakatan selepas PRU14.

Bagaimanapun hanya dikalangan kepimpinan PKR sahaja dilaporkan tidak memberi sebarang kata putus diatas cadangan itu kerana dimaklumkan tidak mendapat ‘restu’ dari Si Ketua Penipu tu.

Sebaliknya, Si Ketua Penipu tu menerusi satu kenyataan pada Khamis lalu mendesak agar Pakatan segera kembali kepada semangat muafakat dan perlu didahulukan berbanding perkara lain.

Sementara itu Dr Mahathir memaklumkan PH tidak tergesa-gesa mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU14 bagi mengelakkan ‘tumbuk-menumbuk’ sesama mereka.




Source link

read more

WAN AZIZAH TERPAKSA TUNJUK SETIA PADA MAHATHIR??? ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Memang lawak betul tindakan Presiden PKR ni. Nampak sangat yang dia sedang bermain wayang hanya semata – mata untuk menunjukkan yang dia setia kepada Tun Mahathir.

Padahal, Si Wan Azizah tu hanya sekadar nak menunjukkan yang dia masih mempunyai suara didalam Pakatan dan membuktikan bahawa PKR sudah benar – benar putus hubungan dengan PAS.

Tapi, dek kerana nama dia sebelum ini dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakatan Haprak, maka terpaksa la Si Tunggul Kayu tu bermain wayang Politik yang bertaraf Longkang.

Presiden PKR itu kini dilihat mula mengambil pendekatan menyerang PAS secara terbuka, bagi membuktikan kesetiaannya kepada Tun Mahathir yang selama ini kuat menghentam PAS secara agresif mutakhir ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, serangan demi serangan dari puak Pakatan Haprak terhadap PAS itu seolah – olah dibuat secara terancang.

“Sejak putus hubungan PAS dengan PKR dan DAP, makin kalut kelihatan bacaan politik mereka sedang PAS terus tegap belayar ke hadapan sebagai alternatif terbaik buat rakyat.

“Berkali PAS telah nyatakan akan melangkah masuk PRU 14 bersedia menghadapi BN dan PH dalam pertandingan pelbagai penjuru.

“Ini bermakna calon PH pun PAS tolak begitu juga calon BN. Mungkin Kak Wan masih asyik dan melayan rekod buruk yang diulang-ulang orang-orang PAN,” katanya.

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Si Wan Azizah tu bukan sesuatu yang menghairankan. Apa yang dia buat hanya demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

Kalau dia tak tunjuk yang parti dia menyerang PAS, nanti puak Pakatan Haprak tu akan mendakwa PKR cuba bermain ‘Kayu Tiga’ walaupun pada hakikatnya memang itu yang sedang dilakukan mereka pada ketika ini. Takkan itu pun orang tak nampak!!!




Source link

read more

DIN BOTOKS MALUKAN AZMIN DAN WAN AZIZAH!!! ~ SEMUT HITAM


“Pembeli tanah felda adalah warga luar!! Abd. Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang kad pengenalan warga luar negara!!!” Demikian kenyataan yang dibuat oleh Si Din Botoks ni.

Tanpa rasa segan silu, Si Din Botoks tu juga turut memuat – naikkan status dilaman media sosial mendakwa kononnya pemilik tanah Felda di Jalan Semarak itu merupakan warga asing.

Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Si Din Botoks itu hanya sekadar satu propaganda Politik yang mahu mengelirukan rakyat secara terang – terangan dan memburukkan imej Felda.

Si Din Botoks tu juga cuba memberikan gambaran seolah – olah pihak Kerajaan menjual aset Felda kepada warga asing sedangkan dalam masa yang sama dia turut membodohkan diri sendiri.

Kenyataan kononnya pihak yang didakwa memiliki tanah Felda Jalan Semarak itu merupakan warga asing itu dibuat hanya berdasarkan kepada kod nombor kad pengenalan mereka 71.

Sebagai rekod, beberapa orang pemimpin Pakatan Haprak tu juga turut memiliki kod nombor kad pengenalan 71. Diantaranya ialah Presiden PKR, Si Wan Azizah dan Timbalannya, Azmin Ali.

Jika berdasarkan kepada logik yang diguna-pakai oleh Si Din Botoks ni, bermakna PKR pada ketika ini dikuasai oleh Warga Asing! Adakah itu bermakna PKR juga menjual dasar perjuangan parti itu kepada orang luar? Itu pasal orang pesan, Bodoh tu Jangan Tunjuk Sangat!!!




Source link

read more

WAN AZIZAH TAK SENANG DUDUK DISAMAN 2JUTA!!! ~ SEMUT HITAM


Susulan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda dan FGV kerana menabur fitnah, Presiden PKR menggelupor biawak memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Peguam Francis Pereira, yang mewakili Wan Azizah dan dua yang lain, mengesahkan bahawa dia telah menerima arahan untuk memfailkan rayuan tersebut dimahkamah.

“Kami mempunyai 30 hari untuk memfailkan notis itu, dan ia akan difailkan kerana saya baru menerima arahan,” katanya dipetik Malaysiakini. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu memerintahkan Wan Azizah dan dua yang lain membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada Felda dan FGV atas dua artikel fitnah yang disiarkan dalam akhbar PKR, Suara Keadilan, tujuh tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada mulanya hanya menetapkan kadar ganti rugi sebanyak RM70,000 terhadap tuduhan yang sama.

Namun Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata, Timbalan Pendaftar yang mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu sebelum ini gagal untuk menilai bahawa apabila artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, menyebabkan perayu mengalami kerugian kewangan dan sahamnya merudum.

Beliau berkata, mahkamah berpandangan jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah yang dilemparkan terhadap badan berkanun.




Source link

read more

Azmin tidak setuju lantik Mahathir, Wan Azizah jawatan PM dan TPM? – Politik


KLANG 6 Dis. – Keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden gabungan pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah tidak disenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 



MOHAMED AZMIN

MOHAMED AZMIN

Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui dalam satu program di sini malam ini sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu. 

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.  

Malah, beberapa pemimpin pembangkang lain difahamkan telah mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

HANCUR HARAPAN WAN AZIZAH NAK JADI TPM!!! ~ SEMUT HITAM


Hancur harapan Wan Azizah untuk menjadi calon Timbalan Perdana Menteri apabila dia dan dua lagi pemimpin Pakatan Haprak tu diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar denda.

Perintah mahkamah itu dikeluarkan sebagai ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel yang mempunyai unsur fitnah 7 tahun lepas.

Wan Azizah dan dua orang lagi defendan perlu membayar ganti rugi RM2 juta selepas mahkamah membenarkan rayuan Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selaku perayu terhadap ganti rugi RM70,000 yang diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 13 Februari lalu.

Dalam penghakiman lisannya, Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mewakili Felda bahawa ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diberikan kepada perayu sebelum ini terlampau rendah dan sepatutnya dinaikkan.

Beliau berkata timbalan pendaftar mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu sebelum ini gagal menilai artikel bertajuk “Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk ”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu” menyebabkan perayu mengalami kerugian kewangan dan saham Felda turut mengalami kemerosotan.

Katanya, mahkamah juga berpendapat jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah dilemparkan terhadap badan berkanun.

“Ia menyebabkan mereka rasa mereka boleh melakukan perkara yang sama (memfitnah) ke atas badan berkanun dan terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar jumlah ganti rugi yang rendah. Ini memberikan mesej salah kepada masyarakat di luar sana.

“Oleh itu, ia memerlukan langkah perundangan sewajarnya kepada peneroka Felda. Saya dengan ini melaksanakan kuasa budi bicara yang ada pada saya untuk membenarkan rayuan ini dan mengetepikan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada perayu sebelum ini,” katanya yang turut memerintahkan kesemua responden membayar kos RM25,000 kepada perayu.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan 2 artikel fitnah dalam akhbar PKR ”Suara Keadilan”.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan 2 artikel memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ”Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk ”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu” menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor ”Suara Keadilan”, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, mengakui bahawa artikel itu adalah palsu dan sengaja diterbitkan oleh ”Suara Keadilan” untuk menjejaskan reputasi Felda.




Source link

read more

Kerajaan sediakan inisiatif galak wanita kekal bekerja – Azizah



KUALA LUMPUR: Tanggungjawab terhadap keluarga bukan halangan untuk golongan wanita untuk menyertai sektor pekerjaan memandangkan kerajaan telah menyediakan inisiatif mesra wanita seperti waktu kerja anjal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata inisiatif itu dilaksanakan kerajaan bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Malah, beliau menasihatkan golongan wanita agar memanfaatkan sepenuhnya kecemerlangan pendidikan yang dikecapi memandangkan statistik menunjukkan kemasukan pelajar wanita di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah tinggi.

“Bagi saya ini satu pembaziran kerana sistem pendidikan negara berada pada landasan baik dan tidak mendiskriminasi kaum wanita.

“Selain itu, kita tahu bahawa 65 peratus penuntut yang memasuki universiti terdiri daripada pelajar wanita, jadi sayang jika mereka diberi pendidikan tinggi tetapi mereka tidak bekerja,” kata Azizah ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Antara yang dibentangkan adalah cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan kepada 90 hari daripada 60 hari dan pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada wanita yang sekurang-kurangnya telah dua tahun berhenti daripada pekerjaan.

Selain itu, kerajaan juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons