KALAU LAYAK, KENAPA AZMIN TIDAK DICALONKAN??? ~ SEMUT HITAM


Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat sewaktu membaca kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman media baru – baru ini. Nampak gayanya, persoalan dia tu ada logiknya juga.

Kalau betul Si Azmin Ali tu layak untuk menjadi Perdana Menteri mewakili Pakatan Haprak, kenapa nama dia tidak menjadi pilihan utama berbanding Tun Mahathir sebelum ini?

Bahkan, kata sahabat itu, nama Si Azmin itu juga tidak timbul sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, nama Wan Azizah yang dianggap ‘Tunggul Kayu’ tu pula yang disebut – sebut.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman media tersebut, kelayakan Si Azmin Ali dibuat berdasarkan kepada ‘Kejayaan’ yang dicapai selama dia menjadi Menteri Besar Selangor.

“Pentadbiran cemerlang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi penanda aras bahawa Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu mampu menggalas kepimpinan negara.” lapor media tersebut.

Malah menurut kata salah seorang pemimpin Pakatan Haprak melalui laporan yang sama mendakwa dia berpuas hati dengan bantuan – bantuan yang diberikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Azmin.

Apa yang jelas, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haprak Selangor tu hanya sekadar nak mengampu bontot Si Azmin Ali tu sahaja tanpa berselindung.

Hakikatnya, pemimpin Pakatan Selangor tu seolah – olah sengaja melupakan bahawa semua bantuan yang “diberikan” oleh Si Azmin Ali tu hanya merupakan ‘Bantuan Warisan’ yang diperolehi.

Pemimpin Pakatan Haprak tu lupa bahawa Si Azmin Ali tu hanya mewarisi bantuan – bantuan tersebut dari pemimpin terdahulu yang telah berjaya dicantas dan disingkirkan sebelum ini.

Sebaliknya, kejayaan yang dicapai oleh Si Azmin Ali tu hanya penyelewengan kuasa yang didedahkan kepada umum, termasuk yang melibatkan kroni serta kaum keluarganya sendiri. Kot itu pun dianggap sebagai kelayakan untuk jadi PM Pakatan, tak tau la nak kata apa!!!




Source link

read more

AZMIN ALI TAKUT PERTAHANKAN SULTAN!!! ~ SEMUT HITAM


Azmin Ali dilihat tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, apatah lagi mengecam kebiadapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sembah derhaka terhadap baginda.

Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan hujah yang pernah digunakan Speaker DUN Selangor bahawa isu berkaitan Sultan Selangor dengan Dr Mahathir tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

“Azmin Ali berkata isu pemulangan darjah kebesaran negeri adalah antara Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah serta istana dan kerajaan negeri ini tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya dilapor Bernama.

Berhubung kenyataan yang dibuat anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai unsur hasutan, Azmin berkata istana telah menegur Zaid berkaitan kenyataannya itu.

Malah Azmin juga dilihat enggan mengecam tindakan yang dilakukan oleh ahli DAPigs itu secara terbuka. Sebaliknya dia hanya melontarkan satu komen untuk menyelamatkan dirinya.

Menurut laporan, melalui akaun Twitternya, Zaid antara lain turut mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya tentang masyarakat Bugis.

Sementara itu, Istana Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung laporan bahawa Dr Mahathir telah memulangkan dua darjah kebesaran yang beliau terima daripada Sultan Selangor, termasuk anugerah tertinggi negeri itu.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat kepastian bahawa pingat kebesaran itu sudah dipulangkan,” kata setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian pingat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, hari ini.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu merupakan satu penghinaan terhadap institusi Raja – Raja Melayu. Malangnya, tiada siapa pun yang berani menegur tindakannya itu.

Dalam erti kata lainnya, tindakan Menteri Besar Selangor itu memberikan gambaran bahawa dia lebih takut kepada Tun Mahathir daripada mahu menjaga maruah KDYMM Tuanku Sultan Selangor secara terbuka!!!




Source link

read more

AZMIN TAK RESTU JAWATAN PM DAN TPM PAKATAN??? ~ SEMUT HITAM


Keputusan Pakatan yang dikuasai DAPigs mencalonkan, Tun Mahathir sebagai PM dan Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum ini seolah – olah tidak disenangi oleh Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui media sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu.

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Kenyataan itu dibuat berikutan cadangan Pakatan menamakan Tun Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang itu yang dibuat pada 1 dan 2 Disember lalu.

Malah, beberapa pemimpin pembangkang lain mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umumnya.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu seolah – olah satu bantahan terbuka dan membuktikan yang dia tidak berpuas hati dengan pencalonan kedua – dua pemimpin tersebut.

Bagi sesetengah pihak, sekiranya cadangan itu dibantah oleh Azmin, ianya bykan satu perkara yang menghairakan sebab selama ini memang Si Menteri Besar Selangor tu mendambakan jawatan pemimpin Nombor Satu Negara tu!!!




Source link

read more

Azmin tidak setuju lantik Mahathir, Wan Azizah jawatan PM dan TPM? – Politik


KLANG 6 Dis. – Keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden gabungan pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah tidak disenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 



MOHAMED AZMIN

MOHAMED AZMIN

Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui dalam satu program di sini malam ini sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu. 

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.  

Malah, beberapa pemimpin pembangkang lain difahamkan telah mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AZMIN CUBA HALALKAN RASUAH ANAK SEDARA??? ~ SEMUT HITAM


Cakap tak serupa bikin! Nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali ni hanya membuktikan sifat retorik yang menjadi amalan puak – puak Pakatan Haprak tu selama hari ini.

Kalau diatas pentas, bukan main sibuk lagi diorang buat dakwaan dan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Barisan Nasional diatas penyalahgunaan kuasa serta kewujudan rasuah di Malaysia.

Tapi hakikatnya, bila perkara yang sama berlaku dalam pentadbiran Rejim pimpinan mereka, pandai pulak diorang bagi alasan kononnya ia hanya sekadar satu konspirasi Politik?

Jelas, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali ini memperlihatkan sifat Munafik dia menjadi seorang pemimpin. Katanya, dia ada mekanisme nak membenteras gejala rasuah.

Antara lain, Si Azmin Ali tu mendakwa kononnya penahanan anak saudaranya oleh SPRM baru – baru ini sengaja dirancang oleh pihak lawan untuk memburukkan dirinya dan Rejim pentadbirannya.

“Saya yakin ia satu tindakan yang dirancang pihak lawan untuk menjatuhkan Selangor sehingga menyerang saya dan menjejaskan kedudukan saya serta keluarga.

“Meskipun begitu, saya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang serangan, saya akan tetap berdiri teguh sebagai menteri besar demi bekerja dan membantu rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu hanya merupakan satu justifikasi untuk menghalalkan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku dibawah hidungnya sendiri.

Malah, ada juga yang beranggapan, kenyataan itu seolah – olah memberikan gambaran secara terbuka seolah – olah Si Menteri Besar Selangor tu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh anak saudaranya sendiri.

Soalnya, SPRM tahan suspek yang juga merupakan anak saudara kepada Si Azmin Ali tu bukan atas dasar hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Selangor tu. Sebaliknya, SPRM tahan suspek sebab wujud kes rasuah. Takkan itu pun Si Azmin Ali tu tak boleh nak bezakan!!!




Source link

read more

AZMIN ALI JADI MANGSA BULI DIVA AA!!! ~ SEMUT HITAM


RABU lalu, negara digemparkan dengan berita anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia membabitkan kes melombong pasir tanpa lesen di Sungai Long, Kajang sehingga mengakibatkan anak sungai tertimbus serta tersekat.

Susulan penahanan itu, selebriti terkenal, Azwan Ali dilihat meluahkan rasa gembira berhubung kes berkenaan menerusi beberapa posting di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Menerusi posting berkenaan juga, Azwan dilihat sempat ‘mencabar’ anak saudaranya yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid merayu pertolongan daripada Azmin untuk dibebaskan daripada tahanan SPRM.

Azwan turut menyifatkan penangkapan itu sebagai balasan daripada Tuhan di atas perbuatan keterlaluan anak saudaranya yang tidak menganggap Azwan sebagai bapa saudara ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul Fadli sebelum ini.

“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.

“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Sementara itu, Azmin juga tidak terlepas daripada tempias ‘kelancangan’ mulut Azwan memandangkan salah laku yang dipalit dengan nama menteri besar itu dianggap memalukan keluarga arwah ayahnya, Ali Omar.

Sebelum ini, SPRM telah menahan Nuzul Fadli di kediamannya yang berlokasi di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengahari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.




Source link

read more

KHALID IBRAHIM LANCAR “PERANG” KE ATAS AZMIN!!! ~ SEMUT HITAM


Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor demi memastikan negeri itu terus maju dan makmur.

Bekas menteri besar Selangor yang dipecat dari PKR itu bagaimanapun berkata, dia tetap akan bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik termasuk Umno dan PAS.

“Saya menyambut baik semua usaha yang dibuat untuk memperkasakan perpaduan umat Islam dan rakyat Malaysia sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang sebab saya mahu jadikan Selangor maju makmur dan bersatu. Saya yakin ia lebih efektif berbanding sokong satu pihak yang sokong retorik keadilan.

“Apa pun saya akan bekerja keras untuk menentukan prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam segala tindakan dan keputusan demi Selangor.

“Sebab itu saya bersedia untuk bekerja dengan BN Selangor dan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya, ketika sidang media bersama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas ahli PKR itu menghadiri Konvensyen UMNO Selangor di Dewan Merdeka hari ini. Pada satu ketika beliau dilihat berjalan beriringan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke Dewan Merdeka.

Turut difahamkan, dia menyertai konvensyen itu atas kapasiti tetamu jemputan. Khalid sebelum ini turut menyertai Muktamar PAS 2017 yang telah diadakan di Alor Setar, Kedah.

“Dengan adanya perjumpaan saya dengan Noh Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mereka sedia menerima kerana inilah yang terbaik untuk rakyat Selangor.

“Saya akan guna pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor supaya mereka dapat memilih parti mana yang boleh menerajui Selangor dengan baik dan berguna kepada semua,” katanya.

Khalid berkata, walaupun beliau akan membantu Umno memenangi Selangor dirinya akan kekal dengan pendiriannya untuk bergerak secara bebas tanpa parti demi memastikan tujuan tidak disalah ertikan oleh rakyat.




Source link

read more

AZMIN KENA “SEKOLAH” DENGAN ADIK SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Adik kepada Azmin Ali menyindir abangnya yang ‘cakap tidak serupa bikin’ bersabit amalan membanteras rasuah, yang mana kini Menteri Besar Selangor itu turut dikaitkan ekoran penahanan anak saudaranya berhubung kes perlombongan pasir di negeri itu. 

Ummi Hafilda turut menyatakan bahawa dia tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar sekalipun melibatkan anak saudara mahupun abang kandungnya sendiri.

“Sebagaimana Nabi Nuh sanggup membiarkan anaknya mati karam di depan matanya sendiri kerana kemungkaran, jadi siapalah saya hendak menghalalkan cara. 

“Sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga kini. Sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka. Cakap berdegar-degar nak hapuskan rasuah tapi diri sendiri…..keluarga dan kroni penuh tahi,” tulisnya menerusi satu psoting di laman Facebook beliau.

Selain itu, Ummi dalam masa yang sama turut meminta Azmin agar mengingati pesanan yang telah disampaikan oleh arwah bapa mereka sebelum ini.

“Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin). Ingat tak..bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau atau berdarah terhantuk kaki. Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat???

“Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa,” katanya lagi. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 November lalu menahan anak saudara Azmin, Nuzul Fadli dan tiga lagi individu atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram di Selangor.

Keempat-empat mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember untuk membantu siasatan. Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit. Azmin dalam reaksinya menafikan kononnya terlibat dalam penganugerahan tender tersebut.

Sebaliknya jelas Timbalan Presiden PKR itu, semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).




Source link

read more

ANAK SEDARA AZMIN DITAHAN SPRM!!! ~ SEMUT HITAM


Anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini direman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor.

Selain Nuzul Fadli, Majistret Ainna Sherina Saipolamin juga mengeluarkan perintah reman terhadap tiga yang lain. Keempat-empat mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit.

Difahamkan, tangkapan itu menyusul setelah pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori yang disyaki membawa pasir haram semalam.

“Operasi dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Penguatkuasa tempatan dikatakan dirasuah supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan itu.




Source link

read more

Azmin arah peguam batalkan saman Puncak Niaga



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan peguam yang mewakilinya dan kerajaan negeri untuk mengambil tindakan itu atas alasan dakwaan Puncak Niaga dalam saman berkenaan tidak berasas.

“Tindakan untuk membatalkan saman ini juga dibuat bagi menjaga kepentingan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Smart Desa Selangor, di sini hari ini.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu yang menamakan beliau, Mohamed Azmin dan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan-defendan.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir menetapkan 23 Jan depan untuk keputusan atau klarifikasi berhubung permohonan Abdul Khalid itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 21 Nov lepas, Puncak Niaga berkata tindakan saman dimulakan selepas Abdul Khalid dan Mohamed Azmin didakwa menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengancam untuk menyebab atau memohon atau cubaan untuk menyebabkan Kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.

Sehubungan itu, syarikat konsesi air berkenaan menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung perbezaan antara nilai PNSB Water Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada kadar RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.

Selain itu, plaintif menuntut pertimbangan pembelian sebenar berjumlah RM1.55 bilion di bawah Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 11 Nov 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Pada masa sama, Puncak Niaga juga menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung kehilangan peluang perniagaan di dalam dan di luar negara, berjumlah RM13.5 bilion.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons