Sofi Jikan mengaku tidak bersalah masukkan dadah dalam badan



PELAKON Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Selasa, lapor portal berita tempatan.

Pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster itu didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Dia yang ditemani peguamnya hadir ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 14 Mac depan.

Sofi sebelum ini ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.



Source link

read more

Anak mungkin saksi bapa cekik bunuh dan masak anggota badan ibu



MISTERI kehilangan seorang pakar pemakanan akhirnya terungkai apabila dia dibunuh dengan kejam selain bahagian badannya dipercayai dimasak oleh bekas suaminya.

Selain dibunuh, wanita yang dikenali sebagai Magdalena Aguilar Romero, 25 tahun itu dikatakan turut dicekik sebelum dibunuh di rumah bekas suaminya di Taxco, Mexico, lapor pihak berkuasa.

Magdalena dikatakan hilang selepas pergi ke rumah bekas suaminya untuk mengambil dua anak mereka.

Peguam Negara Guerrero, Xavier Olea berkata pada Rabu bahawa kaki dan lengan wanita itu ditemui pada periuk di atas dapur rumah terbabit manakala tulang pelvis yang dipercayai juga telah ‘dimasak’ dimasukkan di dalam beg.

Bahagian badan lain wanita itu ditemui di peti sejuk, kata pendakwa raya.

Lebih mengejutkan apabila anak pasangan itu dipercayai menjadi saksi kepada kejadian terbabit.

Olea berkata, bekas suami mangsa kini masih bebas manakala ibu lelaki itu yang tinggal bersamanya telah ditahan.

Polis berkata, jenayah itu dilakukan kerana mangsa adalah perempuan.

Kerajaan Taxco berkata dalam satu kenyataan mengutuk keras pembunuhan Magdalena Aguilar kerana menimbulkan rasa tidak senang masyarakat.

“Dari hari pertama Magdelena hilang kita seperti sudah membuat jangkaan dan kita sentiasa berada di belakang keluarganya sebagai tanda sokongan,” katanya.



Source link

read more

Hormati pelihara prinsip kebebasan badan kehakiman – Sultan Johor


MUAR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman serta jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.

Baginda bertitah demikian kerana kehakiman merupakan antara tiga badan utama negara, selain legislatif dan eksekutif, yang mana badan ini mempunyai hak dan kebebasan masing-masing yang perlu dihormati serta dipelihara bagi memastikan kestabilan negara dipertahan.

“Hakim dan pegawai kehakiman perlu bebas serta tiada campur tangan mana-mana pihak. Walaupun Raja bertanggungjawab memastikan kehidupan rakyat aman dan makmur, Raja juga tertakluk kepada undang-undang dan tidak boleh campur tangan dalam kehakiman.

“Saya percaya hakim adalah bijaksana dalam menegakkan keadilan, saya percaya hakim bertindak sebaik mungkin dan tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi atau politik,” titah Baginda ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Muar di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, serta turut hadir Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sultan Ibrahim bertitah dalam prinsip kebebasan badan kehakiman serta dua lagi badan utama iaitu legislatif dan eksekutif tiada pihak memegang kuasa multak selain ini membolehkan prinsip semak dan imbang dilaksana dalam memastikan kestabilan negara.

“Pihak eksekutif pula hendaklah mentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang diluluskan, jika ada pertikaian mesti diputuskan badan kehakiman,” titah baginda.

Baginda bertitah apabila ketiga-tiga badan itu diberi kebebasan dan hak masing-masing, pemerintahan negara akan tersusun dan tidak akan ada salah guna kuasa serta mampu mengekang pemerintahan bersifat autokratik.

Sementara itu, Sultan Ibrahim mengesyorkan supaya pindaan Perlembagaan Persekutuan diperbetulkan sekiranya ia memberi kesan tidak baik pada masa sekarang.

Dalam pada itu, baginda menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mencepatkan pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kerana mahkamah sedia ada sudah tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat pada masa ini.

“Kerajaan Johor telah sediakan tanah di Kota Iskandar (pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru), sementara mahkamah lama saya akan jadikan ia sebuah muzium warisan,” titah baginda.

— BERNAMA



Source link

read more

Trump perlu turunkan berat badan


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump diminta untuk mengurangkan berat badan sehingga tujuh kilogram tahun ini sebagai salah satu langkah mengamalkan gaya hidup sihat.

Pakar perubatan dari White House, Dr Ronny Jackson memaklumkan Trump yang sebelum ini tidak berminat untuk bersenam sudah mula mengambil pil anti rambut gugur, setiap hari.

“Sebelum ini, saya tidak begitu aktif dalam cara dan pemakanan Trump, tetapi tahun ini kami akan menumpukan kepada pemakanan.

“Setakat ini, Trump tidak mempunyai sebarang program senaman khusus dan saya akan melihat kepada perkara ini.

“Namun saya yakin Trump tetap memiliki kesihatan yang optimum untuk bertugas,” kata Jackson kepada pemberita.

Trump bersalaman dengan doktor Dr. Ronny Jackson.

Doktor itu turut menjelaskan Trump memiliki gen yang luar biasa kerana masih sihat walaupun sentiasa mengambil makanan segera dan kurang senaman.

Dalam pada itu, Jackson berkata Presiden yang berusia 71 tahun itu mempunyai skor normal dalam beberapa ujian kesihatan termasuk ujian kognitif, dan ‘cemerlang’ dalam ujian keseluruhan kesihatan.

“Keadaan kesihatan Presiden Trump adalah baik secara keseluruhannya.

“Saya tidak mempunyai sebarang kebimbangan terhadap kebolehan kognitif dan fungsi neurologi beliau,” kata Dr. Ronny Jackson kepada pemberita.

Antara ubat-ubatan lain yang diambil Trump adalah multivitamin, krim untuk rosasea, keadaan kulit yang menyebabkan kemerahan, dan ubat untuk mengurangkan kolesterolnya.



Source link

read more

TPM Thailand sedia letak jawatan jika didapati bersalah oleh badan pencegahan rasuah


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kata Prawit.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan tadbir badan sukan jika tiada program pembangunan


PERSATUAN Sukan Luncur Beroda Malaysia (MARS) merupakan sebuah badan sukan baharu yang sangat aktif dalam sukan luncur beroda dan juga ekstrem, di bawah pimpinan bekas pemain in-line, Idroose Tambarin.

Beliau berjaya mengatur pelbagai program pembangunan atlet dan kursus akreditasi kejurulatihan bagi sukan di bawah perlembagaannya selain menganjurkan festival sukan ekstrem antarabangsa, FISE di Langkawi pada 2014 dan 2015.

Setakat ini, tiada badan sukan lain yang aktif dalam pembangunan sukan ekstrem dan luncur beroda ini selain MARS, selepas berkuburnya ESAM, sebuah persatuan sukan ekstrem yang pernah menganjurkan Asian X Games di Kuala Lumpur sebanyak empat kali.

Bagi Idroose, yang kini memegang jawatan timbalan Presiden MARS, pendekatan untuk pembangunan sukan harus berubah selaras dengan generasi kini dan berpaksikan amalan yang sama yang diguna pakai badan sukan antarabangsa.

Persatuan sukan yang tiada struktur program pembangunan dari peringkat akar umbi sehingga profesional walaupun sudah wujud sekian lama tidak berhak menjadi pentadbir badan sukan di bawah perlembagaannya.

“Setiap persatuan perlu ada sistem kejurulatihan, melahirkan banyak instructor (pengajar) untuk membangunkan sebuah sukan selain mewujudkan struktur atau sistem pembangunan bermula dari peringkat akar umbi ataupun sekolah,” kata Idroose yang memegang jawatan presiden MARS sejak penubuhan persatuan itu pada 2010 sehingga 2017.

“Dengan terhasilnya jurulatih atau instructor di seluruh Malaysia, penggiat sukan itu mempunyai pelbagai sumber mencari makan dengan sukan yang mereka minati,” jelas Idroose lagi.

Idroose (paling hadapan) berswafoto bersama jurulatih-jurulatih in-line skating dibawah program NRSA MARS. Gambar - MARS.

Idroose melepaskan jawatan presiden tahun lepas bagi memberi laluan dan sokongan kepada muka baharu untuk MARS mencari pendekatan baharu.

Bagi Idroose, tugas persatuan sukan tempatan bukan setakat memantau perkembangan dari atas atau menganjurkan kejohanan sekadar untuk menghantar atlet bertanding di luar negara sahaja.

Selain itu, penubuhan persatuan di Malaysia juga harus mengikut amalan yang sama seperti struktur urus tadbir dan menggabungkan sukan yang sama mengikut badan sukan antarabangsa, terutama sekali yang diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Ia perlu juga mempunyai sistem ranking menerusi kejohanan-kejohanan yang dianjurkan dan tidak boleh mengharapkan dana daripada kerajaan sahaja untuk menggerakan persatuan itu.

Idroose bersama barisan pelapis sukan roller speed skate semasa kejohanan TTSK8 2015. Gambar - MARS.

Tanggungjawab persatuan sukan amat besar dan pihak yang terlibat perlu mengutamakan komuniti dan sentiasa aktif, bukan sekadar mendaftar nama untuk menubuhkan sesebuah persatuan sahaja.

Sebagai contoh, Idroose menyatakan, badan yang mentadbir sukan seperti papan selaju, bmx atau in-line skating yang sering dikaitkan dengan aktiviti vandalisme atau bermain di jalanan, perlu berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.

Antaranya, dengan menukar polisi larangan dan cuba bekerjasama dengan pemain sukan itu yang menjalani aktiviti sihat di tempat awam.

“Walaupun ada banyak gelanggang sukan ekstrem di Malaysia, budaya mereka adalah bermain di jalanan.

“Kita tidak boleh ubah cara mereka yang suka bermain di tempat awam tetapi kita boleh wujud polisi baharu dan kerjasama seperti membenarkan mereka bermain pada waktu tertentu atau bincang bagaimana mereka boleh bermain dengan selamat tanpa membahayakan orang awam.

“Persatuan sukan juga boleh bantu membaiki harta awam yang rosak akibat aktiviti sukan terbabit,” kata Idroose.

MARS merupakan persatuan sukan yang mentadbir sukan seperti speed skating, freestyle in-line, in-line hockey dan aggressive roller di Malaysia.

Idroose (paling kanan) semasa kongres FIRS di Nanjing, Mac tahun lepas. Gambar - MARS.

Di peringkat antarabangsa, MARS merupakan ahli kepada badan antarabangsa yang diiktiraf IOC iaitu World Skate (dahulu dikenali sebagai Persekutuan Sukan Luncur Beroda Antarabangsa ataupun F.I.R.S.) dan Konfederasi Sukan Luncur Beroda Asia (CARS).

“Sebuah persatuan juga tidak boleh ditubuhkan hanya untuk kepentingan peribadi dan harus memberi balik kepada komuniti. Selepas dua atau tiga tahun, sepatutnya sesebuah persatuan sudah mempunyai struktur dan sistem pembangunan yang teratur,” jelas Idroose.

Dalam World Skate, MARS diiktiraf sebagai badan tadbir yang sah untuk sukan papan selaju (skateboarding).

Pada 2013-2014, MARS menganjurkan Kejohanan Sukan Lasak Kebangsaan yang turut melibatkan papan selaju dan BMX.

Pada 2015, MARS mewujudkan sistem akreditasi jurulatih untuk sukan in-line dan juga papan selaju (NRSA) bertujuan melahirkan jurulatih sukan yang berkredibiliti.

Pada 2011 MARS menghantar atlet untuk mewakili negara dalam sukan speed skating di Sukan SEA Palembang 2011, di mana pasukan wanita membawa pulang gangsa dalam acara 3 x 3000 inline skating relay.

Pasukan in-line speed skating relay negara dapat gangsa pada Sukan SEA Palembang 2011. Gambar - MARS.

Pencapaian ini membuktikan bahawa MARS adalah sebuah badan yang aktif dan pentingkan pembangunan sukan di bawah perlembagaannya.

Dianggotai bekas atlet dan mereka yang benar-benar meminati sukan yang terlibat adalah resepi kejayaan MARS.



Source link

read more

Sesi pujuk-memujuk penguin comel untuk diambil berat badan



MILWAUKEE: Siapa kata mudah galas tugas sebagai pekerja zoo?

Dikelilingi pelbagai jenis haiwan mahupun binatang, tugas hakiki pekerja zoo harus dipuji kerana diuji macam-macam dugaan.

Daripada sebesar-besar kepada secomel-comel haiwan seperti penguin.

Penguin?

Ya, kisah penguin dan pekerja zoo di Milwaukee mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, video berdurasi 1:02 saat yang menunjukkan gelagat pekerja zoo yang cuba memujuk sehabis baik penguin-penguin comel ini supaya berdiri di atas penimbang.

Untuk pengetahuan anda, setiap penguin perlu diawasi berat badannya bagi mengelak mereka terlebih berat badan.

Agak-agaknya, apa cara atau alternatif paling berkesan menarik perhatian penguin-penguin ini jika sesi pujuk-memujuk gagal?

Tak lain tak bukan, ikan jenis Capelin terpaksa jadi taruhan untuk menarik perhatian sekumpulan penguin ini supaya bersedia untuk diambil berat masing masing

Lucunya, ada diantara penguin tersebut seperti mahu melompat ke atas penimbang berat.

Namun jangan tertipu ya,  kerana ia hanyalah gurauan semata mata.

Lompatan sebenarnya memberi maksud lompatan mengelak penimbang berat.

Video terbabit sebenarnya telah dirakam Zoo Milwaukee pada November 2017, tetapi baharu saja dipertontokan kepada umum pada  5 Januari lepas.

Nak tengok?

Kena ‘search’ Penguins give zoo keeper trouble at weigh-In di GOOGLE untuk tonton video gelagat penguin-penguin terbabit.



Source link

read more

[VIDEO] ‘Ibu, turunkan berat badan cepat-cepat’ – Kelantan


KOTA BHARU 24 Dis. – Keperitan menangggung sakit semasa menjalani rawatan dialisis sejak usia sembilan tahun menyebabkan seorang remaja penghidap sakit buah pinggang tahap 4 tidak sabar mahu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.



Video oleh ASMA HANIM MAHMOOD

Remaja bertubuh kecil itu, Nurhanis Mohamad, 13, dari Kampung Nilam Baru di sini, lega apabila diberitahu buah pinggang ibunya, Asmiza Mustapha, 41, sepadan dengannya.

Bagaimanapun, Asmiza perlu menguruskan badan untuk memenuhi kriteria sekali gus layak menderma buah pinggang untuk Nurhanis yang mesra dipanggil Kak Chik.

“Sebagai ibu, buah pinggang saya didapati sepadan untuk didermakan kepada Kak Chik namun menurut doktor, saya perlu mengurangkan berat badan sekarang, 75 kilogram kepada 60 kilogram terlebih dahulu.

“Kak Chik selalu minta saya buat senaman aerobik untuk menguruskan badan supaya pemindahan buah pinggang boleh dibuat secepat mungkin. Dia kata, rasa terseksa setiap kali menjalani rawatan dialisis,” kata Asmiza di sini hari ini.

Nurhanis disahkan mengidap penyakit buah pinggang tahap 4 pada Jun 2013 dan sejak itu dia perlu menjalani rawatan Continuous Ambulacory Peritoneal Dialysis (CAPD) empat kali sehari selama tiga tahun di rumah.

Selepas itu, rawatan remaja itu bertukar kepada kaedah hemodialisis yang memerlukan dia berulang-alik tiga kali seminggu ke hospital bermula awal tahun ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Biar badan dikerat Palestin tetap dipertahan – PM Najib



PUTRAJAYA : “Biar badan dikerat-kerat.. biar tinggal seketul daging, saya tak akan sesekali berganjak daripada prinsip saya!”

Demikian ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sewaktu Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, di Masjid Putra, hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan itu, yang turut menghimpun pemimpin politik berbeza ideologi, serta ribuan rakyat Malaysia, turut menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa Islam hanya teguh jika umatnya bersatu.

Katanya, Malaysia juga tidak terjejas dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengancam mahu memotong dana negara yang menentang usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Walaupun dia (AS) negara kuasa besar, jangan perlekehkan Malaysia. Kita tidak minta sedekah dan kita juga tak pernah minta bantuan kewangan,” kata Najib.

Terdahulu, himpunan dimulakan dengan forum khas dipengerusikan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, dengan panelisnya terdiri daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha, Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, pemimpin PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Muhammad.

Ketika solat Jumaat, hadirin mendengar khutbah yang bertajuk ‘Selamatkan Baitulmaqdis’ yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Marilah kita sama-sama berhimpun selepas ini bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifadah untuk rakyat Palestin. Kepada Allah jua kita berserah,” katanya lagi.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan menjadikan setiap Jumaat minggu ketiga sebagai ‘Hari Solidariti Baitulmaqdis’ di masjid-masjid tertentu di seluruh negara.

“Atas cadangan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengerusi jawatankuasa perhimpunan, setiap bulan kita akan buat perhimpunan solidariti, bukan sahaja di masjid di Putrajaya tetapi juga masjid di seluruh negara,” katanya lagi.
 



Source link

read more

Badan makin berisi Song Hye Kyo kini hamil



PELAKON drama Korea popular ‘Descendants of The Sun’, Song Hye Kyo didakwa hamil selepas berkongsi foto terbaru di Instagram miliknya.

Menuru laporan Koreaboo, bentuk badan Song Hye Kyo kelihatan semakin berisi dan sering mengenakan baju bersaiz besar untuk menutup perutnya.

“Song Hye Kyo kini nampak lebih berisi daripada biasa dan perkara itu membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya.

“Perkara ini dikuatkan lagi apabila Hye Kyo tampil pada acara ‘Korea-China Economic Partnership’ dan bentuk badannya nampak sedikit berbeza.

“Hye Kyo juga ada berkongsi sekeping gambar dengan mengenakan baju yang longgar dan perkara itu membuatkan para peminat yakin dia kini sedang hamil,” kata sumber.

Bagaimanapun ada juga peminat yang menyangkal dakwaan tersebut dan berharap agar netizen menghormati pasangan itu dengan tidak membuat andaian sendiri.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup pada 31 Okt lalu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons