Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis dibuka Mei 2018



PEJABAT baharu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis akan dibuka pada Mei tahun ini selari dengan sambutan ulang tahun ke 70 kemerdekaan Israel.

Pengumuman yang dibuat dalam kenyataan pada Jumaat menyaksikan tarikh pembukaan kedutaan di Baitulmaqdis dipercepatkan daripada tarikh jangkaan sebelum ini.

Malah, AS menganggap pembukaan itu sebagai satu lagi sejarah baharu.

Naib Presiden AS, Mike Pence sebelum ini berkata, pejabat kedutaan yang menimbulkan kontroversi itu akan dibuka pada tahun 2019.

Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 14 Mei 1948.

Menurut Al Jazeera, ia masih lagi tidak jelas lokasi sebenar pejabat kedutaan itu.

“Duta AS di Israel, David Friedman dan beberapa pembantu akan mengendalikan kerja-kerja seperti biasa di bangunan awam konsulat di Arnona berhampiran Baitulmaqdis.

“Manakala beberapa kakitangan akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dari semasa ke semasa tetapi masih mencari lokasi sesuai untuk membina pejabat kedutaan rasmi,” katanya.



Source link

read more

21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel



NABLUS: Sekurang-kurangnya 21 orang rakyat Palestin gugur di muncung senjata rejim Zionis sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Terbaharu Khalaed Tayeh, remaja 19 tahun yang meninggal dunia selepas bertempur dengan tentera Yahudi di Tebing barat pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika tentera rejim menyerbu kediaman penduduk Palestin bagi mencari suspek yang menikam mati seorang lelaki Israel di sebuah perhentian bas tidak jauh dari pintu masuk penempatan di Ariel.

Ratusan penduduk Palestin di Nablus menghadiri majlis pengebuman remaja ini.

Trump pada 6 Disember 2017 dengan angkuh mengumumkan akan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis selepas mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Keputusan itu mengundang bantahan negara Islam malah perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Disember mengisytihar keputusan AS itu sebagai tidak sah dan terbatal.

Baca: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Baca: PBB batal pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel



Source link

read more

Wang tidak boleh jual beli Baitulmaqdis – Palestin



RAMALLAH: Pemimpin Palestin menegaskan tidak terkesan dengan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu menyekat bantuan kewangan tahunan sekiranya mereka menolak proses rundingan damai bersama Israel.

“Amalan mengugut ini… tidak akan terkesan dengan rakyat Palestin,” kata jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudaineh, dalam satu sidang media pada Khamis.  

“Baitulmaqdis adalah isu suci dan juga kunci kepada keamanan dan peperangan di rantau ini. Dan segala wang di dunia ini tidak boleh digunakan untuk menjual atau membeli Baitulmaqdis,” beliau dipetik berkata agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Tegasnya, AS tidak mempunyai peranan dalam proses rundingan damai itu, selagi tidak menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. 

“Kami mengecam dan menolak, dasar menggunakan wang untuk mengugut rakyat Palestin supaya melutut kepada AS,” kata jurucakap itu.  

Pengumuman sekatan itu dibuat oleh Trump selepas perjumpaannya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis di WEF, Davos.

“Kami sediakan ratusan dolar sebagai bantuan kepada Palestin. Kami tidak akan serahkan duit tersebut sehingga Palestin sudi untuk mengadakan sesi rundingan damai,” jelas Trump.

Trump bagaimanapun tidak menyatakan dengan khusus bentuk bantuan yang dirujuk beliau dalam kenyataan itu.

BACA: ‘Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami’ – Saeb Erekat

BACA: Kedutaan AS dipindahkan ke Baitulmaqdis menjelang penghujung 2019 – Mike Pence

Bagaimanapun, sejak 2008 lagi, AS telah menyumbang kira-kira AS$400 juta setiap tahun sebagai bantuan ekonomi kepada pihak berkuasa Palestin.

Minggu lepas, AS telah mengumumkan untuk menyekat separuh daripada bantuan kewangan AS$125 juta kepada Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB (UNRWA) di terminal sempadan antara Israel dengan Jaluran Gaza.

Agensi itu menyalurkan bantuan kepada 5 juta pelarian berdaftar di beberapa kawasan antaranya Lubnan, Jordan dan Syria.

Terdahulu, kehadiran Naib Presiden AS Mike Pence mendapat tentangan hebat warga Palestin ketika beliau membuat lawatan kerja ke wilayah Baitulaham di Palestin.



Source link

read more

Kedutaan AS dipindahkan ke Baitulmaqdis menjelang penghujung 2019 – Mike Pence



BAITULMAQDIS: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Israel akan dipindahkan ke Baitulmaqdis menjelang penghujung 2019, kata Naib Presiden AS Mike Pence dalam ucapan di Parlimen Israel pada Isnin, lapor Reuters.

Keputusan itu adalah satu perubahan dasar yang mencetus kemarahan rakyat Palestin dan warga dunia.

Presiden Donald Trump pada bulan lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berjanji akan memindahkan Kedutaan AS ke situ.

“Dalam minggu-minggu seterusnya, pentadbiran kami mempercepatkan perancangan untuk membuka kedutaan di Baitulmaqdis, dan seterusnya Kedutaan AS itu akan dibuka sebelum akhir tahun ini.

“Baitulmaqdis ialah ibu negara Israel. Presiden Trump telah mengarahkan Jabatan Negara AS untuk segera memulakan persiapan untuk berpindah dari Tel Aviv,” kata Pence.

Ucapan Pence itu bagaimanapun diganggu oleh beberapa anggota Parlimen Arab Israel yang menaikkan sepanduk protes dalam bahasa Arab dan Inggeris bertulis ‘Jerusalem (Baitulmaqdis) adalah ibu negara Palestin’, sebelum mereka di diarahkan keluar oleh pegawai keselamatan.

Walaupun keputusan itu dibantah oleh rakyat Palestin, pentadbiran Trump berkata ia komited untuk membantu Palestin dan Israel mencapai keamanan.

Rundingan tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu selama hampir empat tahun.



Source link

read more

100 kartunis pertahan Baitulmaqdis menerusi lakaran kartun



KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 kartunis tempatan menzahirkan tentangan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dengan melukis kartun beramai-ramai di Muzium Negara.

“Semua kartunis yang ada pada hari ini dan esok berkumpul untuk bersolidariti mempertahankan Baitulmaqdis dengan menzahirkan perasaan marah, geram dan sebagainya dalam bentuk lukisan kartun,” kata Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau lebih dikenali sebagai Juragan.

Program ‘Solidariti Kartunis Malaysia Selamatkan Baitulmaqdis’ itu dianjurkan bersama Muzium Negara sempena Pameran Kartun dan Kita yang berlangsung di muzium itu dari 8 Dis hingga 15 April depan.

“Tujuan program solidariti ini adalah bagi menunjukkan kepada masyarakat dan juga seluruh dunia bahawa golongan kartunis turut prihatin terhadap apa yang berlaku di Palestin,” kata Juragan kepada pemberita pada pelancaran program itu di sini pada Sabtu.

Menurut Juragan, karya yang dilukis di atas dua kanvas putih masing-masing berukuran 13 meter persegi itu akan dipamerkan sepanjang pameran kartun itu berlangsung.

Pengarah Muzium Negara Azmi Ismail pula berkata kartun antara medium yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai isu dengan cara sinikal, kritikal atau mencuit hati.

Bagi kartunis Shaari Sulong, 44, atau Aie, beliau ingin memberitahu dunia bahawa golongan kartunis sedang bersuara walaupun bukan melalui kekerasan atau peperangan.

“Kerajaan dah jalankan apa yang sepatutnya (dalam menyuarakan bantahan). Jadi usaha kita ni cuma menyambung supaya isu ini (Palestin dan Baitulmaqdis) tidak sejuk tiba-tiba.

“Jadi kita gunakan kelebihan kita untuk menzahirkan secara visual dan cuba lakukan sepedas mungkin supaya sedikit sebanyak memberi kesan kepada si pelaku (pentadbiran AS),” katanya.

Aie berkata karyanya menunjukkan watak Yoda dari filem Star Wars memberitahu karikatur Presiden Donald Trump yang dia malu dengan tindakan pemimpin AS itu dan pentadbiran beliau dalam isu Palestin.

“Saiz Yoda yang kecil itu sendiri menggambarkan Trump membuli mereka yang lebih kecil daripada beliau dan tindakannya itu adalah memalukan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Israel cabar keamanan keharmonian di Baitulmaqdis – TPM Ahmad Zahid



MELAKA: Israel dan sekutunya mencabar keamanan serta keharmonian di Baitulmaqdis yang didambakan masyarakat dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata hakikatnya masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan di Baitulmaqdis, namun ini dicabar Israel yang memindahkan ibu kotanya ke bandar itu.

“(Pertubuhan) Bangsa Bersatu telah adakan perhimpunan luar biasa yang mana usul (menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel) telah diterima 128 negara… masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian beragama.

“Namun negara kecil ini (Israel) mencabar hak orang beragama Islam, beragama Kristian untuk berada di sana (Baitulmaqdis),” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2017 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, dan lebih 8,000 pengunjung termasuk pelancong dari dalam serta luar negara.

Ahmad Zahid berkata pemimpin masyarakat Kristian Katholik turut menyertai perhimpunan menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, menunjukkan masyarakat berbilang agama di negara ini faham mengenai kepentingan keamanan dan keharmonian untuk sesebuah negara.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda perlu mempertahankan keamanan, keharmonian, kecintaan dan semangat kekitaan yang dikecap sejak sekian lama.

“Keharmonian memang sukar untuk dicapai tetapi keharmonian tetap menjadi tonggak perpaduan rakyat kita, ini uniknya Malaysia dan kita semua harus bersyukur dengan terus pertahankan keamanan serta keharmonian ini,” katanya.

Katanya walaupun mempunyai perbezaan pendapat, agama dan latar belakang, Islam telah mengajar semua supaya saling menghormati antara satu sama lain dan ini merupakan tonggak rakyat Malaysia untuk sekian lama.

“Kita mesti belajar menghormati agama lain dan orang lain supaya agama kita dan kita sendiri dihormati,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengekalkan keamanan dan kehormanian ini, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk terus mempertahankannya.

— BERNAMA



Source link

read more

Ada 10 negara lagi akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis – Tzipi Hotovely



KUALA LUMPUR: Selepas Guatemala menjadi pendahulu mengikut telunjuk Amerika Syarikat, ada 10 negara lagi sedang mempertimbangkan untuk mengitiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely mengesahkan maklumat terbabit namun tidak mendedahkan nama 10 negara berkenaan.

“Kebanyakan negara terbabit mempunyai tradisi pegangan agama Kristian yang kuat,” katanya dalam temubual di radio awam Kan Bet pada Isnin.

Berdasarkan keputusan undian dalam sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB minggu lalu, Filipina, Republik Czech dan Romania merupakan antara negara yang mengambil keputusan berkecuali.

Namun, menurut Pengarah Polisi Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dalam kenyataannya mendapati Menteri Luar Republik Czech telah berjanji untuk tidak memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis selaras dengan dasar EU untuk mengiktiraf bandar terbabit sebagai ibu kota Palestin.

Setakat ini, bantahan penduduk Palestin berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Donald Trump telah meragut 11 nyawa.



Source link

read more

Undian Baitulmaqdis bukti jelas komitmen dunia



KUALA LUMPUR: Undi majoriti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa, kata aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.

Presiden International Movement for a Just World (JUST) itu menarik perhatian bahawa Baitulmaqdis diletakkan di bawah undang-undang tersebut pada 1947 apabila bumi Palestin yang bersejarah dipisahkan secara tidak adil.

Beliau menegaskan bahawa merampas atau menakluk mana-mana bahagian kota itu dan kemudian mengisytiharkannya sebagai ibu negara bagi salah satu pihak yang mempertikai adalah haram.

“Sememangnya Amerika Syarikat (AS) yang menganggap dirinya sebagai ‘demokrasi terbesar di dunia’ memahaminya. Begitu juga Israel, yang harus dilihat sebagai satu-satunya demokrasi di Asia Barat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sesi tergempar Majlis Keselamatan pada Khamis menyaksikan 128 negara menyokong gesaan PBB supaya AS menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dengan badan dunia itu mengisytiharkan keputusan tersebut sebagai “tidak sah dan terbatal”.

Dr Chandra berkata ada pihak yang berharap bahawa keputusan undian Majlis Keselamatan itu akan memaksa Washington DC menarik balik keputusannya berhubung Baitulmaqdis.

Tetapi beliau mengingatkan bahawa berdasarkan rekod prestasi Trump mengenai perkembangan berhubung dengan Perjanjian Perubahan Iklim dan UNESCO, tidak mungkin AS akan menarik balik keputusan tersebut.

Trump sebelumnya mengumumkan bahawa AS akan menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan juga menarik  diri daripada UNESCO, agensi PBB yang memberi tumpuan kepada pendidikan, sains dan kebudayaan.

“Apa yang paling diharapkan beliau boleh melakukan ialah melengahkan sedikit cadangan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis,” kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Chandra berkata keputusan undian mengenai Baitulmaqdis adalah kejayaan untuk keadilan global.

Beliau berkata jika UNGA tidak dapat tampil sebagai suara keadilan global berdasarkan prinsip pada skala lebih luas, ia sebahagiannya disebabkan pelbagai halangan – yang paling besar ialah hubungan AS-Israel.

Menurut beliau, pelbagai perkembangan di Asia Barat menunjukkan bahawa hubungan AS-Israel tidak dapat mencapai satu daripada matlamat utama iaitu meningkatkan keselamatan Israel.

“Kejayaan menumpaskan hubungan jahat ini di Perhimpunan Agung PBB pada 21 Dis menguatkan fakta ini. Ia harus memberi semangat kepada kita untuk menguatkan perjuangan demi mewujudkan dunia yang adil,” kata Dr Chandra. — Bernama



Source link

read more

Guatemala ikut telunjuk Amerika Syarikat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



BAITULMAQDIS: Selepas Amerika Syarikat, Presiden Guatemala Jimmy Morales mengumumkan akan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv, Israel ke Baitulmuqaddis pada Isnin.

Keputusan itu dipuji oleh Israel namun dikecam oleh rakyat Palestin.

Guatemala menjadi negara kedua membuat keputusan itu selepas Amerika Syarikat .

Guatemala adalah satu daripada sembilan negara yang mengundi bersama  Amerika Syarikat dan Israel minggu lalu, menentang resolusi yang membatalkan pengiktirafan Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Trump tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan begitu juga Morales.



Source link

read more

Palestin Baitulmaqdis dan Erdogan untuk dijual



SEORANG pemilik zoo persendirian di Semenanjung Gaza mahu menjual tiga anak singa kerana tidak lagi  mampu untuk menyediakan makanan kepada kesemua haiwan itu.

Anak singa yang diberi nama Palestin, Baitulmaqdis dan Erdogan, iaitu mengambil sempena nama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, diiklankan di Facebook pada harga AS$5,000 setiap seekor.

“Keadaan ekonomi teruk ketika ini dan sukar mendapatkan makanan dan minuman untuk kesemua haiwan itu. Saya terpaksa menjual tiga anak singa yang baru lahir bulan lepas.

“Saya khuatir tidak mampu memeliharanya kerana saya juga memerlukan wang untuk membayar kos pemeliharaan dua singa jantan dan tiga singa betina,” kata pemilik zoo berkenan, Mohammad Ahmad Jumaa.

Beliau yang memiliki zoo berkenaan sejak 23 tahun lalu, berkata, setiap bulan dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan AS$345 bagi memberi makan kepada kesemua haiwannya.

Tambah Jumaa, dia ada menerima pertanyaan mengenai iklannya di Facebook itu tetapi setakat ini, masih gagal menjual anak singa berkenaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons