George Clooney balas budi 14 rakan karib dengan beri AS1 juta seorang



KUALA LUMPUR: George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.

Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit  berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.

Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.

BACA: George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander



Source link

read more

Dira Abu Zahar selar Fathia balas



PELAKON Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, semalam (Rabu).

Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.

“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit…tulis, taip…tak payah.

“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

BACA: PAU2017: Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan – Dira

BACA: Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum

Sementara itu, Fathia tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.

Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.

Tulisnya lagi, dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut telah mendapat reaksi Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Fathia serta memuji keberanian pelakon tersebut.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons