Hospital Raja Perempuan Zainab II dilanda banjir kilat – Nahas & Bencana


KOTA BHARU 20 Jan. – Pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan yang turun berterusan sejak pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, perkarangan bangunan lama HRPZ II dinaiki air setinggi kira-kira paras betis.

Jurucakap HRPZ II berkata, air surut sepenuhnya kira-kira pukul 6.30 petang ini dan operasi keseluruhan hospital tidak terjejas.

Katanya, beberapa wad di bangunan lama itu termasuk Wad Kanak-kanak dan Unit Forensik dilanda banjir kilat namun tiada pesakit dipindahkan.

Difahamkan, selain HRPZ II, beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu turut dilanda banjir kilat seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Peringat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mangsa banjir Segamat berkurangan | Merdeka Online


SEGAMAT 12 JANUARI 2018. Anggota APM meninjau kejadian banjir yang berlaku di sekitar Segamat. NSTP/IHSAN APM JOHOR

MO, 17/1/2018, JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat menurun, dengan hanya 33 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sehingga kini, mangsa yang dipindahkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak itu membabitkan 12 lelaki dan 12 wanita, selain empat kanak-kanak serta satu bayi.

“Sementara itu, empat mangsa membabitkan masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak ditempatkan di Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

1,360 mangsa banjir di Johor – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 15 Jan. – Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak menunjukkan perubahan ketara apabila seramai 1,360 orang daripada 371 keluarga masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas hingga pukul 7 pagi ini.

Jumlah itu turun sedikit berbanding 1,361 orang daripada 372 keluarga yang ditempatkan di PPS sama, pukul 8.20 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Mersing masih menjadi daerah tertinggi mencatat mangsa banjir iaitu seramai 1, 225 orang daripada 342 keluarga, diikuti Segamat (103 mangsa daripada 22 keluarga) dan Kota Tinggi (32 mangsa daripada tujuh keluarga).

Menurut Ayub, di Mersing, Jalan Telok Arong (J214) ditutup semua untuk lalu lintas akibat runtuhan cerun dan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif di

Jalan Tanjung Resang (J183) – Jalan Mersing/Endau (FT003) – Jalan Air Papan (J79). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

62 murid SK Kuala Bok tidak sekolah kerana banjir – Nahas & Bencana


MIRI 15 Jan. – Seramai 62 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok, Baram di sini, tidak dapat mengikuti sesi persekolahan pagi ini ekoran sekolah mereka dilanda banjir.

Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, banjir di sekolah berasrama itu turut menjejaskan 15 kakitangan sekolah termasuk 12 guru.

Katanya, buat masa ini, paras air masih meningkat naik tetapi belum ada kawasan pemindahan untuk menempatkan mangsa dibuka setakat ini.

“Air banjir melimpah ke kawasan sekolah disebabkan hujan lebat semalaman di kawasan hulu sungai.

“Sekolah tidak beroperasi hari ini disebabkan paras air semakin dalam,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku berpunca daripada bencana itu setakat ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir di Johor kian buruk


banjsmlm13.transformedMO,14/1/2018, JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah di Kluang ditutup apabila banjir di negeri ini dilapor semakin buruk, dengan keseluruhan seramai 1,395 mangsa daripada 376 keluarga dipindahkan di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Punan ditutup selepas laluan ke sekolah terputus hubungan, menyebabkan tenaga pengajar dari sekolah itu terpaksa melaporkan diri di SK Batu 3.

Bagaimanapun, katanya, dua sekolah di Kluang iaitu SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok tetap meneruskan sesi persekolahan walaupun laluan perhubungan ke sekolah itu terputus.

“Empat guru di SK Ladang Mutiara manakala 14 tenaga pengajar melapor diri di SK Kahang, Kluang dan tiga yang lain di SK Ladang Tereh, Kluang.

“Bagi SK Seri Sedohok, Kluang, hanya 17 tenaga pengajar berada di sekolah berkenaan, manakala tiga guru melapor diri di SK Kahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa banjir dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan di empat PPS Segamat, selain 1,261 mangsa daripada 347 keluarga dipindahkan di lapan PPS Mersing, dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS Kota Tinggi.



Source link

read more

Banjir Terengganu Langkah siap siaga pihak sekolah berjaya elak kerosakan lebih besar


Hulu Terengganu: Persediaan awal yang dilakukan pihak sekolah di Terengganu dapat menyelamatkan pelbagai barangan termasuk perabot dari di tenggelami banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata langkah itu sekaligus dapat mengurangkan kos dan peruntukan bagi proses membaik pulih sekolah yang ditimpa bencana.

“Pihak sekolah telah mengambil tindakan pro aktif.. apabila sahaja masuk musim tengkujuh iaitu pada bulan November dengan mengikat dan telah mengangkat perabot, peralatan elektrik dan sebagainya.

“Dokumen-dokumen rasmi dan dokumen-dokumen termasuk buku teks, di tempat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Menurutnya lagi pada tahun ini pihaknya hanya memohon peruntukan sebanyak RM350,000 berbanding lebih RM5 juta pada tahun lalu.

Jumlah berkenaan termasuk untuk kerja-kerja membaik pulih sekolah yang di pukul ribut hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian bimbung,siling serta pagar sekolah.

Jelasnya kira-kira lapan buah sekolah melibatkan daerah Dungun,Kemaman dan Hulu Terengganu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah di selenggara secara berperingkat.



Source link

read more

Jumlah mangsa terjejas banjir di Johor terus meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Johor meningkat kepada 1,395 daripada 376 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,245 orang pada malam tadi.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata 103 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di empat PPS di Segamat, 1,261 mangsa daripada 347 di lapan PPS di Mersing dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah pps di Kota Tinggi.

Kesemua mangsa di Segamat merupakan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Di Mersing pula, mangsa adalah penduduk Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah manakala di Kota Tinggi (Kampung Perepat).

Sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Punan Kluang dilaporkan ditutup akibat terputus hubungan.

Selain itu, SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok dalam daerah sama (Kluang) turut terputus hubungan namun masih beroperasi.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Laluan ke Kampung Batu 7 di Jementah, Segamat turut terputus hubungan akibat dinaiki air dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman



CALIFORNIA: Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .

Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.

Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.

Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.

Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.



Source link

read more

Mangsa banjir di Mersing Segamat meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 527 orang pagi ini berbanding 160 malam tadi dengan pembukaan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 7 pagi tadi, seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga di Mersing berada lima PPS manakala 97 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Segamat.

Beliau berkata PPS Sekolah Agama Mersing Kanan dibuka pada 12 malam tadi dan menempatkan 123 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan Labong pula dibuka 2 pagi tadi dengan menempatkan 109 mangsa.

“Kawasan terjejas di Mersing juga bertambah apabila sebelum ini hanya Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan, namun kini turut berlaku di Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, dan Kampung Orang Asli Labong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Segamat pula, kawasan terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Beliau berkata Jalan Telok Arong di Mersing ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai yang ingin ke Mersing-Endau boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Pahang meningkat


KUANTAN : Hujan berterusan yang masuk hari kedua menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat lagi kepada 357 orang hingga 8 pagi ini berbanding 318 malam Khamis.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi Jumaat di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa.

“Mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman pula masih kekal 64 orang seperti malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata di Pekan keadaan banjir termenung menyebabkan jumlah mangsa tidak berubah dengan 254 orang masih ditempatkan di lima PPS.

“PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 mangsa),” katanya.

Mangsa turut ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), SK Acheh (sembilan) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons