Malaysia bantu kesan tahan Uighur lari ke Malaysia – TPM – Nasional


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalin kerjasama dengan Polis ASEAN (Aseanapol) dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan saki baki tahanan etnik Uighur yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao,Thailand awal pagi Isnin.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM sedia untuk berkongsi maklumat risikan dengan pihak keselamatan Thailand untuk membolehkan semua tahanan terbabit ditahan semula.


“Kita (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand, Aseanapol dan Interpol khasnya dalam perkongsian maklumat risikan berkaitan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Pengganas Kali Ketiga 2017 di sini hari ini.


Sejurus kejadian itu, Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk mengesan tahanan Uighur berkenaan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. 


Menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 etnik Uighur yang melepaskan diri itu telah ditahan semula manakala baki tahanan dipercayai telah merentasi sempadan untuk memasuki Malaysia.


Dalam insiden pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 etnik Uighur Muslim, China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari pusat tahanan itu. 


Pada masa ini kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang. – BERNAMA



Source link

read more

Polis cari enam lelaki bantu siasatan kes jenayah – Jenayah


REMBAU 21 Nov. – Polis memburu enam individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah di daerah ini sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mereka dicari untuk membantu siasatan kes lari daripada pengawasan polis, samun bersenjata, mencuri dan ugutan jenayah.

Menurut beliau, enam lelaki terbabit ialah Mohd. Yaser Araffat Mohd. Diasa, 26; Azarul Kamis, 36; Mohd. Sabri Daud, 43; Rostam Ujang, 45; Zainoriza Zainal Nanekama, 27, dan Mohamad Fadzil Che Nik, 38.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau di talian 06-6852222,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AHLI PARLIMEN BANTU RAKYAT, ADUN DAPigs BUAT APA??? ~ SEMUT HITAM


Mak ai!!! Sampai tahap itu kerja puak – puak DAPigs ni rupanya ya. Kalau nak dikirakan, mudah sangat la kerja diorang. Setakat menghasut rakyat je la kerjanya. Takde la kerja lain yang dibuat.

Tapi IRONIKnya, bila diatas pentas ceramah, bukan main hebat la puak DAPigs ni menjaja cerita sambil mendakwa kononnya diorang berjuang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat.

Sedangkan apa yang diorang buat selama ini hanya sekadar bercakap dan mempersoalkan mengenai bantuan yang diberikan walaupun mereka merupakan wakil rakyat dikawasan tersebut.

Kisahnya, didalam sidang DUN Pahang hari ini, ADUN DAPigs Bilut mengajukan soalan lisan mengenai jumlah peruntukan pembangunan yang telah diberikan kepada Felda Lurah Bilut.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Abu Bakar Harun, memaklumkan bahawa sebanyak RM 400 ribu peruntukan untuk membaiki infrasturuktur di Felda Lurah Bilut kebanyakkannya ditanggung oleh Ahli Parlimen Bentong.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Felda Negeri Pahang itu juga turut memaklumkan mengenai program pembangunan Lembah Digital Lurah Bilut 2.0 yang dilancarkan baru – baru ini menggunakan peruntukan Felda.

Bayangkan! Kebanyakkan peruntukan itu ditanggung oleh Ahli Parlimen Bentong. Itu membuktikan wakil rakyat dari Barisan Nasional ni semuanya bertanggungjawab menjaga kawasan masing – masing.

Tidak seperti wakil rakyat DAPigs yang hanya tahu mempersoalkan semua peruntukan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional serta membuat dakwaan yang bukan – bukan.

Soalnya, apa yang Si ADUN DAPigs Bilut tu dah berikan untuk rakyat didalam kawasan DUN dia sendiri? Berapa banyak pulak jumlah bantuan yang telah diberikan sehingga ke hari ini?

Apa yang jelas, sewaktu ditanya sama ada Si ADUN DAPigs tu ada turun ke kawasan Felda Lurah Bilut baru – baru ini atau pun tidak, dia hanya tergamam untuk menjawab soalan tersebut.

Kerana apa yang dimaklumkan oleh penduduk dikawasan felda tersebut, mereka sendiri pun dah lama tak nampak batang hidung Si ADUN DAPigs tu sejak dia terpilih menjadi wakil rakyat selama hari ini!!! Pun dia ada hati nak persoalkan mengenai sumbangan orang lain ke!!!




Source link

read more

Aeman69 bantu bayar rumah sewa ibu tunggal mualaf – Nasional


KOTA BHARU 19 Nov. – Pemilik syarikat pengangkutan bas persiaran, Aeman69 Holidays Sdn. Bhd., Azman Ismail bermurah hati menanggung bayaran rumah sewa seorang ibu tunggal mualaf selama setahun.

Ibu tunggal terbabit, Siti Zaleha Chin Abdullah, dihimpit kesulitan hidup kerana tidak dapat bekerja selepas mengalami sakit kronik akibat masalah saraf sejak lebih 10 tahun lalu.

Dia yang berusia 48 tahun kini hidup menyewa di sebuah rumah di Kampung Panjang, Banggu dekat sini bersama seorang anaknya yang kurang upaya.

Kehidupannya hanya bergantung kepada bantuan rakan-rakan selain bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM400 sebulan.

Azman berkata, sebagai bantuan awal, beliau akan menanggung kos bayaran rumah sewa ibu tunggal terbabit selama setahun.

“Bantuan ini bermula Disember ini, dan kita telah membuat pembayaran itu untuk tempoh setahun. Jadi, dalam masa setahun ini dia (Siti Zaleha Chin) tidak perlu fikir soal bayaran rumah sewanya.

“Duit untuk bayar rumah sewa itu dia boleh gunakan untuk perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan sekolah anaknya,” katanya selepas membuat kunjungan ke rumah ibu tunggal itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Taawun UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff dan Pengerusi Biro Sukan UMNO Kubang Kerian, Datuk Mohamad Nordin Awang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mahasiswa UiTM bantu pulihkan semangat kanak-kanak Rohingya



SHAH ALAM: Budaya kerja sukarelawan dalam kalangan mahasiswa mampu membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Atas kesedaran itu, mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak Rohingya di Rohingya Education Centre (REC), Klang baru-baru ini

Program itu kata Ketua Projeknya, Amirah Aidel adalah salah satu usaha untuk memberi semangat kepada kanak-kanak Rohingya sekali gus menerapkan soal pendidikan dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, program ini disertai 16 sukarelawan dan 80 kanak-kanak Rohingya.

“Kami mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak–kanak pelarian Rohingya, bertujuan membantu meluaskan pengetahuan mereka tentang kesihatan serta pendidikan,” katanya.

Selain itu, Amirah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi pendedahan kepada ilmu kesihatan, pertandingan mewarna, mengeja dan bercerita.

“Aktiviti itu diharap dapat membantu pembangunan pendidikan kanak-kanak itu, walaupun hidup mereka dilanda krisis dan jauh dari negara asal mereka.

“Walaupun terpalit dengan beberapa kenangan pahit, kami mahu mereka tidak melupakan soal pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua REC Rosmah Tazilah berkata banyak pengalaman yang boleh dipelajari daripada kanak-kanak Rohingya itu.

“Macam mana mereka boleh mampu bertahan dan bangkit kembali. Kita juga dapat bantu membantu sesama muslim dan berharap agar mahasiswa mampu melihat usaha amal jariah ini bukanlah sekadar untuk program saja,” katanya.

_______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Farah Solhi, Taufiq Mahfuzah, Izzatie Shaharum, Ain Yazid, Syamil Khalid dan Ridzuan Anwar.

**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Source link

read more

SL1M bantu 139398 graduan peroleh pekerjaan



KUALA LUMPUR: Seramai 139,398 graduan dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam memperkasakan kebolehpasaran diri melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri SK Devamany berkata, ia merangkumi 90 peratus peserta yang mendapat pekerjaan tetap sama ada diserap oleh syarikat yang melatih atau menerima tawaran daripada syarikat lain semasa atau selepas menjalani latihan.

Jelasnya, program SL1M merangkumi latihan ‘soft skill training’ maksimum dua bulan dan disusuli dengan latihan di tempat kerja maksimum 10 bulan yang dijalankan sepenuhnya oleh pihak syarikat.

“Setakat 31 Oktober lalu, 58,354 graduan berjaya mendapat pekerjaan dengan memperoleh latihan berstruktur daripada pelbagai syarikat yang mengambil bahagian dalam program SL1M.

“Sementara 81,044 graduan berjaya dibantu melalui penganjuran karnival kerjaya SL1M atau program ‘search and assist’ SL1M yang dilaksana diseluruh negara,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Program SL1M diperkenalkan pada 1 Jun, 2011.

Bagi memperluaskan pelaksanaan Program SL1M dalam syarikat swasta, ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.

Syarikat tersebut hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan program SL1M berdasarkan had yang ditetapkan.

Kata Devamany lagi, antara latihan yang diberi turut bertujuan meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi graduan di samping kemahiran teknikal mengikut acuan dan keperluan syarikat.



Source link

read more

Pemain Spurs bantu Denmark ke Piala Dunia – Bola Sepak


DUBLIN 15 Nov. – Jaringan hatrik pemain tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen berjaya membantu Denmark layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas membenam Republik Ireland 5-1 dalam aksi kedua playoff di tempat lawan awal pagi ini.

Selepas hanya terikat 0-0 pada aksi pertama di Copenhagen minggu lalu, Denmark bagaimanapun terpaksa bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-6 permainan dengan membalas lima gol selepas itu termasuk yang disumbang Andreas Christensen dan Nicklas Bendtner.

Kejayaan ini membolehkan Denmark menamatkan penantian bertahun-tahun lamanya untuk ke Piala Dunia buat kali kelima dalam sejarah dan lebih manis ia merupakan tiket terakhir dari zon Eropah dan pasukan ke-30 yang layak ke Rusia daripada 32 keselruhannya. – AFP



Source link

read more

MRA, MyEG bantu Tahfiz terjejas akibat banjir – Nasional


KUALA LUMPUR 11 Nov. – 14 Sukarelawan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) bersama Agensi Perkhidmatan MyEG bertindak membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Iman As-Syafie dekat Kampung Jerung di Kuala Ketil, Kedah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.


Antara bantuan yang dihulurkan seperti wang tunai, kit kebersihan serta barangan makanan asas kepada pusat tahfiz yang dihuni seramai 33 orang murid dan tujuh orang guru.


Menurut Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman, pusat tahfiz berkenaan terjejas akibat banjir dan operasinya terganggu sejak awal minggu ini.


“Selain MRA dan MyEG, terdapat pasukan sukarelawan lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mangsa-mangsa banjir yang lain.


“Selain itu, terdapat klinik perubatan bergerak disediakan oleh Soul Foundation Penang, Kemahang Care Kelantan, Gerakan Belia 4B serta Pasukan Bantuan dan Tindakan (Imaret) dari Persatuan Perubatan Islamik Malaysia (Imam),” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.


Tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan menyerahkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Banjir MRA melalui akaun Public Bank Berhad 398891608 di atas nama Yayasan Agensi Bantuan Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Luis Suarez bantu bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia – Nasional


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Tourism Malaysia dan bintang sensasi Barcelona, Luis Suarez menjalinkan kerjasama strategik sebagai usaha mempromosi serta menarik lebih ramai pelancong khususnya peminat bola sepak antarabangsa melancong ke negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jalinan kerjasama itu dijangka dapat meningkatkan populariti Malaysia sebagai destinasi pelancongan di Asia sekali gus merancakkan industri pelancongan Malaysia.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Suarez yang telah terbukti bukan sahaja menjadi salah seorang pemain terbaik dunia malah merupakan seorang pemimpin yang dihormati.

“Suarez juga menjadi inspirasi kepada ramai orang dan kami berharap dengan kerjasama ini akan mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan tropika yang menawarkan pengembaraan berterusan kepada semua pelancong,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kontrak kerjasama selama setahun ini ditandatangani antara Tourism Malaysia dan wakil Suarez di Asia, Mediapro hari ini.

Perjanjian berkenaan merupakan sebahagian daripada pemasaran Tourism Malaysia dan pelan promosi Malaysia sebagai destinasi pelacongan antarabangsa selain daripada menarik minat orang ramai melawat negara ini.

Suarez pernah memenangi dua kejuaraan LaLiga dan juara Liga Juara Juara Eropah bersama Barcelona sementara beliau dijangka mengetuai negaranya, Uruguay dalam Piala Dunia di Rusia tahun depan.

“Ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan dapat bekerjasama dengan Malaysia, negara yang kaya dengan kepelbagaian serta mempunyai pantai yang cantik dan resort bertaraf dunia. Saya teruja untuk memperkenalkan negara ini yang kaya dengan warisan dan sejarah kepada dunia khususnya penyokong-penyokong saya,” kata Suarez.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich berkata, LaLiga dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk tempoh setahun bagi memastikan Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan di rantau Asia khususnya menerusi pemilihan bintang berkelas dunia seperti Suarez.

“Bintang Barcelona ini sangat popular di Asia dan kami yakin jenama dan kerjasama dengan Suarez dapat menarik lebih ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan serta merasai sendiri pengalaman ‘Malaysia Truly Asia’,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons