Musim sejuk bawa rezeki melimpah untuk nelayan di utara tanah air


KUALA KEDAH: Keluhan pengguna mengenai kenaikan harga ikan mungkin berakhir selepas ini dengan jumlah ikan yang didaratkan semakin meningkat.

Ada yang mengatakan akibat suhu sejuk dan nyaman yang melanda negara telah memberi rezeki yang melimpah bagi nelayan di Pantai Utara semenanjung.

Perubahan angin monsun timur laut juga mungkin jadi faktor pendaratan ikan yang mendadak.

Sebaik menghampiri pelantar ikan Kampung Seberang Kota dekat Kuala Kedah, kelihatan wajah gembiran dan senyuman manis nelayan yang baru pulang dari laut.

Salah seorangnya  Norazlan Mohd Aslan, 38, yang berjaya membawa pulang 200 hingga 1,000 kilogram ikan sehari sepanjang ‘musim sejuk’ yang melanda negara.

”Dulu ikan mahal sebab cuaca, ombak kuat dan ikan pun dapat dalam 20 atau 30 kilo sehari.

”Bila ikan banyak kita bagi 3kg, RM10, 1kg RM4 sebab sekarang (cuaca) cerah dan kita boleh cari tempat banyak ikan,” katanya.

Ikan mula banyak

Peningkatan jumlah ikan ini turut mengukir senyuman di bibir Melati Ladun, 36, yang berpeluang menjual ikan dengan lebih murah kepada para pengguna.

Penurunan harga ini juga bakal memberi rezeki yang lebih buat peniaga kerana lambakan ikan akan menarik lebih ramai pembeli kerana harganya yang jauh lebih murah.

”Harga ikut saiz, yang besar ada yang RM10 sekilo, yang kecik RM4 sekilo. Mana yang lelong tu RM10 tiga kilo.

”Beberapa hari ni, ada rezeki tapi kalau masa ikan tak ada, maka tak ada la,” ujarnya.

Sementara, penambahan jumlah pendaratan ikan ini disahkan Persatuan Nelayan Kedah (Nekad).

Ahli Lembaga Pengarahnya, Abdul Hamid Bahari berkata, secara keseluruhan, 2,000 bot nelayan bagi semua kelas di negeri itu berjaya mendaratkan sekurang-kurangnya 110 tan ikan setiap hari.

”Orang ramai dinasihat membeli ikan terus di pelantar ikan milik nelayan kerana harganya jauh lebih murah sebab kita beli terus daripada nelayan dan bagi peluang isteri mereka berniaga.

”Bila kita hantar ke pasar pasar borong dia melalui orang tengah jadi sudah pasti harga akan lebih tinggi,” katanya.

Permintaan ikan juga mencatat peningkatan sempena kedatangan Tahun Baru Cina dan memaksa Nekad menyimpan 50 tan stok untuk ikan beku.



Source link

read more

MCG2018 Kathi juara FIFA 18 bawa pulang RM15000


KUALA LUMPUR: Pemain profesional Kathireswaran Sugumaran menjuarai acara FIFA 18 pada kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG) pada Ahad.

Kathireswaran atau senang dikenali sebagai Kathi turut membawa pulang RM15,000 melalui kemenangannya itu dalam pusingan terakhir FIFA 18 MCG.

“Pada mulanya, saya kalah pada pusingan pertama, namun saya meraih kemenangan pada pusingan seterusnya menerusi tendangan penalti.

“Kemudian, menerusi perlawanan ketiga, saya memilih pasukan Atlético Madrid kerana saya selesa bermain menggunakan pemain-pemain dalam pasukan itu.

“Hasilnya, saya dapat kalahkan Fenrir (Luqman Haziq),” katanya selepas selesai perlawanan akhir FIFA 18 MCG yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Kathi berkata, kemenangan itu sangat bermakna buatnya kerana dia pernah tewas di tangan Fenrir dalam kejohanan atas talian pada minggu lalu.

BACA: Walaupun saya tak faham E-Sukan, demi anak muda kita tetap sokong – PM Najib

Fenrir yang berada di kedudukan kedua kejohanan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala Shige (Boon Shin) daripada pasukan Fire Dragoon sekadar meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM5,000.

Buka penyertaan pemain luar negara

Sementara itu, Kathi berharap penyertaan MCG pada tahun hadapan dapat dibuka kepada pemain antarabangsa memandangkan permintaan yang tinggi.

“Ramai kawan saya daripada Singapura dan Indonesia mahu sertai MCG. Jadi saya harapkan MCG menjadi satu kejohanan antarabangsa,” katanya.

MCG yang berlangsung sejak Sabtu disertai lebih 1,000 peserta menerusi sembilan jenis permainan video popular di negara ini termasuk FIFA 18.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM300,000.



Source link

read more

Tun M bawa pengaruh Mahathirism dalam pembangkang


KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2018. Penceramah, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memberi pandangan pada Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Rakyat Malaysia Yang Lebih Baik?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

MO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam pakatan pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, berkata kehadiran Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.

“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.

“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.

“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini.

Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

CheguBard juga berkata, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Dr Mahathir diatas ‘dosa’ yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Malah beliau turut menempelak pihak yang memaafkan Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerima permohonan maaf itu.

“Kami turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.

“Tapi dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Nathaniel Tan berkata, pembahagian 53 kerusi oleh pakatan pembangkang kepada PPBM dilihat tidak wajar.

Beliau berkata, rakyat sendiri kurang mengenali pemimpin PPBM untuk diangkat dalam PRU-14 nanti.

“Rakyat hanya mengenali segelintir saja seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Malah pendirian mereka juga dilihat tidak jelas terhadap dasar yang diperjuangkan oleh pakatan. Jadi pembahagian kerusi ini perlu dilihat semula,” katanya.



Source link

read more

Presiden MIC ragui kemampuan Pakatan Harapan bawa perubahan kepada Malaysia


PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.

Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pemilihan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, yang sepatutnya telah bersara itu mencerminkan pakatan itu ketandusan pemimpin.

“Harapan untuk pembaharuan tiada seperti dijanji oleh mereka kerana apa yang ditawarkan oleh mereka adalah sesuatu yang lama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Ditanya mengenai persepsi masyarakat India terhadap pengumuman pakatan pembangkang itu, Subramaniam berkata MIC berpendirian pencapaian masyarakat India ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

“Itu memang satu perkara yang memang jelas berasaskan fakta,” katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan umpama reformasi 2.0 yang diadakan untuk mengangkat semula pengerusi PPBM itu demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan keputusan itu ibarat ‘drama besar’ pembangkang yang mempergunakan Dr Mahathir semata-mata untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Gerakan (reformasi) pada awal dulu ternyata (pembangkang) menunjukkan kebencian dan melontarkan ayat-ayat yang begitu pedih dan terlalu menghina terhadap Dr Mahathir.

“Hari ini gerakan itu boleh dinamakan reformasi 2.0 apabila musuh nombor satu mereka dahulu diangkat semula dan ayat-ayat kebencian yang mereka bina sebelum ini ditelan semula,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata permainan pembangkang itu seolah-olah dilakukan untuk meyakinkan dan menguar-uarkan kepada rakyat kononnya mereka adalah parti yang mempunyai alternatif yang baik.

— BERNAMA



Source link

read more

Pengalaman ini tiada di bilik darjah – Ibu bapa berhenti kerja bawa anak mengembara



PASANGAN suami isteri sanggup berkorban menjual segala aset yang dimiliki dan membawa dua anak perempuannya menerokai dunia dengan bajet yang kecil.

Menurut laporan portal Mirror.uk, Chris dan Donna Jackson dari Hertfordshire berkata, keputusan berani itu dibuat kerana merasakan jarang menghabiskan masa dengan kedua anak perempuan mereka ekoran tuntutan kerja.

Pasangan itu dan anak perempuan mereka Ellie, lapan tahun, dan Miley enam tahun, hanya membawa satu beg pakaian untuk memuatkan semua kelengkapan pengembaraan mereka.

Keluarga itu memulakan pengembaraan sejak Julai tahun lalu dan telah pergi ke lima negara selain berkongsi dengan kira-kira 100,000 pengikut di laman Instagram.

Lebih mengujakan apabila keluarga ini yang hidup dalam serba kekurangan akan menyiarkan gambar mereka menetapkan di sesuatu hotel di laman sosial sebagai imbuhan tinggal di hotel tersebut.

Chris, 35 tahun yang merupakan bekas paramedik di London berkata, kedua-dua anaknya mempelajari lebih daripada apa yang diajar di sekolah.

Sebagai contoh, ketika melawati Costa Rica, keluarga ini telah berdepan dengan pengalaman gunung berapi aktif.

Malah, Chris turut membangkitkan persoalan sebagai “berapa kerap anda belajar mengenai gunung berapi di dalam kelas jika dibandingkan anda melihat sendiri di depan mata?.

“Ini satu pengalaman seumur hidup,” katanya.

Selain itu, menjelaskan mengenai tindakannya itu, Chris berkata, dia jarang bertemu dengan isterinya yang merupakan jururawat kanak-kanak selain tiada masa untuk bersama kedua-dua anaknya.

Bagi Donna, 34 tahun pula berkata, dalam dunia kebendaan sekarang, masyarakat lebih cenderung memberikan anak-anak mereka gajet seperti iPads.

“Perkara itu menjauhkan hubungan ibu bapa memandangkan mereka akan menghabiskan masa beberapa jam dengan iPads selain tidak mengajar mereka apa yang mereka perlu tahu,” katanya.

Tindakan pasangan itu juga mendapat sokongan positif daripada sekolah anak-anaknya di Borehamwood.



Source link

read more

Banjir bawa rezeki kepada pemilik bot


KUANTAN : Pelbagai jenis pekerjaan boleh dilakukan bagi menjemput rezeki ketika musim banjir, termasuklah menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada mangsa banjir.

Wan Mohd Faizal Wan Ibrahim, 32 tahun, mengunakan sebuah bot gentian kaca miliknya untuk membawa penduduk kampung yang terputus hubungan akibat banjir meneruskan rutin harian mereka.

Bot yang pada awalnya digunakan untuk memudahkan pergerakannya ketika banjir besar pada 2013 itu kemudiannya bertukar menjadi sumber rezeki berikutan permintaan mangsa banjir.

“Saya juga berdepan kesukaran untuk bergerak mencari makanan waktu itu (banjir 2013), sehingga ada yang terputus bekalan makanan.

“Kemudian saya terfikir, bot berkenaan boleh memudahkan orang ramai meneruskan kehidupan harian mereka serta mendapatkan barangan keperluan ketika musim banjir,” katanya.

Tambang yang dikenakan ialah RM5 seorang bagi perjalanan sehala atau untuk perjalanan kira-kira satu kilometer.

Wan Mohd Faizal yang mempunyai seorang pembantu tidak mengabaikan aspek keselamatan dengan menyediakan jaket keselamatan dan menjadikan pemakaiannya sebagai kewajipan.

Tambahnya, secara purata, 50 penumpang menggunakan perkhidmatan yang bermula seawal jam 8 pagi hingga lewat petang itu.

Sementara itu, penduduk yang menggunakan bot itu berkata, mereka bersyukur ada pihak yang menawarkan perhidmatan sedemikian dan berharap ia dapat diteruskan setiap kali musim banjir.

“Dengan adanya perkhidmatan bot ini, kami dapat bergerak melalui kawasan yang dinaiki air terutama mereka yang mahu ke bandar Kuantan,” kata Naim Abdullah Zakaria.



Source link

read more

Pemuda ditahan bawa bom tangan palsu


26609751_10214686684910280_1597957178_o.png.transformedMO, 4/1/2018, MIRI – Perbuatan seorang pemuda membawa pemetik api menyerupai bom tangan ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Miri mengundang padah bagi dirinya apabila ditahan polis Selasa lalu.

Suspek berusia 23 tahun ditahan jam 9.20 malam di balai berlepas lapangan terbang itu ketika pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di situ.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pemuda itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.

“Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek dikatakan membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.



Source link

read more

10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta



KUALA LUMPUR: Tidak sampai empat minit, enam perompak bersenjatakan pistol dan tukul berjaya melarikan lebih lima dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta di sebuah pusat membeli belah di Taman Segar Cheras malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 8.30 malam tadi ketika ramai pengunjung sibuk membeli belah.

Insiden pantas itu turut mencetuskan panik kakitangan dan pengunjung berhampiran premis terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritenden Ismadi Borhan memaklumkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kesemua perompak terbabit memakai topi keledar menutup muka.

Ketika kejadian juga seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

“Tempat ‘standby’ perompak ini dengan tempat rompakan betul betul berdekatan di tengah-tengah kesibukan ini.

“Di sini orang ramai, jarak lebih kurang 20 meter sahaja. Maka perompak sempat melarikan diri. Memang ada kerjasama dari orang ramai yang cuba hendak hentikan rompakan. Ada yang baling tong sampah untuk menghalang, tetapi jarak terlalu dekat dan menyebab memudahkan mereka lari,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Asmadi berkata setakat ini pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Selain itu, pemeriksaan pasukan forensik turut menemui beberapa bahan bukti seperti puntung rokok yang boleh dikaitkan dalam kes ini.

“Menurut saksi, terdapat bunyi letupan ketika kejadian, bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur senjata api digunakan dan bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada pukulan suspek memecahkan cermin pameran,” katanya.

Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

Operasi Ops Tutup kini giat dijalankan bagi mengesan penjenayah terbabit.



Source link

read more

Lelaki bawa bahan letupan sembunyi dalam pejabat pos – Luar Negara


KIEV 31 Dis. – Seorang lelaki yang dipercayai membawa bahan letupan bersembunyi di dalam sebuah pejabat pos di bandar Kharkiv, semalam.

Jurucakap polis Ukraine, Yarozlav Trakalo berkata, motif tindakan lelaki itu tidak diketahui dan pihak polis akan menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Terdapat sembilan orang dewasa dan dua kanak-kanak terperangkap di dalam pejabat pos berkenaan bersama suspek,” katanya. – REUTERS



Source link

read more

Malaysia kemuka ekstradisi bawa pulang penyeludup senjata api – TPM Zahid



SERIAN: Kerajaan Malaysia telah memohon kepada Kerajaan Pakistan bagi mengekstradisi suspek penyeludupan senjata api yang ditahan di negara itu untuk dibawa pulang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Malaysia dan Pakistan bagi mempercepatkan proses berkenaan.

Menurutnya, permohonan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di negara ini.

“Interpol (polis antarabangsa) dan Polis Pakistan secara rasminya sudah memaklumkan penahanan suspek berkenaan, malah sedia memberi kerjasama kepada kita untuk memohon ekstradisi ke atas lelaki itu.

“Kita mahu memastikan suspek dibawa pulang, seterusnya disiasat dan didakwa mengikut undang-undang negara ini,” katanya selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Tebedu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid diiringi Ketua Menteri Datuk Abang Johari Abang Openg, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Jantan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, seorang pemuda warga Malaysia berasal dari Kuching, Sarawak ditahan ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Bangkok menggunakan penerbangan Thai Airways.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons