PAS HANTAR PEMAIN BOLA JE BERDEPAN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Memalukan! Bekas pemain bola sepak kebangsaan je yang diumumkan sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAN mewakili Pakatan serta calon dari Barisan Nasional.

Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.

Abdul Hadi juga turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.

PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini. Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.




Source link

read more

PAN MALU – MALU KUCING NAK CALONKAN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Pengerusi PAN Kedah dilihat ragu – ragu ketika mengulas tentang spekulasi PAN Pokok Sena yang menolak nama Mahfuz Omar untuk dijadikan calon pada PRU ke 14 yang akan datang.

Sebaliknya dia menyatakan bahawa PAN Kedah ketika ini masih lagi dalam proses menyenarai pendek nama calon untuk dihantar ke Majlis Presiden Pakatan bagi mendapatkan persetujuan mereka.

Malah Pengerusi PAN Kedah itu memberikan alasan bahawa adalah tidak menjadi kesalahan untuk mencalonkan mana – mana individu sekiranya mereka layak bertanding dikawasan tersebut. 

“Pihak Amanah Negeri tidak menolak siapa-siapa untuk menjadi calon. Apatah lagi kalau dia seorang yang berwibawa, orang lama, orang yang telah dikenali di peringkat nasional. Kenapa orang macam ini ditolak? Jadi gambaran saya macam itulah,” ujarnya. 

Namun ketika ditanya sejauh mana kebenaran berhubung kedudukan Mahfuz sama ada dia akan menyertai PAN ataupun tidak, Pengerusi PAN Kedah itu tetap enggan mengulas lanjut.

Mahfuz pada ketika ini menjadi Ahli Parlimen Bebas susulan tiada kenyataan rasmi daripadanya berhubung penyertaan dalam mana – mana parti gabungan Pakatan Haprak itu. 

PAN Pokok Sena didakwa menolak nama Mahfuz jika dipilih sebagai calon pada PRU14. Mengulas isu penolakan tersebut, PAN Kedah menyifatkan berita itu boleh datang daripada pelbagai sumber. 

“(Kawasan) Pokok Sena pun macam-macamlah, ada orang suka Mahfuz, ada yang tidak suka Mahfuz.

“Jadi kalau dipetik daripada sumber yang tak suka Mahfuz, maka macam itula ceritanya, tapi kalau dipetik dari sumber yang lain, mungkin beritanya lain,” katanya.

Sebagai rekod, Mahfuz akhirnya mengambil tindakan keluar dari PAS awal tahun ini setelah berulang kali mengkhianati parti itu dengan mengkritik pucuk pimpinan yang diterajui oleh Hadi Awang secara terbuka diatas pentas ceramah Pakatan yang dianggap Musuh PAS!!!




Source link

read more

DAH NAMA DIA PUN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Tengok pada nama gelaran dia pun cukup la. Mana Si Mahfuz Bean ni boleh ditegur. Lagi pun, kalau kita tegur, bukannya dia nak dengar. Spesis orang macam Si Mahfuz Bean ni bukannya ada otak.

Maka sebab itu Si Mahfuz Bean tu suka bercakap menggunakan kepala lutut dia sendiri. Bahkan apa yang dia cakap pun semuanya tak serupa bikin. Dulu, dia la yang paling kuat menghentam Tun Mahathir anak beranak.

Macam – macam fitnah dia lemparkan terhadap bekas Perdana Menteri tu. Tapi hari ini, dia orang yang paling kuat mengampu Tun Mahathir dan menjadikan bekas Perdana Menteri tu macam dewa.

Jadi, tak hairan la sekiranya Si Mahfuz Bean tu tak reti nak tutup mulut dari memberikan sebarang komen yang tak masuk akal mengenai isu penarikkan semula darjah kebesaran yang diberikan oleh Sultan.

Takde gunanya orang macam Si Mahfuz Bean tu nak dinasihatkan supaya berdiam dari mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh penganalisis Politik ni.

Antara lain, penganalisis Politik tu menasihatkan Si Mahfuz Bean ni supaya mengambil pendirian berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang akhirnya boleh memakan dirinya sendiri.

“Kata-kata Datuk Mahfuz itu mungkin boleh dianggap sebagai tindak-balas segera (immediate response) kepada apa yang berlaku.

“Baik diam, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata dalam hal yang kita tidak tahu sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mengulas lanjut, istana mempunyai hak mutlak untuk menarik balik pengiktirafan yang telah diberikan kerana percaya institusi tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Pokok pangkalnya, Si Mahfuz Bean tu memang jenis orang yang tak tau nak menghormati institusi Raja – Raja Melayu kerana sebelum ini pun dia pernah menghina Sultan Pahang secara terbuka dalam ceramah yang diadakan di Bukit Gantang!!!




Source link

read more

MAHFUZ JANGAN RISAU, GELARAN “BEAN” TU TETAP KEKAL!!! ~ SEMUT HITAM


Ala! Jangan la risau sangat Mahfuz oi. Takde orang lagi yang berani nak tarik balik gelaran yang dia miliki pada ketika ini walaupun semakin ramai Badut Politik dikalangan puak Pakatan tu.

Di Malaysia ni hanya ada sorang je yang layak menyandang gelaran Mahfuz Bean tu. Jadi, tak payah la dia risau sangat. Kalau setakat gelaran Datuk tu, takde benda sangat la bagi Pakatan.

Lagi pun, Si Mujahid tu sendiri sebelum ini dah keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa pangkat dan gelaran tu tidak menjadi satu keutamaan buat puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, buat apa Si Mahfuz Bean tu sibuk sangat nak meroyan tak tentu arah? Bukan ke sebaiknya dia berlapang dada dan menerima tindakan yang telah diambil oleh pihak Istana Kelantan tu?

Tapi bak kata pemimpin PAS, Si Mahfuz Bean tu kelihatan seolah – olah berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan yang telah diambil.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai’ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.

“Kenyataan itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit. 

“Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.

“Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, Si Mahfuz Bean tu berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan menjadikan anugerah tersebut tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Bagi sesetengah pihak, Si Mahfuz tu patut sedar, sebagai seorang pemimpin dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.

Sedangkan Si Mahfuz bean tu sendiri sedar bahawa penganugerahan dan penarikan semula darjah kebesaran itu adalah hak Tuanku Sultan. Malah dia sendiri pun terima darjah kebesaran seumpama itu.

Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak meroyan sakan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran itu menjadikan sebagai suatu yang tidak bernilai. Sudah – sudah la Si Mahfuz Bean tu nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!!




Source link

read more

LAGI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Bak kata orang tua – tua, Terlajak Perahu boleh diundur. Tapi bila terlajak kata, buruk padahnya. Itulah nasib malang yang sedang menimpa Si Mahfuz Bean pada ketika ini.

Dek kerana kecabulan mulutnya sendiri yangterlalu taksub berpolitik sehingga sampai ke dalam longkang menyebabkan dirinya kini berhadapan dengan tindakan undang – undang.

Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Si Mahfuz Bean tu kerana memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

 

Laporan berkenaan dibuat Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) hari ini di ibu pejabat polis Daerah Kuantan.

Ahli Jawatankuasa BKKP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menggesa tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang dikenakan ke atas Mahfuz.

“Sebagai badan yang mewakili kerabat-kerabat, saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya turut membuat laporan polis agar tindakan dikenakan ke atas individu yang menyebarkan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di bilik beradu baginda.

“Saya harap polis menyiasat siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan sehingga menjadi tontonan umum,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah menggesa Mahfuz membuat permohonan maaf kepada Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal itu.

Dan lewat petang tadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong bersama dengan 28 NGO diseluruh daerah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama membuat laporan yang sama terhadap Si Mahfuz Bean tu.

Tapi, tak heran la kenapa Si Mahfuz Bean tu bertindak menghina dan memperlekehkan institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka sedemikian rupa. Orang yang setakat LULUS SRP ni memang tak boleh berfikir panjang!!!




Source link

read more

AKHIRNYA MAHFUZ BEAN JUMPA “TELUR” SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin Si Mahfuz Bean ni dah jumpa ‘telur’ dia sendiri apabila akhirnya dia berani ambik tindakan untuk tinggalkan PAS yang selama ini dihina dan dikutuk secara terang – terangan.

Atau mungkin, Si Mahfuz Bean tu dah jumpa dahan baru untuk berpaut sebelum tibanya Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi soalnya, siapa yang sanggup kutip Si Mahfuz Bean ni?

Adakah PAN sanggup menjadi ‘Pengutip Sampah’ PAS memandangkan parti itu sarat dengan pemimpin – pemimpin yang telah mengkhianati parti itu sejak mengikut telunjuk DAPigs?

Atau, adakah DAPigs sendiri membuka pintu mereka untuk menerima kehadiran Si Mahfuz Bean sebagai Boneka Melayu yang boleh dipergunakan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Kemungkinan besar, Si Mahfuz Bean ni telah mendapat platform dari parti yang diterajui oleh Tun Mahathir walaupun dia pernah memaki hamun Pengerusi PPBM itu secara terbuka.

Walau apa parti sekali pun yang sanggup mengutip Si Mahfuz Bean ni untuk bertanding bagi pihak mereka, kita ucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Setidak – tidaknya, Si Mahfuz Bean tu akhirnya mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Seperti kata Naib Presiden PAS, Si Mahfuz Bean tu berjaya membuktikan bahawa dirinya bukan Pondan Siam yang Kecut Buah Kerandutnya!!!




Source link

read more

MAHFUZ BEAN IBARAT “TIN KOSONG”!!! ~ SEMUT HITAM


Apabila Si Mahfuz Bean tu bercakap tentang politik semasa, orang Pokok Sena dan pemimpin PAS hanya mengibaratkan pemimpin yang tiada pendirian itu sebagai ‘tin kosong’. 

Semalam Mahfuz mendakwa sokongan rakyat akan lebih kukuh ke atas Pakatan selepas mendengar ‘omongan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang berlangsung pada 5-9 Disember baru-baru ini.

Mahfuz mendakwa, rakyat sudah boleh menilai rentak Najib yang tempang apabila terpaksa menayangkan sikap yang jauh berbeza dengan MCA dan UMNO.

“Dalam Perhimpunan Agung MCA, Najib menagih undi dari bangsa Cina dengan meyakinkan DAP tak dapat memerintah negara walaupun DAP menang lebih besar dari PRU13 atau memenangi kesemua kerusi yang ditandingi. Najib minta masyarakat Tionghua bersama BN,” kata Mahfuz dalam kenyataan semalam.

Menjelang PRU ke 14, Mahfuz mungkin sedang terhegeh – hegeh mencari parti mana yang sudi menerima dirinya selepas nama dia tidak dicalonkan oleh PAS bagi mempertahankan Parlimen Pokok Sena.

Kalau dia nak masuk menyertai PPBM, parti itu masih gagal meyakinkan rakyat memandangkan parti itu tidak kukuh oleh kerana semakin ramai pemimpin dan ahli keluar parti.

Lagi pun PPBM belum mampu mengadakan AGM dan sedang menghadapi kemungkinan diharamkan atau tidak dapat sertai PRU14 kerana melanggar perlembagaan parti yang dirangkanya sendiri..

Untuk sertai PAN atau PKR agak sudah agak terlewat kerana kedua – dua parti itu sudah memiliki calon PRU ke 14 mereka sendiri. Lagi pun Mahfuz masih ada ikatan baiah dengan PAS.

Hanya DAPigs yang boleh menerima Mahfuz, kerana parti Chauvanist itu masih memerlukan pemimpin Melayu yang boleh digunakan bagi memecahkan undi orang Melayu.

Namun kebarangkalian DAPigs sudi menerima Mahfuz Bean untuk mewakili mereka adalah sangat tipis memandangkan dia tidak mempunyai ‘Wow Factor’ yang mampu menarik undi dari kalangan rakyat. Maka sebab itu Si Mahfuz Bean tu hanya layak dilabelkan sebagai “Tin Kosong”!!!




Source link

read more

MAHFUZ BEAN MENGAKU DIA MASIH “SUCI”!!! ~ SEMUT HITAM


Dek kerana tindakan berani yang dibuat oleh ADUN Anak Bukit yang tampil menyertai PPBM baru – baru ini telah membuatkan Si Mahfuz Bean ni berada dalam keadaan kesipuan terlampau.

Kesipuan itu membuatkan Si Mahfuz Bean ni mula meracau tak tentu arah dengan membuat dakwaan kononnya dia masih lagi seorang pemimpin yang ‘Gentleman’ didalam PAS.

Kata Si Mahfuz Bean, pengkhianatan yang dilakukan secara terang – terangan selama ini tetap ‘gentleman’ kerana menyatakan pendiriannya terhadap parti secara terang – terangan.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga mendakwa kononnya dia bukan ‘Pak Turut’ didalam PAS yang sedia menurut segala perintah yang diberikan oleh pucuk pimpinan tanpa sebarang persoalan.

Bahkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendabik dada mendakwa bahawa semua kritikan yang dilemparkan selama hari ini terhadap PAS tidak hanya dilakukan secara membuta tuli.

“Saya bukan seorang ahli yang menjadi pak turut membuta tuli. Saya tak boleh terima keputusan parti mengatakan bahawa berkecuali dalam isu berkaitan rakyat di parlimen dalam hal bajet, saya tak boleh berkecuali.

“Kita dipanggil Yang Berhormat, bukan Yang Berkecuali. Wakil rakyat mesti buat keputusan, bukan datang untuk berkecuali dalam membuat keputusan. Berkecuali bukan satu keputusan. Bukan satu pendirian, pendirian adalah bersetuju atau tidak bersetuju,” katanya.

Dari kenyataan yang dibuat, tak heran la sekiranya Si Mahfuz Bean tu sanggup memberikan alasan secara panjang lebar apabila kedudukannya pada ketika ini menjadi bahan pertikaian.

Orang yang sedang dilanda kesipuan tahap kronik ni sudah pasti akan mencari jalan untuk melepaskan dirinya dengan memberikan seribu satu alasan seperti yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni hanya dianggap sebagai satu bentuk justifikasi terhadap pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap PAS. Si Mahfuz Bean ni masih cuba nak menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang Suci!!!




Source link

read more

MAHFUZ BEAN CUAK BILA PAS SEBUT PASAL “BAI’AH”!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Tau pulak Si Mahfuz Bean ni menggelupor tak tentu arah bila PAS ungkit balik pasal isu Bai’ah yang menjadi sebahagian daripada perjanjian wakil rakyatnya sebelum PRU yang lalu.

Isu berkaitan dengan Bai’ah itu kembali menjadi hangat apabila ADUN PAS Anak Bukit mengambil tindakan keluar parti dan menyertai PPBM setelah sekian lama mengkhianati PAS.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Mahfuz Bean tu mendakwa isu Bai’ah itu tidak perlu dibangkitkan dan hanya semata – mata menjadi alasan untuk menakutkan pemimpin parti itu.

“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada PAS dan bagi saya isu ini telah berlalu,” kata Mahfuz mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.

Dalam masa yang sama kata Mahfuz lagi,  ahli dan pemimpin PAS kini mempunyai pilihan untuk menyokong Pakatan jika merasa tidak selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS.

“Tidak ada masalah untuk ahli PAS menyokong mana-mana parti dalam Pakatan Harapan walaupun masih menjadi ahli PAS, kata Mahfuz.

Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat Si Mahfuz Bean itu hanya satu justifikasi untuk menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh ADUN PAS Anak Bukit itu.

Sebagai rekod, Si Mahfuz Bean sebelum ini sudah banyak kali melakukan Pengkhianatan apabila sering memburukkan PAS diatas pentas ceramah anjuran puak Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Maka kata mereka, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah – olah dibuat bagi mencari jalan keluar bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri sedangkan dia sendiri takut nak ambik tindakan yang sewajarnya dan keluar dari PAS!!!




Source link

read more

MAHFUZ BEAN AJAK AHLI PAS JADI PENGKHIANAT!!! ~ SEMUT HITAM


Tanpa rasa kesipuan, Si Mahfuz Bean tu hari ini menyeru ahli PAS untuk mengikut jejaknya yang masih bersama parti namun bakal menyokong Pakatan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurut kata Mahfuz, tiada guna menyokong PAS berikutan tidak akan meningkatkan kuasa politik parti itu, sebaliknya hanya mengekalkan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.

“Sudah tentu ahli PAS boleh berfikir bahawa mengundi PAS yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah, sebaliknya mengekalkan kuasa BN.

“Saya percaya ahli PAS juga sama seperti rakyat lain yang mengharapkan peralihan kuasa. Maka saya menyeru ahli PAS untuk menyokong dan mengundi PH, secara terbuka atau senyap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean tu menyeru agar ahli – ahli PAS mengikut jejak langkahnya menjadi seorang Pengkhianat didalam parti yang telah banyak membantunya selama ini.

Ketika hadir ke Konvensyen Nasional parti Ternakan DAPigs minggu lalu, Mahfuz berkata mana – mana ahli PAS, termasuk dirinya, tidak perlu keluar parti hanya kerana menyokong PH.

Mahfuz sebelum ini disahkan Naib Presiden PAS, Mohd Ammar Nik Abdullah bahawa namanya tidak akan dicalonkan sebagai wakil parti dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mahfuz kemudiannya berkata dia ‘sujud syukur’ jika benar nama dia tidak lagi disenaraikan sebagai calon PAS pada PRU akan datang bagi mengekalkan jawatannya selaku Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tapi IRONIKnya, Si Mahfuz Bean itu sendiri pernah tampil membuat kenyataan bahawa dia bersedia untuk bertanding bagi mana – mana parti sekali dikalangan puak Pakatan Haprak itu.

Maknanya, Si Mahfuz Bean ini kononnya mendakwa dia ‘Sujud Syukur’ kerana namanya tidak disenaraikan sebagai calon hanya sekadar RETORIK semata – mata sedangkan hakikatnya, dia masih lagi mengharapkan ada sudi kutip dia menjadi calon kelak!!!




Source link

read more