Usaha kerajaan Malaysia bebaskan nelayan dihargai – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Usaha kerajaan Malaysia membebaskan nelayan tempatan yang ditahan di Indonesia amat dihargai, sekali gus mencerminkan hubungan baik kepemimpinan tertinggi negara dengan kerajaan republik itu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Ahmad Rudin Hussain berkata, usaha kerajaan itu secara tidak langsung membolehkan nelayan berkenaan, Low Siang Huat menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarganya hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan semua nelayan supaya mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpa Siang Huat.

“Terima kasih kerajaan kerana prihatin terhadap golongan nelayan. Saya berharap semua nelayan lebih berhati-hati dan waspada dengan sebarang kemungkinan ketika berada di tengah laut.

“Kejadian yang berlaku terhadap Siang Huat ini mungkin boleh berlaku kepada nelayan lain dan sudah tentu akan mengambil tempoh yang lama untuk selesai kerana melibatkan sistem perundangan dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siang Huat yang baru dibebaskan semalam dari Rumah Tahanan Negara Tanjung Pinang, Indonesia selamat tiba pada pukul 2.20 petang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini hari ini.

Selain Siang Huat, terdapat lima nelayan Malaysia lain yang masih ditahan di Indonesia adalah Chua Kee Chan, 63, (ditahan di penjara Labuhan Deli, Medan); Mahabob Hasimat, 55, (ditahan di penjara Tanjung Pinang); Leong Bian Seng, 61, (ditahan di Batam) dan Abdul Rashid Nik, 53, serta Kamaruzaman Awi, 47, (ditahan di Lanal Tarempa).

Sambil memberi contoh, Ahmad Rudin memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membawa pulang tiga nelayan tempatan yang ditahan di Indonesia pada September tahun lalu.

“Kita yakin dengan jaminan kerajaan Indonesia itu dan akan membawa pulang lima nelayan Malaysia yang masih ditahan di sana secara berperingkat mulai bulan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Arab Saudi bebaskan dua lagi putera terlibat skandal rasuah – Luar Negara


RIYADH 30 Dis. – Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan dua lagi putera Raja Abdullah yang ditahan selama dua bulan susulan dakwaan terlibat dalam skandal rasual di negara ini.

Menurut sumber, Putera Faisal Abdullah yang merupakan bekas ketua Bulan Sabit Merah Arab Saudi dan Putera Mashal Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Gabenor Mekah sudah dibebaskan.

Setakat ini, seorang lagi anak Raja Abdullah iaitu Putera Turki masih ditahan. – AFP



Source link

read more

Arab Saudi bebaskan ahli perniagaan terkemuka Sabih Al Masri



AMMAN : Jutawan Palestin dan ahli perniagaan paling berpengaruh Jordan, Sabih Al Masri dibebaskan selepas ditahan beberapa hari di Arab Saudi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Arab Bank yang berpangkalan di Amman ditahan Selasa lalu ketika dia merancang untuk pergi selepas mempengerusikan mesyuarat syarikat yang dimilikinya.

Pihak berkuasa Saudi tidak mengulas mengenai penahanannya namun ia dilakukan ketika pembersihan besar-besaran oleh kerajaan Saudi terhadap isu rasuah.

Jelas sumber, beberapa pihak telah menasihati Masri supaya tidak melancong ke Arab Saudi selepas penangkapan besar-besaran dilakukan sejak awal November lalu.

Penahanan Masri itu mengejutkan pemain industri perniagaan di Jordan dan wilayah Palestin.

Masri berkata bahawa beliau akan kembali ke Jordan selepas mengadakan mesyuarat perniagaan minggu ini.

“Semua dalam keadaan baik dan saya gembira (dibebaskan). Saya diberikan ‘penghormatan’ oleh semua masyarakat di sini,” katanya.

Menurut seorang yang dipercayai saudara Masri di Amman Jordan berkata, jutawan itu berada dalam keadaan sihat.

Masri merupakan seorang ahli perniagaan dari keluarga saudagar terkemuka dari Nablus di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Masri mengumpulkan kekayaan menerusi bekerjasama dengan Saudi yang berpengaruh dalam perniagaan katering untuk membekalkan tentera semasa operasi ketenteraan pimpinan Amerika untuk merebut semula Kuwait dari Iraq pada Perang Teluk 1991.

Beliau adalah pengasas Saudi Astra Group, mempunyai kepentingan luas dalam pelbagai industri iaitu dari agro-industri hingga ke telekomunikasi, pembinaan dan perlombongan di seluruh rantau itu.



Source link

read more

Pasangan iklan bayi di web di bebaskan – Jenayah


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Seorang pemuda dan teman wanitanya yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penjualan bayi kembar mereka dalam laman web jual beli dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.



KUALA LUMPUR 4 DISEMBER 2017 - Ketua Polis KL, Datuk Mazlan Lazim

MAZLAN LAZIM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kedua bayi kembar telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipelihara sementara kes tersebut disiasat.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menetapkan mana-mana orang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 18 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Setapak dan Ampang. Mereka dipercayai mengiklankan bayi kembar mereka yang berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

USUL BEBASKAN ANWAR NI IDEA BASI!!! ~ SEMUT HITAM


Bila kita kata yang puak Pakatan Haprak ni ketandusan idea untuk dijadikan sebagai bahan kempen Pilihan Raya, sibuk pulak diorang marah sehingga meroyan macam orang hilang akal.

Tapi itulah hakikatnya. Dek kerana ketandusan idea itulah yang menyebabkan mereka terpaksa mengitar-semula isu yang sudah tepu untuk dihidangkan kepada rakyat secara terbuka.

Walhal ramai dikalangan rakyat sendiri pun dah muak mendengar soal nak membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Malah anak kepada Si Ketua Penipu tu pun dah pasrah dengan keadaan.

Tambah memalukan ialah apabila ada juga yang mendakwa tindakan PKR yang sengaja membangkitkan isu pembebasan Si Ketua Penipu tu seolah – olah meminggirkan soal kebajikan rakyat.

Apatah lagi jika ianya dilakukan didalam Parlimen, tempat dimana sepatutnya wakil rakyat yang dipilih memberikan tumpuan kepada isu berkaitan dengan kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Banyak lagi isu kebajikan rakyat yang boleh diketengahkan oleh puak Pakatan Haprak tu. Tapi kenapa mereka memilih untuk terus memperjuangkan kepentingan peribadi Si Ketua Penipu tu sahaja?

Cadangan untuk membentangkan usul tergempar tersebut dibuat oleh N. Surendran yang juga turut merupakan peguam kepada Si Ketua Penipu itu. Namun cadangan itu telah ditolak.

Dalam kenyataan yang dibuat, N. Surendran mendakwa tindakan Dewan Rakyat itu mempunyai unsur berat sebelah yang sengaja dilakukan bagi menfikan hak Si Ketua Penipu itu.

“Keputusan ini ada unsur berat sebelah, jika kita tidak boleh membahaskan perkara ini di Dewan, di mana lagi boleh kita lakukan?

“Setiap kali kita bawa usul untuk mengkritik kerajaan, ia ditolak. Ia menunjukkan unsur berat sebelah,” bidas Surendran.

Dari kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa niat sebenar Si Surendran tu mahu membentangkan usul tergempar tersebut bukan untuk memperjuangkan hak Si Ketua Penipu tu.

Sebaliknya, dia hanya sekadar mempergunakan isu berkaitan dengan pembebasan Si Ketua Penipu tu sebagai bahan modal Politik murahan mereka dengan memberikan gambaran kononnya Kerajaan BN ni berat sebelah. Itu je tujuan dia sebenarnya!!!




Source link

read more

Malaysia-Indonesia sepakat bebaskan tahanan nelayan



KUCHING: Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia hari ini mencapai kata sepakat untuk membebaskan kesemua nelayan yang ditahan oleh kedua-dua negara kerana menceroboh kawasan perairan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu dicapai bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo atas dasar keperimanusiaan kerana melihat nelayan-nelayan ini adalah golongan miskin.

Menurut beliau, penahanan itu dilihat tidak wajar dan menggesa agar mereka dibebaskan dengan segera bersama dengan kelengkapan mereka seperti bot .

“Berdasarkan kepada tangkapan bahawa mereka melakukan pencerobohan waktu mereka melakukan tangkapan ikan. Kami bersetuju bahawa mereka ini adalah orang miskin, dan oleh itu tidak wajar penahanan mereka diteruskan.

“Maka hari ini diputuskan semua nelayan yang ada dalam tahanan di Malaysia ini maknanya nelayan Indonesia dan juga nelayan Malaysia yang ada dalam tahanan Indonesia, termasuk dengan bot-bot mereka dibebaskan dengan secepat mungkin,” katanya di sidang media selepas menghadiri Rundingan Tahunan ke 12 Malaysia-Indonesia di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, adalah tidak adil untuk menahan golongan yang menjadikan aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber utama rezeki mereka.

Dalam majlis sama, beberapa perkara turut dipersetujui dengan merangkumi pendidikan, pertahanan, kelapa sawit, sempadan, ekonomi termasuk pendirian kedua-dua negara dalam isu penindasan etnik Rohingya.

Majlis itu juga merupakan simbolik sambutan ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang ke 60.

Terdahulu, Datuk Seri Najib dan Joko menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang pengajian tinggi Islam antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Menteri Luar Negara Indonesia, Retno lp Marsudi.



Source link

read more

MUDAHNYA NURUL IZZAH BERI ALASAN NAK BEBASKAN ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang – undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka – suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.

“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.

“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.

Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang – undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata – mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons