Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella – Erra Fazira



PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella, isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Kemesraan antara Erra dan Bella menarik perhatian netizen serta peminat Malaysia dan Indonesia.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Bella. Saya dan Emran berpisah dengan baik. Saya selalu mendoakan agar Emran bertemu dengan jodoh yang baik.

“Alhamdulillah, dia bertemu dengan Bella. Saya tak ada masalah dengan Bella kerana kami saling menghormati. Secara jujur, saya juga rasa tak kekok dengan Bella,” kata Erra.

Tambah Erra, dia juga ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.

“Saya ada buat aktiviti bersama Bella seperti zumba dan melepak bersama. Saya ikhlas terima Bella sebagai ibu Aleesya.

“Aleesya sering bercerita mengenai Bella kepada saya. Kami juga sering berhubung dan membincangkan mengenai Bella. 

“Bella sangat baik dengan saya, takkan saya mahu bersikap sebaliknya pula? Semuanya baik-baik sahaja, Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Erra baru sahaja menyertai syarikat pengurusan MindOrder.

MindOrder turut menguruskan nama-nama lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Aliff Aziz tak ajar anak guna gajet – Bella Astillah



ISTERI kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah akui suaminya tidak mendedahkan anak lelaki mereka, Mohamad Ayden Adrean kepada barangan elektronik.

Menurut Bella, dia tidak mahu anak mereka yang baru berusia lima bulan ketagih dengan alat tersebut.

“Saya faham setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak, cuma Aliff memilih untuk tidak mahu mendedahkan Ayden kepada gajet.

“Lagipun usia Ayden baru sahaja lima bulan dan masih kecil, jangan diajar takut nanti dia ketagih dan tidak mahu berenggang dengan gajet.

“Dia juga pernah berpesan jika Ayden menangis sekalipun jangan tunjukkan telefon pintar ataupun iPad.

“Jadi kalau Ayden menangis, kami akan pujuk dan berbual dengannya. Ayden jenis yang sukakan perhatian dan mahukan orang sentiasa bercakap dengan dia.

“Kami menggunakan pendekatan seperti itu, untuk dedahkan gajet rasanya belum tiba masanya lagi untuk Ayden,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Bella memberitahu buat masa ini dia lebih selesa menjadi surirumah sepenuh masa dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Tak apa, rezeki ada di mana-mana. Ayden masih kecil jadi biarlah saya fokus pada dia dahulu.

“Sebenarnya saya juga ada merancang untuk memulakan perniagaan, mungkin berkaitan dengan fesyen. Tetapi bukanlah dalam masa terdekat,” ujarnya.

Foto: Instagram @bellaastillah
Teks oleh: Mya Amri

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons