Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.

Biarpun  tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.

Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.

Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.

Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu.

Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.



Source link

read more

PSM mahu jadual Liga M sebelum benarkan Selangor main di SNBJ – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 22 Dis – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh daripada Liga Malaysia (Liga M) 2018 sebelum membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan.

PSM dalam satu kenyataan memaklumkan, walaupun memberi kebenaran kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakannya, namun mereka perlu mendapatkan jadual penuh terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak bertindih dengan penganjuran lain yang membuat tempahan awal dengan perbadanan itu.

Baru-baru ini, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan, PSM memberi lampu hijau kepada skuad Gergasi Merah untuk menggunakan SNBJ sebagai gelanggang rasmi mereka musim depan.

FAS bagaimanapun masih perlu menunggu kelulusan rasmi daripada pengelola Liga M, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Untuk rekod, Selangor menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sepenuhnya musim ini kerana kerajaan Selangor dikatakan tidak membenarkan Gergasi Merah menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan berkenaan.- BERNAMA



Source link

read more

Segalanya terlalu sukar tolong benarkan saya pergi – Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri



KAKAK kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
 
Menurut pihak polis, Kim So Dam telah menerima nota bunuh diri daripada Jonghyun sebelum dia membuat panggilan mengenai perkara itu.
 
“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
 
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun

Kim So Dam telah membuat panggilan kepada pihak polis kira-kira jam 4:42 petang.
 
“Adik saya telah menghantar nota bunuh diri,” katanya ringkas.
 
Terdahulu, penyanyi berusia 27 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang semalam (18 Disember) selepas laporan dibuat.
 
Difahamkan Jonghyun telah mendaftar masuk ke pangsapuri tersebut untuk dua malam.
 
Jonghyun atau nama sebenarnya Kim Jong Hyun dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
 
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya. – Sumber: Koreaboo/Allkpop
 



Source link

read more

Selepas 35 tahun diharamkan Arab Saudi kembali benarkan panggung wayang



RIYADH: Buat pertama kalinya, kerajaan Arab Saudi akan membenarkan panggung wayang dibuka semula selepas ianya diharamkan lebih 35 tahun.

Panggung wayang pertama itu dijangka dibuka Mac depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kebudayaannya, Awwad Alawwad dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Lebih 300 panggung bakal didirikan, dengan 2,000 skrin yang bakal ditempatkan dalam tempoh 12 tahun.

Ia sebahagian daripada Visi 2030 diperkenalkan Putera Mahkota Mohammad Salman, termasuk menarik balik larangan ke atas wanita memandu tahun hadapan.

Langkah pembaharuan sosial yang diperkenal pewaris taktha berusia 23 tahun itu, bertujuan meningkatkan perbelanjaan tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan sebagai langkah menangani isu harga minyak menurun. 

Kali terakhir Arab Saudi membenarkan panggung wayang beroperasi adalah sekitar 1970-an sebelum diharamkan pada tahun 1982 oleh golongan ulama kerana ia dianggap sebagai maksiat.



Source link

read more

Arab Saudi benarkan panggung wayang beroperasi semula – Terkini


RIYADH 11 Dis. – Arab Saudi hari ini menarik balik larangan operasi panggung wayang yang telah dikuatkuasakan sejak 35 tahun lalu.

Kerajaan negara itu memaklumkan, pihaknya akan mula mengeluarkan lesen panggung wayang serta merta dan premis pertama dijangka akan beroperasi Mac depan.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada perubahan sosial yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman dan keputusan itu dijangka akan menggalakkan industri filem negara itu yang baru berkembang.

`Buat pertama kalinya dalam tempoh 35 tahun, kerajaan membenarkan panggung wayang komersial beroperasi semula seawal tahun depan,’’ kata Menteri Informasi, Awwad Alawwad. – AFP



Source link

read more

Mahkamah Agung AS benarkan sekatan perjalanan ke atas enam negara Islam



WASHINGTON: Mahkamah Agung membenarkan pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan membabitkan warganegara dari enam negara dengan majoriti warga Islam untuk memasuki Amerika Syarikat pada Isnin.

Larangan itu dikenakan kepada pelancong dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.

Kebenaran terbaharu daripada Mahkamah Agung itu akan dibawa ke Mahkamah Rayuan yang berpangkalan di San Francisco minggu ini

Resolusi oleh Mahkamah Rayuan akan membolehkan Mahkamah Agung mendengar semula dan memutuskan isu tersebut pada akhir Jun.



Source link

read more

Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre – Edmund



KUALA LUMPUR : Myanmar harus secara sukarela membenarkan ASEAN campur tangan berhubung dakwaan melakukan genosid terhadap etnik Rohingya melalui Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre).

Menurut wakil AICHR Malaysia, Edmund Bon berkata siasatan harus dijalankan terhadap pelaku yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

“Pendakwa raya dan pihak mahkahmah di Myanmar harus memulakan penyiasatan dan mengheret mereka yang bersalah dalam perbicaraan.

“Campur tangan AICHR dan AHA Centre menjalankan misi mencari fakta, menilai keperluan yang diperlukan dan memberikan bantuan secara langsung kepada mereka yang teraniaya,” katanya ketika dihubungi ASTRO Awani.

BACA: Isu Rohingya: Perjuangan Malaysia mula membuahkan hasil – PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Manila pada Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan.

BACA: PM Najib tiba di Manila untuk sidang kemuncak ASEAN ke-31

Sebelum ini kerajaan Myanmar didapati bersalah atas dakwaan melakukan genosid, jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

BACA: Kerajaan Myanmar bersalah lakukan genosid, jenayah perang – Tribunal



Source link

read more

Benarkan anak rakam iPhone X jurutera Apple dibuang kerja



SEORANG jurutera syarikat Apple dilaporkan telah dibuang kerja selepas anak perempuannya menggunakan siri iPhone terbaharu, iPhone X, tersebar.

Amelia Peterson telah merakamkan kunjungannya ke pejabat bapanya, Ken Bauer, hujung minggu lalu, sebelum memuat naik video itu ke akaun YouTube miliknya.

Dalam video itu, Bauer dilihat menggunakan aplikasi Apple Pay di iPhone tersebut, sebelum menyerahkan telefon itu  untuk digunakan anaknya.

Video berkenaan tiba-tiba menjadi tular, dan ia telah mengakibatkan bapanya hilang pekerjaan.

Dalam satu video yang dirakamkan Peterson selepas bapanya dibuang kerja, remaja itu berkata, mereka sekeluarga tidak marah dengan tindakan Apple, namun berharap syarikat berkenaan lebih teliti dan telus dalam memperincikan perihal undang-undang dan tatatertib.

“Bapa saya tidak tahu yang mengambil video dan gambar telefon itu di dalam kawasan syarikat merupakan satu kesalahan.

“Dia seorang pekerja yang rajin dan berhemah, dia pasti akan menghalang saya berbuat demikian jika dia tahu ia satu kesalahan,” kata Peterson.

Peterson juga berkata, dia tidak mempunyai niat jahat apabila memuat naik video berkenaan.

“Ia satu video biasa. Saya sendiri tidak sangka ia akan tular kerana video berkenaan iPhone X telah banyak dimuat naik ke YouTube,” jelas Peterson.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons