PAS HANTAR PEMAIN BOLA JE BERDEPAN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Memalukan! Bekas pemain bola sepak kebangsaan je yang diumumkan sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAN mewakili Pakatan serta calon dari Barisan Nasional.

Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.

Abdul Hadi juga turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.

PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini. Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.




Source link

read more

May berdepan kritikan lancar serangan ke atas Syria – Nasional


LONDON 15 April- Perdana Menteri Britain, Theresa May semalam berdepan kritikan hebat parti pembangkang selepas melancarkan serangan tentera ke atas Syria semalam tanpa berunding dengan Parlimen.

Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu menjelaskan rasional serangan udara itu, parti pembangkang mendakwa serangan terbabit meragukan, berisiko memburukkan konflik dan sepatutnya diluluskan oleh ahli Parlimen.

“Bom tidak akan menyelamatkan nyawa atau membawa keamanan,” kata pemimpin veteran berhaluan kiri dari Parti Buruh, Jeremy Corbyn. – AFP



Source link

read more

Lelaki berdepan detik cemas van dipandu masuk laut



CALIFORNIA: Seorang lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat apabila van mini yang dipandunya terjatuh ke dalam laut ketika melalui kawasan tebing bukit di California Utara, Amerika Syarikat.

Jurucakap Sherif di San Mateo County, Rosemerry Blankswade berkata kejadian berlaku pada Jumaat di Montara State Beach berhampiran Devil’s Slide.

Menerusi rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen KGO-TV di California, anggota bomba tersebut terpaksa menuruni tebing yang curam dengan menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa.

Detik cemas dilalui mangsa berakhir apabila dia berjaya dibawa naik ke daratan selepas itu.

Dia kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.



Source link

read more

Seriau Jason Statham berdepan jerung gergasi



LAUT itu luas dan amat dalam. Banyak rahsia terkandung di dalamnya. Ada yang telah kita teroka namun masih banyak misteri yang belum lagi terungkai.

Ramai percaya jauh ke dasar laut masih wujud haiwan buas pra-sejarah yang  menunggu masa untuk muncul ke permukaan air.

Jika benar, apa perasaan anda sekiranya ia menjelma di depan mata, teruja atau seriau?

Perasaan itu mungkin dapat anda rasai menerusi filem The Meg terbitan dan edaran Warner Bros Pictures.

Mempertaruhkan Jason Statham sebagai watak utama Jonas Tylor filem aksi thriller ini bakal mengembalikan ketakutan seperti kali pertama anda menonton filem Jaws (1975) arahan Steven Spielberg.

The Meg berkisar mengenai sebuah kapal selam yang digunakan dalam program pemerhatian bawah laut antarabangsa yang diserang jerung pra-sejarah sepanjang lebih 21 meter yang dikenali sebagai The Megalodon.

Serangan merosakkan sistem kapal selam itu menyebabkannya tersadai di dasar laut.

Dengan masa yang semakin suntuk ,Tylor pakar penyelam laut dalam ditugaskan bagi menyelamatkan kru yang terperangkap.

Disinilah bermula konflik dalaman Tylor antara tannggungjawab tugas dan tentangan daripada anaknya Suyin lakonan Li Bingbing.

Filem ini diadaptasi daripada novel fiksyen Meg: A Novel of Deep Terror tulisan Steve Alten pada 1997. Ia bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2018.



Source link

read more

Bangunan studio tarian terbakar 15 remaja perempuan berdepan detik cemas



NEW JERSEY: Sekumpulan 15 remaja perempuan berdepan detik cemas apabila bangunan yang menempatkan studio tarian mereka dijilat api di Edgewater, New Jersey, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menerusi rakaman seorang saksi, kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat balkoni dan tingkap bangunan sebelum terjun pada ketinggian satu tingkat.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar juga bertungkus lumus memberi bantuan dengan menyediakan tangga dan memecahkan salah satu tingkap bangunan bagi memudahkan kesemua mereka turun.

Menurut Datuk Bandar Edgewater, Michel Joseph McPartland kesemua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri mengalami cedera ringan dan sedang menerima rawatan.

Pemilik premis, Tony Nehmi dan seorang pegawai polis turut membantu menyelamatkan mangsa semasa api sedang marak.

Punca kebakaran di bangunan tersebut yang juga menempatkan sebuah bengkel kenderaan sedang disiasat oleh pihak berkuasa.



Source link

read more

Gara-gara tegur isu pencemaran pengarang majalah berdepan hukuman penjara



CHIANG MAI: Pengarang majalah Citylife Chiang Mai pada Jumaat membuat permohonan maaf kepada gabenor wilayah atas tuduhan memuat naik gambar raja purba dengan memakai topeng pencemaran yang dilukis oleh seorang pelajar.

Pengarang majalah gaya hidup berkenaan, Pim Kemasingki, telah memohon maaf terhadap Gabenor Wilayah Chiang Mai, Pavin Chamniprasart secara peribadi, lapor Bangkok Post.

Pim juga menjelaskan ia hanya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan dan amalan pembakaran ladang.

Kenyataan maaf itu dibuat pengarang terbabit melalui satu surat yang telah ditandangani oleh gabenor wilayah berkenaan.

“Menyebarkan imej tiga raja memakai topeng pencemaran adalah satu penghinaan dan mengguris hati masyarakat Chiang Mai.

“Ia juga mengeruhkan imej Chiang Mai yang mampu memberi kesan terhadap pelancongan, seterusnya memberi dampak negatif terhadap ekonomi di wilayah Chinag Mai,” akui Pim melalui surat berkenaan.

Pim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer kerana menyebarkan maklumat tidak benar dan menggugat keselamatan negara.

Melalui penulisan di dalam majalah itu, pemerintah wilayah berkenaan telah dikritik atas tindakan mereka yang menunjukkan ketidakprihatinan dalam mengatasi isu jerebu bermusim.

Pihak terbabit tidak memberi sebarang respons setelah diminta memberi komen dan turut menyatakan setiausahanya sedang sibuk menghadiri mesyuarat mengenai isu jerebu sepanjang hari pada Isnin lepas.

Kontroversi tersebut juga menyebabkan penerbit majalah berkenaan terpaksa membatalkan penganjuran perarakan antipencemaran seperti yang dirancang pada Jumaat.

Penerbit majalah Citylife Chiang Mai sedang berusaha menjalankan kempen kesedaran mengenai pencemaran udara yang kian menjadi-jadi di wilayah berkenaan disebabkan aktiviti pembakaran terbuka dan pengeluaran asap kenderaan.



Source link

read more

Bekas presiden Brazil diberi kata dua serah diri atau berdepan tangkapan



RIO DE JANEIRO: Seorang hakim di Brazil pada Khamis memerintahkan agar bekas presiden yang ingin bertanding semula, Luiz Inacio Lula da Silva, menyerah diri atau berdepan tangkapan.

Sergio Moro mengeluarkan perintah itu beberapa jam selepas Mahkamah Agung Persekutuan menolak permohonan habeas corpus yang bertujuan mengelak Lula menjalani hukuman penjara 12 tahun sehingga proses rayuan beliau selesai.

Moro memerintahkan Lula menyerah diri kepada pihak berkuasa di Curitiba, ibu kota Negeri Parana, sebelum pukul 5 petang waktu tempatan (2000 GMT) pada Jumaat.

Hakim itu berkata satu tempat khas telah disediakan di ibu pejabat polis persekutuan untuk Lula memulakan hukumannya.

“Bekas presiden itu akan diasingkan daripada banduan lain, dan tidak akan berdepan risiko diapa-apakan secara moral atau fizikal,” katanya.

Tahun lepas, Moro mensabitkan Lula atas kesalahan menerima faedah-faedah istimewa daripada sebuah firma pembinaan utama yang memenangi kontrak kerajaan yang menguntungkan dari Petrobras, termasuk penggunaan sebuah apartmen mewah di tepi pantai.

Peguam Lula, Cristiano Zanin, bagaimanapun membantah tarikh akhir yang ditetapkan atas alasan anak guamnya masih boleh memfailkan lagi rayuan kepada Mahkamah Agung Persekutuan dan Mahkamah Agung Keadilan sebelum 10 April.

Lula, yang mendahului dalam pilihan raya presiden meskipun berdepan beberapa kes di mahkamah, menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau dianiaya untuk menghalangnya daripada bertanding semula.

Hukuman asal yang dijatuhi ke atas Lula, iaitu penjara sembilan tahun lebih, telah ditambah kepada 12 tahun oleh sebuah mahkamah rayuan pada Januari.

— BERNAMA-NNN-XINHUA



Source link

read more

Masa dirogol rapat kaki tak hakim berdepan dakwaan salah laku kerana soalan sensitif



SEORANG hakim mahkamah tinggi di Amerika Syarikat berdepan dakwan salah laku kerana bertanyakan kepada seorang wanita sama ada dia cuba ‘merapatkan kakinya’ semasa dirogol.

Hakim Mahkamah Tinggi New Jersey, John Russo, membuat kenyataan itu dalam satu sesi pendengaran dua tahun lalu, lapor portal berita The Independent.

Wanita itu dilaporkan sedang mendapatkan perintah larangan menghampiri terhadap seorang lelaki yang didakwa telah memaksanya melakukan hubungan seks.

“Adakah kamu tahu bagaimana hendak menghalang seseorang dari mengadakan hubungan seks dengan kamu?” Soal hakim tersebut seperti yang dipetik dalam transkrip.

Aduan ‘salah laku terhadap mangsa’ merupakan satu daripada empat dakwaan yang dikenakan terhadap Russo oleh Jawatankuasa Penasihat Mahkamah Agung mengenai Perilaku Kehakiman.

“Hakim Russo mengharapkan agar pendengaran awam diadakan di mana dia boleh menjawab pertuduhan terhadapnya.

“Kami menghormati proses itu serta jawatankuasa penasihat mengenai tingkah laku kehakiman, dan oleh itu tidak akan mengulas lanjut,” kata peguamnya, David Corrigan.

Corrigan berkata anak guamnya itu mempunyai 20 hari untuk memberi respons terhadap aduan itu, namun sesi pendengaran tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Russo telah digantung daripada tugas kehakiman sejak April lalu selepas berdepan beberapa siri pertuduhan berasingan.

Berikutan pendengaran tersebut, jawatankuasa itu kemudiannya akan menasihati Mahkamah Agung negeri mengenai apa tindakan tatatertib awam harus diambil, jika ada.

Menurut Asbury Park Press, Russo telah dihalang daripada tugas kehakimannya sejak April tahun lepas melalui siri tuduhan berasingan.

Russo juga dilaporkan enggan mengambil ujian penilaian kesihatan mental seperti yang diperintahkan oleh hakim Marlene Lynch Ford.



Source link

read more

Mampukah BN Kedah berdepan dengan aura Tun M?


JIKA pilihan raya sebelum ini musuh tradisi Barisan Nasional (BN) di Kedah adalah Pas.

Kali ini  berbeza kerana BN akan berdepan musuh baharu yang mana ketuanya dahulu pernah mentadbir kerajaan dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah yang berpaling tadah bukan kecil anak impaknya kepada Negeri Jelapang Padi itu.

Mereka menyasarkan Kedah sebagai gelanggang utama mereka dalam misi menumbangkan BN.

Pertandingan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielak, Pas bersama Gagasan Sejahtera memberi isyarat akan bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan Harapan (PH) juga dijangka meletak calon mereka di kerusi-kerusi yang secara tradisinya ditandingi Pas dan BN.

Berbeza kali ini, mampukah BN di Kedah berdepan lawan dengan Mahathir dan geng PH dan Mukhriz sebagai bekas menteri besar yang didakwa masih berpengaruh di negeri itu.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan BN memegang 21 kerusi, 8 (PAS), 2 (DAP), 1 (PAN).

Negeri itu juga mempunyai 15 kerusi Parlimen, BN berkuasa di 10, PKR (4) dan PAS (1).

Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Shahron Nizan Mohd. Zain ‘kehebatan’ dan aura individu tidak cukup kuat mempengaruhi pemilihan sesebuah kerajaan.

Mampukah BN Kedah berdepan dengan aura Tun M?

Menurutnya, rakyat perlu melihat track record seseorang pemimpin dan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilihat mempunyai rekod yang baik sepanjang perkhidmatannya.

Jelas Shahron, banyak program pembangunan dilaksanakan oleh Ahmad Bashah tidak meminggirkan golongan anak muda malahan beliau berjaya menyelesaikan isu-isu yang tertangguh pada zaman Mukhriz.

“Kedah sendiri Ahmad Bashah telah melakukan pelbagai inisiatif dan kemudahan untuk orang muda antaranya Program IMANs yang melatih golongan pelajar lepasan ijazah yang dijadikan angkat kepada exco kerajaan negeri untuk mempelajari selok belok pentadbiran sesebuah negeri supaya di masa hadapan mereka akan menjadi pentadbir dan pemimpin negeri yang sudah berpengalaman.

“Dalam bidang pendidikan usaha MB dalam menaik taraf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada Universiti penuh adalah demi generasi muda kini mudah untuk mendapatkan ilmu di negeri sendiri..

“Tidak seperti semasa Mukhriz yang menjadi MB dulu, tidak banyak yang difikirkan untuk golongan muda sebenarnya , tiada inisiatif seperti sekarang malah KUIN juga dirancang untuk dijual kerana tidak mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah ssbelum itu,” kata beliau kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula melihat lawan sebenar mereka adalah Pas dan bukan PH.

Mampukah BN Kedah berdepan dengan aura Tun M?

Menurutnya, kekuatan jentera yang lebih strategik dimiliki oleh Pas sejak sekian lama di Kedah.

“Dahulu pertembungan sebenar BN di Kedah adalah Pas tak pernah (kerana) PKR dan DAP. Sebelum ini jentera Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada Pas.

“Jadi, pilihan raya kali ini agak menarik bagaimana PH akan bergerak tanpa jentera mereka,” beliau dipetik berkata baru-baru ini.

Faktor kekuatan jentera tidak dinafikan akan menjadi penentu utama di Kedah, PH dilihat tempang tanpa Pas kerana kebergantungan mereka dalam dua pilihan raya umum kepada jentera ahli parti Pas.

Apa pun, jentera akar umbi BN di Kedah perlu diperkukuhkan khususnya dalam menyampaikan maklumat dan menangkis dakwaan pembangkang secara berfakta bagi mengekang pengaruh Mukhriz dan Mahathir.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir mencadangkan, BN perlu lebih proaktif dan agresif dalam menyalurkan maklumat mengenai jasa dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang pentadbiran Ahmad Bashah agar pengundi dapat membuat pertimbangan.

“Kena lihat apa sumbangan, dapat tak Ahmad Bashah kalah rekod dengan MB terdahulu? Beliau kena buktikan keupayaannya dan perlu tonjolkan trak rekod lebih baik berbanding Mukhriz.

“Semua ini penting jika Ahmad Bashah dan BN mahu mengekang pengaruh Mukhriz dan bapanya,” kata beliau.

Selain itu, Salawati berkata, Ahmad Bashah juga perlu menumpukan kepada kebajikan dan pembangunan rakyat kerana isu kemiskinan dan kos sara hidup penduduk di Kedah amat genting.

“Berbalik kepada strategi kempen, BN kena ada penambahbaikan tentang pembangunan kebajikan kebajikan rakyat… sebagai contoh isu harga getah dan isu kemiskinan yang membelenggu rakyat luar bandar di negeri tersebut,” ujarnya. –theRakyat

 

 



Source link

read more

Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat



SHAH ALAM: Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederakan anak lelakinya pada bulan lepas, berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan ke atasnya hari ini.

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan seksyen dalam pertuduhan itu.

Pindaan  tersebut adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 dibaca bersama Seksyen 326A kanun  sama.

Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu manakala Seksyen 326A pula memperuntukkan hukuman dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 324.

Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan pertuduhan pindaan itu terhadap Armin Zaharin iaitu dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunakan rotan di sebuah rumah di Denai Alam di sini, kira-kira 8 hingga 11.30 malam pada 24 Feb lepas.

Bekas pramugara kanan sebuah syarikat penerbangan yang berusia 53 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun  sama.

Armin  Zaharin, yang memakai kemeja-T kelabu dan seluar jeans biru, bagaimanapun tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya seperti pertama kali dia dihadapkan ke mahkamah sama pada Selasa lepas.

Lelaki itu ditangkap pada 2 Mac lalu, selepas Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Feb lepas.

Berhubung soal ikat jamin, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mengekalkan jumlah RM10,000 seperti yang dicadangkannya pada prosiding sebelum ini.

Peguam Muhammad Zufar Elias yang mewakili Armin Zaharin berkata jumlah ikat jamin RM5,000 yang ditetapkan mahkamah sebelum ini memadai memandangkan anak guamnya bekerja sendiri dan hanya memperoleh pendapatan berdasarkan komisen yang diterima.

“Anak guam saya juga mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak sihat, selain ini merupakan kesalahan pertamanya,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudian mengekalkan jumlah jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 6 April depan untuk serahan dokumen.

Ziana, yang popular dengan lagu Madah Berhelah, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

— BERNAMA



Source link

read more