Selepas Django Unchained Leonardo DiCaprio dan Quentin Tarantino bergabung lagi



SIAPA yang pernah menonton filem Django Unchained pasti mengakui kehebatan filem arahan pengarah terkenal Quentin Tarantino itu.

Filem yang berkisar kisah balas dendam lelaki kulit hitam mangsa penghambaan itu turut menampilkan pemenang Oscar, Leonardo DiCaprio selaku antara teraju utama.

Terbaharu dua figura hebat perfileman Hollywood ini bakal kembali bergabung dalam filem yang belum diumumkan lagi tajuknya.

Berlatar belakang tahun 1969, filem berkenaan berkisar mengenai pembunuhan Sharon Tate, isteri kepada pengarah filem kontroversi Roman Polanski.

DiCaprio ketika ini dalam proses rundingan dengan pihak penerbitan. Turut dirisik bagi menjayakan filem ini termasuk Margot Robbie yang pernah bergandingan bersamanya dalam The Wolf of Wall Street dan Tom Cruise.

Filem terbitan bersama Tarantino, David Heyman dan Shannon McIntosh itu dijadual ditayangkan pada 9 Ogos 2019, sempena genap 50 tahun pembunuhan Tate dan beberapa rakannya oleh pengikut Charles Manson.



Source link

read more

Cikgu Meera, Slash, Baggio Damasutra bergabung dalam Jom Chat malam ini – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Segmem bual santai secara interaktif Jom Chat di Utusan Online merupakan satu platform yang diintai ramai artis dan selebriti tanah air untuk membantu mereka menguar-uarkan tentang single dan persembahan yang bakal diadakan.

Malam ini, pukul 9 malam, selama satu jam Jom Chat menggabungkan tiga artis sekali gus iaitu Cikgu Meera atau Nur Ameera Nabila Azmi yang popular selepas menjadi tular di laman aplikasi ‘smule’ tahun lepas.

Kumpulan Slash yang bergerak dengan genre pop rock dan dikenali dengan lagu berjudul Taman Astakona kini melahirkan single terbaharu mereka berjudul Melodi Kasih.

Slash yang dibarisi oleh Nuar (vokalis), Joe, Rafix, Jack dan Alin kini bernaung di bawah label mereka sendiri iaitu Astakona menggunakan khidmat Adi daripada kumpulan 6ithsense selaku penerbit untuk kembali menggamit peminat muzik bagi menyokong perjalanan karier mereka.

Bagi Baggio vokalis kumpulan otai Damasutra, beliau sekali lagi tampil dalam Jom Chat malam ini untuk memberitahu kepada para pelayar Utusan Online tentang persembahan yang bakal diadakan oleh Damasutra di ibu kota pada Sabtu ini.

Nantikan dan tonton Jom Chat bersama Cikgu Meera, Slash dan Baggio yang dihoskan oleh pengacara Apak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Beregu perak Sukan Olimpik kembali bergabung – Badminton


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Demi persiapan Piala Thomas 2018 dan peraturan baharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong digandingkan semula hanya selepas tiga bulan dipisahkan.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, bermula tahun depan, BWF menetapkan pusingan kelayakan tidak akan diguna dalam kejohanan Tahap 2 dan 3 (Siri Super Premier serta Siri Super), sekali gus menyukarkan peluang kedua-dua pemain itu untuk beraksi memandangkan ranking mereka bersama gandingan baharu masing-masing agak rendah.

V Shem sebelum ini digandingkan dengan Teo Ee Yi, manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin. Bagaimanapun Ee Yi kini akan kembali bergabung dengan Yew Sin demi menguatkan kombinasi mereka.

“V Shem-Wee Kiong dan Ee Yi-Yew Sin akan digandingkan semula dalam beberapa kejohanan selepas ini sebagai persediaan menghadapi Piala Thomas tahun hadapan kerana mereka masih di kedudukan yang baik dalam ranking dunia yang lama. Ini secara tidak langsung akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan baik untuk aksi kelayakan.

“Dalam beberapa bulan akan datang, gandingan lama ini akan menyertai kejohanan berbeza kerana BWF sudah menetapkan peraturan baharu bahawa tiada lagi pusingan kelayakan bagi kejohanan Tahap 2 dan 3.

“Jadi, Malaysia akan berdepan risiko besar sekiranya meneruskan gandingan Wee Kiong-Yew Sin dan V Shem-Ee Yi kerana mereka berkemungkinan tidak layak beraksi dalam kejohanan Tahap 2 dan 3,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Badan induk badminton negara itu sebelum ini terpaksa memisahkan V Shem-Wee Kiong selepas gandingan itu menunjukkan penurunan prestasi yang drastik ekoran masalah komunikasi.

Tindakan tersebut menyaksikan V Shem digandingkan bersama Ee Yi, manakala Yew Sin bersama Wee Kiong dalam beberapa kejohanan sebelum ini, namun gagal menghasilkan sebarang keputusan positif.

Kelayakan Piala Thomas 2018 akan diadakan di Alor Setar pada 6 hingga 11 Februari, dan jika layak Malaysia akan beraksi dalam pusingan akhir di Bangkok dari 20–27 Mei. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Akhbar tempatan bergabung bentuk platform pengiklanan digital – Ekonomi


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Sebanyak 11 akhbar utama Malaysia bergabung membentuk platform pengiklanan digital dikenali sebagai Malaysia Premium Publishers Marketplace (MPPM) bagi melindungi kepentingan pengiklan dan memastikan ketelusan di samping memberi jaminan keselamatan, .

Gabungan itu membabitkan Utusan Malaysia, Kosmo, New Straits Times, The Star, Berita Harian, Harian Metro, Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Daily, The Edge dan Guang Ming Daily.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times, Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, penggabungan itu juga bagi memenuhi keperluan pasaran iklan digital ketika ini dengan menyediakan penyelesaian lebih baik dan memudahkan proses pembelian iklan secara dalam talian atau iklan digital di negara ini.

“MPPM menyediakan lebih banyak inventori iklan premium yang tidak boleh didapati di pasaran terbuka. Dengan ramai pengamal media di belakang MPPM kami menyasarkan untuk menyediakan format iklan yang lebih kreatif dengan capaian audien yang lebih luas,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persedahaman (MoU) antara syarikat-syarikat penerbit 11 akhbar utama tersebut di sini hari ini.

Abdul Jalil yang juga Pengerusi Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia berkata, pengiklanan digital direka untuk mengautomasikan bagaimana dan di mana iklan diletakkan dalam talian. dan menjanjikan jangkauan luar biasa.

“Sudah tiba masanya syarikat media mencari penyelesaian yang lebih baik untuk memudahkan dan memperbaiki proses pembelian iklan dan mengetahui keperluan pasaran.

“MPPM menawarkan penyiaran iklan yang lebih telus dan memenuhi kehendak sasaran pengiklan,” katanya.

Melalui kerjasama ini katanya, para pengiklan akan dapat memilih platform pilihan untuk mereka mengiklankan perkhidmatan atau produk yang mana ini akan memastikan iklan mereka itu tidak berakhir di laman web yang tidak sepatutnya.

“Tidak dinafikan bahawa pasaran pengiklanan digital global banyak dibayangi oleh konglomerat digital gergasi seperti Facebook dan Google, tetapi satu perkara yang pasti, penubuhan MPPM akan memastikan keselamatan, ketelusan dan keselamatan jenama yang lebih baik kepada pemasar kerana kita ada kawalan yang lebih baik terhadap kandungan,“ kata Jalil.

Penerbitan dipilih menyertai gabungan pada fasa pertama ini berdasarkan capaian dalam talian mereka serta kandungan berkualitia, namun MPPM merancang untuk mendapatkan lebih banyak penerbit dalam talian tempatan untuk menyertai projek ini pada masa akan datang.

Dalam memastikan ketelusan dan standard operasi etika MPPM yang lebih baik, sebuah syarikat pihak ketiga akan menguruskan inventori iklan untuk memudahkan dan memastikan penghantaran inventori iklan dalam talian yang berkualiti kepada pengiklan.

MPPM dijangka beroperasi pada pertengahan Februari tahun depan sebelum sambutan Tahun Baru China.

Di majlis tersebut, Utusan Malaysia telah diwalili oleh Pengarah Eksekutif Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Mohd. Yazid Ahmad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons