Gara-gara bergaduh, pelumba China disingkir LTdL


Pelumba_Giant_tersingkir_dari_LTdL_kerana_serang_pelumba_TSG_field_image_listing_featured.variant_0MO, 21/3/2018, KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Giant Cycling Team dari China, Chen Zhiwen disingkirkan daripada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL) selepas didapati bersalah melakukan kekasaran ke atas pelumba lain sebaik berakhirnya saingan di Kuala Terengganu, semalam.

Dia didapati melakukan perbuatan itu ke atas pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh selepas berakhirnya saingan peringkat ketiga daripada Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Komisar LTdL 2018 dalam laporannya membuat keputusan menyingkirkan pelumba itu mengikut Artikel 30.1 kerana didapati bertindak ganas ke atas pelumba lain.

Zhiwen juga dikenakan hukuman mengikut Artikel 37bis atas kesalahan melakukan perbuatan yang merosakkan imej sukan berbasikal. Bagi kesalahan ini dia dijatuhi hukuman didenda.

Mohd Hariff juga didapati bersalah mengikut artikel sama dan turut didenda.

Dalam pada itu, kejadian berdekatan sebuah pasar di Kuala Terengganu itu berjaya dirakamkan oleh orang ramai, sebelum video berdurasi selama 39 saat itu viral menerusi media sosial sejak beberapa jam lalu.

Paparan video berkenaan yang berlatar belakangkan kawasan Pasar Payang itu menunjukkan pelumba pasukan Giant berkenaan tiba-tiba saja menyerang Mohd Hariff dengan menggunakan tangan dan rim basikal.

Pelumba TSG itu kemudian dilihat bertindak balas dengan membaling basikal ke arah Zhiwen, sebelum beberapa pelumba lain yang berada berhampiran meleraikan mereka.



Source link

read more

Nafi bergaduh Azhar rindu berkongsi pentas dengan Hael Husaini



PENYANYI Azhar Osman mengakui rindu untuk berkongsi pentas dengan bekas rakan duonya, Hael Husaini.

“Saya tak bergaduh pun dengan Hael. Hubungan kami sebagai sahabat masih baik. Saya akui, rasa rindu untuk berkongsi pentas dengan Hael itu ada.
 
“Tetapi untuk kami sama-sama bergabung sebagai Azhael untuk membuat projek baru, saya rasakan perkara itu tak mungkin terjadi buat masa sekarang sebab masing-masing sibuk dengan projek solo.
 
“Namun begitu, saya tak menolak sebarang peluang untuk bekerjasama dengan Hael di masa akan datang. Saya juga terima sekiranya kami mendapat tawaran untuk bergabung melakukan persembahan pentas.

BACA: Jampi Hael Husaini menjadi, bolot trofi juarai AJL32
 
“Lagu Azhael seperti Hujung Waktu dan Mencinta juga masih mendapat permintaan peminat. Semuanya boleh dipertimbangkan jika kena dengan masa dan keadaan,” kata Azhar.
 
Belum memikirkan lagi mengenai single solo, Azhar juga tidak menolak sekiranya dia berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael.

BACA: Rahsia Hael Hussaini sering pakai cermin mata hitam
 
“Dia memang berbakat sebagai seorang komposer. Saya sudah lama nampak bakatnya sebagai pencipta lagu tetapi ketika itu, dia tak yakin menggubah sebuah lagu untuk Azhael.
 
“Sekiranya ada peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael, apa salahnya? Saya pasti akan berbangga menyanyikan lagu nukilan sahabat sendiri,” katanya lagi.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
 
Foto: Instagram @712studios
 



Source link

read more

Gara-gara skandal seks PM dan TPM Australia bergaduh



CANBERRA: Hubungan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce tegang selepas Joyce membidas kenyataan Turnbull berkaitan pengharaman hubungan seks antara Menteri dan pegawai. 

Joyce berkata, kenyataan Turnbull berkaitan hubungan sulit beliau bersama bekas Setiausaha Akhbarnya sebagai tidak wajar dan tidak perlu.

Menurut laporan South China Morning Post, Joyce yang mengetuai parti komponen dalam pakatan kerajaan minggu lepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya sehingga wanita itu mengandung.

Turnbull pada Khamis berkata Joyce membuat pertimbangan salah ketika melakukan hubungan sulit dengan bekas pembantunya.

Tambahnya, tindakan Joyce itu satu bentuk penghinaan terhadap isterinya yang diabaikan bersama empat orang anak perempuan dan juga teman wanita baharunya, Vikki Campion.

Joyce dalam sidang media pada Jumaat berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam parti mahupun sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Nada Joyce yang kedengaran marah menandakan ketegangan hubungan dua pemimpin utama Australia.

Meskipun Turnbull bakal melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, namun Joyce tidak akan memangku jawatan perdana menteri kerana beliau mengambil cuti peribadi selepas skandal tersebut terbongkar.

Tugas perdana menteri akan dipangku Menteri Kewangan Mathias Cormann sementara Turnbull melakukan lawatan rasmi ke AS.



Source link

read more

Johan Asari mengaji netizen bergaduh



PENGIKUT Johan As’ari berbalah sesama sendiri di ruangan komen Instagram (IG) pelakon tersebut dan mempertikai cara aktor itu mengaji Al-Quran.

Ada di antara pengikut yang terang-terangan menghentam Johan kerana mendakwa bacaannya tidak betul, dan sengaja memuat naik video atas tujuan riak.

Namun ada juga yang menegur dengan cara baik dan memperbetulkan kekhilafan bacaan Johan selain meminta pelakon itu memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Mereka turut menasihati pengikut lain yang ada prasangka buruk dengan memberitahu, sekurang-kurangnya Johan berusaha menunjukkan sesuatu yang baik apabila memuat naik videonya membaca Al-Quran.
 



Source link

read more

Suspek kes keganasan rumah tangga bergaduh dengan polis di Facebook


SEORANG lelaki yang diburu polis nampaknya tidak menjadikan situasi itu sebagai penghalang untuk terus menikmati kemudahan media sosial.

Jamie Murphy diburu polis Preston, England, selepas terbabit dalam satu kes keganasan rumahtangga, November lalu.

Rabu lalu, Jabatan Polis Preston memuat naik status beserta gambar mugshot Murphy, ke akaun Facebook rasmi mereka.

Dalam kapsyen bersama status itu, polis meminta Murphy menyerah diri untuk memudahkan siasatan.

Namun ia nyata tidak menggembirakan Murphy dan lelaki itu meninggalkan komen pada status tersebut.

“Saya tak jaga tepi kain orang, jadi saya harap orang lain juga tidak masuk campur urusan keluarga saya,” tulis Murphy.

Murphy berkongsi status Polis Preston ke akaun Facebooknya.

Murphy anggap penyiaran gambarnya oleh polis sebagai perbuatan 'jaga tepi kain'.
Tidak cukup dengan itu, Murphy berkongsi status tersebut ke akaun Facebooknya, selain memuat naik satu status mengecam pihak berkuasa, menggunakan perkataan yang tidak sopan.

Dalam reaksi balas mereka, pihak polis meminta Murphy berhenti ‘buat perangai’ dan terus ke balai polis berdekatan untuk menyerah diri.

“Apa yang anda tulis di sini takkan dapat membela anda. Kami sarankan anda segera menyerah diri kerana kami tidak akan berhenti mencari anda,” kata polis.

Ketika berita ini ditulis, Murphy masih belum menyerah diri, sebaliknya sempat memuat naik satu status ke Facebook, 14 jam yang lalu.



Source link

read more

Pekerja buruh binaan warga Indonesia maut bergaduh – Jenayah


PADAWAN 9 Dis. – Seorang pekerja buruh binaan warga Indonesia maut dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan Kuching City Mall di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Agustinus, 22, berasal dari Singkawang, Indonesia meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, pergaduhan antara suspek dan mangsa tersebut tercetus apabila suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dikatakan telah menuduh mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum itu.

“Suspek kemudian mencabar mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum berlakunya pergelutan antara mereka.

“Pergaduhan kira-kira lima minit itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, siasatan awal mendapati mangsa bersama suspek berusia 26 tahun serta 10 rakan mereka yang lain dikatakan minum alkohol di rumah pekerja itu sejak pukul 5 petang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dan suspek telah berselisih faham sejak tiga hari lalu.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak HUS untuk bedah siasat.

“Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more