Guru bergurau rentap tudung pelajar dalam kelas digantung tugas



SEORANG guru di Tennessee, Amerika Syarikat, digantung tugas selepas dengan sengaja menanggalkan hijab salah seorang pelajarnya.

Guru berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, berbuat demikian dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di New Vision Academy yang terletak di Nashville, minggu lalu.

Video rakaman itu dimuat naik oleh guru tersebut ke Snapchat.

Berdasarkan rakaman, guru itu seolah-olah mahu bergurau dengan pelajar terbabit.

Turut dimuat naik adalah beberapa rangkap kapsyen, antaranya berbunyi ‘Rambut yang cantik tetapi disembunyikan’.

Pelajar terbabit dilihat cuba untuk menutup rambutnya kembali namun tidak berjaya kerana guru itu cuba bermain-main dengan rambutnya.

Ia menaikkan kemarahan ramai terutamanya kumpulan sokongan penganut agama Islam di Amerika, dan meminta guru itu dilucutkan daripada jawatannya.

Menurut laporan portal Tennessean, satu siasatan telah dimulakan oleh sekolah itu, dan guru tersebut digantung tugas tanpa gaji.

“Kami telah menjalankan siasatan kes ini. Buat masa ini tiada keputusan berkenaan tindakan selanjutnya, tetapi kami akan berjumpa dengan guru itu tidak lama lagi untuk berbincang,” kata peguam yang dilantik.



Source link

read more

Hazami sentap Nabil bergurau kasar



Penyanyi Hazami menegaskan tiada kemelut melanda hubungan baiknya dengan pelawak Nabil Ahmad susulan jenaka bersifat gangguan seksual yang dilakukan pada minggu pertama konsert Gegar Vaganza 4 (GV4).

Jelas Hazami, dia menyifatkan gurauan yang berlaku sepanjang rancangan GV4 adalah gurauan adik-beradik dan tidak memendam dendam.

Malah, dia sentiasa mengingatkan pelawak itu agar menjaga batas-batas gurauan bagi mengelakkan timbul sebarang kontroversi sekali gus mengguris hati peminat-peminatnya.

“Kami kenal satu sama lain dalam tempoh yang lama malah dia pun tahu cara untuk bergurau dengan saya. Kalau orang yang baru kenal saya, mana mungkin boleh bergurau sampai sedemikian.

“Saya pun anggap dia seperti adik-beradik saya, muka saya nampak serisu sebab tidak mahu dia melampaui batas.

“Kalau nak tahu, setiap minggu pun saya sentiasa berpesan kepadanya supaya tidak melampau kerana saya juga perlu jaga hati peminat saya yang mungkin tidak boleh menerima cara Nabil melawak.

“Saya tahu dia perlu hidupkan suasana dan saya pula kena jaga hati ramai pihak. Jadi, langkah selamat dia minta saya ‘hentam’ dia balik minggu ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 42 tahun, dikatakan terguris dengan gurauan seksual Nabil yang memegang lehernya selepas usai membuat persembahan pada konsert GV4 minggu lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Mens Health, @hazamiofficial



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons