Polis siasat Facebook Amelsan Tahagi berhubung berita palsu


MIRI: Polis mula menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook yang menggunakan nama Amelsan Tahagi kerana memuat naik berita palsu tentang perbuatan menculik kanak-kanak untuk mengambil organ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis mengambil maklum tentang penyiaran berita palsu itu, yang diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Dev juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang dan polis sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Perbuatan membuat dan menyebarkan berita palsu yang menimbulkan ketakutan adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya. — Bernama



Source link

read more

Usah kelirukan rakyat berhubung Dana Khas – Ahmad Razif – Terengganu


KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi peringatan kepada pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) dengan pelbagai tuduhan buruk semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sentiasa telus berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan, dan tidak pernah sesekali menyembunyikan jumlah dana yang diterima namun tetap dijaja sebagai isu.

Tegasnya, sehingga kini pembayaran DKKP tidak mempunyai sebarang masalah, bahkan butiran mengenai senarai penuh jumlah pembayaran hasil DKKP sejak tahun 1978 di samping senarai jadual bayaran balik perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Pusat dan senarai projek yang dibayar balik ada dicatatkan dalam rekod.

“Berulang kali saya sebut dan jawab hal ini dalam hampir setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang, sebenarnya tidak ada isu langsung. Saya harap ini kali terakhir, timbul macam yang diceritakan kononnya duit ini digunakan di negeri lain.

“Memang kita akui ada lapan projek yang telah menggunakan duit dana kerajaan negeri berjumlah RM2.169 bilion tetapi kita dapat kembali kerana bayaran dibuat mulai 2011 dan tahun ini, kita sudah terima RM220 juta.

“Untuk tahun depan pembayaran pada awal Januari sebanyak RM220 juta lagi, 2019 (RM220 juta) dan pada 2020 sebanyak RM229.8 juta,” katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil pendekatan berdiplomasi dan bukan berkonfrontasi sekali gus berharap rakyat dapat memahami hubungan akrab yang terjalin dengan kerajaan Pusat mampu menyelesaikan banyak masalah di samping memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Justeru, katanya, pembangkang tidak perlu menonjolkan diri seolah-olah merekalah juara dalam soal itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama berusaha menyelesaikan masalah tersebut semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Beliau menempelak pembangkang yang menuduh kerajaan BN adalah pengkhianat sebaliknya mengingatkan mereka bahawa merekalah yang mengkhianati termasuk kepada pengikut sendiri sambil turut memberi contoh tindakan pembangkang ketika diberi peluang sepenggal memerintah negeri oleh rakyat.

“Apabila dikatakan kita melakukan pengkhianatan kepada rakyat, saya rasa ini satu jenaka. Kerana mereka yang menuduh kita melakukan pengkhianatan adalah juga penerima manfaat daripada usaha-usaha kita.

“Justeru, saya tiada pilihan melainkan untuk membalas kenyataan pengkhianatan ini demi mempertahankan kerajaan, rakan-rakan saya dalam barisan Exco, pegawai dan kakitangan kerajaan dan semua yang menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu,” katanya. – Utusan Online



Source link

read more

PAU2017 PM Najib bawa suara Malaysia berhubung isu Baitulmaqdis ke OIC



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dijadual berlangsung di Istanbul, minggu depan.

Datuk Seri Najib berkata, beliau sepatutnya mengadakan sesi pemukiman tahunan bersama Presiden Singapura, Lee Hsien Loong, namun menangguhkannya kerana memberi penekanan isu itu memberi kesan kepada kepercayaan beliau.

“Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan secara peribadi menghubungi saya dan minta saya hadir, kerana suara Malaysia sangat penting,

“Saya tak redha nasib umat islam tertekan dalam apa jua keadaan, takkanlah tanah suci ketiga dalam martabat Islam, tergadai terhina ditekan oleh orang lain,” kata beliau ketika sesi penggulungan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Jelas Datuk Seri Najib, UMNO dan umat Islam akan menentang habis-habisan tindakan Amerika Syarikat mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Sampai bila-bila kita tidak akan terima ini,” katanya.



Source link

read more

TPM Thai disiasat berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian



BANGKOK: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) akan meminta Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon memberi penjelasan berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian yang dipakainya semasa menghadiri satu majlis rasmi baru-baru ini.

Pengerusi NACC Watcharapol Prasarnratchakij berkata sepucuk surat akan dihantar kepada Prawit tidak lama lagi bagi meminta beliau menjelaskan tentang dua barangan itu, yang tidak disenaraikan dalam perisytiharan harta sebelum beliau menjawat jawatan pada 2014.

“Kami hendak tahu bagaimana beliau memperoleh barangan itu dan sama ada terdapat bukti bahawa barangan itu dibeli atau diwarisi,” katanya seperti yang dipetik media tempatan di sini pada Jumaat.

Prawit, yang juga menteri pertahanan dan seorang anggota kanan kerajaan yang diterajui tentera, dilihat memakai kedua-dua barangan mewah itu semasa sesi bergambar bersama-sama anggota Kabinet baharu pada Isnin lepas.

Gambar beliau memakai cincin dan jam tangan mewah itu, yang dipercayai media berjenama Richard Mille dianggarkan bernilai antara lebih 4 juta Baht (kira-kira RM516,000) hingga 10 juta Baht (about RM1.3 juta), menimbulkan kekecohan di kalangan media selain mengundang kritikan awam.

Menurut media tempatan, jam tangan mewah seperti itu juga pernah dipakai pemain tenis terkemuka dunia, Rafael Nadal.

Timbalan perdana menteri, ketika ditanya media baru-baru ini, berkata beliau akan memberi maklumat tentang kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada wartawan berhubung perkara itu.

Sementara itu, turut dibangkitkan adalah persoalan sama ada Watcharpol, yang merupakan bekas pembantu Prawit, akan dapat menyiasat bekas ketuanya itu.

Watcharpol berkata siasatan akan dijalankan berpandukan undang-undang dan mana-mana pesuruhjaya NACC yang mempunyai konflik kepentingan akan dilarang daripada menyertai siasatan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Hamas Keputusan AS berhubung Baitulmaqdis merupakan deklarasi perang



PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniya berkata, keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan ‘intifada’ atau pemberontakan.

Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Presiden AS Donald Trump itu ‘membunuh’ proses perdamaian Israel-Palestin.

“Keputusan ini telah membunuh proses damai, telah membunuh proses penyelesaian.

“Keputusan AS adalah pelanggaran, pengisytiharan perang terhadap kita, mengenai kota suci Muslim dan Kristian.

“Kita harus berusaha melancarkan intifada dalam menghadapi Zionis,” kata Haniya.

Beberapa jam selepas ucapannya, penunjuk perasaan Palestin berkumpul di jalan-jalan di Tebing Barat seperti Ramallah, Hebron dan Nablus serta di Semenanjung Gaza bagi menunjukkan tanda protes berhubung keputusan AS.

Selain itu, Haniya menekankan fakta bahawa Palestin melihat Baitulmaqdis sebagai  ibu kota negeri mereka di masa depan.

“Baitulmaqdis atau Jerusalem dan keseluruhannya adalah milik kita (orang Palestin)

“Kita hari ini berada pada tahap kritikal dalam sejarah mengenai isu Palestin yang mana terus utama isu ini ialah Baitulmaqdis.

“Ia juga tahap kritikal dalam sejarah negara-negara Arab dan Islam berikutan keputusan provokatif serta tidak adil diambil AS,” katanya.

Beliau menyeru semua rakyat Palestin untuk bersatu dengan cepat selain mempunyai strategi bagi menghadapi ‘penjajahan’ serta dasar pentadbiran AS di wilayan Palestin.

“Kami mendesak, kami bertanya dan kami menekankan keperluan menyusun semula rakyat Palestin menghadapi plot berbahaya ini dan meletakkan keutamaan kita dengan jelas bagi berdepan keputusan provokasi serta tidak adil itu,” katanya.



Source link

read more

Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis



KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

“Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa,” kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.

Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

“Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

“Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan,” kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

read more

Wanita Vietnam sekali lagi direman berhubung kes rasuah pegawai APMM



PUTRAJAYA: Seorang wanita Vietnam yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini direman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Perintah reman sehingga 22 Nov itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret, di sini untuk siasatan berhubung kes memberi suapan berjumlah RM890,000 kepada pegawai APMM.

Terdahulu, wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Tran Thi Mai itu tiba di mahkamah pada kira-kira 9.40 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Wanita itu ditahan pada 12.10 tengah hari semalam di pejabat SPRM Kuantan, Pahang semasa dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah memberikan sogokan berjumlah RM890,000 melalui lima transaksi sepanjang tahun ini kepada pegawai APMM sebagai balasan untuk melepaskan bot-bot nelayan Vietnam yang ditahan agensi itu di perairan Malaysia atas beberapa kesalahan.

Menurut sumber SPRM itu lagi, siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti pemilik-pemilik bot yang telah dilepaskan serta pemilikan nombor pendaftaran bot yang dipalsukan.

Tambahnya, SPRM juga mahu mengenal pasti rangkaian perhubungan antara saksi-saksi awam dan ejen kerajaan yang bersekongkol dengan wanita tersebut.

Jumaat lepas, Tran didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menawarkan suapan RM800,000 kepada dua pegawai APMM yang menyamar sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada pegawai APMM terbabit pada pukul 9.40 pagi, 5 Nov lepas..

Suspek yang telah 17 tahun menetap di Malaysia dan fasih berbahasa Melayu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bersama syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis Kuantan, setiap bulan.

— BERNAMA



Source link

read more

Najib ucap takziah kepada pemimpin MCA berhubung tragedi kebakaran



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa tragiknya bagi Lim Swee Bok yang kehilangan anggota keluarganya. Takziah dan doa saya bersama-sama beliau pada waktu sukar ini,” kata perdana menteri dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Mangsa dalam kebakaran pada 6 pagi itu dikenal pasti sebagai isteri Lim, Chen Yen, 35, anak lelaki mereka, Yin Chun, 9, dan anak perempuan, Jia Yiin, 8, dan ibu Lim, Lau Sai Poh, 62.

Lim tiada di rumah ketika berlakunya kebakaran yang memusnahkan rumah kluster dua tingkat itu di Pintasan Cecil 5. Sebaik beliau tiba, anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan api.

— BERNAMA



Source link

read more

11 negara capai persetujuan umum berhubung perjanjian baharu TPP



DA NANG: Jepun, Australia dan sembilan negara lain dalam pakatan perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada Khamis telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baharu tanpa Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Kesemua negara bersetuju untuk menggantung sebahagian daripada peraturan perdagangan dan pelaburan yang termasuk dalam permuafakatan 12 negara asal TPP, sehingga AS kembali kepada rangka kerja pelbagai hala itu.

Mereka bersetuju untuk melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am.

Kesemua negara mencapai persetujuan umum itu dalam mesyuarat peringkat menteri yang bermula di Da Nang pada Rabu.

Perjanjian baharu TPP itu amat penting dalam membentuk peraturan baharu di rantau Asia-Pasifik yang bebas dan adil, kata Menteri Ekonomi dan Polisi Fiskal Jepun Toshimitsu Motegi pada satu sidang berita.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah melahirkan pandangan bahawa persetujuan umum itu adalah satu langkah penting ke arah strategi pertumbuhan beliau, menurut Motegi.

Perbincangan berkaitan TPP asal bermula pada bulan Mac 2010. 

Jepun, AS dan 10 negara lain telah mencapai persetujuan umum berhubung perjanjian itu pada Oktober 2015 dan telah memeterainya pada Februari 2016.

Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump telah menarik negaranya keluar dari TPP selepas pelantikannya dalam bulan Januari tahun ini, menyebabkan 11 negara yang masih kekal mempertimbang satu perjanjian baharu.

TPP asal diperlukan untuk disahkan oleh enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota.

Negara lain menyumbang 14 peratus daripada KDNK global, berbanding 38 peratus di 11 negara termasuk AS.

Kesemua 11 negara dijangka memeterai perjanjian baharu TPP menjelang akhir separuh pertama tahun 2018. 

Bagaimanapun, pakatan baharu itu tidak akan berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga dua tahun kerana sesetengah negara berdepan kesulitan dalam mengesahkannya, kata sumber yang sudah biasa dengan situasi tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

208 orang disiasat berhubung kegiatan rasuah – Nasional


DUBAI 9 Nov. – Seramai 208 orang telah dipanggil oleh para peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegiatan rasuah sejumlah AS$100 bilion (RM421 bilion), namun tujuh daripadanya dibebaskan tanpa pertuduhan.

“Berdasarkan siasatan kami sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM421 bilion) telah disalahgunakan melalui rasuah dan penyelewengan sistematik selama beberapa dekad,” kata peguam, Sheikh Saud al-Mojeb menerusi satu kenyataan dikeluarkan. – REUTERS



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons