Dikritik nyanyi acuh tak acuh Siti Nordiana beri penjelasan



PENYANYI lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana menjelaskan tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.

Siti Nordiana atau Nana dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS malam tadi.

Nana muncul membantu rakan baiknya, Lan Kristal dan mereka berduet menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ Ki.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Nana, @sitinordiana, wanita itu menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.
 



Source link

read more

Kerjasama UMNO-PAS beri manfaat kepada penyatuan ummah – Ismail Sabri



KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penyatuan dalam kalangan pimpinan politik beragama Islam, penting dalam memastikan kelangsungan Islam dan dasar berkaitannya di dalam negara boleh dicapai.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata hal mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu, terutamanya dalam pilihan raya, terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Setakat ini kita tak nampak pergaduhan antara Umno dan PAS, kalau benar boleh kita bekerjasama dengan lebih jauh, saya kira itu baik kerana kita bercakap tentang penyatuan ummah.

“Daripada kita bergaduh lebih baik kita bersatu,” katanya semasa menjadi panel kluster politik di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di sini, hari ini.

Beliau mengulas soalan daripada peserta konvensyen yang mahu tahu sama ada Umno dan PAS perlu ada kerjasama politik.

— BERNAMA



Source link

read more

PBS mahu Kerajaan Persekutuan beri perhatian serius hak Sabah – Pairin



PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukakan parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankuasa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi perhatian serius, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin berkata isu utama dikemukakan itu merupakan hak-hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merangkumi Borneonisasi dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentukan Malaysia ke dalam sukatan pelajaran di sekolah.

“Kami berhadap cadangan, keluhan dan ketidakpuasan hati dikemukakan kepada jawatankuasa bersama di peringkat Persekutuan akan diberi perhatian serius,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air.

Pairin berkata meskipun pelantikan pegawai kanan perkhidmatan awam persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah semakin baik, namun beliau mahu lebih ramai lagi rakyat Sabah mengisi jawatan itu termasuk dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti tempatan di Sabah atau Semenanjung.

“Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Borneonisasi sekali gus sejajar dengan matlamat asal Persekutuan Malaysia dalam MA63,” katanya, dan menambah, sudah tiba masa lebih ramai rakyat Sabah dilantik dan diserapkan ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentera serta polis,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankuasa PBS telah mengkaji perkara dijanjikan dalam MA63 mengenai isu pengagihan kuasa selain mencadangkan tindakan pemulihan bagi menyemak semula hak-hak sepatutnya dinikmati Sabah termasuk berkaitan sistem pentadbiran mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak.

PBS juga mahu kerajaan Persekutuan mempertimbang menambah baik dan memperincikan maklumat sejarah pembentukan Malaysia dalam silibus pendidikan negara merangkumi Laporan Suruhanjaya Cabbold; 20 perkara Sabah dan 18 perkara Sarawak, Jawatankuasa Antara Kerajaan dan MA63, katanya.

Menurutnya, fakta berhubung pembentukan Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah sedia ada sekarang terlalu ringkas, dan dengan penambahbaikan tersebut generasi akan datang lebih memahami serta menghargai pembentukan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Pairin berkata, PBS turut mengalu-alukan serta menyokong segala usaha pelbagai pihak khususnya daripada parti komponen BN untuk memulihkan kembali hak-hak rakyat Sabah seperti ditetapkan dalam MA63.

Pairin berkata rakyat Sabah boleh membincangkan isu MA63 secara terbuka semasa pentadbiran Najib, namun, perkara itu berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana MA63 dianggap sensitif dan rakyat Sabah merasa takut membincangkan perkara itu kerana tindakan akan diambil dengan menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Pada masa itu, tiada tempat dan peluang membincangkan isu (MA63) secara terbuka. Namun, PBS berterima kasih kepada perdana menteri (Najib) kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar keluhan atau kebimbangan rakyat Sabah jika ada mana-mana peruntukan perjanjian Malaysia yang disalahtafsirkan.

PBS juga yakin dan percaya perdana menteri (Najib) tidak akan mengabaikan atau mengendahkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia malah perdana menteri sentiasa prihatin untuk menangani isu berkenaan secara aman menerusi perundingan,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin turut mempersoal tindakan Dr Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa sekarang sedangkan ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri selama 22 tahun beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Kenapa beliau tidak mengambil tindakan semasa berkuasa? Ini membuktikan bahawa agenda utama Dr Mahathir adalah untuk membantu parti pembangkang memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak percaya beliau jujur dalam perkara ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

PM Najib janji terus beri tumpuan kepada pembangunan Sabah



PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembangunan negara supaya seluruh ceruk negara dari Sabah hinggalah ke Perlis dapat menikmati kemajuan dan pembangunan sewajarnya.

“Saya tahu inilah nilai orang Sabah (bersama-sama) membentuk Malaysia. Kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah negara, bila orang Sabah mengambil keputusan nak masuk menyertai Malaysia, mestilah kita menjamin bahawa keputusan itu menjanjikan masa depan yang cukup cemerlang bersama.

“Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah OKK Sodomon (seorang pejuang kemerdekaan) di Keningau. Rupa-rupanya di rumah itulah allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandusun Sabah untuk meyakinkan mereka (pemimpin Sabah) supaya menyertai Malaysia.

“Dan hari ini, ia menjadi tanggungjawab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita mereka (pemimpin) dahulu, mestilah kita terjemahkan dalam bentuk bahawa keputusan itulah (bersama membentuk Malaysia) yang menjamin kecemerlangan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau.

Najib mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32  di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.    

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangkannya baru-baru ini, dirangka sebegitu menyeluruh bagi memastikan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dikurangkan dan dihapuskan suatu hari ini nanti, meskipun mungkin mengambil sedikit masa.

Katanya beliau merangka Bajet 2018, yang memberi peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat, kerana bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun tidak melakukannya sehingga kedua-dua negeri itu agak tertinggal berbanding negeri lain.

“Saya kena buat apa yang dia tidak buat…sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam Bajet 2018,”kata beliau.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutuan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Melalui kemudahan pendidikan yang baik, katanya, rakyat Sabah yang sememangnya berpotensi tinggi untuk maju, boleh cemerlang dalam pendidikan seterusnya melahirkan rakyat berpendidikan dan mahir untuk menerajui pentadbiran kerajaan di negeri berkenaan.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar,  RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan dipergunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan dana pemudah cara sebanyak RM500 juta untuk pembangunan projek ekopelancongan di Tanjung Aru sebagai daya tarikan pelancong tambahan.

“Inilah sokongan kerajaan pusat kepada projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri sebagai satu projek tarikan untuk pelancong yang bertaraf dunia,” katanya.

–BERNAMA          



Source link

read more

PKR Sedia Beri Kerusi Kepada PPBM dan PAN!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, kepincangan dikalangan kepimpinan PKR hari ini semakin bertambah parah apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi Pilihan Raya tanpa sebarang konsensus.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dikalangan pemimpin parti itu sendiri bercanggah pendapat berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Jika semalam, Si Azmin Ali tu mendakwa PKR sedia memberikan laluan kepada PPBM dan PAN untuk bertanding dibeberapa kerusi mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kenyataan Si Azmin itu menjadi bahan persoalan apabila ianya dibuat tanpa sebarang konsensus muktamad dari pucuk pimpinan parti itu sendiri. Dan ia bukan kali pertama dilakukannya.

Bagi sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusan Si Azmin itu hanya menganggap ianya sebagai kenyataan peribadi dan bukan keputusan pucuk pimpinan parti.

Bahkan ada juga yang mendakwa kononnya Si Azmin tu hanya sekadar mahu menyelamatkan kedudukkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor semata – mata.

Menurut mereka, Azmin tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman seperti. Sebaliknya, ia perlu diumumkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan Pakatan dalam satu kenyataan bersama.

IRONIKnya, keputusan Si Azmin itu dilihat bercanggah dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Rafizi yang mendakwa kononnya dia yakin PKR dan DAPigs tidak akan menyerahkan kerusi mereka.

Kata Rafizi, jalan penyelesaian berhubung isu pembahagian kerusi itu hanya boleh dimuktamadkan melalui pengundian perwakilan yang diadakan disetiap cabang seluruh Negara.

“Hanya dengan keputusan dimuktamadkan mengikut kaedah kongres khas ini, barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan Pakatan Harapan dan diri kita sendiri,” kata Rafizi yang mengakui perbezaan pendapat itu berlanjutan terlalu lama melalui laman blognya.

Secara tidak lansung, percanggahan itu membuktikan bahawa PKR pada ketika ini memang benar – benar sedang berada didalam kemelut kepimpinan yang sangat kronik kerana masing – masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!




Source link

read more

SIRIM beri penghargaan kepada 44 PKS – Nasional


KUALA LUMPUR 17 Nov. – SIRIM Bhd., memberi penghargaan kepada 44 perusahan kecil dan sederhana (PKS) yang menyertai program SIRIM-Fraunhofer yang bertujuan meningkatkan produktiviti serta ekonomi perusahaan berkenaan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, PKS terlibat terdiri daripada pelbagai industri seperti elektrikal dan elektronik; bahan pembungkusan; pemesinan dan kejuruteraan; bioteknologi; makanan dan minuman; produk kesihatan serta pelabelan dan pembungkusan.

“Program SIRIM-Fraunhofer turut menyediakan sokongan dana berbentuk geran bagi pelaksanaan Audit Teknologi dan projek intervensi teknologi juga inovasi untuk menangani isu yang menghalang peningkatan produktiviti syarikat,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan Program SIRIM-Fraunhofer di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti – Devamany



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program solar untuk komuniti memberi pendapatan tambahan kepada kumpulan itu untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri SK Devamany berkata, selain itu ia memastikan organisasi bukan komersial terutamanya berpeluang membangunkan projek berasaskan solar.

Jelasnya, ia memberi peluang organisasi berkenaan tidak bersaing dengan syarikat komersial di bawah mekanisme berkenaan yang ditetapkan.

“Ia mengurangkan kebergantungan komuniti kepada peruntukan daripada pihak Kerajaan, memberi pendedahan dan pendidikan mengenai penjanaan tenaga elektrik dari sumber Tenaga Boleh Baharu.

“Ia juga meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga teknologi-teknologi baharu yang boleh menjaga alam sekitar,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Bin Che Mat (Pas) mengenai perkembangan dan pencapaian projek solar komuniti yang sedang berjalan di seluruh Malaysia dan manfaat yang diperoleh oleh pelbagai komuniti.

Dalam pada itu, kata Devamany, sejumlah 10.51 MV telah diluluskan bagi program solar komuniti sejak 2014 sehingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 4.96 MV telah mula menjana dan menjual elektrik kepada pihak utiliti.



Source link

read more

Isu rasuah Jabatan Perikanan sedia beri kerjasama sepenuhnya



PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan (DOF) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan penguatkuasaan susulan siasatan terhadap dua agensi berkaitan industri perikanan yang disyaki terbabit dengan sindiket merompak hasil laut negara.

Merujuk kepada laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mengenai isu itu, Ketua Pengarah DOF Datuk Munir Mohd Nawi berkata sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan perikanan negara, DOF sedia bekerjasama walaupun SPRM tidak menamakan mana-mana agensi dalam laporan tersebut.

“DOF komited melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh integriti maka dengan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak di dalam atau di luarjabatan yang terlibat dengan salah laku dan perbuatan rasuah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berhubung cadangan SPRM supaya kerajaan mengkaji semula Akta Perikanan 1985 terutama Seksyen 19 berkaitan kelulusan permit kepada nelayan, Munir berkata DOF tidak pernah melulusan permit menangkap ikan kepada vesel penangkapan ikan asing di bawah seksyen itu.

“Ini kerana, selama ini tiada sebarang perjanjian antara Malaysia dengan negara asing untuk tujuan tersebut seperti mana keperluan dalam Seksyen 15 (1) yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

“Dengan itu sebarang komen tentang denda dalam seksyen tersebut juga adalah tidak relevan,” katanya.

Bagaimanapun, Munir berkata melalui perbincangan lepas terutama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut, tidak dapat dinafikan terdapat seksyen-seksyen tertentu akta tersebut yang perlu dipinda atau ditambah baik.

“Ia sedang dalam proses pengemaskinian maklumat untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat, termasuklah cadangan susulan lawatan audit ‘Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing’ pihak Kesatuan Eropah (EU) pada Julai lepas,” katanya.

Tambahnya isu utama yang dihadapi ketika ini adalah kelemahan dari segi penguatkuasaan membanteras pencerobohan vesel nelayan asing yang datang dari negara seperti Vietnam yang menjadi antara punca ketirisan ikan negara.

Katanya usul yang diluluskan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) pada tahun 2014 juga telah meminta DOF meningkatkan penguatkuasaan.

Justeru, Munir berkata DOF mengalu-alukan cadangan SPRM supaya undang-undang berkaitan DOF perlu dilihat semula seperti kawasan penguatkuasaan yang kini terhad kepada 12 batu nautika dari kawasan pantai.

Katanya ia selaras dengan sokongan bersurat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) semenjak tahun 2016 supaya DOF diperkasakan dalam aspekpenguatkuasaan perikanan melalui program teras perkhidmatan teknikal iaitu pemantauan, kawalan dan pengawasan (MCS).

Munir berkata dengan pemerkasaan semula DOF, penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 akan menjadi lebih efektif termasuklah membanteras pencerobohan vesel dan penggunaan pukat tunda di pesisiran pantai yang menjejaskan pendapatan nelayan dan ekosistem laut.

— BERNAMA



Source link

read more

Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur beri manfaat kepada AEC



HONG KONG: Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memandangkan kesalinghubungan yang lebih baik adalah pemacu utama pertumbuhannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata infrastruktur yang bertambah baik, termasuk lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan laut dan sistem kereta api, akan memudahkan perdagangan dan pelancongan intra-ASEAN.

Beliau berkata inisiatif jalur dan laluan (BRI) akan membantu ASEAN merealisasikan Pelan Induknya mengenai Kesalinghubungan ASEAN, terutamanya jalan, kereta api, dan sambungan laut.

“Kesalinghubungan dari segi ekonomi pada skala merentas benua yang dibayangkan oleh BRI adalah kukuh, terutamanya semasa globalisasi dilihat lemah dalam menghadapi peningkatan dasar perlindungan dan nasionalisme ekonomi di Barat,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia ke-9 di sini malam Isnin.

Ahmad Zahid berkata pemulihan ekonomi global yang perlahan dari krisis 2008 dan prospek yang semakin berkurang bermakna dunia memerlukan dorongan baru untuk berkembang dan BRI pastinya salah satunya.

“Penglibatan China dalam pembinaan projek pelabuhan dan keretapi baru di beberapa negara ASEAN akan mempercepatkan kesalinghubungan ini. BRI boleh memudahkan Kesalinghubungan ASEAN menerusi bidang lain iaitu sambungan digital,” katanya.

Melalui definisinya yang paling luas, Ahmad Zahid berkata BRI akan melibatkan 65 negara, 4.4 bilion penduduk dan 29 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global (US$2.1 trilion) secara langsung.

Inisiatif ini disokong oleh Dana Laluan Sutera Baru, yang telah menyediakan modal sebanyak US$40 bilion untuk diberikan secara ansuran.

Ahmad Zahid berkata ansuran pertama sebanyak US$10 bilion, yang terdiri daripada US$6.5 bilion daripada Pentadbiran Pertukaran Asing China, Perbadanan Pelaburan China (US$1.5 bilion), Export-Import Bank of China (US$1.5 bilion), dan Bank Pembangunan China (US$ 500 juta).

Dalam tempoh empat tahun lepas, dana tersebut melabur US$4 bilion.

“Tidak diragukan lagi, inisiatif ini telah disambut baik oleh kebanyakan negara dalam skop geografinya, termasuk negara-negara Asia Tenggara. Bagi Asia Tenggara, inisiatif ini boleh menjadi sumber pendanaan yang penting bagi kerajaan di rantau ini untuk membangunkan infrastruktur mereka.

“Menurut laporan Bank Pembangunan Asia, negara-negara Asia Tenggara memerlukan kira-kira US$ 2,759 bilion, yang sama dengan lima peratus daripada KDNK mereka, untuk pelaburan infrastruktur antara 2016 dan 2030,” katanya.

Ahmad Zahid berkata akses kepada pelaburan China melalui BRI dinilai oleh negara-negara Asia Tenggara, terutamanya apabila pembiayaan melalui pelabur swasta dan institusi kewangan antarabangsa kekal terhad dan tidak dapat memenuhi permintaan rantau ini.

BRI juga kata beliau, menghadapi cabaran tertentu di Asia Tenggara.

Beliau berkata sesetengah negara, selain berharap kepada BRI, berhati-hati disebabkan perbezaan dalam skala ekonomi antara China dan negara-negara lain, serta perubahan landskap geopolitik yang boleh mungkin dibawa oleh inisiatif.

“Kita tidak sepatutnya membiarkan cabaran itu menghalang perkembangan positif berkaitan BRI. Syukurlah, terdapat kemajuan antara kedua-dua pihak.

“Dalam hal ini, kita didorong oleh kesimpulan dan penggunaan kerangka Kod Etika di Laut China Selatan pada Ogos 2017.

“Pengesahan rangka kerja oleh kedua-dua pihak sememangnya merupakan satu langkah ke hadapan dalam komitmen dan konsensus,” katanya, sambil menambah bahawa jaminan China menegnai hasratnya akan memberi manfaat yang besar bagi kejayaan BRI.

Beliau berkata pelaksanaan agenda BRI akan memerlukan kerjasama, tahap pemahaman dan kepercayaan yang tinggi.

Mengenai hubungan antara Malaysia dan China, Ahmad Zahid berkata China kini merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan pelabur asing terbesar manakala pelancong China merupakan pelancong tunggal terbesar di Malaysia.

“Malaysia dan China telah menikmati hubungan yang erat dan teguh selama 43 tahun sejak negara itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974 dan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” katanya.

Sidang kemuncak dua hari bertemakan ‘Menangani Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baru’, menghimpunkan pemimpin kerajaan, perniagaan dan akademik serta pemikir untukmeraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian PerjanjianPerdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Hong Kong yang melengkapi FTA China-ASEAN.

Acara ini dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

— BERNAMA



Source link

read more

MUDAHNYA NURUL IZZAH BERI ALASAN NAK BEBASKAN ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang – undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka – suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.

“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.

“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.

Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang – undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata – mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons