Polis siasat Facebook Amelsan Tahagi berhubung berita palsu


MIRI: Polis mula menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook yang menggunakan nama Amelsan Tahagi kerana memuat naik berita palsu tentang perbuatan menculik kanak-kanak untuk mengambil organ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis mengambil maklum tentang penyiaran berita palsu itu, yang diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Dev juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang dan polis sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Perbuatan membuat dan menyebarkan berita palsu yang menimbulkan ketakutan adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya. — Bernama



Source link

read more

Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia


61515661635_akhbarMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien memandangkan 75 peratus audien sudah tidak boleh menerima berita politik yang dibuat hanya berdasarkan satu sumber.

Data berkenaan merupakan dapatan kajian terbaru Pew Research Center yang dibuat berdasarkan median kajian ke atas kepercayaan masyarakat di 38 negara terhadap sumber berita.

Ia membabitkan hampir 42,000 responden.

Data berkenaan juga menunjukkan lebih separuh penduduk dunia tidak berpuas hati dengan laporan politik di media dan menyifatkan laporan berkaitan politik tidak memuaskan.

Ia juga mendapati majoriti responden berpendapat media di negara mereka tidak berupaya membuat laporan politik secara adil.

Kajian berkenaan dibuat pada awal tahun lalu di kebanyakan negara utama seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia.

Di Asia, kajian melibatkan responden di India, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Vietnam.

Kajian ini bagaimanapun tidak melibatkan responden di Malaysia. Persoalannya, adakah sentimen sama dirasai di negara ini?

Pengarah Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad berpendapat, sukar untuk menilai sama ada audien di Malaysia berkongsi sentimen yang sama.

“Saya ambil contoh, The Star dan New Straits Times, mereka juga vokal mengenai isu semasa, tetapi persepsi masih menganggap ia seperti menyebelahi kerajaan,”  jelasnya kepada Astro AWANI.

“Walaupun akhbar di Malaysia semakin berani untuk melaporkan secara adil, tetapi mereka sering dipandang berat sebelah kerana mereka dimiliki oleh parti politik,” tambahnya.

 

– Astro Awani



Source link

read more

MalaysiaMemilih Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia


KUALA LUMPUR: Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien memandangkan 75 peratus audien sudah tidak boleh menerima berita politik yang dibuat hanya berdasarkan satu sumber.

Data berkenaan merupakan dapatan kajian terbaru Pew Research Center yang dibuat berdasarkan median kajian ke atas kepercayaan masyarakat di 38 negara terhadap sumber berita.

Ia membabitkan hampir 42,000 responden.

Data berkenaan juga menunjukkan lebih separuh penduduk dunia tidak berpuas hati dengan laporan politik di media dan menyifatkan laporan berkaitan politik tidak memuaskan.

Kajian Pew Research Centre mendapati rata-rata audien mahukan laporan berita politik yang adil dan tidak berat sebelah.

Ia juga mendapati majoriti responden berpendapat media di negara mereka tidak berupaya membuat laporan politik secara adil.

Kajian berkenaan dibuat pada awal tahun lalu di kebanyakan negara utama seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia.

Di Asia, kajian melibatkan responden di India, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Vietnam.

Kajian ini bagaimanapun tidak melibatkan responden di Malaysia. Persoalannya, adakah sentimen sama dirasai di negara ini?

Pengarah Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad berpendapat, sukar untuk menilai sama ada audien di Malaysia berkongsi sentimen yang sama.

“Saya ambil contoh, The Star dan New Straits Times, mereka juga vokal mengenai isu semasa, tetapi persepsi masih menganggap ia seperti menyebelahi kerajaan,”  jelasnya kepada Astro AWANI.

“Walaupun akhbar di Malaysia semakin berani untuk melaporkan secara adil, tetapi mereka sering dipandang berat sebelah kerana mereka dimiliki oleh parti politik,” tambahnya.



Source link

read more

Berita palsu Isytihar dana atau lesen dibatalkan – Macron



PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan beberapa langkah memerangi pengaruh berita palsu atau ‘fake news’, kuasa politik serta rasuah yang disifatkan boleh memberi kesan kepada proses demokrasi di negara tu.

“Saya memutuskan, Perancis akan mengubah undang-undang sedia ada demi melindungi negara demokrasi ini daripada ancaman berita palsu. Rang undang-undang baru itu akan dirangka tidak lama lagi,” ujarnya di hadapan eksekutif kanan organisasi media dan wartawan dalam satu majlis di Istana Elysee, Paris pada Rabu.

Kata beliau, undang-undang baharu itu dijangka siap akhir tahun 2018 yang akan memperlihatkan ketegasan dan ketelusan bagi pengeluar kandungan penyiaran termasuk platform dalam talian.

Jelasnya, semasa pilihanr aya, pengeluaran kandungan perlu mengikut garis panduan yang sedikit berbeza.

Saluran media yang dibiayai oleh entiti asing akan dikawal rapi badan pengawal selia yang berkuasa untuk membatalkan hak penyiaran jika gagal mematuhi peraturan.

“Di bawah undang-undang baharu, laman web harus mengisytiharkan siapa yang membiayai dana dan jumlah wang yang ditaja akan dihadkan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah Eropah terpaksa melawan apa yang disifatkan sebagai “kecenderungan ilusi” kebebasan media di negara lain, termasuk di kalangan negara anggota Eropah.



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 40 terbunuh letupan agensi berita Afghan



KABUL: Satu serangan bunuh diri berlaku di pejabat agensi berita Afghan Voice di Kabul pada Khamis, turut melibatkan sebuah pusat kebudayaan yang berhampiran, menyaksikan puluhan terbunuh.

Menurut pegawai dan saksi, ramai daripada yang terkorban merupakan pelajar yang sedang menghadiri persidangan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 30 cedera dalam letupan itu, yang terbaru dalam siri serangan terhadap organisasi media di ibu negara Afghanistan itu.

Saksi dilaporkan berkata, serangan tersebut terjadi semasa satu persidangan mengenai ulang tahun ke-38 pencerobohan Soviet di Afghanistan sedang berlangsung di Pusat Sosial dan Kebudayaan Tabian itu.

Sayed Abbas Hussaini, seorang wartawan di agensi itu berkata, terdapat lebih daripada satu letupan semasa serangan itu, susulan satu ledakan awal di pintu masuk kompleks yang menempatkan dua pejabat itu.

Katanya, seorang wartawan agensi itu turut terbunuh manakala dua cedera.

Serangan itu, yang terbaru dalam siri serangan terhadap media di Afghanistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyusul serangan ke atas sebuah stesen televisyen swasta di Kabul bulan lepas.



Source link

read more

Terima berita sedih ketika tawaf – Terkini


KUANTAN 23 Dis. – Ibu dan bapa serta adik perempuan kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Kampung Batu Putih di sini pagi tadi menerima berita sedih itu ketika sedang melakukan tawaf dalam ibadat umrah di tanah suci.

Salah seorang ahli keluarga dikenali sebagai Basir berkata, pihaknya memaklumkan tentang kejadian itu kepada ibu mangsa, Rosnani Ibrahim,50-an, dan bapa mereka, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 50-an, serta adik perempuan, Wan Nur Aqilah, 20-an, menerusi ejen pengurusan umrah.

“Mereka reda dengan kejadian menimpa Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi dengan memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi melihat insan tersayang buat kali terakhir.

“Ejen pengurusan umrah berkenaan memberitahu ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 pagi esok dan dibawa terus ke Kemaman, Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Hospital Kemaman, Terengganu malam ini sebelum dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai di Kemaman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi itu, Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di tepi laluan utama Jalan Pekan-Kuantan.

Dua lagi penumpang ialah ibu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi, 25, kini dirawat di HTAA. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan tidak mahu penyebaran berita palsu jadi fenomena biasa



KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan membiarkan fenomena penyebaran berita palsu dan fitnah menerusi media sosial di negara ini dilakukan sewenang-sewenangnya atas alasan kebebasan bersuara.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan perlu diambil sebelum fenomena menyebar fitnah dan berita palsu berkenaan dianggap masyarakat sebagai perkara biasa atau lazim dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kita tidak mahu apa yang sedang berlaku ini (penyebaran berita palsu dan fitnah) diterima kononnya sebagai kebebasan bersuara atas nama demokrasi. Memfitnah orang adalah suatu yang lazim, memburukkan orang adalah sesuatu perkara yang biasa…(dan) apabila (dapat buat seseorang itu marah) dianggap kejayaan.

“Apabila seseorang itu rasa dimalukan ia menjadi kebanggaan kepada mereka (pihak yang memalukan orang lain). Budaya ini semakin songsang. Perbuatan ini semboronoh. Jadi kita perlu ubah budaya itu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad Zahid setakat September tahun ini, sebanyak 4,702 kes berkaitan isu fitnah, penyebaran berita palsu dan lain-lain kesalahan berkaitan media sosial telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, daripada jumlah berkenaan, 4003 kes sedang disiasat lanjut dan antara kes daripada jumlah yang disiasat lanjut itu, 60 kes berkaitan fitnah, 20 kes berita palsu dan 43 kes berkaitan dengan pemalsuan identiti.

Menurutnya, dari Januari hingga November tahun ini, pihak polis juga menerima 203 aduan berkaitan kesalahan media sosial dan tindakan sedang diambil terhadap laporan-laporan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga mendedahkan bahawa Malaysia kini berada pada kedudukan keenam tertinggi di dunia dari segi penggunaan media sosial dengan kadar penggunaan 3.5 jam sehari bagi setiap individu dengan Argentina di tangga pertama.

— BERNAMA



Source link

read more

Penyebar berita palsu musuh utama negara



PERMATANG PAUH: Portal sebenarnya.my, yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita palsu dalam talian menerima jumlah layaran mencecah lebih 15 juta sejak dilancarkan pada Mac lalu.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata, jumlah itu menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai  dengan purata kira-kira 70 ribu layaran dicatatkan setiap hari.

“Kita hendak negara kita aman makmur, tapi  bila datang berita palsu, ia akan merosak ekosistem yang ada dalam negara kita, sebab itu kita kata barangsiapa yang menyebar berita palsu sesungguhnya dia ialah musuh negara sebab ia cuba merosak negara,” katanya.

sebenarnya.my dilancarkan pada 14 Mac lalu bagi membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima sebelum disebarkan.

Langkah itu diambil berikutan penularan berita palsu yang semakin membimbangkan selaras dengan  peningkatan jumlah pengguna internet khususnya media sosial.

Selain menyalur berita yang diragui untuk pengesahan, skop portal ini turut diperluaskan dengan tambahan kategori “waspada”  dan “penjelasan” yang bertujuan memberi peringatan dan penjelasan terperinci kepada orang ramai.



Source link

read more

Pakistan arah liputan berita tunjuk perasaan dihentikan – Luar Negara


ISLAMABAD 25 Nov. – Pihak berkuasa Pakistan mengarahkan sebuah stesen berita swasta untuk memberhentikan liputan siaran langsung ketika polis dan pasukan separa tentera menjalankan operasi terhadap penunjuk perasaan Muslim di ibu kota hari ini.

SALAH seorang petunjuk perasaan melepaskan gas pemedih mata ke arah polis di Islamabad, Pakistan semalam. – AFP

Arahan itu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan kerana mereka mendapati stesen berita swasta itu melanggar peraturan yang menunjukkan liputan operasi keselamatan.

Stesen televisyen milik Pakistan terus bersiaran tetapi menyiarkan rancangan temu bual berkonsepkan politik. – REUTERS



Source link

read more

Jangan percaya berita palsu tiada casting Polis Evo 2 sepanjang Januari


PENGARAH Polis Evo 2 (PE 2), Joel Soh meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu mengenai uji bakat filem tersebut.

Berita mengenai uji bakat PE 2 mula viral menerusi aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

“Saya ingin menegaskan, produksi PE 2 tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman tentang uji bakat filem tersebut pada Januari 2018.

“Kepada orang di luar sana jangan tertipu dengan penyebaran berita palsu itu kerana apa sahaja perkembangan mengenai PE 2 boleh rujuk di Instagram rasmi kami,” tegasnya ketika dihubungi Astro Gempak.

Tambah Joel, dia ada menghubungi nombor yang tertera pada mesej tersebut tetapi, pihak berkenaan mengakui tidak tahu menahu tentang ‘uji bakat’ yang dijalankan.

“Kepada pihak berkenaan, janganlah sewenang-wenangnya menggunakan nama PE 2 untuk menipu orang lain.

“Kasihan kepada mereka yang percaya dan pergi ke ‘uji bakat palsu’ yang dijalankan,” katanya.

Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.

Untuk rekod, filem Polis Evo telah mencapai kutipan pecah panggung RM17.47 juta sejak ditayangkan pada 17 September 2015.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons