CCTV hanya akan dipasang di sekolah bermasalah disiplin


PADANG TERAP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) hanya akan dipasang di sekolah yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya menyambut baik usaha pemasangan CCTV di sekolah kerana ia kini dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha menghadapi pelbagai kemungkinan namun ia tidak akan melibatkan kesemua sekolah di negara ini.

“(Namun) CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat tertentu sahaja manakala pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah boleh berperanan dalam menentukan sekolah mana yang terlibat terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Program Hari Keluarga di Kampung Baru Lembah Permai di Kuala Nerang di sini hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah namun berharap tindakan itu tidak mengganggu privasi pelajar dan guru.

Mahdzir turut mengesyorkan supaya elemen CCTV itu terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementeriannya ketika ini.

“Sebenarnya pemasangan CCTV ini boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan untuk kawalan keselamatan di sekolah.

Jadi saya berharap pemasangan CCTV ini boleh dimasukkan dalam bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan supaya ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang baharu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Beliau berkata kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan serta diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.

“Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.

Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gengsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.

NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata NUTP turut berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Yayasan Jantung Kongenital bantu kanak-kanak bermasalah – Nasional


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YKJM) hari ini menghulurkan sumbangan berjumlah RM 1,000 kepada tiga pesakit kanak-kanak bermasalah jantung sejak lahir.

Bantuan yang disampaikan oleh Pengasas YKJM, Datuk Dr. Hamdan Leman bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit dan memberi sokongan moral kepada mereka.

YKJM sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan pada 28 Februari tahun ini yang dicetuskan oleh sekumpulan doktor untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit jantung yang dihidapi sejak lahir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons