TNB beli 100% kepentingan dalam SHTech bernilai RM28 juta – Korporat


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bercadang untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Setia Haruman Technology Sdn. Bhd. (SHTech) bernilai RM28 juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, ia telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Setia Haruman Sdn. Bhd., syarikat induk SHTech.

“Usaha bagi mempertingkatkan TNB merupakan inisiatif strategik yang diperkenalkan untuk memperkasakan syarikat bagi meneruskan pertumbuhan dalam penawaran perkhidmatan yang strategik.

“Di bawah inisiatif ini, kami bercadang untuk menceburi pelbagai perkhidmatan seperti meter pintar, rumah pintar, bangunan pintar, industri pintar dan bandar pintar,” katanya.

Cadangan pembelian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan yang ketara ke atas aset bersih sesaham, tahap kadar hutang, pendapatan dan pendapatan sesaham TNB dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. – BERNAMA



Source link

read more

Thailand rampas rokok seludup bernilai RM1.4 juta – Luar Negara


SADAO 7 Dis. – Pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 791 buah kotak mengandungi pelbagai jenis rokok bernilai 11 juta baht (RM1.4 juta) yang dipercayai diseludup dari Malaysia susulan satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Divisyen Kesembilan, Mejar Jeneral Akkapop Prasitwattanachai berkata, selain polis, serbuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pegawai tentera.

“Serbuan dilakukan ke atas rumah terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai stor untuk menyimpan kotak-kotak rokok berkenaan selepas maklumat berkaitan diterima hasil satu risikan.

“Kami percaya rokok-rokok itu akan diedarkan untuk pasaran selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini.

Akkapop berkata, rampasan tersebut dipercayai terbesar setakat ini, namun memberitahu, pihaknya tidak sempat membuat sebarang tangkapan kerana kesemua suspek sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat. -BERNAMA



Source link

read more

Sindiket dadah antarabangsa tumpas dadah bernilai RM900000 dirampas



JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga tempatan dengan menahan tujuh individu sekitar bandar raya ini dan Kuala Lumpur, serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM900,000, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata penahanan kesemua suspek terbabit adalah melibatkan lima lelaki dan dua wanita, berumur antara 26 dan 52 tahun.

Beliau berkata serbuan itu hasil perkongsian maklumat risikan Biro Kawalan Narkotik Thailand (PNSB), Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama-sama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).

“Turut dirampas bersama-sama suspek adalah pelbagai jenis dadah disyaki syabu, heroin, Erimin 5, ketamin dan ekstasi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Antara dadah dirampas itu adalah 8.2 kilogram syabu, 1.5 kilogram heroin, 605 gram ketamin, 2,205 biji pil khayal, 1,101 pil Erimin 5 dan 3,950 pil ekstasi.

Mohd Kamarudin berkata pihaknya turut merampas pelbagai mata wang, barang kemas dan tujuh kenderaan dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM915,533.14.

Mereka yang ditahan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Sepanjang 2017 sehingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat 1,918.63 kilogram bernilai RM57 juta manakala nilai sitaan berjumlah RM19 juta serta penangkapan melibatkan 15,393 orang.

— BERNAMA



Source link

read more

5544 unit komputer judi bernilai RM1.16 juta dilupus



KOTA KINABALU: Sebanyak 5,544 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian siber bernilai lebih RM1.16 juta berjaya dilupuskan polis di stor barang dan tapak pelupusan kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, semua barangan berkenaan adalah membabitkan set komputer meja, monitor dan papan kekunci yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membabitkan 96 kertas siasatan berjaya diselesaikan dalam tempoh sembilan tahun berkenaan.

Beliau berkata, pelupusan terbabit juga mengambil pendekatan untuk melupuskan barang kes dengan menggunakan kaedah e-waste selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah menerusi kontraktor dilantik.

“Untuk makluman, pada hari ini kita melupus 5,544 set komputer berunsur perjudian yang dirampas oleh IPD Kota Kinabalu sejak tahun 2006 hingga 2015 lalu dengan membabitkan nilai RM1.16 juta.

“Pelaksanaan pelupusan barang kes dengan menggunakan sistem atau kaedah e-waste ini adalah kali pertama dilakukan oleh pihak IPD Kota Kinabalu, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bersempena program pelupusan barang kes IPD Kota Kinabalu di IPK Sabah, hari ini.



Source link

read more

[VIDEO] JKDM gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM2.34 juta – Jenayah


SEREMBAN 20 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup tiga juta batang rokok jenama Canyon bernilai RM2.34 juta ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdullah Jaapar berkata, kesemua rokok itu dirampas dalam satu serbuan di gudang Penerbangan Malaysia (MAS) Kargo di lapangan terbang berkenaan pada pukul 6 petang, 13 November lalu.

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas ditaksirkan berjumlah RM240,000 dengan melibatkan cukai sebanyak RM2.1 juta.

“Semua rokok tersebut diikrarkan sebagai barangan campuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia diseludup dari Ho Chi Minh, Vietnam menggunakan pesawat EVA AIR dipercayai untuk pasaran di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

13 projek jangka panjang bernilai RM1 bilion untuk Pulau Pinang – Najib



TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 13 projek jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di negeri Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM1 bilion.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika membuat lawatan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dekat Tasek Gelugor dan menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan membiarkan Pulau Pinang berada dalam kesusahan.

“Hasil perbincangan antara Kerajaan Pusat dan negeri kita akan menjalankan 13 projek bagi menangani masalah banjir di Pulau Pinang di masa depan dengan anggaran kos RM1 bilion,” katanya.

Sementara itu, Najib mengakui bencana banjir yang melanda negeri itu adalah di luar kemampuan namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sikap manusia.

“Saya ingin ingatkan kepada pemaju perumahan bahawa dalam mengejar keuntungan dan pembangunan, faktor alam sekitar perlu diberi perhatian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Penduduk setempat juga diingatkan untuk sentiasa menjaga alam sekitar selain mengelak daripada membuang sampah sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, Najib tiba di Pulau Pinang sekitar jam 10.40 pagi dengan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum di bawa ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam bagi mendengar taklimat.

Najib dalam ucapannya turut memberi jaminan akan terus menyalurkan bantuan kepada Pulau Pinang seperti mana yang dilakukan kepada Kelantan sewaktu berdepan bencana banjir.

Banjir di Pulau Pinang pada 5 November lalu merupakan yang terburuk dalam sejarah negeri itu dengan mencatatkan tujuh kematian.



Source link

read more

Bekas jurutera eksport serbuk ketum ke Eropah bernilai RM209,921 – Jenayah


PADANG BESAR 6 Nov. – Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini.

“Semasa serbuan itu, turut dirampas sebuah kotak khidmat pos laju mengandungi 30 peket plastik lutsinar berisi serbuk ketum dan sebuah lagi kotak mengandungi 22 peket plastik lutsinar yang berisi bahan sama,” katanya semasa sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ghazani berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, dan telah disambung lagi sehingga 9 November ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambah beliau, suspek yang menggunakan perkhidmatan pos laju itu telah mengisytiharkan serbuk ketum itu sebagai ‘serbuk inai rambut’. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons