Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati



FLORIDA: Suspek tembakan rambang yang menembak mati 17 pelajar sekolah di Florida minggu lepas sanggup mengaku bersalah jika dia tidak dikenakan hukuman mati, kata peguambela Howard Finkelstein.

Nikolas Cruz, 19 tahun, berdepan dengan 17 pertuduhan merancang pembunuhan melibatkan 14 pelajar dan tiga guru di sekolah Marjory Stoneman Douglas, Parkland.

“Hanya ada satu persoalan, adakah Cruz patut hidup atau dijatuhi hukuman mati,” soal Finkelstein.

Selain hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk parol, suspek juga mahu melakukan khidmat komuniti.

Cruz sebelum ini mengaku bersalah menembak mati 17 orang di sekolah menengahnya menggunakan senapang separa automatik AR-15 semasa sesi perbicaraan status.

BACA: Kes tembakan Florida: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

BACA: Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang

Selepas haknya dibacakan, Cruz memberitahu dia adalah lelaki yang memasuki sekolah bersenjata senapang separa automatik AR-15 dan mula menembak pelajar di lorong-lorong dan di perkarangan sekolah, menurut dokumen pengadilan.

Di Amerika Syarikat, sesi perbicaraan status bukan sebahagian daripada perbicaraan dan tertuduh mesti mengikuti sesi berkenaan, dan mereka boleh mengemukakan rayuan sekiranya perlu.

Keputusan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati perlu dipersetujui kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.



Source link

read more

Sofi Jikan mengaku tidak bersalah masukkan dadah dalam badan



PELAKON Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Selasa, lapor portal berita tempatan.

Pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster itu didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Dia yang ditemani peguamnya hadir ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 14 Mac depan.

Sofi sebelum ini ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.



Source link

read more

Lelaki didorong kebencian didapati bersalah rempuh kariah masjid di London



LONDON: Seorang lelaki yang menanam kebencian terhadap orang Islam selepas menonton drama mengenai jenayah seksual kanak-kanak melibatkan lelaki Asia, didapati bersalah di sebuah mahkamah di sini pada Khamis, kerana merempuh sekumpulan orang Islam pada Jun tahun lalu.

Darren Osborne, 48 tahun, telah memandu sebuah van yang disewa dan merempuh ahli kariah di luar sebuah masjid di utara London, mengakibatkan seorang maut.

Osborne memandu kenderaan itu ke arah sekumpulan Muslim yang sedang berkumpul di keliling seorang bapa kepada enam anak, Makram Ali, 51, yang rebah selepas menunaikan solat pada malam Ramadan dalam kejadian pada 19 Jun, 2017, di Finsbury Park di sini.

Dalam kejadian itu, Ali maut sementara 12 yang lain cedera, dua daripadanya serius.

Mahkamah Agung Woolwich mendapati Osborne bersalah kerana membunuh dan cubaan membunuh, sambil pihak polis dan pendakwaan menyifatkan ia satu tindakan keganasan.

Insiden ini merupakan yang keempat dipertanggungjawabkan terhadap pengganas di Britain dalam tempoh tiga bulan dan ia terjadi selepas tiga serangan berunsur Islam.

Osborne, yang sebelumnya tidak pernah menyuarakan pandangan sayap kanan, mempunyai obsesi terhadap umat Islam selepas menonton program BBC bertajuk “Three Girls”.

Drama itu yang disiarkan pada Mei tahun lalu berkisar mengenai peristiwa di Rochdale, utara England, di mana gadis kulit putih didera oleh lelaki Pakistan British.

Menurut polis, kebencian itu kemudiannya didorong oleh penyelidikan atas talian yang dibuat Osborne mengenai tokoh dan kumpulan pelampau berhaluan kanan.

Hukuman ke atas Osborne akan diputuskan pada Jumaat (2 Feb).



Source link

read more

TPM Thailand sedia letak jawatan jika didapati bersalah oleh badan pencegahan rasuah


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kata Prawit.

— BERNAMA



Source link

read more

Pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan dan guna kekerasan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah Khamis lepas di Balai Polis Kota Damansara.

Farid 37 tahun sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar jam 10.55 pagi.

Dia telah ditahan reman selama lima hari sejak Jumaat lalu dan tempoh reman tamat hari ini bagi membantu siasatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

read more

Suami isteri mengaku tidak bersalah perdagang seorang wanita Indonesia



JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperdagangkan seorang wanita Indonesia dengan eksploitasi bekerja secara paksa, awal bulan lepas.

G.David, 51, dan isterinya, A. Indra Ganthi, 50, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama memperdagang wanita berumur 60 tahun itu bagi maksud mengeksploitasi kerja secara paksa di sebuah rumah di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, kira-kira 2.30 petang, 4 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan RM50,000 setiap seorang, namun, peguam Tharamjit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan kedua-dua tertuduh mempunyai tiga anak berumur 19, 15 dan 11 tahun.

Mohammad Khalid kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin.

–BERNAMA



Source link

read more

Doktor salah sunat mengaku tidak bersalah



KAJANG: Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas tiga pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Tertuduh, Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, dia secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki yang kini berusia 11 tahun, di sebuah klinik swasta di Taman Cheras Utama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Selain itu, bapa kepada empat anak itu turut didakwa menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa tidak mempunyai sijil amalan perubatan yang sah.

Pertuduhan kes itu dibuat mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM2,000.



Source link

read more

Anak mengaku tidak bersalah cederakan ibu kandung



BATU GAJAH: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini atas dua pertuduhan, menakutkan secara jenayah dan menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya, Isnin lalu.

Tertuduh, Halim Jeri, 48 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Halim didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Kutom Jali, 67 tahun, di rumah mangsa di Simpang 3 Ulu Dedap dekat Kampung Gajah pada jam 10.45 pagi hingga 11 pagi pada Isnin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya itu yang dilakukan pada masa dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
 
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, R Yuvaraj.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Sebutan semula kes pada 16 Januari.



Source link

read more

Bapa mengaku tidak bersalah rogol anak hingga mengandung



GEORGETOWN: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown atas kesalahan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun hingga hamil.

Tertuduh berusia 50 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya di kediaman mereka di Air Itam antara jam 9.45 malam hingga 12.30 pagi, pada 20 hingga 21 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau maksimum 10 sebatan.

Hakim kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

TONTON: Bapa rogol anak sehingga mengandung

Pada 23 Disember lepas, tertuduh ditahan polis selepas ibu mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki perbuatan terkutuk lelaki itu.

Berdasarkan siasatan anak perempuannya berusia 15 tahun didapati telah mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya.

Siasatan mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik tidak bersekolah.



Source link

read more

Dua sahabat mengaku tidak bersalah miliki MC palsu



AYER KEROH: Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan memiliki sijil cuti sakit klinik kesihatan palsu.

Tertuduh masing-masing Muhammad Yusran Jusoh, 19 dan Muhammad Raman Omar, 21 membuat pengakuan itu sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut lima pertuduhan ke atas Muhammad Yusran, tertuduh yang merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka didakwa memiliki lima keping sijil cuti sakit palsu dengan niat untuk menggunakan sijil cuti sakit berkenaan sebagai tulen di hadapan Stesen Minyak Petron Peringgit sekitar 9.10 malam, 4 Disember lalu.

Manakala Muhammad Raman yang bekerja sebagai penjaga stor syarikat swasta didakwa atas 10 pertuduhan memiliki 10 keping sijil cuti sakit palsu dengan niat untuk menggunakan sijil cuti sakit berkenaan sebagai tulen sekitar 10.10 malam, pada 4 Disember lalu di sebuah rumah beralamat di Jalan Melati 3, Taman Peringgit Jaya, Melaka.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Kedua-dua prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan mereka adalah serius.

Bagaimanapun, Muhammad Yusran yang diwakili Peguam Fahmy Sulaiman merayu mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya masih ditanggung penuh oleh ayahnya yang merupakan pesara kerajaan serta ibu yang tidak bekerja.

Manakala Peguam Belasulaiman Harmain Shah yang mewakili Muhammad Raman turut memohon jaminan yang rendah dengan mengambil kira ini merupakan kesalahan pertama dilakukan tertuduh.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Norma pada penghakimannya kemudian menetapkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 15 Januari depan sebagai sebutan semula kes selain turut memerintahkan kes berkenaan disebut secara bersama.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons