PERANG “AZMIN-RAFIZI” BERTAMBAH KRONIK!!! ~ SEMUT HITAM


Ianya sudah menjadi satu ‘Rahsia Umum’ apabila kemelut kepimpinan diantara Si Rafizi Ramli tu dengan Azmin Ali semakin bertambah buruk dan menjadi bahan perbualan dikalangan rakyat.

Bahkan kemelut kepimpinan yang sedang bergolak dalam PKR itu sudah menjadi buah mulut orang ramai yang mula hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu pada ketika ini.

Keadaan itu secara tidak lansung membuktikan bahawa parti ciptaan Si Ketua Penipu itu lansung tidak mempunyai kelayakan untuk menerajui kepimpinan Negara dimasa akan datang.

Makanya, tak perlu la pemimpin PKR tu sibuk nak buat program Bina Semula Negara sedangkan hubungan diantara Si Rafizi dengan Azmin pun belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Puteri Umno berkata, hakikat sebenar apa yang dilakukan oleh Si Rafizi itu umpama tin kosong yang berdentum dentang tetapi kosong isinya.

“Sebab itu, daripada terus menabur fitnah, lebih baik Rafizi mengusahakan kempen bina semula hubungannya dengan Timbalan Presidennya PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ada angin bertiup katanya hubungan sesama mereka umpama telur di hujung tanduk,” katanya dalam Ucapan Dasar Puteri Umno Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Beliau mendakwa, isu perpecahan dalaman turut melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan perkara asas seperti penyusunan struktur serta perjalanan organisasi tidak teratur.

Menurutnya, ketika pemimpin mereka terus berlagak bagai merak yang menayangkan kecantikan bulunya, kepimpinan UMNO pula terus konsisten dengan mengamalkan Politik matang.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi itu hanya sekadar taktik Politik Murahan untuk mengelirukan rakyat sedangkan realitinya, isu kemelut kepimpinan dan perebutan kuasa dikalangan puak Pakatan Haprak tu pun tak dapat diselamatkan!!!




Source link

read more

Nahas SMRT Penumpang cedera bertambah kepada 36 orang



SINGAPURA: Jumlah penumpang yang cedera dalam insiden perlanggaran dua tren SMRT semalam bertambah kepada 36 orang selepas tujuh orang lagi mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital Besar Ng Teng Fong, lapor Channel News Asia hari ini.

Laporan itu menyatakan NUH menerima seorang pesakit manakala Hospital Besar Ng Teng Fong menerima lima pesakit, yang kesemuanya datang sendiri ke hospital berkenaan.

Seorang lagi pesakit dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dengan ambulans.

Setakat 6 petang tadi, empat daripada pesakit itu telah dibenarkan keluar hospital manakala tiga lagi masih dirawat, menurut laporan itu yang memetik kenyataan bersama oleh Lembaga Pengangkutan Darat dan SMRT Corporation.

“Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pengangkutan Darat dan SMRT sentiasa berhubung dengan penumpang yang cedera itu.

“Penumpang lain yang terjejas berikutan insiden pelanggaran semalam boleh berhubung dengan para pegawai bertugas di mana-mana stesen SMRT (di sepanjang Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Lingkaran) bagi mendapatkan bantuan pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu.

Nahas itu berlaku ketika waktu puncak semasa sebuah tren yang membawa 517 penumpang pada kelajuan 16 kilometer sejam berlanggar dengan sebuah tren tidak bergerak di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Dalam kejadian itu, enam rakyat Malaysia turut cedera dengan lima daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan seorang lagi masih dirawat di NUH.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons