TUN MAHATHIR PERLU BERTANDING DI PERMATANG PAUH!!! ~ SEMUT HITAM


Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan kerusi mana yang menjadi pilihan Tun Mahathir pula dipersoalkan dikalangan rakyat memandangkan nama dia dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu cukup jelas memandangkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Perdana Menteri perlu menang dalam Pilihan Raya Umum sebelum dia boleh menjawat jawatan tersebut.

Ramai yang memberikan pandangan bahawa Pengerusi Pakatan Haprak itu akan memilih kerusi Parlimen Langkawi sebagai sasaran untuk dia bertanding dalam PRU yang akan datang.

Namun bagi sesetengah pihak pula berpendapat, Tun Mahathir sewajarnya perlu bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang juga merupakan kubu kuat keluarga Si Ketua Penipu itu.

Kata mereka, perkara itu perlu dilakukan oleh Tun Mahathir sekiranya benar dia mahu memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu itu untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Jika dilihat dalam perjanjian Pakatan, mereka secara konsensusnya mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara sahaja jika menang dalam PRU yang akan datang.

“Kemudian, usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara akan dilaksanakan dan jawatan Perdana Menteri itu akan diserahkan kepadanya tanpa sebarang kompromi.

“Maka, jika benar Tun Mahathir ikhlas mahu memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, dia wajar bertanding di Permatang Pauh dan melakukan tindakan yang sama seperti Wan Azizah sebelum ini,” jelas seorang sahabat.

Sebagai rekod, Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sewaktu suaminya berada di penjara selepas didapati bersalah ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Namun, Presiden PKR itu telah mengambil tindakan melepaskan jawatannya dan mengosongkan kerusi Parlimen tersebut selepas Si Ketua Penipu itu dibebaskan dari penjara.

Maka persoalannya sekarang, adakah Tun Mahathir benar – benar ikhlas mahu memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu itu untuk menjadi Perdana Menteri? Dan sejauh mana kejujuran bekas Perdana Menteri itu terhadap perjanjian yang telah dibuat sebelum ini!!!




Source link

read more

TUN M JADI PM, KERUSI MANA DIA BERTANDING??? ~ SEMUT HITAM


Walaupun polemik pencalonan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu dilihat seolah – olah sudah diselesaikan, namun keputusan yang dibuat memberi kesan negatif.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pelbagai pihak dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri tampil mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mereka.

Rata – rata komen yang dibangkitkan memberi gambaran bahawa pencalonan tersebut tidak diterima secara menyeluruh diperingkat akar umbi gabungan parti pembangkang itu sendiri.

Malangnya, walau apa pun bantahan yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun sebaliknya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu seolah – olah tidak mengambil peduli terhadapnya.

Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan puak Pakatan Haprak tu hanya menganggap tindakan mereka yang membuat bantahan itu sama seperti “Anjing Yang Menyalak Bukit“.

Namun, disebalik pertikaian serta bantahan yang dibuat, ada juga pihak yang membangkitkan persoalan, dimana Tun Mahathir akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum nanti?

Perkara itu kini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Kata mereka, sekiranya Tun Mahathir nak menjadi Perdana Menteri, maka dia perlu bertanding dikerusi Parlimen.

Soalnya, Parlimen mana yang akan menjadi pilihan Tun Mahathir? Adakah dia akan bertanding di Putrajaya? Atau, adakah dia akan kembali bertanding di kerusi Parlimennya sebelum ini?

Bagi pendapat sesetengah pihak, tidak mustahil sekiranya Tun Mahathir akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, tempat yang disandang oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Persoalan itu kini mula menghantui pemikiran puak Pakatan Haprak memandangkan mereka perlu meletakkan Tun Mahathir dikawasan yang dijamin menang bagi merealisasikan harapan untuk menjadikan dia sebagai Perdana  Menteri kelak!!!




Source link

read more

Oprah mungkin bertanding Presiden mencabar Trump


FILE PHOTO: Talk show host Oprah Winfrey speaks at a Democratic presidential candidate Sen. Barak Obama (D-IL) rally in Des Moines, Iowa, U.S., December 8, 2007.    REUTERS/Ramin Rahimian/File Photo

MO, 9/1/2018, NEW YORK – Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi pengacara program bual bicara bertaraf hartawan itu sedang mempertimbangkan cita-cita terbabit.

Kurang sehari selepas memberi ucapan bersemangat di anugerah Golden Globes, wanita yang paling terkenal di Amerika Syarikat itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.

Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.

Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.

Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.

“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.

Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘rakan rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Katanya, rakan lamanya mencadangkan beliau boleh dipujuk untuk berbuat demikian. – AFP



Source link

read more

Oprah Winfrey bertanding presiden Amerika Syarikat



HOS dan selebriti ternama Amerika Syarikat, Oprah Winfrey dikatakan sedang ‘mempertimbangkan secara aktif’ kemungkinan bertanding jawatan presiden negara itu pada pemilihan tahun 2020 nanti.

Sumber rapat kepada Oprah yang enggan dinamakan memaklumkan perkara itu kepada agensi berita CNN pada Isnin.

Menurut sumber itu lagi, ramai rakan dan sahabat rapat Oprah secara peribadi telah menggalakkan beliau untuk merebut jawatan nombor satu itu.

Namun Oprah dikatakan masih belum memutuskan untuk bertanding atau tidak.

Wakil kepada Oprah bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Gelaran ‘Presiden Winfrey’ perbincangan hangat dalam kalangan penggiat seni negara itu selepas beliau memberikan ucapan bersemangat ketika menerima anugerah Cecil B. DeMille dari penganjur Anugerah Golden Globe pada Isnin.

BACA: Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita



Source link

read more

AZMIN TAK JADI BERTANDING DI PEKAN??? ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Bacul sungguh Si Azmin Ali ni rupanya. Ingatkan dia Anak Jantan. Tapi rupanya dia seorang pemimpin yang Pengecut. Setakat bercakap je berapi – api kat atas pentas Politik.

Tapi hakikatnya, Buah Kerandut Si Azmin Ali ni dah kecut. Kalau sebelum ini, bukan main Sombong lagi Si Azmin Ali tu kata dia nak bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU yang akan datang.

Kononnya Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan untuk bertanding dikawasan Parlimen Pekan itu merupakan langkah strategik bagi PKR yang akan menguntungkan parti.

“Kalau parti suruh saya pindah, dari segi strategi saya nak pindah Pekan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Namun, sumber dalaman PKR mendedahkan, keputusan mesyuarat parti baru – baru ini menetapkan Si Menteri Besar Selangor tu untuk bertanding dikawasan Parlimen Shah Alam.

Selain darip nama Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Si Mak Lampir Zuraidah yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu dikatakan akan dipindahkan ke Parlimen Hulu Langat.

Sumber itu berkata, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan telah dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sebagai rekod, kerusi Parlimen Hulu Langat dan Shah Alam sebelum ini telah dimenangi PAS dalam PRU ke-13 yang pada ketika itu masih lagi bersama dengan pakatan pembangkang. 

“PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH,” demikian menurut sumber itu.

Desas desus mengenai perpindahan kerusi Parlimen dan DUN pemimpin PKR hangat menjadi bahan bualan serta menarik perhatian rakyat, terutama dikalangan ahli parti itu sendiri.

Dan sekiranya benar Si Azmin Ali tu akan bertanding di Shah Alam, bermakna khabar angin yang mengatakan bahawa Si Khalid Samad tu juga akan berpindah turut menjadi kenyataan.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam itu juga turut dikatakan akan berhijrah ke Johor kerana prestasinya sebagai wakil rakyat kurang disenangi serta sokongan terhadapnya semakin berkurangan sejak dia bertindak mengkhianati PAS!!!




Source link

read more

“EZAM KOTAK” NAK BERTANDING DI PEKAN??? ~ SEMUT HITAM


Pulak dah!!! Kenapa Si Azmin Ali tu tak nak bertanding di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Hari tu bukan main bongkak lagi dia buat kenyataan terbuka.

Kata Si Azmin, dia yakin sekiranya bertanding di Parlimen YAB Perdana Menteri itu, Pakatan Haprak akan mendapat kemenangan yang cukup besar dalam PRU yang akan datang.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan itu merupakan satu langkah yang ‘Paling Strategik’ bagi parti pimpinan Wan Azizah untuk mencalonkan dirinya di Parlimen Pekan.

Tapi dalam satu laporan yang disiarkan semalam, Si Ezam Kotak tu pulak menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen yang sama bagi mewakili NGO yang Pro Pakatan Haprak tu.

Menurut laporan yang disiarkan, NGO terbabit, Hisbah Centre for Reform atau lebih dikenali sebagai Hisbah itu mendesak agar bekas pengikut PKR itu kembali ke Malaysia serta merta.

“Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beberapa universiti di Yogyakarta dan Surakarta serta merta dan kembali menumpukan usaha sepenuhnya di Malaysia mulai Januari 2018,” jelas laporan tersebut.

Sebagai rekod, Ezam sebelum ini pernah menyertai PKR dan menjadi Hulubalang kepada Si Ketua Penipu tu sebelum dia keluar dari parti kerana tidak mendapat sebarang kedudukan istimewa.

Ezam juga pernah mendakwa kononnya dia mempunyai berkotak – kotak bukti terhadap penyelewengan yang mempunyai kaitan dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu dia masih bersama PKR.

Namun Ezam pernah dilabelkan sebagai ‘Pelacur Politik’ oleh Si Ketua Penipu itu hanya semata – mata kerana dia mengambil tindakan keluar dari parti yang penuh dengan amalan kronisme itu.

Kemudian Ezam menyertai UMNO dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara. Namun malangnya, sehingga ke hari ini, bukti berkotak – kotak yang didakwa oleh Ezam tidak juga didedahkan.

Malahan, Ezam bertindak keluar dari UMNO dan menyertai Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir serta dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PPBM.

Tidak lama selepas itu Ezam sekali lagi mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama Khairuddin Botoks tetapi kemudian dia meninggalkan parti itu dengan alasan kononnya tidak mendapat kelulusan daripada pihak ROS.




Source link

read more

Vladimir Putin sah bertanding tahun depan



MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan 2018.

Dalam sidang meda yang diadakan di Moscow, Putin memberitahu, beliau akan bertanding sebagai calon bebas dan akan mencalonkan diri sendiri.

“Saya akan mencalonkan diri saya sendiri, tetapi sudah tentu saya mengharapkan sokongan daripada pasukan politik dalam parti atau pergerakan sosial yang berkongsi pandangan saya mengenai pembangunan negara dan paling utama mempercayai saya.

“Malah saya juga mengharapkan sokongan rakyat yang meluas,” ujarnya.

Putin yang mendapat kelulusan 80 peratus peringkat tertinggi, dijangka memperoleh kemenangan mudah dalam undian pada 18 Mac nanti.

Beliau yang mengkritik pembangkang menegaskan, adalah penting untuk lakukan sesuatu dalam usaha menjadikannya lebih baik.

Beliau berjanji untuk memberi keutamaan terhadap penjagaan kesihatan dan pendidikan sekiranya menang kelak.

Antara lain, beliau ingin melihat lebih banyak persaingan politik, yang akan membantu menjadikan sitem politik negara lebih seimbang.

Tempoh pentadbiran Putin akan tamat tahun depan, sementara penggal baru akan berlangsung hingga 2024.



Source link

read more

PAU2017 Pemilihan UMNO Saya masih perlu bertanding – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui masih perlu bertanding pada pemilihan parti akan datang untuk beliau mengekalkan jawatan tersebut.

Jelasnya, ketetapan yang dibuat perwakilan itu dilihat perlu dilakukan bagi mengelak segelintir pihak untuk melaga-lagakan tiga pemimpin utama parti itu tatkala memfokuskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita telah buat ketetapan dengan jelas bahawa hanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

“Naib Presiden dan Majlis Tertinggi masih perlu bertanding seperti biasa. Saya lihat tak akan Datuk Seri Zahid (Hamidi) akan menentang Datuk Seri Najib (Tun Razak), takkan saya nak lawan Datuk Seri Zahid?

“Oleh sebab itu kita kena buat ketetapan awal untuk memastikan segalanya berjalan lancar,” ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) di sini, hari ini.

Sebelum itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi indikasi seolah-olah Hishammuddin akan kekal memegang jawatan sebagai Naib Presiden tanpa bertanding.

BACA: PAU2017: Hanya dua kerusi Naib Presiden dipertandingkan?

Pada PAU2017 hari ini, perwakilan sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengumumkan keputusan itu selepas perwakilan mengundi bersetuju dengan usul yang dicadangkan wakil Pemuda UMNO.

Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan disokong oleh wakil Perak, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, serta dibahaskan wakil negeri serta jurucakap sayap.

Mengikut Akta 5 Perlembagaan UMNO, usul yang dibawa wakil Pemuda itu mengajak seluruh kekuatan dan potensi anggota, penyokong UMNO dan komponen BN untuk meningkatkan solidariti bagi memenangi PRU-14.



Source link

read more

PPBM BERTANDING KERUSI PARLIMEN KUANTAN??? ~ SEMUT HITAM


Peluang untuk menghadiri sidang DUN kali ini, dapat juga dengar khabar angin dan desas desus terbaru mengenai Politik di Negeri Pahang dari beberapa pihak yang boleh dipercayai sumbernya.


Ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu baru – baru ini, dengar katanya akan ada rombakan besar dikalangan puak Pakatan Haprak tu menjelang PRU yang akan datang.

Biarpun sebelum ini, ramai yang menganggap pengumuman Si Azmin Ali itu hanya sekadar syok sendiri dan tidak mengikut konsensus Pakatan, tapi khabar angin mengatakan bahawa ianya akan berlaku.

Dengar katanya, gerakan untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada PKR kini sedang giat dijalankan dan PPBM semakin rancak menambah jumlah keahlian mereka di Kuantan.

Dari apa yang disampaikan, kebarangkalian pertukaran itu akan berlaku disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Kuantan pada ketika ini sering menjadi persoalan dikalangan rakyat.

Katanya, Ahli Parlimen Kuantan tu sekarang ni tak berapa sihat dan sedang mengalami penyakit yang agak kronik. Keadaan itu kata mereka memungkin pertukaran yang menjadi sebutan.

Antara lain, kerusi yang sedang diintai oleh PPBM adalah kerusi Parlimen Kuantan, Paya Besar, Bera, Maran dan Jerantut dengan alasan kononnya wujud kepincangan dikalangan ahli UMNO.

Manakala di Selangor pula, desas desus mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu mahu calon PPBM bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang bakal berhijrah ke penjara.

Begitu juga dengan kerusi bagi Parlimen Ampang yang dikatakan bakal dikosongkan oleh Si Mak Lampir Zuraidah tu kerana dia kini sudah tidak lagi disenangi oleh ahli – ahli PKR sendiri.

Bagi sesetengah pihak, pertukaran kerusi ini seolah – olah menunjukkan bahawa PKR sedang sibuk ‘Berjual Beli’ dengan PPBM. Macam kerusi Parlimen tu milik Mak Bapak diorang pulak.

Pokok pangkalnya, siapa pun yang akan bertanding bagi pihak puak Pakatan Haprak tu nanti, tak kira la PPBM ke, PKR ke, PAN ke, waima PAS sekali pun, belum tentu diorang boleh menang. Sedangkan nak selesaikan kemelut kepimpinan parti pun tak mampu, inikan pulak diorang nak menjadi wakil rakyat!!!




Source link

read more

UMNO LAYAK BERTANDING DI CAMERON HIGHLAND!!! ~ SEMUT HITAM


Sejak kebelakangan ini, kuat terdengar dan boleh dibaca dalam beberapa kenyataan media berkaitan dengan parti tertentu yang mahu bertanding dikerusi Parlimen Cameron Highland.

Sibuk sangat diorang ni nak merebut kerusi Parlimen Cameron Highland tanpa merujuk kepada orang lain. Diorang ingat, kerusi Cameron Highland tu Bapak diorang punya gamaknya.

Dari satu sudut, tindakan beberapa orang pemimpin itu jelas menunjukkan sikap biadap mereka terhadap kepimpinan sama ada dikawasan Cameron Highland mahupun di Negeri Pahang sendiri.

Kalau diikutkan, sepatutnya calon bagi sesuatu kawasan itu perlu bergantung kepada kemahuan pengundi. Kalau pengundi nak calon dari MIC, maka calon MIC la yang bertanding.

Tapi kalau calon MyPPP boleh menang, dan rakyat menyokong calon tersebut, maka parti itu sepatutnya bertanding. Ini bukan soal siapa punya kerusi atau siapa yang layak untuk bertanding.

Malangnya, sentimen dikalangan rakyat itu yang tidak diendahkan oleh pemimpin – pemimpin tersebut. Sebaliknya mereka pulak yang ghairah membuat kenyataan media secara terbuka.

Malah tindakan mereka itu juga seolah – olah menidakkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang sedangkan nama calon yang akan bertanding juga memerlukan persetujuannya.

Kalau nak diikutkan dari segi kelayakan, calon UMNO lebih layak untuk bertanding memandangkan UMNO yang banyak buat kerja dikawasan tersebut sejak Ahli Parlimen sedia ada tidak berfungsi.

UMNO yang mengambil berat tentang kebajikan rakyat dikawasan tersebut. UMNO yang banyak membantu menyelesaikan masalah mereka, termasuk dikawasan DUN Tanah Rata yang dikuasai DAPigs.

Bahkan, bilangan pengundi Melayu dan Bumiputera dikawasan Cameron Highland itu sendiri merupakan golongan majoriti serta melayakkan UMNO untuk meletakkan calon mereka.

Maknanya, parti lain ni tak payah nak sibuk la berebut kerusi kawasan Cameron Highland tu. Kalau takde UMNO yang membantu mereka masa Pilihan Raya nanti, jangan mimpi la diorang boleh menang. Setakat berkokok dalam laman media, takde faedahnya!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons