PAN HANYA BERTARAF PELACUR JE DALAM PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Malang nasib PAN ni apabila disetiap negeri mereka seolah – olah dipinggirkan oleh parti lain dalam Pakatan. Sudah la kerusi Parlimen pun diorang dapat sikit. Sekarang kerusi DUN pun macam tu juga.

Selepas kecewa diberikan hanya dua kerusi Parlimen, PAN Johor sekali lagi terpaksa akur apabila hanya diperuntukan 12 kerusi DUN kerana PPBM lebih banyak membolot kerusi yang sedia ada.

Pengerusi PAN negeri itu memberikan alasan kononnya pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti itu mampu memberikan kelebihan kepada Pakatan di Johor.

“Kita semua tahu Dr Mahathir sudah dikenali dalam kalangan orang Umno dan orang Melayu. Kejayaan Dr Mahathir dalam menguruskan negara selama 22 tahun juga tidak boleh dinafikan.

“Kita lihat pencapaian pembangunan dibawakan Dr Mahathir di Johor juga baik. Ditambah Muhyiddin juga tokoh dikenali di Johor dan ini sedikit sebanyak menyedarkan orang Melayu PPBM boleh menggantikan Umno,” katanya dipetik FMT.

IRONIKnya, asal kewujudan PAN tu adalah untuk menggantikan PAS. Jadi sepatutnya mereka dapat kerusi dimana PAS bertanding. Tapi malangnya kerusi tu juga yang menjadi rebutan PPBM.

Dari satu sudut, tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan bahawa PPBM merupakan sebuah parti yang sombong dan angkuh kerana enggan berkongsi kuasa dengan parti serpihan PAS itu.

Hakikatnya, PAN hanya dianggap sebagai sebuah parti picisan bertaraf Longkang didalam Pakatan Haprak tu. Wujudnya parti itu hanya sekadar nak menyenangkan kerja DAPigs memecah – belahkan orang Melayu. Bukannya diorang beri kesan kepada Pakatan pun!!!




Source link

read more

Stadium negeri bertaraf antarabangsa jika BN menang di Kelantan


PASIR PUTEH: Kerajaan persekutuan akan membina sebuah stadium negeri bertaraf antarabangsa jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembinaan stadium itu antara perkara yang akan dimuatkan dalam manifesto BN Kelantan yang sedang dirangka.

“Kita akan kenal pasti tapak yang sesuai untuk membina stadium baharu tersebut sama ada di Pasir Puteh atau Machang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan peletakan batu asas pembinaan Pasar Selising di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembinaan stadium itu bagi memenuhi hasrat rakyat negeri ini berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas menunaikan janjinya untuk membina sebuah stadium baharu di Bukit Merbau di sini.

Beliau berkata antara perkara lain yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Kelantan termasuklah tapak-tapak riadah dan rekreasi bagi golongan muda mengisi masa lapang.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan Kelantan walaupun diperintah parti pembangkang.

Beliau berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan antara yang terbesar kepada Kelantan pada setiap tahun sehingga melebihi peruntukan wajib dalam Perlembagaan negara.

“Antara projek terbaharu adalah peruntukan RM10 juta untuk mewujudkan taman awam masing-masing di Pasir Puteh dan Tanah Merah serta RM5.5 juta untuk membina Pejabat Majlis Daerah Kuala Krai.

“Ini tidak termasuk membina pasar baharu di Selising bernilai RM5 juta yang dapat memberi peluang kepada 70 peniaga untuk berniaga dan dijangka siap tahun depan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Abang Long Fadil 3 mula penggambaran 2018 kualiti bertaraf Hollywood



FILEM Abang Long Fadil 2 (ALF2) berjaya memecahkan rekod kutipan filem tertinggi sebanyak RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu, sekali gus membenam kutipan filem tertinggi sebelum itu yang pernah dipegang oleh Polis Evo.

Susulan kejayaan tersebut, pengasas Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam mengesahkan penggambaran filem sekuel “Abang Long Fadil 3” akan dimulakan tahun depan.

“Abang Long Fadil 3” dijangka membabitkan kos sebanyak RM4 juta dan merupakan hadiah kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap industri filem Melayu tempatan.

“Penggambarannya dijangka akan dilakukan selepas Aidilfitri tahun depan iaitu selepas tayangan filem ketujuh Syafiq iaitu ‘KL Special Force’ pada Mac 2018,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Yusof ditemui pada majlis meraikan kejayaan Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu, semalam yang menjadi pawagam memperoleh kutipan tertinggi dan jumlah penonton terbesar seluruh Malaysia untuk filem ALF2 terbitan Skop Production itu dengan jumlah kutipan lebih RM700,000.

“ALF3 akan membabitkan kos lebih tinggi berbanding sebelumnya kerana filem itu juga bakal menampilkan lebih ramai bintang dan nama besar dalam industri.

“Filem itu nanti bakal mengambil masa penggambaran yang panjang bagi menghasilkan filem aksi yang lebih berkualiti setaraf dengan filem Hollywood.

“Dengan mengekalkan pelakon utama selain barisan pelakon baru dan lama serta kecanggihan teknologi yang diserapkan dalam filem itu, saya yakin ia mampu mencatat kutipan lebih daripada apa diperolehi menerusi ALF2,” katanya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons