Rumah pusaka berusia 90 tahun musnah terbakar – Negeri Sembilan


SEREMBAN 29 Nov. – Sebuah rumah pusaka yang berusia lebih 90 tahun di Kampung Katub, Lenggeng di sini musnah dalam kebakaran malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu menyebabkan lapan ahli keluarga yang mendiami rumah itu tinggal sehelai sepinggang.

Menurut mangsa, Siti Muliani Nordin, 38, kira-kira tiga jam sebelum kejadian, bekalan elektrik di rumahnya terputus akibat petir.

Katanya, disebabkan cuaca semakin gelap, ayahnya memasang lilin di dalam rumah termasuk biliknya sementara menunggu bekalan elektrik pulih.

“Tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan seperti dahan pokok menghempap rumah. Anak saya terlihat kepulan asap dan api sedang marak di bahagian siling di bilik ayah.

“Saya mengarahkan empat orang anak saya membawa keluar datuk dan nenek mereka yang berkerusi roda keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri serta menghubungi bomba.

“Saya dan suami, Noreimi Mahadi tidak sempat menyelamatkan barangan berharga termasuk dua buah motosikal dan dokumen penting kerana api marak begitu cepat. Rumah kami musnah dalam masa lima minit dengan kerugian kira-kira RM200,000,” katanya di sini.

Siti Muliani memberitahu, buat masa ini mereka tinggal di rumah adiknya yang terletak bersebelahan rumah itu dan reda atas kejadian yang menimpa keluarganya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Fattah Amin jadikan Nabi Muhammad rujukan jika jodoh dengan wanita berusia



PELAKON sensasi, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

“Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

“Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons